Memandangkan aku dah ada alat yang sesuai & betul untuk kerja ni, aku nak tunjukkan balik cara-caranya. Kaedah dulu menggunakan alat yang tak sesuai sebenarnya & berisiko merosakkan bracelet jam. Tapi dah takda alat & nak buat jugak masa tu, aku buatlah juga. Muahahaha....
Alat ni boleh cari kat eBay & Lelong. Alat-alat yang baru aku dapat tu, aku beli dari Lelong. Pada mulanya aku memang hanya nak beli bracelet pin removal tu saja. Tapi masa dok search benda tu, terjumpa ramai seller yang jual benda yang aku beli ni. Satu set ada 16 alat. Cukup berbaloi dengan harganya sebab bracelet pin removal tu saja pun ada yang hampir menyamai harga malah ada yang lebih mahal dari aku beli satu set (16 barang) tu. Mungkin kualiti barang yang mahal tu lebih baik dari beli 1 set yang murah ni. Tapi setakat aku yang hanya suka-suka nak repair jam sendiri, cukup la dengan alat-alat ni. Kualiti? Bolehlah. Aku rasa made in China.
Alat ni la bracelet pin removal tu. Kedai jam banyak guna benda ni. Aku tengok bracelet pin removal yang mahal pun rupa camni (bentuk & warna). Apa-apalah...
Pastikan bracelet diletakkan dengan arah yang betul. Anak panah (bulatan merah) menunjukkan arah pin akan keluar.
Putar sedikit-demi sedikit handle bracelet pin removal tu & pastikan matanya masuk ke dalam lubang pin pada link bracelet tu.
Senang betul guna benda ni. Lepas ni aku nak buka servis potong tali jam kat tempat keja ku. Wakakaka...
Guna stand bracelet untuk letakkan bracelet dengan sempurna. Alat ni bagus sebab bracelet akan stabil semasa pin dimasukkan.
2 KOMEN ANDA:
Mana nak dpt alat2 ni bos? Bleh gtau x?
Rabb_85@yahoo.com
alat yg digunakan ni dulu diberi dari lelong.com.my... tp kualiti barang2 ni tak bagus sgt. Ada yg mudah patah & tercabut bahagian2 nya... tp padanlah... harga cuma RM30 ja kalau tak silap. Ada beberapa kawan yg jual alat2 ni dlm FB
Post a Comment