Saturday, February 27, 2010

Tali Seiko Diver Z22 original vs aftermarket

Kalau longgok macam ni, susah juga nak kenal yang mana satu original. Nampak serupa ja... Tapi nak kenal tak susah sebenarnya. Manalah tahu jika ada seller tak jujur bagi tau tali tu original padahal aftermarket... sekurang-kurangnya kita sama-sama dapat kenal ciri-ciri tali original supaya tak tertipu.


Gandingan begini barulah nampak... tapi yang mana satu original?


Nak kenal tak susah. Kalau gandingkan macam ni tak susahlah. Tapi kalau satu-satu susah juga kalau tak tahu ciri-ciri original. Dengan perbandingan begini kita susah mampu untuk membezakan kedua-duanya & memilih pemenangnya. Dalam kes ini, tali di atas adalah yang original.

Tali original adalah pendek sedikit berbanding aftermarket (bawah). Dengan warna serta rupanya yang nampak lebih berkualiti, kita sudah tahu jawapannya.


Buatan tali original lebih baik kualitinya & finishingnya juga lebih bagus. Lihat saja 'badan' talinya itu serta tiada lebihan-lebihan terlebih dari tali itu berjuntai berbanding aftermarket (kanan).


Ketebalan keduanya hampir serupa namun lihat bentuk 'wave' itu. Tali original mampunyai wave yang lebih halus & dalam serta lebih cantik berbanding aftermarket (atas). Bahagian bawah tali original juga dibuat lebih cantik.


Lubang untuk buckle original dibuat kemas dengan lubang yang menirus ke dalam. Bukan itu saja, tali original adalah lebih keras & liat berbanding aftermarket yang lebih lembut & mudah lentur.


Bahagian hujung tali original lebih membulat berbanding aftermarket yang lebih boxy. Logo tsunami mempunyai bulatan yang lebih kecil serta ukiran tsunami yang cantik serta kemas. Selain itu, background original logo itu juga adalah berkilat, manakala aftermarket tidak berkilat. Begitu juga di bahagian belakang tali. Font tulisan SEIKO aftermarket tidak kemas & berlainan dari font original. Selain itu 'texture' adalah lebih kemas buatannya.


Seperti gambar atas, tali original adalah lebih pendek berbanding aftermarket.


Buckle original nampak lebih berkualiti (kiri) berbanding sebelahnya. Bahagian belakang menunjukkan perbezaan yang ketara dengan tali aftermarket.... yang kosong tanpa tulisan seperti original (kanan).

Ciri-ciri yang ada pada original sangat berlainan dari aftermarket yang cuba meniru original. Ciri-ciri pada tali original mudah dikenalpasti & diharap rakan-rakan takkan tertipu atau tersilap dengan tali aftermarket. Ada rakan-rakan blogger menjualnya & jangan bimbang... semuanya original.


Leia Mais…

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidurrasul


Moga kesungguhan Rasullullah menegakkan kalimah Allah atas muka bumi akan terus menjadi ikutan pengikutnya seluruh alam. Selawat & salam ke atas Rasul yang mulia...

Mari kita sama-sama hayati pesanan terakhir baginda...

Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini. Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)


Leia Mais…

Thursday, February 25, 2010

Magnetik!!!!!! Jaga-jaga semua!!!!!!

Sebenarnya artikel lain yang aku nak posting.... tapi aku rasa patut bagi tau benda pasal benda ni dulu. Entah macam-mana cara tak sengaja kejadian ni buat aku terfikir.... yang selama ni tak pernah terfikir pun....

Apa yang akan aku sampaikan ini mungkin ada yang dah lama tahu... bagi yang tak tahu & baru tahu macam aku ni, aku rasa terpanggil untuk sampaikan kepada semua supaya dapat diambil langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan jam kesayangan kita. Segaja atau tak sengaja mungkin kita pernah buat.... & mungkin tak sedar sebenarnya kita mendedahkan gelombang magnet kepada jam kesayangan yang datangnya dari handphone! Jika dulu aku dah sampaikan gelombang magnet dari laptop, sekarang dari handphone pula...

Handphone mengeluarkan gelombang magnetik. Gelombang yang tak nampak ini sebenarnya bukan saja tidak bagus untuk jam, malah apa2 alat elektronik sekali pun. Dari segi kesihatan, ada kes gelombang magnetik boleh menyebabkan kanser. Namun aku tak sangka sebenarnya gelombang magnet handphone ni kuat apabila aku secara tak sengaja tersentuh handphone aku kepada klip kertas.


Jom kita buat eksperimen mudah. Bahan-bahan yang diperlukan.... benda yang kita dah ada & tak dapat lepas dari hidup kita.... handphone. Bahan kedua cuma klip kertas ataupun apa-apa besi seperti jarum...


Bahagian bawah handphone tidak akan memberi apa-apa kesan... tapi bila bahagian atas (belakang) handphone didekatkan dengan klip kertas, boleh tengok kesannya... Tu dia!.... klip kertas terlekat dengan jayanya di belakang handphone.


Magnetik yang dikeluarkan juga kuat. Cukup kuat untuk menarik 2 klip kertas secara serentak ataupun bersiri... Aku ingatkan handphone aku saja... ya lah, handphone murah... rupanya handphone lain pun memberikan kesan yang sama.


Tengok! Dua klip kertas pun mampu ditariknya. Punyalah kuat magnetiknya. Bayangkanlah jika handphone ini berada dekat dengan jam. Kadang-kala kita tak perasan, bila buat kerja kita buka jam & masukkan dalam poket. Dalam poket seluar yang sama ada juga handphone. Jadi? Fikir-fikirkanlah. Secara tak sedar kita telah mendedahkan gelombang magnetik kepada jam.


video
Video ini menceritakan semuanya...


Jika sebelum ni, letak atas TV, radio, laptop adalah jelas mengeluarkan gelombang magnetik... tak sangka handphone juga boleh memberikan kesan yang sama. Selama ni memang tahu handphone mengeluarkan gelombang magnetik, tapi tak sangka begitu kuat. Sejauh mana kesannya aku pun tak pasti. Tapi ambillah langkah sepatutnya.... Mungkin sebab tu jam-jam kita capat rosak, gelong, masa laju, masa lambat sangat... walaupun kita tak letak jam atas benda-benda yang disebutkan tu.... tapi secara tak sengaja handphone pula yang kita letak dekat jam....

Sekarang semua dah tahu.... letak handphone jauh-jauh....


Leia Mais…

Tuesday, February 23, 2010

Model diver terbaru dari Seiko untuk 2010

3 rangkaian model Seiko SKZ ini adalah model terbaru diver untuk 2010. Model ini pernah diberitahu oleh seorang seller di Penang akan masuk ke kedainya hujung tahun lepas. Namun, beberapa kali aku ke kedainya, model ini belum sampai lagi. Gambar-gambar ini adalah ehsan dari bro Hassan Detikduabelas.

Model ini didatangkan dengan 3 siri dengan kombinasi warna yang berlainan. Tiada maklumat lanjut atau spec yang aku dapat mengenai jam ni.


Pertama kali melihatnya terus mengaitkannya dengan Casio Gold Label. Warna keemasan pada bezelnya itu seperti jam dress. Jika Seiko 4R15 gabungan diver + pilot. Jam ni aku nampak seperti gabungan diver + dress. Ini mata aku la....

Kalau terjumpa ingin sekali aku membeleknya. Dengar cerita, harga jam ni lebih kurang RM1.2k di pasaran.

Leia Mais…

Sunday, February 21, 2010

Perjumpaan DJ dengan geng jam Perlis


Perjumpaan kali kedua dibuat secara mengejut pada Jumaat lepas (19/02/2010). Last minute aku dijemput untuk menyertai otai-otai jam di Perlis. Perjumpaan kali ni memperkenalkan aku dengan 2 orang otai jam baru & sorang kawan yang telah berpindah ke Lembang Klang. Terima kasih bro Man kerana sanggup berjumpa kami.

Banyak jam dihidangkan atas meja. Hampir keseluruhannya adalah jam vintage Swiss. ada di antaranya aku tak pernah tengok. Itu yang seronok bila buat perjumpaan macam ni. Banyak model-model lama yang belum pernah tengok dipertontonkan oleh kawan-kawan lain.


Aku tak tau yang ada ramai kawan di sini. Aku cuma bawa Seiko Actus, Bellmatic & Mako saja. Dalam semua yang ada itulah jam yang terbaru atas meja. Nun jauh di sana sebelah Mako adalah Epos Heure Sautante yang cukup anggun. Hampir saja masuk blog untuk jualan, namun menarik diri di saat akhir setelah tuannya memberikan seluar baru padanya. Sangar sesuai & menjadi lebih anggun dari tali lamanya.


Beberapa model aku belum pernah tengok lagi. Kondisi jam yang ada juga baik.


Camy Digital. Rare & unik. Aku suka cara pergerakan nombor saatnya itu.


Zenith. Jam ni baru saja dibeli oleh tuannya. Casing jam cembung di bahagian atas saja. Keadaan jam sangat memuaskan


Paul Buhre. Suatu jenama yang rare. Casingnya yang bulat itu terselit crown 'di dalamnya'. Yang menarik perhatian aku ialah jam ni di datangkan dengan power reserve.


Seiko 6138 square. Rare ni. Kondisi jam ni sangatlah memuaskan hati. Keseluruhan jam sangat sempurna. Jarum subdail berfungsi dengan baik & dapat kembali ke pukul 12 apabila reset.


Cyma military chronometer. Cantik betul jam ni. Lug jam ni adalah jenis fixed.


Tak pasti jenama apa. Tak mampu nak mengeja & merekacipta namanya tu. Model chrono ini perlu diperbaiki. Keadaalah jam nampak keseluruhannya berwarna perang. Semuanya nampak sekali termasuklah jari-jemariku itu.


Pocket watch.... ada fungsi stopwatch. Gempak! Cerminnya terkeluar. Namun keadaan jam lama ini masih memuaskan.


Omega Seamaster. Bond.... James Bond.... Tapi ini bukanlah model Bond itu. Idamanku... Tunggu reviewnya....


Ingatkan itu saja yang ada.... rupa-rupanya salah sorang otai ada surprise untuk kami... dia keluarkan 3 jam Rolex ini. Ketiga-tiganya untuk dijual. Kiri sekali tu telah di booked. RM4k+. Dalam ketiga-tiganya, jam tu paling aku suka. Rolex Oyster Royal (tengah) RM3k+ & Rolex Datejust (kanan) RM7k. Hmm...


Ingatkan dah habis.... ada lagi rupanya.... Bahagian atas dihiasi dengan model Omega. Kesemuanya unik samada dari segi design mahupun jenamanya.


Tanpaku sedari ada paparazi snap gambar aku. Wah! Kena beli gambar nih....


Omega Seamaster rosegold ini aku berkenan. Designnya sangat cantik & keadaannya sangat memuaskan.


Titoni Cosmo 88 mempunyai iras seperti Omega Dynamic. Bolehlah dikatakan homage kepada Dynamic. Takku sangka, Omega De Ville itu menggunakan enjin automatik. Ingatkan kunci. Tak mampu aku banyangkan betapa halusnya komponen enjinnya. Menurut tuannya, tak ramai tukang jam sanggup repair sebab komponen sangat halus.


Sebelah kanan tu jenama Zila. Tak pernah dengar lagi jenama tu. Bentuknya tak menarik minat aku pun... tapi bila pusing tengok caseback....


... terpampang dengan besar sekali nama Jarnail Singh. Ini adalah edisi Jarnail Singh dengan emas 14k pada casingnya.


Sebelah kiri itu juga adalah Zila. Bentuk casing hampir sama dengan tadi. Namun ia bukanlah edisi seperti tadi.


Dua-dua model chrono ini menarik perhatian aku. Pada zaman itu, hampir ke semua model chrono mempunyai rupa begini. Mau tak sama, enjinnya pun sama. Hanya jenama & saiznya saja yang berbeza.

Perjumpaan yang singkat ini menemukan aku dengan kawan baru & dapat juga melihat sendiri keindahan jam vintage yang belum pernah aku lihat sebelum ini. Hubungan sillaturrahim yang telah lama terpisah kini ditemukan kembali & jalinan persahabatan dengan yang sudah kenal menjadi lebih utuh & salam perkenalan dengan sahabat jam baru...

Insyaallah kalau ada rezeki & kesempatan, DJ akan merantau ke selatan bertemu dengan sahabat jam di sana pula...

Leia Mais…

Thursday, February 18, 2010

Often Imitated..... But Never Match....

...itu merupakan tag line Doxa Sub yang sangat digeruni di lautan biru......



DOXA suatu nama yang cukup dikagumi... juga suatu nama yang tidak begitu disebut ramai. Tidak pelik jika ramai tidak mengetahui kewujudan jenama ini. Hanya mereka yang tahu saja, tahu akan kehebatan jenama ini. Penyu... bukanlah nama untuk jam ini.... Penyu (Turtle) adalah nama yang dipinjamkan dari model Seiko 6309-7040 Turtle/Suwa. Seiko yang suka memberi nama kepada anak-anaknya memberikan nama turtle kepada model ini berdasarkan bentuk casingnya itu. Namun bukanlah Seiko yang mengeluarkan cushion case ini, Doxa adalah pencetusnya dahulu....

Seperti gambar di iklan mereka, tahun 1889 merupakan tahun kelahiran syarikat Doxa S.A di atas muka bumi yang ditubuhkan oleh George Ducommun. Hanya melahirkan jam tangan, mereka lebih dikenali dengan jam diver berbanding model lain pada masa sekarang.

Sebenarnya kejayaan Rolex Submariner & Blancpain Fifty Fathoms telah memberikan laluan untuk Doxa serta jenama lain untuk turut serta memasuki kelab menyelam yang sebelum ini mereka hanya mengeluarkan jam dress.... Tahun 1967 telah menyaksikan Doxa bekerjasama dengan US divers co. untuk menggabungkan kepakaran menyelam dengan kepakaran dalam penghasilan jam tangan bagi menghasilkan suatu jam diver berkualiti tinggi dengan kehalusan seni sebuah jam tangan.



Doxa Sub 300T adalah model diver pertama keluaran Doxa pada tahun 1967 untuk bersaing dalam dunia diver. Keluaran model ini adalah seumpamanya di dunia pada ketika itu. Inovasi yang dibuat Doxa adalah suatu yang belum difikirkan oleh watchmaker lain. Ciri-ciri padanya adalah yang pertama & belum ada jam sepertinya sebelum ini. Nampaknya gabungan Doxa bersama US divers co. membuahkan hasil yang cukup bermakna dalam dunia horologi terutama sekali dalam arena di bawah air. Model Sub 300T pertama ini telah dihasilkan semula oleh Doxa dengan edisi terhad 1000 unit sahaja. Mereka yang ingin sekali merasai kehebatan Sub 300T pasti berebut-rebut untuk tidak melepaskan peluang sekali dalam seumur hidup ini. Rasanya kesemuanya sudah habis terjual.

Berikut adalah inovasi yang dihasilkan Doxa yang digabungkan dalam jam hebat ini:
  1. Pertama dalam penghasilan dail berwarna oren. Suatu inovasi yang cukup baik untuk jam pertama mereka & pertama di dunia. Kajian menunjukkan warna oren lebih menyerlah & lebih mudah untuk dilihat berbanding warna lain. Sesuatu yang membanggakan jika pada ketika itu memakai jam berwarna oren yang mana ia telah menjadi ikutan sehingga hari ini.
  2. Pertama dalam penghasilan bezel unidirectional yang memasukkan US Navy Air dive table for no-decompression dives telah pada bezel untuk membantu penyelam mengira waktu & kedalaman air ketika menyelam. Ia telah di patenkan oleh US patent office oleh Urs Eshle pada tahun 1968 dengan siri US350508.
  3. Pertama dalam penghasilan jam dalam pasaran awam dengan Helium Release Valve dengan model Conquistador. Pada tahun 1969 Rolex mencipta & memperkenalkan sistem valve ini & Doxa juga keluarkan jam dengan sistem ini pada tahun yang sama. Namun mengikut iklan & brochures dalam majalah Skin diver, Doxa adalah syarikat pertama yang memperkenalkan sistem ini dalam jam untuk pasaran awam.... yang pada ketika itu, Rolex hanya menjualnya kepada Commercial Diving Companies seperti COMEX. Sebab tu ada model Rolex yang mempunyai perkataan COMEX pada dail. Bukanlah syok-syok ja letak nama tu. Mesti ada sebab untuk sesuatu itu berlaku. Pada tahun 1972 dengan model Sea Dweller, barulah jam dengan Helium Escape Valve ini diperkenalkan kepada pasaran awam. Jenama lain yang turut memperkenalkan sistem ini dalam siri mereka adalah Omega dengan model Seamaster.
Ciri-ciri unik & pertama di dunia ini adalah keistimewaan yang tiada pada jenama lain. Suatu kelainan & istimewa jika memakainya di tangan & rasa sangat berbaloi jika memiliki Doxa Sub dalam koleksi.

Selain model diver, Doxa juga mengeluarkan model dress. Model dress mereka kini mudah di dapati di kebanyakan kedai & butik jam di sini. Siri diver adalah di bawah naungan US & agak terkejut juga apabila ramai mereka di luar negara yang tidak mengetahui kewujudan siri lain selain diver oleh Doxa. Mungkin kerana siri Doxa yang lain ini hanya untuk pasaran Asia... Ini kerana website antara diver & siri lain juga berbeza... Model diver iaitu Sub di pasaran kita sangatlah berlainan bagai langit & bumi... baik dari segi rupa, spec mahupun harganya. Sejarah mereka dengan lengkap boleh dibaca di web mereka itu.


Ini adalah website rasmi mereka:

Lihatlah perbezaan antara web rasmi mereka. Aku tak pasti kenapa wujudnya perbezaan samada model untuk pasaran mahupun web mereka ini.


Doxa menampilkan beberapa siri dalam line-up Sub:
  • Sub 200T (untuk wanita)
  • Sub 600T
  • Sub 750T
  • Sub 800T
  • Sub 1000T
  • Sub 5000T



Nilai pada setiap model itu 600, 750, 1000 & sebagainya itu bermaksud tahap selaman yang mampu dicapai untuk setiap jam itu. 5000T = 5000 meter.... Fuh!

Seperkara yang menarik mengenai Doxa Sub, bentuk & design yang ditawarkan untuk setiap siri mereka adalah sama. Tradisi ini tidak berubah sejak kelualan Sub pertama mereka hingga kini. Yang berbeza hanyalah saiznya saja. Bolehlah dikatakan Doxa untuk semua golongan. Semua orang boleh memilih jam yang sesuai untuk diri sendiri.

Selain siri yang ditawarkan ini, mereka juga turut memberi nama untuk setiap siri tersebut. Pecahan-pacahan nama ini bergantung kepada warna dail pula. Setiap model Sub mempunyai siri-siri ini.

Doxa Sub 1000T. Lihat saja perbezaan warna dail & namanya.


Berikut adalah nama untuk setiap warna dail yang ditawarkan.
  • Professional - dail oren
  • Sharkhunter - dail hitam
  • Searambler -dail silver (metallic)
  • Caribbean - dail biru
  • Divingstar - dail kuning
  • Conquistador - jam dengan Helium Escape Valve

----------


Doxa Sub 1000T Professional
Project AWARE DOXA SUB Limited Edition

Model ini merupakan edisi istimewa untuk Project Aware. Usahasama Doxa dengan Project Aware memungkinkan siri ini dikeluarkan. Hanya dalam siri Doxa Sub 1000T Professional, ia adalah terhad sebanyak 92 unit sahaja. Suatu jumlah terhad yang agak pelik & tidak biasa dilakukan orang lain. Tertanya juga mengapa bukan 90, 99, 100 ke? Sebenarnya 92 itu menunjukkan tahun bermulanya Project Aware iaitu pada tahun 1992.

Project Aware merupakan suatu projek pemuliharaan & pemeliharaan alam bawah lautan biru. Sangat sesuai & kena jika Doxa masuk & turut serta dalam projek ini. Project Aware komited dalam melakukan beberapa perkara iaitu:
  • Membersihkan dasar laut
  • Pencegahan bahan buangan marin
  • Pemeliharaan, pemantauan & mengumpul maklumat batu karang
  • Pendidikan, penjagaan ikan jerung
  • Meningkatkan serta memperbaiki pengurusan polisi & usaha pemeliharaan marin
  • Environmental Training untuk Penyelam & Program Pendidikan untuk kanak-kanak yang bernilai USD$2390. Yang mana nilai kos itu adalah harga untuk model Doxa Sub 1000T Project Aware ini.
Maklumat lanjut mengenai projek ini, bolehlah layari Project Aware.



Unik & tersendiri adalah perkataan paling layak untuk jam ini. Tiada satu jam di dunia mempunyai design & ciri-ciri unik begini. Ramai yang cuba meniru tapi tak mampu menyainginya... sesuai sangat dengan tag line mereke kini iaitu.... Often imitated... but never match...


Model yang pertama sekali keluar pada 1967 ini kembali menyinari dunia pada 2007. Namun jika berkeinginan model Sub Professional, kecewa juga akan kita dapat kerana ianya sudah sold out. Punyalah popular & laris model oren pertama dunia ini.... Tapi usah khuatir kerana ia telah kembali dalam stok untuk memenuhi permintaan yang melimpah ruah.


Tiada perubahan dibuat pada Sub 1000T. Apa yang dihasilkan mereka adalah sama seperti model vintage mereka. Nilai klasik & tradisi Doxa sebagai penyelam sejati amat kuat dalam jiwanya walaupun ianya keluaran terbaru. Bolehlah dikatakan ianya adalah homage kepada model Sub 300T itu.

Casing dengan stainless steel 316L ini dibuat dengan cukup kukuh. Berdiameter 42.70mm (tidak termasuk crown) dengan ketebalan 14.60mm, ia merupakan suatu jam diver yang sesuai dengan ramai orang.

Rupanya itu sangat menarik perhatian kepada yang melihatnya. Bak kata pepatah Inggeris..... 'beauty is on the eye of the beholder'... Kecantikan itu sangat subjektif. Yang menilai juga tidak sama jawapannya. Apa yang dikecapi oleh orang lain, mungkin tidak dikecapi oleh yang lain. Tarikan yang ada padanya mampu membuatkan jiwa yang memandang tertoleh berulang kali. Andaian juga mungkin pelbagai yang tak terungkai dengan kata-kata. Eerrrr.... Um....... Tu.... Hmmmmm....

Bak kata pepatah Inggeris lagi.... 'don't judge a book by its cover'..... Janganlah terus menilai tanpa usul periksa.... tak kenal maka tak cinta.... Marilah kita berkenalan dengannya dengan lebih dekat.... manalah tahu akan timbul bibit-bibit cinta pula....


Warna oren yang sangat striking ini tidak ada jenama yang sama dengannya. Warnanya sangat sesuai seperti oren yang masak tepat pada waktunya. Rasanya juga manis.... Luminous marker sangat terang di waktu malam memberikan bacaan yang tepat di kala memerlukannya. Jarum jam yang bersaiz lebih kecil itu dipanggil dwarf hand & jarum minit yang jauh lebih besar serta jarum saat dengan indeks segiempat di hujungnya itu sangatlah unik & tiada seumpamanya. Jika ada pada jenama lain, ianya adalah homage darinya.

Tertera logo Project Aware yang jelas pada dail orennya itu.... memberikan makna yang jelas & betapa seriusnya Doxa dalam pemeliharaan khazanah lautan & menunjukkan juga mereka sangat komited dengan usaha yang dilakukan bersama-sama Project Aware.


Beginilah rupa lume Doxa di dalam gelap. Namun ini bukanlah gambar dari Sub 1000T, ianya adalah dari Sub 750T yang dipinjamkan. Walaupun begitu, beginilah juga pencahayaan Sub 1000T di dalam gelap.


Bezel yang telah dipatenkan ini memberikan rupa yang cukup unik. US Navy non-Decompression table yang engraved padanya itu yang digabungkan dengan bezel 60 minit memberikan wajah yang berbeza dari kebiasaan bezel jam diver. Namun perbezaan antara keduanya amat ketara. Warna nombor US Navy Air dive table dibuat dengan warna oren di atas kawasan bezel yang polished finishing, manakala bezel 60 minit dengan tulisan hitam itu dibuat dengan satin finishing. Perbezaan ini jelas & tidak akan mengelirukan pemakainya ketika menyelam.


Walaupun nampak berbeza & seperti mempunyai mekanisme putaran yang berbeza, kedua-dua bezel itu adalah 'sekali' & akan berputar bersama-sama. Putaran bezel adalah sehala sebanyak 120 klik & design gigi bezel yang dibuat sebegitu rupa memudahkan genggaman jari padanya dengan kemas dengan putaran yang cukup sempurna.


Cermin cembung 3mm yang digunakan padanya adalah dari jenis sapphire crystal dengan coating anti-reflektif. Gabungan 3 elimen ini memberikan kombinasi yang cukup bagus untuk suatu jam diver. Casing yang pipih di bahagian sisi itu adalah gabungan polished & brushed finishing. Bahagian atas casing adalah brushed finishing, manakala di sisinya adalah polished finishing.


Walaupun jam ini tiada crown guard, ia dibuat tersimpan sedikit ke dalam casing. Ia membuatkan casing itu sendiri bertindak sebagai crown guard. Designer Doxa telah memikirkan yang terbaik untuk jam ini dengan penghasilan ciptaan yang ringkas namun berfungsi dengan baik.... simple yet functional. Screw-down crown yang ada padanya itu dapat diputar dengan baik & saiznya juga sesuai dengan saiz casing itu sendiri.


Crown mampunyai sign logo Doxa yang berbentuk ikan. Lihat saja rupanya dari posisi ini.... pelik juga bentuknya. Saiz bezel yang besar itu memudahkan putaran bezel dilakukan walaupun ketika sedang memakai sarung tangan menyelam.


Caseback skru dengan logo Doxa ditengahnya itu dibuat dengan cukup kemas. Enraving nombor siri limited edition padanya juga jelas kelihatan. 50/92. Tak pasti lagi berapa unit lagi masih tertinggal. Bertuahnya dapat memiliki jam ni. Nombor sirinya juga unik.


Bracelet ricebeads ini menambahkan nilai diver klasik padanya. Bracelet jenis ini selesa di tangan.


Clasp dengan logo embosed Doxa dibuat dengan kemas. Link pada clasp adalah solid.


Seperti model diver sejati yang lain, ia juga mempunyai extension clasp di mana ia boleh dipanjangkan sebanyak 20mm.


Jika melihatnya sahaja pun sudah memikat jiwa, apatah lagi jika memacunya di tangan. 'Feel' yang diberikan Doxa Sub sangat berlainan berbanding jam diver seangkatannya. Perasaan teruja masa mula-mula melihatnya terasa bagaikan impian menjadi nyata. Kelainan yang ditampilkannya disulami dengan perasaan selesa. Bentuk cusion case ini sangat selesa ditangan sebenarnya. Penyu Swiss ini mengeluarkan aura yang tak mampu aku bendung lagi. Sekiranya selama ini Doxa Sub hanyalah mimpi sedih kerana tidak mampu digapai tangan, kini ianya sudah berada di tangan aku.



-----------------------------


Doxa Sub vs Seiko Orange Monster

Ini tidak adil!!!!! Mungkin itu yang terpacul dari mulut-mulut.... gandingan mereka berdua ini sememangnya tidak adil. Bukanlah pemenang yang inginku cari tapi kedua-dua oren ini adalah ikon dari 2 kontinen yang berbeza.


Kedua-duanya mempunyai aura yang berbeza. Seperti yang diterangkan di atas, tiada satu jam pun yang mampu menyamai Doxa. Bukti amat terserlah pada warna dailnya sendiri.


Kedua-duanya mempunyai design yang unik & tersendiri. Design yang ditampilkan sangat memikat jiwa. Setiap mm kedua-dua jam ini dibina dengan cukup baik. Kedua-duanya mempunyai cermin yang cembung. Perbezaan terletak pada bahan yang digunakan padanya. Monster menggunakan cermin hardlex crystal yang tebal, manakala Sub adalah sapphire crystal setebal 3mm yang di letakkan coating anti-reflektif.


Warna oren dail tidak sama dengan tona yang jauh berbeza. Engraving nombor pada bezel kedua-duanya dibuat dengan kemas & putaran kedua-dua bezel juga mudah walaupun Seiko mempunyai binaan bezel & casing yang sungguh berbeza.


Kedua-dua jam oren ini mempunyai seni binaan yang unik. Lekukan, shape, angulation setiap bahagiannya diselami dengan polished & brushed finishing menjadikannya enak dipandang mata. Monster mempunyai lubang pada lug untuk memudahkan penukaran bracelet manakala tiada desediakan lubang ini pada Sub.


Dua dunia yang berbeza ini mempunya design bracelet yang turut berbeza. Monster dengan design moden & ringkas, manakala Sub didatangkan dengan rice-bead bracelet yang klasik. Design tradisional ini diperturunkan dari generasi ke generasi kepada semua model Sub. DNA Sub 300T dipunyai oleh semua anak cucunya.


Clasp Monster lebih tirus & panjang berbanding Sub. Monster mempunyai push-button clasp manakala Sub adalah jenis klip. Safety clasp adalah suatu features yang perlu ada untuk setiap jam diver.


Extension clasp mereka juga tidak sama designnya. DNA Seiko ini banyak di perturunkan kepada hampir semua model keluaran mereka. Cara buatan extension clasp pada Sub mengingatkan aku kepada Epos yang juga dibuat sedemikian.


Kedua-dua jam selesa di tangan. Binaan yang memaut tangan ini menambahkan keselesaan itu. Enjin yang memacunya akan terungkai apabila caseback skru ini dibuka. Monster menggunakan enjin in-house Seiko 7S26 yang terbukti reliable manakala Sub menggunakan enjin ETA 2824-2 yang sudah tentunya terbukti reliable juga. Kedua-dua enjin ini menggunakan kepakaran berpuluh tahun dahulu. Teknologi & design yang diperturunkan dalam pembikinan enjin ini cukup bagus & tak perlu untuk diperbaiki lagi. Dari maklumat yang aku dapat, enjin Monster 7S26 buatan sebelum 2007 adalah dari Jepun.... manakala selepasnya adalah dari Singapura.... jika tak salah aku la....

Doxa Sub adalah sala satu jam idaman.... perasaan dapat memegang & merasinya adalah suatu yang sangat bernilai buat diri ini. Kredit harus aku berikan kepada bro ex001 kerana menungkinkan ini berlaku. Terima kasih banyak bro...

Sejarah & keunikan yang dibawa Doxa Sub tidak dapat disangkal lagi. Ia sarat dengan pelbagai cerita yang ingin dikongsi bersama. Ia memang sukar untuk didapati & kesusahan untuk mendapatkannya itulah memberi erti yang cukup besar pada tuannya. Barulah dapat appreciate cerita yang terselindung di bawah warna oren & DOXA yang hebat alaf ini...

Leia Mais…