Showing posts with label **Coretan. Show all posts
Showing posts with label **Coretan. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Dunia Jam dalam Kosmo


Pada Sabtu lepas (14 September 2013)... aku mendapat satu pesanan dari sorang sahabat yang mengatakan cerita mengenai blog aku keluar di surat khabar Kosmo. Aku agak terkejut dengan berita itu & di Facebook juga nama aku di tag kawan-kawan tentang berita itu....

Tidak aku sangka blog aku menjadi pilihan wartawan untuk diberi liputan. Terima kasih kepada pihak Kosmo kerana liputan ini..... daku sangat-sangat menghargainya,,,,, terima kasih....

Leia Mais…

Monday, September 24, 2012

Impian tak kesampaian....

Impian tak kesampaian.... Kalau dibaca dengan nada sedih, maka sedih la maknanya... kalau dibaca dengan nada biasa, macam takda perasaan pula.... Kalau dibaca dengan nada gembira, pelik pula jadinya.... kuikuikui.... perasaan bercampur baur sebenarnya....

Pada cuti raya Aidilfitri lepas, aku mempunyai sedikit masa untuk cuba merialisasikan impian yang sudah lama ingin aku capaikan.... iaitu untuk pergi ke Renggam, Johor. Ada dua sebab mengapa aku teringin sangat nak ke Renggam. Yang pertama, memang aku nak melawat pekan Renggam kerana sering ke Kluang & melalui simpang ke Renggam, namun tidak pernah singgah Renggam. Sebab kedua & terpenting ialah kerana di situ terletaknya sebuah kedai jam lama yang telah berpuluh tahun beroperasi & kedai itu sendiri mempunyai blog jualan jam sendiri. Namun aku sudah tak jumpa blog kedai tu... mungkin sudah tutup. Blog itu juga boleh aku katakan adalah blog jualan jam yang terawal di Malaysia di mana ianya telah bermula sejak tahun 2008 lagi.... 


Pada hari raya ke-3, aku bergerak dari rumah mak mertua untuk ke Renggam. Tapi sebelum tu nak singgah beraya dengan classmate aku dulu. Namun beliau tak dapat dihubungi pula. Lepas makan tengah hari di Simpang Renggam, aku teruskan perjalanan ke Renggam. Dari Simpang Renggam, jarak untuk ke Renggam hanyalah dalam 10km saja. 


Apabila sampai ke simpang tiga untuk ke Kluang, perjalanan untuk ke pekan Renggam aku sangka masih jauh... namun hanyalah 1 km saja & jalan ke pekannya jauh berbeza dari jalan utama Simpang Renggam ke Kluang. Jalannya cantik & nampak terurus. Jauh berbeza dari jalan yang aku lalui sebelum sampai ke sini.


Pekannya nampak kecil & tak sibuk. Kemungkinan besar disebabkan oleh cuti raya... Apabila sampai aku berhenti sekejap untuk tengok kedai-kedai yang ada. Tak tahu di mana kedai jam tersebut. Aku nak redah saja semua jalan yang ada di pekan ni.... Aku teruskan perjalanan sampai ke satu jambatan di sebelah kiri di hadapan tu... lintas saja jambatan tu.....


....... aku terus nampak kedai jam tu di sebelah kanan... Namun apakan daya.... tuan kedai juga pergi beraya juga... haha... takda rezeki aku nak beraya dengan tuan kedai. Tak apalah... nak buat camno... berkenalan dengan kedai sajalah.... Takpa.. lain kali aku mai lain... tau dah tang mana kedai dia....


Alang-alang dah sampai Renggam, aku pusing-pusing sekitar pekan. 


Ada satu stesen bas di sini & di pekan kecil ini juga terletak hentian keretapi. 


Hampir semua jalan dalam pekan aku masuk. Pekannya tak besar.... sangat mustahil kalau ada yang cakap sesat dalam pekan ni... hehe.... 


Banyak kedai di tutup. Hanya ada beberapa kedai saja yang buka pada hari tu...


Hmmmmm..... lain kalilah aku mai lain kedai tu....


Disebabkan perancangan tak berhasil, aku bercadang nak ke Parit Raja untuk beli jam untuk anak sedara....


.... namun cuaca pada petang tu sangat mendung & tanda-tanda nak hujan sudah nampak. Perjalanan ke Simpang Renggam diteruskan, namun hujan turun dengan begitu lebat sekali. Ubah perancangan.... aku nak ke kedai Simpang Renggam dulu. Jika takda jam yang berkenan di hati, barulah ke Parit Raja....


Alhamdulillah... ada rezeki... Aku terjumpa jam Casio ni. Aku rasa sesuai untuk anak sedara aku tu... Ia adalah model Marine Gear W-733H.


Ini pertama kali aku jumpa model ni. Nampak cantik & berfungsi dengan baik. Terus sambar... Moga hadiah ni akan membuatkan anak sedara aku ceria kembali setelah sejarah hitam berlaku padanya dimana jam Timex Ironman-nya terjatuh dalam lubang jamban.... hehe....


wassalam.....

Leia Mais…

Saturday, October 15, 2011

Casio Twin LED - untuk anak saudara...

 Casio Twin LED DMR-100 ini merupakan koleksi peribadi aku. Ia merupakan model lama yang sukar ditemui kini. Ia mempunyai 2 LED dengan 2 warna berbeza hijau & kuning. Lampu tersebut akan bernyala apabila fungsinya digunakan. 



Keadaannya sangat baik & bateri baru sudah ditukarkan. Nyalaan LED itu akan berkelip-kelip menandakan masa sudah tamat (TIMER).

Jam ini akan dihadiahkan kepada anak saudara aku yang kehilangan Casio F-91W ketika mandi laut. Jam ini akan menggantikan jam itu & diharap anak saudara aku akan seronok dengan jam baru ini kelak.. 

Sebenarnya mood aku agak down hari ni... artikel terbaru pengembaraan aku terpadam tadi.. panjang berjela aku karang & makan masa berhari-hari... boleh terpadam tadi... Adoi la... Kena karang dari awal balik la jawabnya...  hmmmm.....

Leia Mais…

Wednesday, March 30, 2011

Suka duka 2 tahun bersama Dunia Jam


Bertarikh 24 Mac 2011 yang lepas, cukuplah 2 tahun DUNIA JAM wujud di alam maya ini. Bertitik tolak dengan niat untuk memberi maklumat kepada pembaca, ia diteruskan untuk berkongsi minat & maklumat, pencetus minat, hub maklumat, bertukar-tukar fikiran, percambahan idea, menambah kenalan dan sebagainya.

Nama DUNIA JAM dipilih selepas beberapa nama dibentuk... Ia nampak ringkas & memberi definisi yang jelas akan maksud blog ini. Tahu siapa yang bagi nama? Isteri aku! Haha... Beliau banyak memberi idea & cadangan kepada aku, berkongsi minat & memberi semangat dalam pengendalian blog ini. Terima kasih sayangku....


Apa ya?


Pada ketika penubuhannya.... hanya beberapa blog saja yang wujud pada ketika itu... Mereka ini merupakan otai & pencetus blog jam di Malaysia.... Nama-nama penting dalam blog Malaya ialah Irhomdeys, Jamlama, Jamkoleksi, Classicmalaya... Mereka merupakan pioneer blog jam di Malaysia. Dengan konsep jualan jam secara maya, aku pula terpanggil untuk mewujudkan blog informasi mengenai jam memandangkan tiada lagi blog informasi jam wujud pada ketika itu... Sebagai tuntutan fardhu kifayah, aku cuba wujudkan blog ini sebagai blog informasi pertama dalam bahasa Melayu (& akan dikekalkan begitu) walaupun pada waktu itu aku sangatlah jahil mengenai jam... Sekurang-kurangnya aku sendiri dapat menambah ilmu dalam pencarian idea & info mengenai jam. Di samping itu, sebagai salah satu sumber maklumat bagi mereka-mereka yang memerlukan informasi sepertimana pencarian aku dulu yang terkontang-kanting mencari maklumat jam.

Aku tak kisah akan populariti (hit) blog ni memandangkan ia berbahasa Melayu... kalau bahasa Inggeris, satu dunia boleh baca.... Bila dalam bahasa Melayu skop pembaca menjadi kecil & tertumpu kepada pembaca  di Malaysia, Indonesia, Brunei & Singapura... Tak kisahlah, asalkan maklumat yang inginku sampaikan tercapai objektifnya & memang berniat untuk menyampaikannya kepada peminat jam di Malaysia . Rasa lebih selesa disampaikan dalam bahasa Melayu & sebagai trademark blog jam berbahasa Melayu di Malaysia.

Suka-duka dalam pencarian maklumat ditempuhi. Pengalaman yang mahal aku terima kerana duit yang banyak diperhabiskan sebagai eksperimen & pembelajaran. Kemudian disampaikan pula dalam blog sebagai langkah berjaga-jaga, sebagai langkah penjimatan & peringatan supaya pembaca tidak melakukan kesilapan, belajar dari pengalaman & boleh menjimatkan wang. Tak apa... pengalaman itu sangat berharga buat aku & merupakan guru yang paling berkesan. 

Dunia Jam juga pernah menjadi bahan serangan individu yang tidak berpuas hati.... Kepada pembaca setia sedia maklum kejadian itu & kronologi gangguan tersebut. Entah apa yang tidak dipuaskan hati pun tak tau lah... Alangkah baiknya jika individu tersebut berbaik-baik dari bermusuhan kerana impak adalah kebencian ramai kepadanya... Allah itu maha adil.... harap beliau dibukakan hati & diberikan hidayah....

Semakin Dunia Jam menjelajah dunia horologi semakin banyak yang diperolehi. Disamping informasi, Dunia Jam juga telah menambah ramai kenalan dipelusuk negara bukan saja di Malaysia malah di luar negara juga. Walaupun penulisan dalam bangsa kebangsaan, itu tidak menghadkan perhubungan & persahabatan. Alhamdulillah...

Sejak penubuhannya, Dunia Jam menyaksikan penambahan banyak blog mengenai jam. Ia suatu perkembangan yang cukup sihat. Di harap kawan-kawan dapat meneruskannya & janganlah sampai tak mengira akan rakan-rakan blogger lain dalam jualan jam. Biarlah harga yang diletakkan itu setanding... 

Namun sejak akhir-akhir ini update Dunia Jam agak perlahan disebabkan kesibukkan kerja yang semakin bertambah, hobi lama yang semakin marak api kemaraannya... memanggil-manggil untuk kembali aktif & juga beberapa hal yang tak mampu untuk aku ceritakan di sini... 

Di sini Dunia Jam mengharapkan sokongan rakan-rakan blogger, pembaca setia, peminat jam untuk terus menyokong Dunia Jam. Insyaallah Dunia Jam akan diteruskan lagi walaupun pernah pasang niat untuk berhenti blogging... Dunia Jam cuba untuk meneruskannya selagi mampu. Terima kasih tak terhingga kepada anda semua di atas sokongan yang tidak berbelah bagi diberikan kepada Dunia Jam selama ini... Terima kasih, terima kasih, terima kasih & terima kasih.... 

Tiada apa yang mampu diucapkan lagi selain terima kasih....


Seperti yang dijanjikan..... DUNIA JAM mempersembahkan GRAIL WATCH yang ditunggu-tunggu selama ini....

Leia Mais…

Thursday, February 10, 2011

Badai tsunami melandaku....

Seiko Orang Monster sentiasa menjadi jam favorite aku... Aku sukakan warna dial, design, kutuhannya & segala tentangnya serta ia sangat selesa di tangan.... pamakaiannya yang lama telah memberi kesan kepada aku....


Badai tsunami telah  elekat di tangan aku....


Bukan saja terkesan di tangan... begitu juga di hati....


Logo lagenda tsunami ini adalah trademark Seiko.... siapa yang tak kenal logo ni? Sehingga sekarang ianya menjadi lambang pengenalan kepada model diver mereka....

Leia Mais…

Monday, February 7, 2011

Keratan akhbar H4U penyeri rumahku....

Dah lama pasang niat nak frame keratan akhbar H4U tu... tapi tak berkesempatan. Cadangannya nak hantar buat kat kedai. Tapi kos la mungkin tinggi. Dok cari frame gambar yang sesuai tak jumpa pulak... Ahad lepas pi Parkson, jumpa frame besar ni. Macam muat... aku main agak & beli yang paling besar.... Diskaun pun banyak, jadi RM20+ ja... Ok sangatlah tu...


Bila letak ja paper tu... lebih dari cukuplah pulak.. takpalah.... hantam sajalah Labu.... 


Akhirnya siap juga.. sengaja gantung tak sama level... bagi pelik sikit.... Walaupun frame lagi besar dari keratan tu, tapi aku berpuas hatilah dengan hasil kerja sendiri... 

Moral cerita... ukur dulu saiz paper sebelum beli frame... ekekeke....

Leia Mais…

Tuesday, February 1, 2011

Untuk seseorang yang berdedikasi....

 Jam ini aku beli untuk dijadikan hadiah kepada seorang pembantu aku yang sangat rajin & berdedikasi... untuk seseorang yang bakal meninggalkan aku tak lama lagi...


Dalam banyak jam yang ada di situ, jam ini paling menarik perhatian aku.. Dengan kemampuan aku yang tak seberapa, aku rasa ini jam yang terbaik untuknya... Apalah sangat jam ini jika dibandingkan dengan segala jasa yang pernah beliau taburkan & pertolongan beliau kat aku selama ini...


 Jam tampak ringkas namun cantik & aku rasa sesuai untuk menghiasi tangannya... 


 Di kala malam menjelma & kabur tanpa bayangan... cahaya jam ini mampu memberikan penunjuk waktu yang baik....


Terima kasih banyak Kak Salena kerana jasamu selama ini. Tak mampu untuk dibalas dengan wang ringgit... Sedih sebenarnya kerana kehilangan sorang pembantu yang cukup baik & rajin seperti beliau. Di harap beliau akan gembira & menjalani kehidupan yang lebih baik selepas ini....

Leia Mais…

Monday, August 9, 2010

Sejauh mana keberkesanan iklan?

Populariti sesuatu jam bukan saja bergantung kepada berapa lama ia berada di pasaran... tapi lebih kepada cara pemasarannya juga. Salah satu cara melalui iklan-iklan di media massa. Pelbagai cara & kaedah yang dilakukan oleh penjual/manufacturer/dealer untuk melariskan jualan. Salah satu contoh, iklan jam Titan ini. Satu muka surat besar dibuat iklannya untuk memperkenalkan jenama mereka kepada orang ramai. Disebabkan iklan ni jugalah, baru aku tahu akan kewujudan jenama ini. Ingatkan jam baru, setelah buat sedikit kaji selidik, dah lama rupanya jenama ini. Kadang-kala ada juga review jam yang dibuat di surat khabar tempatan.

Selain melalui pamphlet & katalog yang boleh kita dapat di kedai-kedai jam, meraka juga membuat kalendar untuk diberikan kepada pelangan atau pengunjung kedai mereka. Selalu yang mudah jumpa ialah Seiko & Citizen. Majalah-majalah tempatan tidak kurang juga memaparkan iklan-iklan jam pelbagai jenama.



Selain cara pengiklanan sedemikian, iklan juga ada dibuat di TV. Namun tidak banyak jenama yang mengiklankan di TV. Jalan terbaik ialah membuat poster besar seperti ini di bangunan kedai ataupun kenderaan awam. Iklan jam di kedai tu (gambar) ada banyak.... tapi aku cuma ambil gambar ini sebab sama model dengan Citizen aku... kembang hidungku seketika... ekekeke... Kedai ni terletak di Padang Besar, Perlis. Menjual pelbagai jenama Jepun & Swiss.



Selain cara itu, ada juga mengiklan jam mereka di papan iklan besar seperti ini. Iklan ini berdekatan dengan Komtar, Penang. Iklan jam kat situ sudah cukup lama. Dah bertahun-tahun.



Selain itu, banyak juga iklan di papan iklan besar di lebuh raya. Setakat ini, aku cuma jumpa Oris, Epos & Titoni. Iklan Titoni aku jumpa di PLUS selatan semenanjung tapi tak berkesempatan nak ambil gambar. Iklan jam Oris seperti ini banyak aku jumpa di lebuh raya sekitar KL. Minta maaf banyak-banyak, aku cuma mampu ambil guna kamera henfon ja.



Aku lupa di mana ni, tp sekitar KL.



Iklan nun jauh di sana adalah iklan yang aku rasa mendapat kontrak yang cukup lama dari pihak Epos.... atau mungkin pengedar mereka.



Iklan ini boleh dijumpai berdekatan Bangi laluan dari Nilai. Lebuhraya PLUS. Agak lama juga model ni diiklankan....



Setelah beberapa bulan kemudian, bila mana aku pulang bercuti dari Johor, iklan Epos sudah berganti dengan model Epos Limited Edition ni. Sampai sekarang (beberapa bulan lepas aku balik Johor), model ni masih diiklankan.

Sejauh mana keberkesanan iklan & penyebaran maklumat jenama mereka kepada orang ramai? Agak sukar dijawab. Rasanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka yang perasan & membacanya. Sekurang-kurangnya mereka yang kurang minat & arif pasal jam tahu akan kewujudan jenama itu & mungkin juga akan berfikir untuk melihat atau membelinya jika ingin membeli jam suatu hari nanti. Psikologi manusia yang sentiasa mengganggap sesuatu yang terbaik pada perkara yang popular/besar & sentiasa dilihat sedikit sebanyak dapat melariskan jualan jam tersebut. Bagi yang meminati jam macam kita pun mungkin juga akan mempunyai perasaan ingin melihat jam yang diiklankan tu. Sedikit sebanyak.... berjayalah juga kan? Hehe...

Leia Mais…

Tuesday, August 3, 2010

I'm old but not rusty....


Walau dah tua.... tapi masih segak.... Seiko 6105 diberi nama....


Ahad lepas (1 Ogos 2010) aku terlibat dengan satu kem kesihatan di Kampung Ujung Bukit, Perlis. Tempat yang belum pernah aku sampai lagi ni disusuri dengan perlahan-lahan... Seperti namanya, memang tempat yang aku pergi ni betul-betul di hujung bukit. Tempat kem diadakan pun memang di kaki bukit. 

Tidak aku sangka kampung yang agak tersorok ini, terdapat suatu tempat yang cukup cantik di dalamnya.... Selamat datang ke Kraton Anggerik Jingga, Kampung Ujung Bukit, Bintong, Perlis. Masuk saja di kawasan ini, kita akan bertemu dengan beberapa rumah rehat cantik yang di bina di sekitar kaki bukit ini.  



Ke semua rumah-rumah rehat ini (menurut penduduk di sini) adalah milik persendirian & ada yang dibuat untuk di sewa dengan kadar yang cukup murah. Setiap rumah di kaki lima bukit ini mempunyai rupa yang berlainan mengikut citarasa tuannya. Di dataran tengahnya pula, pihak kampung membina dewan orang ramai & di sini turut ada air terjun buatan & juga gua kecil. Suasana di kawasan ini sangat menyenangkan & nyaman. Tidakku sangka di ceruk kampung tersembunyi kawasan yang cantik begini.



Aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama antara Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bersama-sama JKK kampung ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Sempena kempen 'Berjalan Seribu Langkah' oleh pihak KKM yang baru saja selesai dijalankan turut di teruskan dalam kem ini. Selain pemeriksaan kesihatan & pemeriksaan pergigian, ceramah turut diadakan. Menteri Besar Perlis turut datang menjayakan program ini.



Dini hari yang indah pagi tu, aku ditemani dengan teman rapat.... Seiko 6105....


Cantik....


Dengan suasana sawah padi yang mengijau itu, memberikan perasaan yang cukup nyaman sekali....


Walau di mana ia berada, ia tetap memberikan keindahan yang aku inginkan....

Sebenarnya aku dalam proses nak belajar bermain-main dengan kamera baru. Dulu pakai Nikon Coolpix... Lingkup dah yang tu... hmmmmm..... Pembelian aku kali ni telah bertukar kepada Canon Powershot A3000 setelah disarankan oleh sahabat Detikduabelas.



Imej yang dihasilkan oleh kamera ini jauh lebih baik berbanding kamera lama walaupun harganya lebih murah. Aku amat berpuashati dengan gambar yang dihasilkannya & aku sangat syorkan kawan-kawan yang ingin membeli kamera kompak untuk membeli jenama Canon. 2 pengalaman tak berapa enak dengan kamera lama sudah cukup..... 



Seiko 6105 ini masih cantik bacaan waktunya. Rupanya seperti langsung tidak dimamah usia... terima kasih kepada pemilik lamanya yang menjaganya dengan cukup elok.



Sentiasa segar walau dimana ia berada & dimana ia dilhat. Suatu model yang cukup berbaloi untuk disimpan & cukup selesa dipakai.


Selepas ini....... sneak preview....... lagi???

Leia Mais…

Wednesday, May 26, 2010

Bagaikan hadiah untukku....

Mengetahui sudah dihantar dari minggu lepas buat aku tak keruan jadinya. Tambah-tambah bila minggu ni aku kena pi kursus.... Minggu lepas dah pi kursus, minggu ni pi lagi... Tapi bila dapat tahu bungkusan aku akan tiba minggu ni... Kepala aku dah takda dalam kursus sepenuhnya. Separuh ada dalam bungkusan ni....

Sampai saja di rumah tadi, nampak ada bungkusan ni atas meja. Perkara pertama aku buat bila sampai rumah ialah pegang bungkusan ni. Terasa macam dapat hadiah pula. Bungkusan ni sampai tepat pada masanya. Balik rumah penat drive jauh-jauh tengok benda ni, terasa penat tu hilang & kebetulan baru terima kenaikan gred, memang aku terasa macam hadiah la. Siapa la nak bagi hadiah kalau bukan diri sendiri. Sekali sekala kita perlu memanjakan diri & appreciate diri dengan menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri. Siapa lagi kalau bukan kita sendiri sebagai suatu ucapan tahniah, penghargaan di atas segala usaha, cabaran, kerja yang telah ditempuhi... agar dengan itu dapat memajukan diri sendiri & lebih tekun berusaha apabila terasa diri dihargai... sebenarnya inilah yang dilakukan oleh ramai jutawan-jutawan dunia.... apa salahnya jika kita ikut benda yang baik.



Bila pegang bungkusan tu terasa benda bujur keras.... Lepas keluarkan, nampak kotak cermin mata... Hmm.... Berdebar-debar....



Wah... kena bungkus lagi... selamat betul.....


Akhirnya... terserlah juga ia.... Seiko 6105-8110.
Inilah yang aku nantikan.... koleksi diver vintage aku hampir lengkap.... Apakah yang seterusnya? Aku pun tak pasti lagi....

Nantikan review mengenainya....



Pembelian jam ini sebenarnya dari bro Sukajam. Aku sangat berpuas hati dengan keadaan jam ni. Paling terasa hadiah, bila mana bro Sukajam turut sertakan bracelet untuk jam ini. Macam tahu-tahu je aku memang suka diver dengan bracelet. Memang terasa hadiah betul... FOC plak tu. Isk.... Terharu betul.... Terima kasih banyak bro... Aku rasa berbaloi betul penat lelah, bercekang mata buat blog ni. Selain dapat belajar & tambah ilmu, dapat juga kawan-kawan yang sangat baik hati. Terima kasih semua.... Tanpa anda semua, siapalah Dunia Jam....

Leia Mais…