Citizen merupakan salah satu syarikat jam Jepun yang telah lama ditubuhkan. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1918 yang dikenali sebagai Shokosha Watch Research Institute. Pada tahun 1930, Citizen ditubuhkan & merupakan syarikat jam terbesar dunia. Nama Citizen diguna pakai sebagai nama rasmi sejak tahun 1930 itu diambil daripada nama jam poket yang mereka keluarkan pada tahun 1924. Sama seperti Casio, mereka juga mengeluarkan produk-produk lain seperti kalkulator, printer & juga alat-alat jentera.
Seperti syarikat Jepun yang lain (Orient & Seiko), Citizen juga sentiasa menampilkan model-model yang trendy... megikut perubahan masa, menarik, serta menawarkan teknologi yang berbeza. Jika Seiko menampilkan model Kinetic, Citizen pula 'menjawab' dengan model Eco-Drive.
Eco-Drive merupakan model yang menggunakan cahaya sebagai sumber tenaga. Model pertama dihasilkan pada tahun 1995 & merupakan model 'hit' mereka sejak itu. Pelbagai siri Eco-Drive dengan pelbagai bentuk, keperluan & fungsi dikeluarkan. Idea penciptaan Eco-Drive adalah mudah, dimana sumber kuasanya sentiasa ada, percuma, tidak akan habis & tidak merbahaya... dan ia adalah kuasa matahari.
Kebanyakan jam Eco-Drive dilengkapi dengan bateri khas titanum lithium-ion sebagai bateri tambahan (secondary) yang mana ia akan dicas dengan amorphous silicon solar cell yang diletakkan di belakang dail. Berbeza dengan bateri rechargeable biasa, kandungan di dalam bateri titanum lithium-ion menahannya dari kesan charge/discharged. Menurut Citizen, secondary battery ini dapat bertahan cukup lama dimana kajian yang mereka lakukan di makmal menunjukkan selepas 20 tahun, simpanan kuasa bateri hanya hilang 20%. Cahaya akan merentasi cermin & dail sebelum ia sampai ke solar cell.Tahap power reserve setiap model Eco-Drive adalah tidak sama, di mana ia bergantung kepada movement elektronik di dalamnya. Setiap secondary power cell yang telah dicas penuh (fully charged), mempunyai power reserve diantara 30 hari sehingga 365 hari. Jika jam tidak dapat cahaya terlalu lama, ia akan berubah ke hibernate mode, di mana jarum jam akan berhenti tetapi movement quartz di dalamnya akan sentiasa bergerak pada waktunya. Selepas jam dikenakan cahaya semula, jarum akan bergerak kembali ke waktu yang tepat & bergerak seperti sedia kala. Yang menarik mengenai jam Eco-Drive ni, ia sebenarnya tidak perlu 'dijemur' @ dikenakan cahaya matahari untuk mengecasnya, cukuplah sekadar dikenakan cahaya lampu (walaupun lampu tersebut tidak terang) sesuai dengan konsep jam ini... 'Powered By Light'. Ia dapat menyerap cahaya dengan baik tidak seperti jenama lain yang juga mempunyai model solar (yang memerlukan cahaya matahari).
Mempunyai cermin sapphire crystal yang kalis calar.
Untuk model yang simple seperti ini kebanyakannya adalah nipis. Model yang mempunyai fungsi lain seperti chronograph ianya tebal sedikit.
Lebih sekekad lalu, Citizen mengeluarkan model Eco-Drive ini & ia menjadi koleksi jam solar yang paling popular di dunia. Ia sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa untuk mencapai tahap kualiti yang cukup baik, tahan lama (reliability) & juga design yang menarik.
Sekali imbas, panel solar jam Eco-Drive seperti tidak kelihatan. Designer & jurutera mereka cukup bijak untuk menghasilkan jam yang secanggih ini. Pelbagai warna, bentuk/rupa, bahan (material) jam Eco-Drive dicipta untuk menarik minat pelbagai golongan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan & sesuai dengan teknologi yang ditampilkan. Untuk anda yang malas nak maintain jam, jam ini amat sesuai untuk anda & ia juga menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.... kerana tidak perlu menukar bateri.
0 KOMEN ANDA:
Post a Comment