Dalam banyak-banyak jenama, Alba merupakan jenama yang orang tak pandang sangat. Errr... termasuklah aku. Hehehe... Ada yang confius jenama Alba dengan Elba. Ada juga yang merasakan jenama Alba ni sebenarnya jenama pakaian. Mungkin ramai yang rasa jenama ni tak standart... tetapi tahukah anda yang sebenarnya jenama ni merupakan sub-brand kepada Seiko. Aku tahu pasal benda ni pun bila Mamu cerita kat aku. Wah... Patutlah ada beberapa model Alba yang aku tengok ada yang hampir serupa dengan Seiko contohnya Alba Kinetik. Harganya juga murah sedikit.
Kotak Alba & Seiko pun sama.
Teknologi, movement yang diguna pakai juga diambil sepenuhnya dari Seiko. Ia tergolong dalam Seiko Group. Market utama Alba ditumpukan pada pasaran Asian. Sebab tu susah nak jumpa jenama ni di pasaran Eropah. Ia diciptakan dengan design yang lebih moden & menarik untuk menarik minat orang muda. Contoh terbaik seperti jam di bawah.
Solid stainless steel bracelet
Banyak model-model baru Alba yang dikeluarkan sekarang cukup cantik & menarik. Kualiti jam ni memang bagus & setanding dengan abangnya... Seiko. Mungkin ada yang terlepas pandang dengan jenama ni. Apa kata anda lihat jenama ni sebagai salah satu pilihan jam anda. Mungkin ada yang berkenan dihati...
2 KOMEN ANDA:
ha,ha cerita pasal jam baru semalam beli jam ALBA ni RM315. aku rasa apa yang buat ni memng giler.mula tgok seiko RM130. Lepas tu berkenaan yang RM259. Lepas tu RM389. Ada diskaun 20 percent hu,hu..bajet nak guna RM500. last-last hu,hu terbeli yang mahal tu.
Haha... mmg biasa gitu bro. Mula tgk yg ni.. ok dah. Tetiba tgk jam lain... best gak.. tambah sikit je... Pastu up plak tgk jam lain... eh harga tak la jauh sgt dr yg ni.. pastu benda tu berjalan lg sampai yg mahal.. eh, apa salahnya kalau aku amik yg ni terus... tambah Rm100+ ja, dpt yg lg best. Haha... Last2 beli yg paling mahal. Ekekeke...
Post a Comment