


Titan Industries adalah pengeluar jam tangan ke-6 terbesar dunia. Gempak! Setakat ini, mereka lebih menghasilkan jam ber-movement quartz. Antara model yg mereka keluarkan adalah seperti:
- Edge (the slimmest watch in the world)
- Fastrack
- Heritage
- Sonata
- Nebula
- Octance
- Orion

Inilah model yang paling nipis di dunia. Harganya dalam lingkungan RM500+.

Ini adalah model Fastrack sepasang. Nampak selari je design-nya.
Penghasilan jenama ini adalah dengan kerjasama dengan Tata Group & Tamil Nadu Industrial Development Corporation (TIDCO). Produk mereka termasuklah jam, aksesori & berang kemas. Mereka mengeksport jam mereka ke 32 negara di seluruh dunia (tahun 2005 ke 40 negara) & mempunyai kilang mereka di Hosur, Dehradun, Goa & mengeluarkanbarang kemas mereka di bawah jenama Tanishg (satu-satunya jenama negara mereka).

Penghasilan produk jam mereka bermula sejak 1987. Semasa pelancaran, ia merupakan jenama ke-3 dilancarkan di India selepas HMT & Allwyn. Titan bekerjasama dengan Timex yang mana berakhir pada tahun 1998.

Titan juga telah mengatakan (claimed) yang mereka telah menghasilkan jam yang paling nipis di dunia dengan penghasilan model Edge. R&D selama 4 tahun telah berjaya menghasilkan jam yang cukup nipis iaitu hanya 3.5mm dengan movement setebal 1.15mm. Cukup nipis. Lebih nipis dari Swatch Skin.
Titan Automatic. Cantik betul. Aku tak pernah jumpa lagi jam ni. Menurut sorang rakan blog, harga jam auto ni lebih RM1k.
Titan agak sukar dijumpai di mana-mana butik jam. Jika anda jumpa, cuba perhatikan model-modelnya. Design yang cukup menarik, kualitinya juga hebat & harga yang cukup berpatutan. Hebat untuk sebuah negara seperti India menghasilkan jam bertaraf dunia. Kita bila lagi?
---------------------------------------------------------------------------------------
Titan Fastrack
Kalau ada yang perasan iklan ni. Mungkin ingat Titan ni jenama terbaru. Ini adalah keratan iklan dari Harian Metro.
Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu kewujudan Titan sehinggalah aku tengok iklannya di surat khabar. Lepas tu, aku cari jenama ni kat kedai-kedai jam. Tapi model dalam iklan tu takda la pulak. Yang menarik pasal Titan, jam mereka cukup berkualiti & harganya pula amatlah berpatutan. Aku pun angkatlah seketul... Titan Fastrack.






Jikalau anda terjumpa jenama ini, cuba-cubalah lihat keunikan jam ini. Harga yang berpatutan cukup membuatkan jam ini sangatlah berbaloi dengan kualiti yang kita dapat. Model ini dijual dengan harga RM200+ di mana-mana butik.
Leia Mais…