Wednesday, April 1, 2009

Seiko 5

Seiko merupakan pelopor pertama untuk pergerakan jam quartz. Sebelum penciptaan quartz, pergerakan automatik merupakan produk mereka yang berjaya. Seiko 5 merupakan produk yang paling berjaya & model ini masih dikeluarkan hingga kini. Permintaan terhadap Seiko 5 masih tinggi disebabkan harganya yang amat berpatutan, kualiti yang bagus, cukup reliable, simple & lain-lain lagi.

Namun adakah anda tahu kenapa namanya Seiko 5? Ramai yang sebut beli/pakai Seiko 5, tapi apakah makna nombor '5' itu? Sebenarnya nombor '5' itulah yang memberi maksud untuk kewujudan model ini.

Nombor '5' itu sebenarnya mempunyai maksud tertentu. Jam Seiko yang tidak mempunyai ciri-ciri ini adalah bukan Seiko 5. Sekiranya anda terjumpa model Seiko 5 dijual di mana-mana, orang nak jual @ jumpa di pajak gadai & mengatakan jam itu asli.... ketahuilah bahawa ianya pseudo (tipu) semata-mata. Anda janganlah menjadi mangsa mereka. Ada orang yang dah kena, tu yang nak bagitau ni.

Aku nak cerita skit perihal jam Seiko 5 ni. Jom kita tengok apakah maksud '5' itu sendiri.
  1. AUTOMATIK - ciri yang paling UTAMA. Sekiranya jumpa Seiko 5 (siap ada tertulis automatik lagi) tetapi pakai bateri..... SAH TIRUAN!
  2. WATER RESISTANT (kalis air) - samada water resistant saja, 50m @ 100m
  3. SHOCK RESISTANT - tahan gegaran
  4. DATE - ada tarikh
  5. DAY - ada hari

Sekiranya takda salah satu ciri-ciri ini pada jam Seiko 5 itu..... ketahuilah ianya palsu. Maklumat terbaru dari technician jam aku, terdapat juga Seiko 5 dari China. Enjinnya automatik juga! Kena hati-hati. Terdapat beberapa cara nak kenal.

Ini model Seiko Diver.
  1. Case-back - ianya bukan jenis see-thru, fully covered macam gambar atas.. Hanya model Diver sahaja yang mempunyai case-back macam ni (untuk jam Seiko automatik sahaja)
  2. Terdapat nombor kecil pada dail yang terletak pada pukul 6. Contohnya seperti gambar di atas (dalam bulatan merah). Jam tiruan tiada nombor ni.
  3. Finishing jam yang tidak bagus & tak berkualiti. Boleh tengok pada keseluruhan dail, jenis font yang digunakan, kualiti lumunious, jenis bracelet dan keseluruhan casing. Bole tau bila pegang jam tiruan ni.
  4. Tengok juga ejaan nama SEIKO. Pastikan betul. Aku terjumpa jam Seiko tiruan ni.... ejaannya SIEKO. Saperti juga jam CASIO... ejaannya jadi CASIA.


Dalam banyak-banyak model Seiko, model Seiko 5 jam yang paling aku suka.

Posisi crown terletak pada pukul 4.
Fully stainless steel case.
Water resistant 50m. 21 jewels
.


Luminous pada dail & jarum cukup terang.



Aku suka ada 'tingkap' (see-thru case back) yang nampak enjin ni.


Nombor '5' jelas pada buckle jam ni.


Tidak seperti model Seiko 5 perempuan yang lebih kecil. Model Seiko 5 lelaki tidak boleh 'kunci' seperti pasangannya & seperti kebanyakan jam automatik lain. Walaupun jam automatik mempunyai rotor yang akan berputar mengikut pergerakan tangan, ada sesetengahnya juga boleh dikunci untuk menggerakkannya. Tetapi Seiko 5 lelaki tidak boleh dikunci. Namun, sebaik saja masa sudah ditetapkan (adjust), jarum saat akan terus bergerak. Mudah.

Ini merupakan model Seiko 5 perempuan. Saiznya lebih kecil & amat sesuai untuk kaum wanita. Kadang-kala semasa memakai jam ni pun, jam tak bergerak. Mungkin disebabkan saiz komponen dalamannya yang agak kecil, jadi tenaga yang disimpan tidak mencukupi untuk menggerakkannya dalam jangka masa yang lama. Kemungkinan sebab tu Seiko membuat fungsi 'kunci' pada model perempuan ini. Di bawah merupakan model Seiko 5 perempuan sebagai preview.





Tidak seperti model lelaki, model wanita tidak mempunyai 'tingkap'. Kalau ada, maka kos buatannya adalah lebih tinggi.... harganya pun akan lebih mahal.

Range harga untuk model Seiko 5 lelaki & perempuan RM200-400. Harga memang tak sama, bergantung kepada jenis bahan yang digunakan (sebab ada casing yang coated).

6 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

hai bro...
mcm ner saya nak beli jam seiko 5 (21 jewels) dgan pasangan dia dkat atas 2..
abg ada kedai2 yg dekat area kl atau shah alam..

harga dia sama dgan yang abg bagi dkat atas 2 ker macm ner??

duniajam said...

Sori... lambat plak aku balas.

Aku tak tau sgt kedai2 jam area sana. Area utara insyaAllah aku boleh recommend.

Banyak kedai area KL especially di shopping complex jual Seiko 5. Nak jumpa pasangan tu yg tak berani cakap. Herganya lebih kurang tu gak. Tapi kalau shopping complex high-class mungkin harga tinggi skit.

Azhir said...

Area utara nk beli kt mna ye seiko 5 atau seiko?

Unknown said...

Sya ada jam tangan Seiko 5 automatic....oreginal..berminat 0175150615

Asid said...

Salam bng. Jam Seiko 5 yg banyak jual kat Shoppee tu asli ke tiruan? Saya minat model Seiko 5 SNK809K2. Mohon pandangan. Tq.

duniajam said...

Salam Asid.

Kalau nak beli jam onlime, pastikan seller tu adalah seller kedai jam. Ada beberapa seller yang memang ada kedai jam saya perasan dulu menjadi seller di Shopee. Beli dari mereka lebih meyakinkan ori. Tapi kalau ada jam yang sama dijual terlalu murah... aka "too good to be true"... harus berhati2 sebab takut model tiruan. Agak menggerunkan pada saya dengan teknologi canggih sekarang yang dapat tiru jam dengan agak baik.

Seiko SNK809K2 antara model yang saya minat. Jam tak terlalu besar dan tak terlalu kecil saiznya. Pada saya perfect untuk tangan pelbagai saiz tangan baik lelaki dan perempuan. Pilihan yg baik