Showing posts with label **D.I.Y.. Show all posts
Showing posts with label **D.I.Y.. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Seiko UFO.... tragedi tragis yang mengembirakan......

Bulan lepas aku baru saja review mengenai Seiko UFO, kali ini UFO kembali beraksi namun berlainan kisahnya.....

UFO telah mengalami kecerderaan setelah berlaku pertengkaran dengan Seiko 6105. UFO kata dia kuat kerana boleh terbang.... 6105 plak kata cengkerang dia keras & penyelam dasar laut yang hebat... 


Pergaduhan tercetus....Hanya dengan satu sentuhan smackdown, UFO cedera & perlu dihantar ke hospital......... Sebenarnya aku tak sengaja pun... 6105 & UFO masing-masing tengah menjalani sesi penggayaan dengan seluar baru (tukar tali).... Dengan tak semena-mena berlaku sedikit hentakan di antara kedua-dua jam tersebut....


Aku tak sangka sebenarnya cermin UFO boleh retak begitu...kerana cerminnya agak tebal. Apa nak buat benda dah jadi. Kecewa betul, mood hilang terus malam tu.... malam tu juga aku online & cari cermin baru untuknya. Mujur jumpa di eBay, itu pun cuma ada satu saja. Walau berapa harganya aku tak kisah, aku beli ja memandangkan aku akan lebih pening & kecewa dengan bakal jawapan yang bakal aku dapat kalau cari di kedai-kedai jam nanti.....


Lebih kurang seminggu lebih, cermin baru sampai (kanan). Cermin ini merupakan cermin aftermarket... namun memang untuk UFO.... atau memang Seiko sendiri yang buat? Serius aku tak pasti.... Tak kisahlah, janji ini memang cermin untuknya....


Seperti cermin original, cermin baru ini rata di bahagian atas & melengkung di bahagian bawahnya....


Aku tidak pernah buka cerminnya sebelum ini. Namun aku merasakan kaedahnya sama seperti buka cermin Bullhead yang pernah aku lakukan suatu ketika dulu. Untuk membuka cermin, bezel perlu di tanggalkan terlebih dahulu.... pisau pembuka caseback sangat sesuai untuk tujuan ini....


Untuk membuka bezel UFO, ianya perlu dituilkan pada bahagian bertakuk (anak panah merah) yang sedia ada pada bezel. Letakkan pisau pada bahagian itu & tuilkannya. Disebabkan ianya agak ketat, perlahan-lahan aku ketuk pisau dengan tukul sehingga bezel sedikit terbuka. Kemudian, perlahan-lahan & sedikit demi sedikit pisau dituil di sekeliling bezel hingga ia tertanggal....


Lakukanlah dengan berhati-hati supaya tidak berlaku insiden yang akan mengecewakan diri sendiri.... 
....hendaklah bersabar dengan apa jua kerja yang melibatkan jam...


Setelah bezel ditanggalkan, beginilah rupanya... bertambah jelas keadaan cermin yang retak itu....


Cermin tersebut mempunyai gasket/seal getah di sekelilingnya... yang bertindak sebagai seal dari air & habuk. Cermin itu sendiri pula 'dikunci' & dipegang dengan kemas oleh bezel itu sendiri.


 Gasket/seal/o-ring tersebut 'melekat' pada cermin lama bagaikan ia diletakkan gam. Mungkin ianya sudah terlalu lama menyebabkan ia terus melekat pada cermin.


Beginilah rupanya tanpa cermin....


Dua alat tangan tambahan diperlukan untuk tujuan seterusnya ini..... dusk blower & silicone grease...


Keadaan gasket/o-ring masih baik.... satu kelegaan juga sebenarnya.. Ia ditanggalkan dari cermin lama dengan berhati-hati supaya tidak terputus atau hilang terus kekenyalannya...


Silicone grease diletakkan di sekeliling gasket/o-ring tersebut dibahagian luar & dalamnya....


Pada mulanya aku letakkan semula gasket/o-ring tersebut pada cermin baru & cuba untuk pasangkan semula pada casing.....


Terlebih dahulu, dial perlu di bersihkan dari sebarang habuk.... penggunaan dusk blower diperlukan untuk tujuan ini...


Chapter ring (anak panah merah) itu boleh ditanggalkan & ia diperbuat dari besi (steel)... Cuci setiap bahagian jam dari sebarang kekotoran... gunakan kain atau tisu & lap setiap bingkai & bucunya.. Alang-alang dah buka, cuci semua bahagian semampu boleh.....

Aku cuba memasukkan semula cermin bersama gasket/o-ring itu pada casing... namun cubaan aku beberapa kali gagal..... Cermin tak dapat dimasukkan dengan baik & tak dapat seal yang baik serta kemas....


Aku buat cara lain pula... kali ini, aku letakkan gasket/o-ring tersebut dahulu pada tempatnya & letakkan cermin pula selepas itu. Perlahan-lahan cermin ditelan masuk ke gasket/o-ring sehingga ia terletak betul-betul & kemas di tempatnya....... Pastikan cermin dapat seal yang baik seperti sedia kala. Jika gasket/o-ring sudah tidak baik keadaannya, haruslah ditukar baru. 




!!!....sekiranya anda tidak mempunyai silicone grease, anda boleh gunakan VASELINE.... lebih murah & mudah didapati....!!!



Cermin ditekan dengan berhati-hati sehingga masuk dengan kemas pada gasket/o-ring.....


Sebelum bezel diletakkan pada tempatnya, pastikan marker tahcymeter berada di kedudukan yg betul & tepat pada tempatnya... 


Disebabkan bezel agak ketat & perlu ditekan dengan kuat untuk memasukkannya. Aku tak berdaya untuk menekannya dengan jari & tiada alat yang khas untuk tujuan ini (aku tak pasti wujud ke tak alat menekan bezel).... aku gunakan tukul yang digunakan untuk resize bracelet untuk mengetuk bezel tersebut....

Gunakan bahagian plastik untuk mengetuk bezel supaya ia tidak mencalarkan bezel & mengemekkannya. Ketuk dengan hati-hati & tidak terlalu kuat di bahagian bucunya, pastikan tidak terkena cermin agar cermin tidak pecah atau sumbing... satu prospek yang sangat tak baik untuk aku jika cerminnya pecah sekali lagi...... ish ish ish....

Jika bimbang ketuk secara langsung begitu, gunakan kain atau apa yang sesuai sebagai pelapik.... Namun kena lebih berhati-hati supaya tak mengetuk cermin.....



Alhamdulillah... bezel dapat dipasang semula dengan kemas tanpa sebarang insiden yang tidak baik..... 


Nak tahu kemas atau tidak pemasangan bezel ini, lihat pada sisinya... Pastikan semua bahagian betul-betul rapat. Jika ada kawasan yang tidak rapat, ketuk perlahan-lahan bahagian itu sehingga rapat... 


Dengan cermin baru ini, rupa UFO lebih mengancam & lebih cantik.....


Dengan cermin baru yang lebih jelas ini, rupanya lebih menawan berbanding cermin lama yang sudah kekuningan fizikalnya....


Keadaan jam kini lebih cantik berbanding sebelum ini... pemasangan bracelet original memberikan rupa yang klasik & nampak seperti jam baru.....

Apa yang dipaparkan ini hanyalah kaedah yang aku buat saja... Mungkin ada cara lain yang lebih baik boleh dilakukan. Diharap ini sedikit sebanyak dapat dijadikan pedoman, inspirasi & info kepada anda tentang cara-cara penggantian cermin UFO... 

Tragis kerana cermin UFO pecah.... Menggembirakan kerana dapat menimba pengalaman yang bermakna..... Selamat mencuba!!!



Leia Mais…

Monday, December 12, 2011

Pilot Junkers mandi wap...... wap air pada jam.

Persoalan yang dah lama bermain dimindaku..... adakah......????? Firasat aku mengatakan ya... ada wap air di bawah cerminnya... Namun hati aku mengatakan, bukan kot... nak sedapkan hati sendiri & seperti tak percaya...


... namun aku perlu mengaku & percaya bahawa memang wujud wap air di bawahnya berdasarkan fizikal cermin itu yang nampak kelabu....


Kejadian wap air begini bukanlah suatu yang luar biasa. Ianya jarang berlaku tetapi ia boleh berlaku walau pada jam yang kalis air. Ia boleh berlaku pada cermin belakang ataupun atas, mahupun kedua-duanya sekali. Ia boleh berlaku pada mana-mana jam. Malah jam-jam Swiss juga dari sumber rakan yang pernah mengalaminya & juga bacaan di internet.... 

Sesuatu perlu dilakukan dengan secepat mungkin agar kerosakan pada movement dapat dielakkan..... karat boleh berlaku dalam jangkamasa panjang & memendekkan hayat movement sekiranya wap air tersebut tak dibuang.... Banyak faktor penyumbang kepada kejadian ini yang berlaku apabila terdapat perubahan suhu secara mendadak... suhu panas kepada suhu sejuk... Kejadian ini suatu yang tidak baik sekiranya berlaku pada mana-mana jam samada mekanikal mahupun quartz.

Wap air atau istilah lain fogging/condensation biasanya akan hilang dalam 24 jam selepas ianya berlaku. Sekiranya tak hilang juga walaupun dijemur, jam perlu dibuka & dicuci wap air tersebut.. Bukan pada jam saja, cermin kereta (yang dibuka penghawa dingin) & juga cermin helmet motosikal turut berlaku walau sekejap.... 

Nampaknya nasib tak menyebelahi aku & berlaku pula pada jam ini... Ada beberapa jam aku telah mengalami perkara yang sama. Yang biasa terjadi pada cermin atas, namun tidak pada jam ini yang hanya berlaku pada cermin caseback. 


Jauh dalam benak aku telah lama mengatakan memang ada wap air pada cermin... Namun lepas jumpa kawan-kawan malam tu, nasihat diberikan agar aku buka & cuci wap air tersebut. Sebenarnya aku sayang nak buka caseback jam ni memandangkan jam baru & takut tak sengaja tercalarkan casebacknya.. Namun aku gagahkan juga buat sebab, hati aku akan lebih sakit kalau orang lain yang calarkannya... Lebih baik aku buat sendiri.... Perlahan-lahan aku buka & mujur caseback tak begitu ketat....


Beberapa alat aku gunakan untuk kerja ini. Perkara pertama kena pastikan ialah keadaan sekeliling tempat kerja yang perlu kering & tak berhabuk. 


Inilah pertama kali aku buka caseback & melihat terus movement Poljot 3133 yang asalnya dari Valjoux 7734. Kebanyakan movement Swiss menggunakan lateral clutch dalam komplikasi chronograph mereka. Berbeza dengan Seiko yang menggunakan vertical clutch.... 


Yang mana satu lateral clutch tu? 
Anak panah merah tu menunjukkannya... Aku akan cuba kupas mengenai cara kerja movement jenis ini dengan vertical clutch sekiranya ada masa kelak... harap-harap aku tak lupalah... pasal banyak artikel yang aku cadang nak buat tapi tak terbuat-buat & ada yang aku lupa pulak... adoi la....


Memang nampak kelabu cerminnya selepas dibuka. Apabila aku lap, memang nampak jelas wap air padanya. Pastikan ianya dilap sehingga bersih & dihembuskan angin dengan air blower (jangan tiup dengan mulut!) sehingga tiada lagi kesan wap air mahupun habuk. 

Beberapa bahagian jam perlu dipastikan mempunyai seal yang baik, contohnya pada push button, crown, seal cermin mahupun o-ring caseback. O-ring pada caseback boleh diletakkan gasket sealant ataupun vaseline. Seal yang tidak baik membolehkan air menyerap masuk ke dalam jam. Aku tak begitu percaya untuk membawa jam tanpa crown skru down berenang walaupun rating jam tersebut 100 meter... mohon maaf, aku tak percaya dengan rating tersebut sebab dok jumpa banyak jam yang crown stemnya telah pun berkarat... jam tersebut pula takda sejarah dibawa berenang pun. Takat terkena air hujan & basuh tangan saja... Kalau nak ikutkan jam dengan rating 100m boleh dibawa berenang.... tapi dengan apa yang aku dah lihat... minta mahap banyak-banyak la paklong.....


Caseback dipasang semula dengan ketat berbanding sebelumnya yang aku rasa tak begitu ketat. Beberapa bahagian jam yang telah aku sebut sebelum ni perlu dipastikan baik keadaannya..... Jam ini tiada sejarah terkena air basuhan mahupun hujan.... Seboleh-boleh aku elakkan dari terkena air lebih-lebih lagi pada bahagian push buttonnya. 


Movement dapat dilihat dengan jelas dari sebelumnya...


Perbezaan ketara dapat dilihat pada gambar ini...


Kini Junkers JU52 dapat beraksi semula tanpa sebarang ragu-ragu lagi... Sekiranya jam anda juga berlaku perkara yang sama & tak yakin nak buat sendiri, eloklah kiranya dibawa jam tersebut berjumpa dengan tukang jam yang mahir untuk menyelesaikan masalah ini. 

Leia Mais…

Friday, December 24, 2010

Projek jam digital - reverse dial project (Bahagian Terakhir)

Agak lama projek ni baru dapat dihabiskan... maksud aku cerita mengenai projek ni sebab nak bagi laluan & tumpu hal perjumpaan tempoh hari. Bahagian terakhir ni aku nak tunjuk jam terakhir aku buat untuk projek ini. Mangsanya Timex Ironman Triathlon keluaran tahun 1990an. Model ini sudah tidak dikeluarkan lagi & merupakan model popular sekitar tahun 1990an. Keadaan jam masih baik & tulisan pada bezel masih jelas kelihatan. 


Movement dikeluarkan & dapat dilihat keadaannya masih cantik & nampak macam baru.


Seperti projek lepas, filem di atas LCD itu ditanggalkan & hasilnya jam seperti kehabisan bateri.


Bila diletakkan semula filem itu, boleh nampak penomborannya dengan jelas (kiri) & 
apabila filem itu diterbalikkan, segalanya berubah (kanan). 


Ini aku cuba pula dengan filem polaroid yang aku beli tu pula. Bileh lihat keadaan display agak suram & apabila ianya diterbalikkan, keadaan nombor kurang jelas... Nampaknya filem asal itu lebih baik untuk digunakan.


Kali ni aku buat lain skit dari jam-jam yang sebelum ni. Disebabkan bahagian gam filem itu telah bertukar ke bahagian atas, aku nak cuba lekatkan filem itu pada cerminnya.


Filem dilekatkan perlahan-lahan supaya tidak ada bubble.


Inilah hasilnya apabila movement dipasang semula.


Rupa sebelum & selepas...


Hasil projek ini amat memuaskan hati. Nampaknya perlekatan filem itu pada cermin memberikan hasil yang mengujakan. Anda boleh cuba cara ini sekiranya ingin membuatnya pada jam anda. Cuma perlu diingatkan sekali lagi agar berhati-hati semasa membuka filem LCD tu supaya tidak menjadi seperti projek yang lepas dengan Casio G-Shock. Boleh layari link di bawah untuk maklumat lanjut.... 

Sekarang aku akan cari filem yang elok untuk gantikan filem Casio yang telah renyuk itu. 

Untuk melihat projek pertama, layari link di bawah ini:

Leia Mais…