Aku cukup minat dengan beberapa jam VW yang aku jumpa di internet. Sebagai peminat VW, aku cukup minat dengan barangan & aksesori yang berkaitan dengan VW. Tapi memandangkan aku ni peminat jam juga.... aku memang nak sangat memiliki jam-jam ni. Untuk yang berminat, boleh cari jam-jam ni kat eBay.
Dari semua jam-jam di atas, jam di bawah ni paling aku suka. Jam-jam ni merupakan jam dari Bavarian Crono yang menciptakan jam berdasarkan panel meter VW (Beetle, Transporter & Karmann Ghia). Siapalah yang nak pakai jam-jam camni? Aku rasa orang yang minat VW macam aku ni sanggup. Memang nak sangat sebenarnya. Jam dibuat mengikut tahun model VW dikeluarkan. Tengok saja koleksi yang mereka ada. Nampak betul-betul berkualiti. Rupa dailnya serupa dengan meter VW. Peminat VW pasti akan menggilai jam-jam ni untuk dijadikan koleksi. Aku rasa macam nak beli semua ja. Harga di antara Euro$123-249.
Euro$132
Untuk yang berminat nak beli, anda boleh layari web mereka untuk maklumat lanjut:
http://www.bavarian-crono-technology.de/index.php?cat_id=01
2 KOMEN ANDA:
bro...xde kt jam mcm ni yg bro jual..
sy peminat VW gak..sy pakai beetle 1963...
padu ar jam nih..argggghh..
Sorry bro. Aku takda jam ni. Teringin nak beli jam bavarian tu. Tapi nak beli kena guna kad kredit. Tak boleh guna paypal. Tu yg tak jadi
Post a Comment