Seiko Diver merupakan jam yang popular digunakan untuk menyelam. Jam ini merupakan antara pilihan yang akan dinilai oleh pembeli untuk kegunaan tersebut. Namun, tidak semua penggemar jam seluruh dunia adalah penyelam..... termasuklah aku. Hehehe... Kebanyakannya beli jam ni untuk kegunaan harian ataupun hanya sebagai koleksi peribadi.
Jam ni merupakan salah satu idaman aku & merupakan jam kegemaran aku. Boleh dikatakan hampir semua pengumpul jam ingin mempunyai sekurang-kurangnya 1 jam diving sebagai koleksi, tak kisahlah model apa. Namun, jam diver bukanlah disukai oleh ramai orang. Hanya orang yang tertentu saja yang minat. Mungkin disebabkan saiz, bentuk & warna dail yang tidak begitu casual.
Model Diver ini juga dikenali sebagai Orange Monster, disebabkan warna oren dail-nya. Terdapat juga jam Seiko ini yang dail-nya hitam. Ia juga dikenali sebagai Black Monster. Di kebanyakan kedai, Black Monster banyak dijual. Orange Monster susah betul nak jumpa. Tak pasti kenapa. Adakah Orange Monster rare atau sebaliknya? Hmm...
Terdapat juga Seiko Monster yang dailnya merah. Tapi model ini adalah Limited Edition (sila betulkan jika salah). Setakat ni, aku tak pernah jumpa lagilah warna ni. Jam ini adalah jenis automatik. Water resistant sehingga 200M. Amat sesuai untuk aktiviti luar yang melibatkan air.

Saiznya yang besar tu memberi maksud ianya berat. Memang berat pun & aku memang suka jam berat. Sedap & selesa pada pergelangan tangan. Warnya oren dail-nya itu nampak menarik. Look sharp on the wrist. Range harga RM950+ (untuk tali getah), RM1000+ (untuk stainless steel bracelet).

Aku juga hampir tertipu & hampir terbeli model Seiko di atas ni. Bentuknya seakan-akan Monster. Sekali imbas memang sama & jarumnya pula memang sama dengan Monster. Bila diperhatikan betul-betul barulah perasan terpapar Seiko 5 Sport pada dail-nya. Water resistant cuma 100M (bukannya 200M) & case back adalah jenis see-thru. Lepas tengok semua tu, barulah aku perasan jam ni bukanlah Orange Monster.
Jam ini juga dikenali sebagai Seiko Monster Lite. Namanya, bukanlah diberi oleh syarikat Seiko, tetapi diberi oleh peminat Seiko seluruh dunia untuk membezakan Seiko Monster dengan model Monster Lite ini. Ada juga yang memanggilnya sebagai Baby Monster. Hmm... Anda jangan tersilap pula. Hehehehe... Range harga RM550-600.
Model ini nampak lebih casual dengan bentuk casing serta warna dail-nya. Terdapat pelbagai pilihan warna dail & bezel. Seiko telah cipta model ini berdasarkan komen-komen di dalam forum-forum jam seluruh dunia (yang dipantau secara senyap). Ramai yang suka model Monster, tetapi mahu nampak lebih casual & menarik dalam banyak situasi (function).. Untuk meluaskan pasaran, permintaan & mengekalkan ciri-ciri Monster... maka terciptalah Seiko Monster Lite.

0 KOMEN ANDA:
Post a Comment