Sunday, April 19, 2009

Ahmed Albab d great

Tersebutlah kisah di sebuah negeri yang bernama Al-Arabi, negeri yang dikelilingi dengan padang pasir, yang penduduknya sentiasa sibuk dengan aktiviti perniagaan, terdapatlah seorang lelaki yang dikenali Ahmed Albab. Beliau merupakan seorang yang miskin tetapi rajin bekerja. Namun beliau merasakan beliau seorang yang cukup bijak. Maklumlah…. Perasan sendiri…..


Pengangkutan di negeri itu hanya dengan menaiki kuda, keldai ataupun unta. Ahmed Albab tidak pernah menaiki ketiga-tiga jenis pengangkutan yang ada. Beliau bekerja bersungguh-sunguh mengumpul duit untuk membeli salah satu pengangkutan tersebut. Disebabkan beliau rajin bekerja, beliau menerima promotion untuk kenaikan pangkat. Daripada tukang angkat barang kepada tukang hantar barang. Beliau berasa sungguh gembira dan bersyukur. Pada waktu itu, pekerjaan sebagai tukang hantar barang begitu popular kerana mereka boleh merantau ke negeri lain, mencari pengalaman, duit mahupun awek-awek hendaknya.


Pada suatu hari, majikannya menyuruhnya menghantar bekalan ke negeri sebelah dengan segera. Hasrat Ahmed Albab untuk menaiki unta akan tercapai. Dengan senyuman yang begitu manis lagi memikat sampai ke telinga, beliau melompat-lompat hingga terguling-guling kerana terlalu gembira.

Seorang ‘coach’ telah ditugaskan untuk mengajar Ahmed Albab (AA) yang ‘pandai’ itu untuk drive unta. Dengan pakaian jubah yang lusuh berserta serban yang koyak rabak, beliau terus melompat ke atas unta yang telah diikat penuh dengan barang-barang yang perlu dihantar. Padahal unta lesen L dengan stiker seluas mata memandang, terpapar pada punggung unta di sebelahnya. Akibat AA terlalu pandai, maka dia pun memilih unta penghantar barang. Hmmmm…..

Coachnya yang berpakaian jubah berwarna warni disulami dengan manik-manik yang begitu meyakinkan berserta serban yang begitu vouge datang untuk memberi lecture kepadanya. Dengan wajah yang begitu ceria dengan mata yang bermaskara, coach memulakan penerangan.


Coach: Ada betul anta tidak pernah menaiki unta sebelum ini? (Bertanya dengan muka yang penuh berkerut)


AA: Ya coach. Ana memang tidak pernah. Tapi ana rasa senang saja nak drive ini unta. (Jawabnya dengan muka penuh yakin bersama hidung yang kembang)


Coach: Memang senang pun. Macam naik basikal saja.


AA: Basikal? Menatang apakah itu? Ana tidak pernah melihat rupa binatang itu. (Mukanya begitu confius skali)


Coach: Ooohhhh….. Itu bukannya binatang tetapi sejenis pengangkutan moden di zaman millennium. Dulu masa ana mengaji di High School di oversea, ana guna itu basikal lah untuk pergi belajar. (Hidungnya kembang menampakkan tahi hidung yang bulat-bulat)


AA: Basikal tu macam mana rupanya. Macam ini LRT ka?


Coach: Bukan. Macam motor skit rupanya. Cuma kita kena kayuh, motor pakai enjin nak gerakkannya. Kena isi minyak pula. Mahal pula nak beli.


Muka Ahmed Albab menjadi lebih confius. Sambil menggaru-garu kepala dan menongkat dagunya gengan jari, beliau berkata….


AA: Coach, ana confiuslah. Jangan la cakap saintifik sangat. Cuba terang slow-slow. (sambil garu-garu kepala dengan wajah yang berkerut-kerut)


Coach: Aiya…. Anta check la dalam internet. Payah ana nak terang. (muka dah bengang)


AA: Excuse me. Internet tu apa plak? (muka penuh confius)


Coach: Aaaaarrrrgggghhhhhh……. Huhuhuhuhuhuu…… (geram bercampur sedih. Sambil menghentak-hentak kaki ke tanah)


AA: Oklah. Ana tak mau tanya lagi, Coach cepatlah ajar ana cara nak drive ini unta.


Coach kembali ke tahap kesedaran sepenuhnya dari mimpi ngeri pertanyaan AA.


Coach: Ok. Unta ni cuma response hanya dengan bercakap. Nak bagi unta ni berjalan, ana kena sebut ‘Alhamdulillah’. Kalau nak stop, sebut ’sadaqalluhul’azim‘. (sambil mengesat hingus hijau yang meleleh-leleh).


AA: Hah! Senang ja. Budak tadika pun boleh bawa ni. (terus capai tali dan sebut….) ALHAMDULILLAH!!



Unta tu pun terus bergerak dari situ dan menyebabkan coach terkejut beruk.



Coach: Woi! Cara nak koner ana tak ajar lagi. Woi! Woi! (berlari-lari mengejar AA. Kepulan-kepulan debu berterbangan kerana larian coach yang begitu bertenaga). Eh! Tu bukan unta L. Woi! Balik sini…. Anta salah naik unta…..


AA: Alah! Tak payahlah. Ana dah terer. Hahahaha….. (seronok sangat sambil melambai-lambai coach)



Beliau menunggang dengan penuh keseronokan dan senyuman. Kerana terlalu boring disebabkan perjalanan yang jauh, beliau pun menyanyikan lagu Menuju Puncak (Akedemi Fantasia).

Tiba-tiba unta yang dinaikinya dipotong oleh beberapa ekor unta yang ditunggangi oleh rakan-rakan sekerjanya yang juga ditugaskan untuk menghantar barang. Melihat dari insiden itu, beliau menyebut kuat-kuat perkataan Alhamdulillah.


AA: ALHAMDULILLAH!


Namun kudanya tidak response dan hanya relax berjalan sambil mengunyah carrot. Ini menyebabkan AA menjadi marah. Mukanya sudah merah padam. Beliau menjerit lagi perkataan Alhamdulillah. Namun kudanya masih senang hati berjalan. Akibat tidak tahan, beliau mendapat satu akal. TING! Satu mentol menyala atas kepalanya.


AA: Ok. Aku dah tau apa nak sebut. ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!!!!!! (menjerit sekuat hati, semahu-mahunya) Pandainya aku…. Harharhar…. ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!!!



Akibat terlalu terkejut dengan jeritan AA, untanya terus berlari dengan begitu laju. AA terlalu gembira kerana untanya berlari dengan laju sehingga dapat mengejar rakan-rakannya yang telah memotongnya tadi. Untanya yang terus berlari tadi dapat memotong ke semua rakannya itu.

Setelah lama untanya berlari-lari, beliau menoleh ke belakang. Beliau terkejut kerana rakan-rakannya telah membelok ke kanan. AA menjadi kelam kabut, menarik-narik tali yang sebelah kanan dengan tujuan hendak membelok ke kanan. Namun untanya tidak response, terus berlari semahu-mahunya.

Tiba-tiba dalam 200 meter, beliau ternampak untanya berlari ke arah curam/tebing tinggi. Beliau menjadi lebih gelabah dan pucat. Menarik-narik talinya untuk menghentikan untanya. Akhirnya beliau teringat.


AA: SADAQALLAHUL’AZIM!!!!!! (menjerit sambil membeliak mata seluas-luasnya dengan perasaan cemas, berpeluh-peluh dan muka yang berkerut-kerut dan takut)


Mendengar saja perkataan itu, unta tersebut dengan menggunakan keempat-empat kakinya, membrek dengan semahu-mahunya bagaikan kereta F1. Maka naiklah segala debu-debu pasir meyelubungi kawasan itu. Apabila debu-debu pasir mula hilang, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati beliau dan untanya berada betul-betul di hujung curam/tebing tinggi seperti di Death Valley.

Beliau berasa sungguh lega kerana di saat-saat akhir, beliau teringat cara nak menghentikan untanya. Namun untanya masih relax dan langsung tak 'gabra' sambil mengunyah carrot bagaikan chewing gum yang entah bila nak habis.


AA: Fuh! Selamat aku. Terer jugak aku ni. Hehehehe….. Lega….. (sambil mengesat dahi yang berpeluh-peluh) Alhamdulillah… selamat…… Oooppppsss……


Maka dengan mendengar perkataan tersebut, untanya pun memulakan langkah pertama. Kemudian kedua-duanya jatuh dari curam/tebing tersebut dan tamatlah riwayat mereka. Hmmm... Begitulah kisahnya...


MORAL: Jangan bodoh sombong. Kalau tak tahu, bertanya. Jangan malu dan berlagak macam tahu.

0 KOMEN ANDA: