Showing posts with label **Projek. Show all posts
Showing posts with label **Projek. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

Projek jam digital - reverse dial project (Bahagian 2)

Untuk projek seterusnya, aku nak buat pada Casio G-Shock DW5600E ni plak.... Projek pertama berjalan dengan cukup baik & meyakinkan aku untuk buat pada jam lain pula. Memandangkan dalam link yang sama juga menggunakan model DW5600 juga. Aku yakin boleh buat.....



Perlahan-lahan movement dibuka.



Keadaan movement masih baik & bersih. Dengan jelas, boleh nampak filem di atas LCD tu.... Namun, LCD Casio ni agak tebal & keras pula. Gam punyalah kuat sampai filem asal tu dah jadi tak sekata.... Risau juga takut tercabut pula LCD sebab gam memang kuat betul.


Satu kelegaan bila dah keluar semua filem tu.... yang tertinggal hanyalah sisa-sisa gam pada LCD. Cuci sampai bersih dengan perlahan-lahan.....



.... namun.... kecewa menanti aku sebab tak dapa keputusan seperti yang diharapkan... Kedua-dua belah filem tidak menjanjikan keputusan yang aku harapkan tu.... Aku tak tahu kenapa sebab bila aku cuba dengan filem asal pun sama. Bahagian belakang  filem tu tidak memberi kesan reverse pun.... hadoi...


Maka dengan itu, aku terpaksa memasang kembali filem asal sebab filem polaroid itu tidak memberikan imej nombor yang jelas.... 



Filem itu bukan saja telah terenyuk malah tak dapat lekat dengan sempurna pada LCD kerana gamnya telah hilang... apakan daya... sekurang-kurangnya nombornya dapat dilihat dengan jelas berbanding filem polaroid yang aku beli tu... Aku nak cuba cari & tanggalkan filem asal dari mana-mana Casio yang telah rosak. 



Setelah dipasang kembali, boleh nampak juga sikit-sikit kesan renyukan tu. Tak apalah asalkan dapat memberi bacaan waktu yang jelas. Mungkin kegagalan ini disebabkan dari LCD itu sendiri memandangkan filem asal tu sendiri pun tidak memberikan kesan reverse....

Walaupun begitu, artikel pertama sebelum ini berjaya memberi inspirasi kepada adik Adib untuk membuatnya pada jam Casio F-91W miliknya & berjaya pula. Tahniah Adib! Boleh layari blog miliknya untuk projek yang telah dilakukannya ini...


.... nantikan sambungan terakhir projek ini untuk jam lain pula dengan cara yang lain pula.... 

Leia Mais…

Friday, October 29, 2010

Projek jam digital - reverse dial project (Bahagian 1)


Beberapa bulan lalu, saudara Nazri TimeAsItIs bertanyakan aku tentang suatu projek D.I.Y pasal mereverse display jam digital..... atau juga dipanggil reverse dial ataupun negative display.... Apa yang dimaksudkan itu adalah seperti jam di atas. Jika kebiasaan jam digital nombornya hitam dengan membelakangkan display cerah, reverse display pula adalah sebaliknya. Tertanya juga macam mana nak buat sebab selama ni aku ingatkan, LCD tu sendiri yang hitam, sebenarnya ia bukan seperti yang aku sangkakan. 

Berkekalkan link yang diberi Nazri pada ketika itu, kami berdua bersepakat untuk membuatnya. Berikut merupakan link tersebut:



Apa yang diperlukan untuk projek ini hanyalah jam digital sebagai mangsa & filem polaroid. Tq bro.



Projek ini dibuat setelah beberapa bulan aku mendapatkan filem itu (kiri). Untuk projek pertama ini, aku menggunakan jam Timex Ironman yang telah rosak kosmetiknya sebagai mangsa pertama. Kalau rosak pun tak kisahlah. Jam ini masih berfungsi dengan baik, cumanya casing saja yang mengalami kerosakan. 



Movement dikeluarkan mendedahkan ia cukup bersih & masih elok jika dibandingkan dengan casingnya itu.



Filem polaroid itu agak tebal sebenarnya & mempunyai satu lapisan stiker yang melapisi bahagian gamnya. Aku mengenakan filem itu pada bahagian ini & nombor masih kelihatan....



Apabila diterbalikkan filem itu, keseluruhan display menjadi gelap sepenuhnya.... Terfikir juga aku bagaimana nak menampakkan nombor-nombornya pula? Hmmmm.....



Filem itu dipotong sedikit mengikut saiz display. Sampai tahap ni, aku masih terfikir lagi bagaimana membuatnya.... Pada saat ini masih belum terdetik untuk membuka link yang pernah aku baca dulu tu.... mungkin filem itu kena letak di belakang LCD tu kot..... 



Aku ingat-ingat lupa sebenarnya cara pembuatannya... sebab dah lama baca artikel tu & aku buat terus tanpa menggunakan artikel itu sebagai panduan. Akibat tidak melihat semula artikel inilah hasilnya.... aku leraikan semua komponennya... Cuba letak filem belakang LCD tp tak berjaya.... Lepas tu barulah aku buka link artikel itu sebab fikiran buntu..... 

Rupa-rupanya..... aku tak perlu leraikan begini pun sebenarnya... menyusahkan diri sendiri.... suatu pengajaran buat diri sendiri untuk memastikan caranya terlebih dahulu supaya tidak membuat salah seperti ini lagi. Sengaja aku tulis apa yang terjadi ini supaya kawan-kawan tak buat begini.... hasilnya... Tipah tertipu jua....



Movement dipasang kembali & setelah membaca semula artikel itu dengan teliti barulah aku nampak jalan penyelesaiannya... Di atas skrin LCD itu sebenarnya terdapat satu lapisan filem yang nipis (bulatan merah). Filem ini tidak akan nampak jika tidak lihat betul-betul. Aku tak perasan ia sebenarnya adalah filem kerana merasakannya adalah plastik sebahagian dari LCD itu sendiri.



  1. Perlahan-lahan lapisan filem itu dicungkil
  2. Filem ditarik perlahan-lahan. Lihat, nombor sudah tidak kelihatan lagi.
  3. Jika dilihat dari sebelah ini, nombor-nombor masih kelihatan.
  4. Setelah filem dikeluarkan, inilah hasilnya. Tiada nombor kelihatan... seolah-olah kehabisan bateri.



Filem polaroid yang aku beli itu kini dicuba pula pada displaynya. Dua permukaan filem akan menghasilkan dua rupa yang berbeza. Kali ini, projek reverse display hampir berjaya.



Dengan menggunakan filem LCD asal, aku cuba terbalikkannya & hasilnya.... reverse display juga! Hmmm... Kalau aku tau, rasanya filem polaroid itu tak dibeli pun tak apa.... tapi filem asal itu pula dah renyuk & tak boleh lelekatkan pula memandangkan bahagian gam filem itu berada di bahagian atas. Banyak pengajaran yang aku terima & dapat mahal harganya.... banyak duit dikeluarkan sebelum ini sebahagian dari ujikaji... segala kesilapan yang berlaku selama ini dibayar dengan kos.... dengan penyampaian ini & sebelum-sebelum ini diharapkan dapat menjimatkan wang anda & beli serta buat benda yang perlu sahaja & tidak mengulangi apa yang telah aku buat. Anda pun tahu apa yang perlu dibuat....



  1. Stiker yang melapisi filem polaroid itu dibuka.
  2. Filem polaroid diterbalikkan & stiker dibuka perlahan-lahan sambil menekan filem itu supaya tidak wujud bubble.
  3. Hasilnya memuaskan.... reverse display/dial berjaya dilakukan.
  4. Rupa jam dengan lampu indiglo dipasang.


Movement dipasang kembali. Dalam cerah, penomboran display sukar dilihat. Kena on lampu indiglo untuk melihat masanya. Hasilnya berjaya & akan dibuat pada jam lain pula... 


.....nantikan sambungannya di bahagian 2.

Leia Mais…

Saturday, July 10, 2010

Tukar dial Seiko diver 7002

Projek kecil-kecilan ni sebenarnya dah lama dirancang. Tapi tak ada masa nak buat. Apa yang aku bakal buat ni sebenarnya aku tak pernah buat lagi sebenarnya. Hanya berdasarkan pemerhatian & logik saja. Jadi.... hentam sajalah Labu.....


Alat-alat yang aku guna ni sebenarnya dibeli sedikit demi sedikit. Alat terbaru yang aku beli dalam ni adalah 'watch hand remover'. Aku beli alat tu semata-mata untuk projek ni. Cutting pad yang berwarna hijau tu rasanya sesuai untuk kita buat kerja yang membabitkan jam. Bukan saja tidak akan mencalarkan jam, ia juga kesat. Jam & komponen-komponen tak akan bergelongsor.



Seiko 7002 yang aku beli ni sebenarnya aku nak buat custom. Tapi memandangkan komponen yang sesuai dengan 7002 tak banyak didapati & harganya agak tinggi, tak jadilah nak buat. Disebabkan kurang berminat dengan warna oren dialnya, aku nak tukarkan dial itu kepada hitam untuk samakan dengan Seiko diver yang lain.



Alang-alang dah nak buka jam, periksalah apa yang patut. Movement tidak mempunyai apa-apa masalah & baru saja diservis dulu....



Cumanya, gasket o-ring sudah tidak berapa baik keadaannya (anak panah merah). Perlu ditukar baru & diletakkan silicon grease.



Crown & stem masih berkeadaan baik.


Untuk keluarkan jarum.... ini cara aku yang aku tengok otai buat & aku rasa yang terbaiklah.... putarkan supaya kedudukan jarum pada pukul 12. Yang aku buat ni, pukul 12 malam setelah tarikhnya bertukar. Bila nak pasangkan balik, letak semula jarum pada pukul 12 juga. Cara ni, kita lebih senang ingat kedudukan jarum yang betul.



Gunakan 'watch hand remover' tu, tanggalkan jarum satu persatu. Ada tukang jam otai aku tengok tak guna alat ni pun. Dia cuma guna screw driver flat. Boleh juga. Tapi kena betul-betul hati-hati takut tercalarkan dial.



Berjaya juga tanggalkan jarum...



... Langkah seterusnya..... tukar saja dail tu....



Beginilah rupa movement tanpa dial. Kalau tak letak dial pun takpa.... boleh jadi ala-alaskeleton....



Dalam pemeriksaan, didapati dial oren tiada satu tiang. Ia hanya dilekatkan dengan double sided tape (bulatan merah). Mungkin telah patah....



Tiang-tiang itu perlu dimasukkan ke dalam lubang khas yang telahpun disediakan untuk laluan tiang dial itu. Ada suatu skru terdapat pada lubang itu untuk mengetatkannya.



Pasangkan jarum semula & inilah hasilnya. Perlu ingat, memandangkan semasa pemasangan dial baru ini, movement berada dalam keadaan bergerak. Sudah tentu, waktunya bukan lagi tepat pukul 12 malam. Untuk memudahkan aku memasang kembali jarum, aku putarkan crownsehingga tarikhnya bertukar. Setalah tarikh bertukar, barulah aku pasangkan jarum semula. Selapas pasang, aku cuba pusingkan jarum ke pukul 12 malam. Ternyata tepat pukul 12 malam, tarikh akan bertukar. Sukses....



Gasket aku sudah tukar yang baru & telah diletakkan silicon grease. Silicon grease ini bukan saja membantu menolak air jika memasuki celahan caseback, ia juga tidak akan mengalir masuk ke dalam movement. Sekaligus ia membantu meningkatkan tahap kalis air jam tu.



Akhirnya.... selesai juga.... projek ringkas ini aku katakan berjaya. Seiko 7002 kini sudah sebaris dengan Seiko diver yang lain. Selepas ini... projek yang besar sedikit.... nak refurbishSeiko Turtle pula....


Bersambung di lain hari...

Leia Mais…

Tuesday, April 20, 2010

Projek frame 'gambar'....

Sejak tengok frame yang bro Ijan buat dulu, dah bagi inspirasi kat aku masa tu. Rasa macam nak buat sendiri. Cuma belum dapat idea macam mana nak buat tanpa tempah frame di kedai.... Projek tergendala berbulan-bulan selepas tu...

Jam-jam untuk projek aku dah ada.... jam-jam lama yang tersimpan dalam kotak. Ada yang hampir 20 tahun tersimpan dalam kotak & ada yang lebih tua dari umur simpanannya dalam kotak. Dari dia dimamah usia dalam kotak gelap gelita... lebih baik aku tonjolkan dia supaya dapat ditonton dalam keadaan cerah sentiasa...


Rentetan cerita aku ke Ikea dulu.... Masa berjalan-jalan dalam tu, aku ternampak frame gambar ni.... Yang syoknya, wife aku yang bagi idea... "ni bolehlah boh jam abang".... Hah! Teng kiu sayang..... Bagi aku idea kembali.... projek aku yang tergendala dulu boleh dimulakan balik. Muahahaha....

Yang menarik pasal frame ni, ruang antara kad board dengan cermin jauh. Ruang tu muat untuk jam. Untuk projek terulung ni, aku beli satu ja. RM32 kalau tak salah aku. Ada macam-macam saiz, & aku rasa ini yang terbaik pasal jam pun tak banyak. Nak letak 2 ja. Itu pun jam Timex winding aku yang dah rosak.


Projek dimulakan dengan susunkan jam atas cermin. Dari hanya 2 jam, terus jadi banyak ni. Dari tersimpan, baik aku letak dalam frame. Boleh juga aku tengok. Kalau ikutkan, nak letak jam bersama talinya. Tapi tak lepas, sebab frame pendek. Perlu frame yang lebih besar untuk itu.


Kad board dalam tu tebal dengan kawasan tengah tu untuk diletakkan gambar saiz berapa R pun tak pastilah. Aku letak kertas warna peach sebagai gantian....


Dari sedikit..... bertambah la pula jam-jam tu. Dari tersimpan saja yang lain tu, aku letak sajalah kat sini. Macam-macam penggayaan aku cuba...


Lurus tegak camni... Warna kertas peach tu macam tak sesuai sebab tak 'bangkit'.


Berterabur camni & lebih berterabur pun ada..... tapi terhenti lagi projek sebab tiba-tiba terasa malas nak buat..... berminggu-minggu lamanya.....


.... episod baru bermula semalam bila tahap kerajinan kembali dalam diriku... Aku tukar kertas tengah tu kepada merah. Nampak garang & sesuai dengan kehendak projek ni.


Susun balik.... belakang jam aku letakkan double sided tape. Tapi masa ni belum lekat lagi.


Susun lagi. Nampaknya sususan ni paling aku suka & sesuai dengan latar belakang merah tu pada pandangan aku.


Selesai sudah... & aku gantung di ruang tamu. Best juga jeling-jeling kat frame tu. Cantik atau tidak pada pandangan orang itu bukannya satu persoalan lagi. Persoalannya adakah kita terasa kedamaian dengan melihatnya? Asalkan mata kita cantik sudah memadai jika orang lain menilai dari perspektif yang lain.


Nampaknya projek aku ini berjaya.... mungkin akan berambah lagi dengan projek frame jam pasar malam pula. Sedikit-sebanyak ingatan vintage aku dapat dikembalikan dengan melihat jam-jam itu. Memori setiapnya tidak sama & manis-manis belaka walau ada jam yang aku bawa bersama-sama dalam tragedi kemalangan.... Kisahnya cukup jelas dengan keadaan jam yang bercalar-balar....

Ruang tamu ku kini dihiasi dengan tayangan jam-jam. Walaupun jam dalam frame tidak lagi menunjukkan waktu.... tapi setiap satunya dapat menceritakan kisahnya yang tersendiri. Banyak cerita boleh dicoretkan dalam satu frame gambar itu....


Leia Mais…

Saturday, April 18, 2009

Casio 'Berjantung' Baru

Hari ni aku cuba nak keluarkan semua bateri yang ada dalam jam-jam aku yang dah tak pakai. Salah satu cara nak simpan jam yang pakai bateri, seeloknya buang bateri dari jam tu (untuk jam yang sudah kehabisan bateri). Ada beberapa yang tak berjaya aku keluarkan pasal casing dia dah alami pengoksidaan yang teruk. Langsung takleh buka. Ada yang masih elok, tapi terlalu ketat plak. Yang mana tak boleh tu, aku biarkan saja... takut kalau dipaksa juga, casing jam akan rosak & jari aku plak tercedera.

Koleksi jam digital dalam simpanan aku. Yang kanan sekali tu jam Alba. Model tahun '80an.


Bracelet masih berkeadaan elok.


Cermin ni pecah.... err... aku yang buat.... tak sengaja. Huhuhu.... Akibat terlalu appreciate jam ni, sampai jatuh. Ada satu lagi jam bentuk camni, mak aku punya. Yang ni plak langsung tak boleh pakai & rosak.. akibat nak jadi technician masa kecik dulu. Aku buka semua komponen jam tu... nak pasang balik tak boleh dah. Hahaha... Aku tak pasti jam apa. Seingat aku jam tu body resin, warna hitam/hijau, pakai tali military. Adoi...


Aku cuba buka case back, tapi tak boleh. Tengok saja lah pengoksidaan kat belakang casing tu.


Masa dok buka bateri jam-jam Casio, aku terfikir nak cari bateri baru untuk jam yang masih boleh pakai. Ada 2 yang aku pasti masih boleh pakai. Yang lain dah K.O. Petang tadi pi kedai, hanya dapat satu bateri ja. Eksperimen bermula...


Balik rumah, aku pasang kat jam Casio yang bercalar balar ni. Pada mulanya aku cadang nak polish balik ja jam tu. Pastu nak letak dalam Beetle aku. Jam ni bercalar akibat eksiden moto dulu. Masa tu jam masih boleh guna, cuma bateri habis saja.

Tiba-tiba ja aku terfikir nak cuba swap enjin Casio yang bercalar tu dengan casing Casio Databank ni. Jam ni dah rosak. Check kat kedai, display dah rosak.


Kedua-dua jam ni mempunyai fungsi yang serupa. Display juga sama saiz. Aku terfikir nak swap enjin bila buka kedua-dua case backnya.


Yang bercalar tu aku dah pasang bateri. Seronok betul tengok jam 'bernyawa' kembali sejak 2004 tak digunakan.


Case back sama. Cuma casing saja yang berbeza sedikit.



Bila diperhatikan bertul-betul, bentuk enjin & slot enjin dalam casing juga sama.



Lepas check betul-betul, enjinnya memang sama.


Boleh kot ni....


...masa yang ditunggu-tunggu telah tiba...


...akhirnya masuk juga. Enjinnya masuk dengan sempurna tanpa sebarang sangkut-sangkut & adjustment. Hehehe...


Aku cuba tekan button jam ni, semuanya berfungsi. Nampaknya casing baru ni cukup sempurna. Rasa macam dapat jam baru ja. Sekarang, aku cuma perlu cari tali yang baru untuk jam ni. Ekekeke...

Leia Mais…