Showing posts with label Tag Heuer. Show all posts
Showing posts with label Tag Heuer. Show all posts

Sunday, April 11, 2010

Tag Heuer - Swiss Avant-Garde Since 1860


Suatu nama jam selain Rolex yang menjadi sebutan ramai adalah Tag Heuer. Hampir semua golongan tahu tak kira minat atau tidak, mahupun orang kampung pun tahu jenama ni. Mungkin disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan ia sangat dikenali. Mungkin disebabkan ia lebih dikenali dari jenama lain, tidak hairan terdapat banyak sekali model replika yang dikeluarkan mengikut siri originalnya.

Banyak faktor lagi yang memainkan peranan dalam menaikkan sesuatu nama. Faktor-faktor ini bukan saja memperkenalkan ia pada kaca mata dunia malah turut membantu penjualan produknya.

Seperti jenama Swiss lain, Tag Heuer turut mempunyai moto syarikat iaitu 'Swiss Avant-Garde Since 1860'. Avant-Garde merujuk kepada pekerja atau kerja yang inovatif dengan mengambilkira seni, budaya & politik.

Sejajar dengan moto mereka itu, banyak inovasi telah dihasilkan mereka lebih-lebih lagi untuk memperkembangkan enjin chronograph buatan mereka kini yang amat berlainan dari kebiasaan jam chronograph lain. Sejarah perkembangan mereka boleh dibaca di sini.


Tag Heuer Monaco V4 ini adalah jam konsep & merupakan bukti kesungguhan mereka selama ini yang mahukan kalainan & melampaui batasan kebiasaan jam. Ia telah diperkenalkan pada Beselworld 2004. Jam mekanikal ini telah diubah konsep kebiasaan jam mekanikal yang menggunakan rotor... ia menggunakan driving belt & ball bearing.


Sila layari website official mereka untuk maklumat lanjut. Tag Heuer

Banyak model telah diperkenalkan mereka yang mana sangat unik, sporty serta tersendiri. Berikut merupakan model-model keluaran mereka.
  • Aquaracer
  • Autavia
  • Carrera
  • Formula 1
  • Grand Carrera
  • Golf Watch
  • Link
  • Microtimer
  • Monaco
  • Monza
  • Silverstone
  • SLR

Dalam banyak-banyak model keluaran mereka, siri Monaco yang paling menarik minat aku. Jam ini merupakan edisi keluaran khas sempena ulang tahun mereka ke-40. Moga-moga aku dapat memiliknya suatu hari nanti...



-------------------------------


Tak sabar rasanya nak jumpa abang Imad. Nak tengok jam barunya. Selain kumpul VW, abang juga kumpul jam. Banyak jenala Swiss dia ada... Tag Heuer, Rolex, Omega, Rado & lain-lain. Yang paling dia minat dari jenama Tag Heuer. Wallet, tali pinggang cermin mata juga dimilikinya. Satu lagi impiannya ialah untuk memiliki handphone berjenama Tag Heuer..... RM19k je bang..... Ekekeke...


Tag Heuer Formula 1 dengan dail merah itu miliknya.... kiri tu semua orang dah kenal....


Aku tahu abang minat jam semasa kami berkonvoi ke Terengganu setahun lalu. Abang tunjuk gambar jam idamannya. Aku tak berapa perasan rupa sebenarnya. Dah berbulan-bulan kemudian abang maklumkan aku yang jam idamannya sudah ada di tangannya.

Hari yang dinantikan pun tiba......


Memperkenalkan

TAG Heuer Grand Carrera RS2 Caliber 17 Limited Edition


Panjang betul nama.... Namanya sudah cukup membuktikan kehebatannya itu. Jam edisi terhad ini hanya mempunyai 1000 unit saja. Saiznya tampak besar dengan diameter casing titanum (gred 2) 43mm.


Didatangkan dengan tali kulit buaya bersama deploy buckle yang dapat mendakap tangan dengan kemas.


Casing dihiasi dengan sandblasted finishing disekelilingnya. Crown dengan logo gagah Tag Heuer sepadan saiz crownnya.


Casing PVD ini menampakkan lagi rupanya yang cukup sporty & ganas. Jarum saat merah sangat kontra pada pandangan mata & memudahkan bacaan dilakukan dalam fungsi


Cermin sapphire kristal ini didatangkan juga dengan coating anti-reflektif. Marker & logonya yang timbul dengan polished finishing menambahkan kekemasannya. Hiasan begini bukan saja mencantikkan sesuatu jam malah enak dipandang mata.


Rotating disc ini kini sudah menjadi ikutan jenama lain seperti Casio, Bilano Polo Club (homage kepadanya).


Enjin Caliber 17 ini telah diiktiraf COSC & berfungsi dengan sangat cemerlang. Ia mempunyai power reserve 42 jam.


Pemakaian pada tangan aku menyaksikan jam tampak sangat besar berbanding tanganku...


... namun amat sesuai sekali pada tangan abang...


Gandingan dunia yang sama dari liga yang berbeza mahupun umurnya.... Pinjam bonet Beetle 1.6 fuel injection abang sebagai landas utama...


Ingatkan Helmet tu dah besar, Tag tu lagi besar rupanya.....


Namun saat ketika aku menulis artikel ini.... aku telah mushkil dengan status jam ni & telah melemahkan semangat aku untuk mencoret dengan lebih lanjut. Aku tak berani tanya abang sebab aku tidak suka melukakan hati seseorang yang telah keluarkan duit banyak untuk sesuatu barang, jika aku dapat pastikan ianya tidak tulen. Aku pun tak tanyalah sebab aku memang anggap abang beli jam original. Satu lagi, abang seorang yang kelakar. Gelak ja memanjang kalau bersembang dengannya. Tak kisah pun jika seseorang berstatus pakai jam replika sebab orang akan ingat original walaumacammana sekali pun. Ekekeke....

Setelah beberapa penelitian dilakukan dengan membandingkan jam original & replika..... aku dapat merasakan yang jam ni adalah jam replika yang menggunakan enjin Asian 7750 sebab sama betul dengan yang replika. Jika dibandingkan dengan enjin original, ianya amat berlainan sekali. Penomboran, font yang dibuat pada casebacknya juga terdapat persamaan dengan replika & berlainan dari original. Sekali imbas sama, tepi jika diperhatikan betul-betul... akan nampak kecacatannya..... Jika benar ianya replika, ianya sangat cantik & sangat kemas buatannya. Mungkin jam replika ini dari gred yang tinggi.

Ini hanyalah pendapat aku yang aku rasa perlu sampaikan supaya tidak ada yang terkena. Harga baru jam ini lebih kurang RM22k di pasaran (sila betulkan jika salah).


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cadangan aku kepada semua yang ingin beli jam-jam berjenama mahal:
  • Kaji setiap inci jam itu terlebih dahulu.
  • Perhatikan rupanya dari setiap penjuru.
  • Pastikan ciri-ciri yang sepatutnya ada.
  • Kalau boleh, bawa gambar jam original semasa membelek jam itu.... supaya tidak tercicir & terlepas pandang ciri-ciri yang sepatutnya ada. Sebab aku yakin, tidak semua kedai telus dalam penjualannya (berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang berusan di supermarket terkenal).
Ini hanya pendapat saja...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kisah kawan aku beli jam...

Jenama: Swatch
Model: Skin
Harga: RM300+
Pembelian: Dari kedai jam

Lokasi kejadian: Rumah sewa aku
Tinjauan: Di tangannya & aku belek setiap inci.
Komen: Ok la & aku setuju dengan segala percakapannya
Keputusan aku dalam hati: Ni jam pasar malam ja bang.. RM10 ja.
Tindakan: Kesian kat dia.... & berdiam diri.
Tindakan susulan: Sampaikan kepada semua orang dalam blog.
Tindakan seterusnya: "Lu pikirlah sendiri"......



Leia Mais…