Tuesday, April 14, 2009

Kenapa beli jam replika?

Jam replika merupakan jam salinan (duplicate) yang menggunakan bahan, teknik penghasilan seperti yang digunakan dalam penghasilan jam original (ori). Tetapi bahannya lebih murah la. Ia mempunyai bentuk, fungsi, estetika yang hampir sama dengan jam ori. Kalau diletakkan bersebelahan pun, susah nak dibezakan antara jam ori & replika. Cermin pula ada yang kalis calar.

Jam tiruan (fake) pula ialah jam yang dibuat tidak mengikut jam original, tetapi menggunakan nama, ciri-ciri salinan yang sedikit & bahan yang digunakan dalam pembuatannya pun tidak sama dengan ori. Ia tidak mempunyai bentuk & mempunyai fungsi yang kurang dari jam ori. Harganya juga murah. Mereka hanya menggunakan nama sesuatu jenama terkenal. Contohnya ejaan nama SEIKO.... jadi SIEKO. CASIO jadi CASIA. Ini sah-sah tiruan yang terang lagi nyata. Namun ada juga yang menggunakan ejaan yang betul. Tapi dari segi lain, seperti finishing pada jam adalah tak elok. Kantoi...

Louis Vuitton. Sebenarnya aku lupa yang jenama ni jenama untuk barangan perempuan. Bentuk jam ni yang buat aku tertarik. Bila test kat tangan, memang tak sesuai langsung dengan aku. Wakakaka....

Perasankan tertulis quartz pada dailnya? Quartz tapi automatik.
k.a.n.t.o.i = KANTOI!


Pada sekeliling casing jam ni terukir nama LV.

Aku tak pasti gred apa jam ni. Yang pastinya gred rendah.

See-thro case back. Enjin serupa dengan Omega bawah ni. Yang tak best pasal enjin ni, power reserve tak lama. Pasal tengah pakai pun dia boleh 'mati'. Kena 'kunci' baru tahan lama skit.


Omega DeVille. Tapi perasan tak ejaan Co-Axiol pada dail? Ejaan sebenar ialah Co-Axial.


Enjin serupa dengan LV. Kena kunci baru tahan lama.

Sebahagian besar jam-jam replika ini datangnya dari China. Jam replika mempunyai pelbagai gred. Gred rendah (seperti di atas) boleh dilihat perbezaan yang begitu ketara berbanding ori. Bahasa mudah... kantoi gila lah. Tengok pun tau jam ciplak. Gred yang tinggi, agak sukar nak tengok... lebih-lebih lagi jenama Rolex. Susah nak kenal & dibezakan. Lagi tinggi gred, lagi cantik, lagi mahal sesuatu jam replika itu.

Walaupun sesuatu jam tu replika, ada diantaranya menggunakan enjin dari Swiss (dari maklumat yang aku dapat). Jam ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikatakan 99% sama dengan jam ori. Jadi untuk orang yang tak mampu beli jam Swiss ori, bolehlah beli replika sebagai alternatif. Sekurang-kurangnya boleh merasai jenama mahal di tangan. Orang pun tidak akan tahu jam kita tu ori ke tak. Harganya juga jauh lebih murah.

Tetapi, apakah sebab anda beli jam replika? Lain orang, lain sebabnya. Ada yang beli sebab nak merasai bagaimana rasanya jam berjenama mahal ni. Feel... Tak dapat beli ori, beli replika pun jadilah. Orang bukan tahu pun.... Ye ke tak tau?


Replika Chopard Mille Miglia Gran Turismo XL Power Reserve

Power reserve tu berfungti tau. Bila pakai makin lama, makin naik power reserve dia. Screw down crown. Boleh 'kunci' untuk naikkan power reserve.

Buckle yang cukup menarik & tali getah yang menyerupai tayar kereta.


Cermin kalis calar. Ada reflektif biru bila dikenakan cahaya.

Case back ni seperti jam Chopard Mille Miglia Gran Turismo XL yang lain. Untuk model ni, sepatutnya ialah see-thro case back.


Cukup cantik pada tangan. Saiz agak besar. Sebab lain aku jarang pakai jam ni ialah rasa kurang selesa semasa pakai.
Jam replika ni gred AAA.


Di bawah ni pula menunjukkan jam Chopard Mille Miglia Gran Turismo XL Power Reserve yang ori. Perhatikan case back-nya.

See-thro case back.

Ini lah bentuk jam ori. Jam replika hampir menyamai jam ni.


---------------------------------------------------------------


Oris William F1. Ada sedikit kecacatan pada dail saatnya.



Ini model ori. Boleh nampak perbezaan? Sekali imbas memang sama. Tapi kalu diletakkan bersebelahan, saiz replika jauh lebih kecil.


Aku ada beberapa jam replika. Beli masa mula-mula nak mula kumpul jam. Sebab tak dapat beli ori, beli replika pun jadilah. Kononnya-lah. Lepas tu, aku tak pakai pun jam-jam tu. Ini hanyalah perasaan & pendapat aku saja. Anda mungkin tak setuju. Takpa.... Sekadar nak kongsi saja.

Mula-mula dapat memang seronok. Lepas tu aku rasa segan nak pakai & rasa tak confident bila pakai. Ini mungkin juga dirasai oleh peminat/pengumpul jam yang lain. Sebab apa? Aku rasa walaupun orang lain tak tau jam tu ori ke tak (yang aku anggap orang lain menganggapnya ori).... hanya aku saja yang tau yang jam tu replika. Dari segi psikologi, fikiran & perasaan aku dah terganggu. Hmm.. Rasa macam nak tipu orang ja. Bila pakai, aku sendiri rasa segan & malu nak berdepan dengan orang. Takut-takut terjumpa orang gila jam cam aku ni. Mesti boleh tau punya. Sebab kalau aku jumpa orang pakai, aku boleh agak ianya replika @ tak. Tambahan pula kalau pi ke kedai jam lagilah. Dengan penampilan aku yang tak beberapa segak & agak selekeh ni, pakai Chopard pun orang kedai jam tengok atas bawah. Biar betul mamat nih? (dalam hati Sales Man tu). Hahaha... Kalau aku jumpa Mamu kat Time Prosper, aku sorok-sorok ja jam ni tak mau bagi dia nampak. Tapi dia perasan gak. Semacam je dia jeling aku. Wakaka...

Selain itu, secara logiknya aku memang tak mampu beli. Tambah-tambah kalau jam ori tu berharga puluhan malah ratusan ribu ringgit. Secara logiknya hanya segelintir saja yang mampu beli. Kalau orang biasa pakai? Hmm... Oris William F1 tu pun dijual pada harga RM10500 & Chopard pula lebih kurang RM15k. Pada waktu & keadaan aku sekarang ni, memang aku tak mampu.... lagi.... Hehehe... Jadi, jam-jam ni hanyalah jadi hiasan. Simpan buat tatapan & amat jarang sekali aku pakai jam ni.

Perasaan ketidakpuasan hati tetap ada pasal aku tau jam tu bukan ori. Tiada kotak, tiada warranty yang terjamin (sebab beli dari internet) & tidak tahu berapa lama jam ni akan bertahan. Kawan aku pakai replika Rolex Daytona. Jam memang cantik. Cuma setahun ja tahan (sebab pakai hari-hari). Lepas tu KO. Coating gold jam tu pun dah 'turun', crown pun longgar macam nak tercabut & coating pada crown pula tertanggal terus. Nak hantar repair, tak semua kedai boleh buat & terima jam replika. Ada kedai yang offer boleh buat, tapi enjin kena tukar. Kesemua dail takkan berfungsi lagi lepas tu. Hanya tunjuk waktu semata-mata. Last-last dia simpan saja jam tu, beli Casio Edifice. Puas hati. Pada aku, biarlah pakai jam yang murah... asalkan ianya original. Sekurang-kurangnya aku tak rasa janggal, rasa lebih yakin dengan diri sendiri & yang paling penting... puas hati.

Hmm... Ini aku la. Anda bagaimana pula?

10 KOMEN ANDA:

Suka Jam said...

Aku mula-mula nak bermain ngan jam aku try Rolex Submariner Auto Replika beli dari Lelong.com.my.
Sekali sampai, bracelet kasar & panjang giler! Last2 tukar ngan tali jam getah Seiko Diver.
Untuk yang mula-mula berjinak ngan koleksi jam ni, biasanya bermula ngan jam Replika.

duniajam said...

Replika ni habuan syok2 ok la. Kalau nak kumpul rasa tak berbaloi. Kumpul semua replika boleh dapat jam ori yang cukup best.

Rushdan said...

Salam. kenapa jam tangan harga beratus2 ringgit? saya tak faham.

duniajam said...

Salam Rushdan Sabree...

Byk faktor penyumbang sesuatu harga jam. Jenama, after sales service, jam keluaran terhad (limited edition), kualiti (buatan jam, jenis bahan yg digunakan, jenis movt, kualiti movt, sumber movt & sebagainya). Ada faktor2 lain lg, tp inilah antara faktornya secara ringkas.

dani said...

you have hublot and tag heuer replicas??

duniajam said...

Dani....

Sori Dani, I don't have anymore replica watches. Either it is broken or sold them already. Thanks

Unknown said...

Fake@ replica rugi beli elok beli jam original terus ambiklah ikut kemampuan gshock ke? Tissot ke? Ada jg sejarah cerita jenama tersebut lagipon kalo fale grep terbaik pon tetap jg kosnya murah kata enjin swiss xmungkin swiss eta hanya pngeluarkn produk pada yg jenama yg ada kerjasama dgn durg ingat senang nak beli mesin eta ke haha lagi2 nak buat jam fake apapon fake jgn beli serupa beli kereta xada gran xkan selamat so belilah original dijamin selamat n puas hati hehehe....

Unknown said...

APA KATA BOSS JUAL CHOPARD mille miglia gran turiwmo tu kat sya. Hehehe

Unknown said...

Jual chopard mille miglia replica tu kt sya boss?

duniajam said...

abdul salam bin salamang

Jam ni dah lama jual tuan. Hehe

Terima kasih