Thursday, January 26, 2012

Tarikh rasmi H4U telah ditetapkan....

Mohon maaf kepada semua kerana lama betul ambil masa untuk update. Cuti panjang & sibuk dengan urusan duniawi mengurangkan masa aku terhadap blog.

Undian yang telah dilakukan di FB & juga poll blog ini menunjukkan 3 Jun 2012 adalah tarikh yang popular. Berdasarkan undian tersebut & perbincangan sesama penganjur, kami telah memutuskan bahawa tarikh.....

3 Jun 2012

... sebagai tarikh rasmi perjumpaan kelak. Kepada yang ingin menyertai perjumpaan ini, anda perlu mendaftar untuk memudahkan pihak kami membuat perancangan. Update mengenai perjumpaan ini & butiran terperinci akan diberitahu melalui email.

Terima kasih...

Leia Mais…

Sunday, January 8, 2012

HOROLOGY FOR UNITY BAKAL KEMBALI!!!


Ya! InsyaAllah pada tahun ini ia bakal direalisasikan..... Cetusan idea untuk ia diadakan pada tahun ini bermula dari saudara Nazri TimeAsItIs... Aku dengan berbesar hati menerima pelawaan beliau untuk menjadi salah sorang penganjur pada tahun ini... 

Beberapa perbincangan telah diadakan bersama penganjur yang lain & kami sedang memilih tarikh yang sesuai untuk ia diadakan. Undian telah dilakukan di dalam group FB Dunia Jam & aku juga telah membuat undian tarikh di side bar sebelah. Seperti perjumpaan yang lepas, tempat perjumpaan tidak akan diberitahu secara umum.

Posting pertama mengenai perjumpaan H4U tahun ini telah pun dibuat oleh saudara Nazri pada link di bawah:

Namun pada peringkat pertama ini, pihak kami memerlukan rakan-rakan yang ingin menghadiri perjumpaan  ini mendaftar terlebih dahulu supaya pihak kami dapat melihat sejauh mana peserta yang akan hadir. Jika peserta tidak ramai, maka perjumpaan ini akan dibatalkan. 

Untuk mendaftar, sila layari link di bawah:

Kami sangat menalu-alukan penyertaan anda. Maklumat seterusnya akan diberitahu dari semasa ke semasa.



Leia Mais…

Sunday, January 1, 2012

Long Way Down Semenanjung - semalam yang mengecewakan....


EPISOD 8

Impian nak tidur di Cherating dah kesampaian walaupun agak kecewa dengan chalet yang disewa ini. Beberapa tahun lalu abah & kawan-kawan Volkswagen pernah datang tidur sini & katanya di sini chaletnya ok. Cumanya aku salah sewa chalet... kalaulah aku sampai awal (masih cerah), tahulah camno rupanya sebab dari luar, sudah boleh nampak kondisi chalet. Takpalah.. ini juga suatu pengalaman yang bermakna & pengajaran untuk aku di masa akan datang....

Tiada perancangan nak dibuat hari ni kerana tiada tempat lagi yang kami nak singgah. Banyak tempat telah kami singgah semasa Long Way Round Semenanjung dengan Beetle 2 tahun lepas... Pagi ni aku bercadang nak mandi laut... nak cari seluar pendek dulu... lepas sarapan lebih kurang, kami pun keluar meninjau keadaan sekeliling chalet ini....


Itu merupakan rumah tuan chalet... aku agak la... di situ jugalah kaunter untuk sewaan chalet di sini....


Banyak chalet miliknya & ada banyak pilihan chalet... di sebabkan penat, aku tak dapat buat penilaian yang baik dalam pemilihan chalet & sampai pula malam hari... itulah chalet yang kami sewa... ada 3 buah chalet yang sama rupa & aku yakin ketiga-tiganya tidak dijaga dengan baik melihatkan rupa luarannya... yang lainnya nampak baik, tapi tak tahu pula keadaan dalamnya camna.... Aku rasa tak patut keadaan dalaman chalet tak terjaga begitu... aku memang tak puas hati.... Kalau anda nak tidur di sini, elok masuk dalam & tengok keadaan chalet. Kalau ok baru sewa... Lain kali, itulah yang aku nak buat sebelum menyewa... 


Chalet ini tidak jauh dari laut. Kata tuan chalet, kalau air pasang, sampai ke bawah chelet (yang paling hujung) air sampai.... Tak ramai yang menyewa. Hanya beberapa chalet saja ada penyewa. 


Panas betul hari tu... takda orang yang mandi laut pun... aku jadi segan lak. Angin pun kuat... 


Chalet kiri yang warna merah tu, abah pernah sewa dulu. Besar saiznya... Dahulunya harga sewa tak mahal di sini.... Kata abah tak sampai RM100 boleh dapat sewa dah kat sini dulu...


Disebabkan malam, aku tak nampak ada chalet lain di sebelahnya... menarik gak nampak.


Perbezaan kondisi chalet yg aku sewa (kiri) dengan yang nampak ok (kanan)... cuma beza RM20 saja... aku rasa menyesal tak sewa yang tu.. tak apalah....


Ini pula chalet yang dibina dari batu... aku tak pastu berapa harganya... sebelah chalet aku sewa tu saja...


Dah tengah hari... jomlah gerak... Kunci chalet hanya kami tinggalkan di kaunter... Tuan chalet takda, mahupun sesiapa dikaunter untuk aku nyatakan ketidakpuasan hati aku.... 

Hari ni takda apa-apa perancangan... Tujuan utama ialah nak ke Terangganu ke rumah adik aku... Aku juga mendapat tahu abah & mak nak datang Terengganu juga... Cuma persoalan aku, mai dengan apa? Pasal abah juga seorang bikers.... hmmm.... Tapi memandangkan telefon tak dijawab.... sah mai dengan moto juga... haha...

Kami pusing sekali lagi kawasan perkampungan Cherating ini... keadaan tidak sibuk... nak makan tengah hari rasa kenyang dengan sarapan tadi. Kami bercadang nak singgah mana-mana nanti kalau lapar...


Di sini terdapat satu 'bulatan' di tengah-tengah jalan yang aku tak tau apa fungsinya & untuk apa ia dibina... mungkin sebagai tanda nak tunjuk laluan masuk ke pantai awam di sebelah kiri tu... aku agak saja la...


Kami masuk ke jalan nak ke pantai awam tu... seingat aku takda menara peninjau tu masa datang dengan Beetle dulu....


Ada kedai-kedai cenderamata yang turut menjual pakaian & alatan untuk berenang.... Aku singgah sat nak beli spek mata aku yang dah rosak... padanlah.. dekat 4 tahun aku guna spek tu...


Sebelum meneruskan perjalanan, aku bergambar di tempat yang sama bersama Beetle dulu... ianya terletak di persimpangan masuk ke perkampungan Cherating....

Perjalanan kami teruskan ke Terangganu... tiada apa-apa peristiwa  atau tempat menarik yang kami singgah.  Perjalanan agak menarik & kami tidak menggunakan GPS. Hanya berdasarkan papan tanda saja.... 

.... kami lapaq..... Hmmmm..... Nak cari kedai makan yang rasa lalu nak makan & nampak ok... Masa tu kami dah sampai Kemaman... Tiba-tiba aku baru teringat ada kawan aku yang kerja di sini... Berhenti tepi jalan & menghubungi beliau yang kebetulan kami sampai dekat dengan waktu rehatnya.... Terkejut beliau bila kami cakap kami kat Kemaman. Aku bertanyakan tempat makan yang sedap di sini....

...beliau menyatakan untuk berjumpa aku & kami akan makan bersama. Bersama beliau adalah isterinya & beliau bawa kami makan nasi beriani yang terkenal di sini... Alhamdulillah... memang sedap betul makanannya. Ramai betul orang. Servis pun cepat. Puas hati betul....


Alhamdulillah... dapat juga berjumpa beliau setelah lebih kurang 2 tahun terpisah... Terima kasih diucapkan kepada saudara Eris & isteri yang sudi datang bertemu kami & makan bersama... InsyaAllah, kalau panjang umur & rezeki, kita jumpa lagi....


Perjalanan diteruskan lagi dengan perut yang sangat kenyang... burp!..... Tak sangka laju-laju kenderaan di sini... Mungkin jalannya lurus & baik buat orang ramai laju di kawasan ini...


Sampai di Paka, kami bertemu dengan pusat petroleum milik Petronas. Besar kawasannya... kiri kanan jalan jajahannya... 


Setelah beberapa lama perjalanan, nun jauh di sana.. aku tak ingat kat mana ni...nampak cuaca mendung sangat... Aku yakin akan hujan di sana... kami berhenti nak pakai baju hujan....


... aku sempat menghubungi adik aku & mak aku yang kebetulan sedang berehat juga...

... memeng hujan di depan tu... aku hidupkan lampu lip lap yang aku pasang sebagai penambah keselamatan. Walaupun lampu belakang LED EVO besar & terang, kalau dalam hujan lebat, lebih baik kita ambil langkah keselamatan supaya orang lain nampak kita & berjaga-jaga dengan kehadiran kita. Walau betapa besar moto kita, kita tetap moto... dilanggar pun sakit, apatah lagi kalau melanggar... Ramai mat moto tak pentingkan keselamatan di jalan raya. Aspek keselamatan paling asas.... lampu belakang yang tak bernyala (sengaja padamkan pun ada) boleh menambahkan risiko untuk kena langgar dari belakang.... hati-hatilah bikers sekalian....


Perjalanan di Terengganu sangat menarik... Aku betul-betul teruja ride di sini... Pemandangan tepi laut sangat mengasyikkan & mententeramkan jiwa... Sudah beberapa kali kami singgah di sini.. Pantai apa pun aku lupa namanya... kuikuikui.. aku sukakan pemandangan di sini... Ada papan tanda amaran dilarang mandi... tapi ramai ja orang mandi manda di sini... 

Aku masih berbungkus rapi dari hujung kepala sampai kaki... panas ya amat.... Rasa nak buka... tapi....


Nun jauh di sana cuaca lebih gelap dari tadi... mesti lebih lebat dari tadi... Memang betul lebat pun... Mujur juga cermin helmet aku dah sapukan dengan cecair water repellent untuk cermin kereta, air tak begitu lekat pada visor helmet....

Hujan yang turun bukanlah sepanjang perjalanan tersebut. Ada kawasan yang cuacanya baik. Kami berhenti buka baju hujan sebab cuaca di depan nampak baik & rasa panas sangat pakai baju hujan ni...


Cuaca di Rantau Abang nampak baik. Perjalanan di tepi laut menjadikan perjalanan ini lebih menyeronokkan.... Ku sangka panas hingga ke petang... tak juga.... sebab tak beberapa jauh dari papan tanda Rantau Abang tu, hanya beberapa ratus meter, sudah kelihatan hujan turun dengan lebatnya & semakin lama ia semakin dekat... Hah! Berhenti pula pakai baju hujan.. rasa cam Charlie Chaplin dah pasal kami kalut sungguh pakai baju hujan disebabkan semakin lama hujan semakin dekat dengan kami... 

Kali ni, memang lebat sesungguh-sungguhnya... Segala lampu yang ada kat EVO aku pasang... Perjalanan menjadi lebih perlahan & kenderaan juga banyak.... Dalam dok bawa moto syok sendiri, ada 2 budak EX5 bawa moto dengan lajunya... Berani betul diorang... Di kawasan yang hujannya tak berapa lebat, yang sorang mamat ni laju sungguh... kalau dari jauh nampak hendel ja.. kepala hilang, rupanya tunduk rapat separas hendel.. aduyai.. laju betul, meter EVO 120kmj aku dok belakang dia... 

Bila kenderaan semakin banyak, aku perlahankan EVO... Biarkan saja budak tu dengan dunia dia.... Kalut nampak dia... biarkan dia. Kita tak tau orang bawa laju kat jalan kenapa, mungkin memang dalam kecemasan, nak terberak ke, nak kencin ke... kita tak tau.. biarkan mereka, doakan mereka selamat sudah....

Malang tidak berbau.... dari jauh aku nampak meriah keadaan di depan. Apabila sampai, aku nampak ada moto makcik tua yang tayar belakangnya bengkok kena langgar... senyum ja makcik tu... Ok la kot dia... Tapi agak mengejutkan aku bila ada sekujur badan sedang terbaring di tepi jalan..... paling mengejutkan aku ialah, dia adalah budak EX5 tadi! Aku berhenti pi tengok keadaan dia... Ramai pelajar & penduduk datang melihat. Kejadian berlaku di persimpangan masuk suatu institut pelajaran di situ.. Aku tanya budak tu, alhamdulillah kecederaan tak teruk.... Dia langgar makcik yang nak masuk simpang. Ye la kan, orang-orang tua naik moto memanglah slow..... nak masuk simpang pun dengan hepi.... sekali budak tu datang bak peluru.... memang tak sempat nak brek le... Budak tu langgar tayar belakang makcik tu... mujur makcik tu tak apa-apa... Alhamdulillah, tak serius kecederaan budak tu... mungkin itu suatu pengajaran untuk budak tu supaya tak laju tak tentu pasal di kawasan perkampungan... bukan hanya kepada dia, peringatan kepada aku juga.... 

Sayang seribu kali sayang, aku terlupa nak ambil gambar... Hadoi la!... Lepas buka baju hujan & jalan balik, baru teringat nak ambil gambar kejadian... Hmmmm... Takpalah... itulah yang dikatakan malang tidak berbau.... hati-hatilah semua....


Kami berhenti sebentar di Pantai Kelulut. Cantik pemandangannya. Cuaca pun baik, aku pun hepi.....


.... apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, dari jauh aku nampak suatu moto yang amat aku familiar... Honda CBR400RR Gull-Arm NC29.. Moto yang pernah aku gunakan lebih kurang 10 tahun yang lalu.. kenangan lalu menjelma kembali.... Banyak kenangan manis & pahit aku rasanya bersamanya dulu.... Apakah nasibnya kini?........ Sempoi habis mamat ni, pakai seluar pendek & selipar plak... 

Perjalanan lancar sehingga kami sampai ke pinggir Kuala Terengganu.... nampaknya keadaan sama seperti di Rantau Abang tadi. Hujan lebat kelihatan & semakin menghampiri kami. Sekali lagi jadi Charlie Chaplin pakai baju hujan... Hujan lebat juga.... Namun tidak begitu lama... 


Perjalanan kami hampir tamat.... Dari atas moto, boleh nampak jelas Masjid Kristal dari atas jambatan... Dah pi dah dulu tempat-tempat di kawasan tu, tak payah pi la kot......


Akhirnya perjalanan kami sampai ke penghujungnya.... Alhamdulillah selamat sampai di rumah adik. Walau tak singgah di mana-mana tempat seperti sebelum ini, pengalaman yang berbeza tetap dirasai... Macam-macam pengalaman aku dapat hari ni. Mak & abah masih dalam perjalanan... moga-moga mereka selamat sampai nanti... Aku nak rehat dulu.... 

Perancangan esok, kami nak ke Tasih Kenyir... tempat yang bertahun-tahun kami cadang ingin pergi....


....... akan bersambung.......

Leia Mais…