Wednesday, April 1, 2009

Cara 'memotong' tali jam

Untuk orang macam aku yang suka menjadi McGyver... Hehehe...., barang plak tak cukup, aku nak ajar skit camna cara nak 'potong' tali jam ni. Mungkin ramai yang dah tahu & mungkin juga ramai yang tak tahu. Dulu aku tak tau cara, aku pi kedai jam untuk 'potong' tali. Kena la charged skit. Masa technician jam 'potong' tu aku dok perhati camna dia 'potong'. Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku nak tunjukkan bagaimana nak 'potong' tali untuk bracelet solid dan tak solid.


Gambar atas menunjukkan alat-alat yang aku guna untuk 'memotong' tali jam. Aku cuba untuk 'potong' tali jam dengan hanya menggunakan alat yang serba kekurangan ni. Screw driver tu boleh dapat kat mana-mana kedai dengan mudah. Kat kedai RM2 pun berlmbak. Hehehe...



Gambar di atas ni pula menunjukkan alat yang betul untuk 'memotong' tali. Memandangkan aku takda alat ni, aku guna saja lah apa yang ada. Ada jugak kedai jam yang tak guna alat ni. Macam screw driver gak dia guna. Lepas aku tengok dia buat tu yang bagi idea untuk aku buat sendiri.


Salah satu screw driver yang paling kecil aku korbankan matanya seperti gambar atas. Kena pastikan dahulu yang screw driver tu boleh masuk ke dalam lubang link bracelet. ke tak. Kalau tidak, screw driver tu akan sendat @ tak masuk terus dalam lubang link tu. Nanti bracelet jam anda akan bercalar balar dan rosak. Maka dengan itu, anda semua akan marah aku pulak. Huhuhu....

Beberapa eksperimen aku dah buat sebelum ni. Akhirnya aku berjaya 'korbankan' 1 pin link bracelet tu. Adoi! Tiang bracelet tu bengkok akibat tak berhati-hati semasa manariknya keluar. Haru sungguh. Takpa lah, nak buat camno. Isk... Pada mulanya aku potong mata screw driver tu sedikit saja. Jadi yang tinggal masih panjang. Tapi bila aku telah 'membengkokkan' pin tu bersama dengan mata screw driver ni, aku potong lagi sampai tinggal pendek ja. Kurang skit risiko nak bengkok. Sebab tu masih nampak lagi kesan bengkokkan screw driver walaupun dah pendek.



Untuk tali bracelet solid, aku guna jam Mido Commander ni sebagai contoh. Jam ni memang belum 'potong' talinya pun (bukan sengaja dipanjangkan talinya). Boleh tengok gambar bawah ni, betapa panjang & longgarnya jam tu kat tangan aku (gambar bawah).


Gambar sebelum 'potong' tali


Sebelum memulakan kerja, cuba tengok berapa banyak link yang perlu dibuang. Salah satu cara seperti di atas. Agak-agak la berapa yang perlu buang.


Perasan tak anak panah kecil pada bracelet tu? Anak panah tu menunjukkan arah yang perlu untuk link dikeluarkan. Guna anak panah tu sebagai panduan.


Salah satu playar aku guna sebagai 'base' untuk letak bracelet. Pastikan pin yang akan diketuk keluar tu berada di tengah-tengah bukaan playar tu. Kalau ketuk atas kawasan yang rata, memang takkan keluar la link tu sampai tahun depan. Ekekeke...


Sebelum letak bracelet tu, lapiklah playar dengan kain supaya bracelet jam anda tidak akan bercalar.

Letakkan screw driver yang telah dimodified tu betul-betul pada lubang pin yang hendak dikeluarkan tu. Pastikan yang screw driver tu boleh masuk ke dalam lubang link bracelet jam tu. Penting nih!


Waktu ni penting juga. Pastikan bracelet dan screw driver tu berada betul-betul tegak dan selari agar bila anda mengetuk pin tu keluar, ia akan keluar dengan elok & tidak bangkok. Ketuk sedikit demi sedikit & perlahan-lahan. Janganlah pula ketuk macam hendak paku kayu. Adoi...



Bila nampak pin tu dah keluar sedikit, berhenti dari mengetuk. Keluarkan screw driver perlahan-lahan. Kemungkinan juga screw driver tu akan sendat sedikit. Jangan panik. Keluarkan perlahan-lahan. Sebab tu tak perlu ketuk dengan kuat. Kalau kuat sangat, nanti screw driver tu akan masuk begitu dalam. Kalau dalam sangat, amatlah susah nak keluarkan screw driver tu. Maka anda berkemungkinan akan merosakkan link bracelet jam anda. Kalau tak boleh keluar juga, gunalah playar untuk keluarkan screw driver tu. Hati-hati...



Tarik pin yang terkeluar sedikit itu mengikut anak panah panduan. Tarik perlahan-lahan & jangan gopoh.

Taadaaa... Keluar pun. Lega sungguh! Hahaha....


Buatlah perkara yang sama mengikut berapa link yang ingin anda keluarkan.



Sambungkan link bracelet tu semula seperti gambar atas setelah link bracelet yang ingin di'potong' tu dipisahkan.


Masukkan semula pin, selepas link disambung semula. Masukkan pin perlahan-lahan mengikut dari mana ia keluar tadi. Maksudnya, lawan anak panah panduan pada bracelet jam tu. Anak panah merah tu menunjukkan arah yang tiang tersebut perlu masuk.


Pastikan pin tu betul-betul align dengan lubang link. Masukkan perlahan & ketuk perlahan-lahan sehingga rapat.


Hah! Siap pun.



Gambar selepas 'potong' tali.

Namun begitu, cara ini agak berisiko & mungkin boleh merosakkan bracelet jam anda. Apa yang diceritakan ni hanya sebagai panduan sekiranya anda ingin buat sendiri. Kalau tak sanggup, jangan buat. Buatlah ia sebagai informasi kepada anda. Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang technician jam tu buat pada jam anda.


------------------------------------------------------------------------------------




Untuk bracelet tak solid, memang lebih mudah. Risiko pun kurang sikit. Aku pilih jam Seiko sebagai contoh.


Anak panah (dalam bulatan merah) menunjukkan arah panduan untuk link dikeluarkan.



Lubang-lubang kecil pada setiap link itu merupakan tempat untuk sambungan link ditolak keluar. Masukkan screw driver kecil/tajam ke dalam lubang sambungan link itu & tolak keluar mengikut anak panah panduan. Tak perlu tolak sampai terkeluar sambungannya itu. Tolak sehingga sambungan pada link itu memadai untuk link itu dukeluarkan.




Putar sehingga link dapat dikeluarkan seperti gambar atas. Buat perlahan-lahan & tak perlu kasar.




Buatlah perkara yang sama untuk berapa link yang ingin anda keluarkan.


Gambar selepas link ditanggalkan.



Sambung semula link seperti gambar di atas.


Setelah link dimasukkan dengan baik dan selari, tekan penyambungnya mengikut anak panah merah itu. Tekan dengan perlahan-lahan.



Adalah lebih baik anda menggunakan screw driver yang seperti gambar di atas.


Tekan sambungan link tu hingga rapat.



Sambung semula link pada buckle. Sekiranya jam masih longgar, anda masih boleh ubah lagi mengikut saiz pergelangan anda sekiranya buckle jam anda seperti di atas. Ubahlah pada mana-mana lubang yang ada pada buckle tu (seperti anak panah merah dalam gambar atas).


Link yang tidak digunakan ini, anda simpan elok-elok. Manalah tahu, anda semakin 'sihat' masa akan datang. Yang paling baik, anda simpan link ini di dalam kotak jam itu sendiri. Moga-moga panduan ini dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada anda memahami cara-cara 'memotong' tali jam. Segala risiko hendaklah ditanggung sendiri. Ekekeke....

4 KOMEN ANDA:

Irhomdeys Vintage Watches said...

Kaedah yang digunakan memang mudah seperti yang diceritakan. Peralatan yang dinyatakan boleh digunakan tetapi kena berhati-hati supaya bracelet tidak tercalar kerana screw driver bermata tajam, silap aribulan tercucuk jari. Meletakkan tali jam di atas playar sebagai base juga tidak digalakkan kerana geseran akan berlaku diantara playar dengan bracelet dan juga case jam kerana tidak stabil tanpa sesuatu memegang jam tersebut, sebaiknya gunakan base dari getah keras (hard rubber) atau plastik yang boleh memegang badan atau tali jam. memanglah nak mahir baiki jam ni kena banyak sabar dan banyak pengorbanan... jam jadi tambah rosak mcm tikus baiki labu hehehe walaubagaimana untuk pastikan pekerjaan lebih teliti dan cermat, gunakan eye lope, nampak jelas...

duniajam said...

Terima kasih bang. Memang betul. Kalau tak berhati-hati memang akan calar tali jam tu. Saya dah cuba beberapa kali sebelum ni. Memang frust bila tiang link tu bengkok. Huhuhu.... Kena sabo banyak

Mohd Nazri said...

hahha
sebelum nie saya dah dah cuba buat mcm nie
senang jer
tapi kena hati hati la takut jam calar...

duniajam said...

Ya. Kena lapik bawah jam dengan sesuatu & hati-hati masa nak masukkan pin balik. Tak kena cara memang calar