Showing posts with label **Berita Terkini. Show all posts
Showing posts with label **Berita Terkini. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Seiko SRP233K, SRP234K, SRP236K - diver terbaru dari Seiko

 Pada tahun 2011, Seiko telah cukup umurnya 130 tahun di pesada dunia horologi. Bertepatan dengan tahun keramat itu, mereka telah melancarkan jam keluaran khas dengan edisi terhad sempena meraikannya. Bukan hanya sekadar produk semata-mata, keluaran khas & terhad ini merupakan suatu yang bermakna kepada pengemar & pengumpul jam yang dahagakan sesuatu yang istimewa dari Seiko.

Banyak roadshow yang mereka lakukan di banyak negara sempena meraikan ulangtahun mereka itu. Seperkara yang menarik, mereka menghasilkan model-model jam keluaran khas sempena meraikan kejayaan ini meliputi semua keluaran bermula Seiko 5 hinggalah kepada model high-end seperti Grand Seiko. 

Saksikanlah timeline penciptaan Seiko di sepanjang 130 tahun mereka dalam dunia horologi...


Ini merupakan antara model keluaran khas sempena ulangtahun mereka itu... (maaf gambar kurang jelas).


Model Superior merupakan salah satu model keluaran khas itu. 
Ia menggunakan movement baru iaitu 4R37.


Seiko Solar kalendar ini sangat cantik pada mata aku...


------------------------------------------------------------


Rentetan dari keluaran terhad sempena ulangtahun 130 tahun itu, pada tahun 2012 ini menyaksikan satu lagi keluaran terhad dari Seiko. Jika kebiasaannya edisi terhad muncul setelah model biasa dikeluarkan, namun tidak pada kali ini di mana model baru ini merupakan keluaran terhad & tiada keluaran biasa lagi.


Gambar dari Watch U Seek.
Model edisi terhad ini memberikan satu fenomena baru & agak sensasi di kalangan peminat Seiko yang menampilkan kelainan dari kebiasaan keluaran mereka. Mengapa Seiko keluarkan edisi terhad ini kerana tiada edisi biasa (regular) dikeluarkan? Adakah ianya satu strategi baru Seiko? Aku pun tak pasti... tetapi mungkin juga ya....


Gambar dari Philippine Watch Club
Kecoh juga group Facebook Dunia Jam dengan kehadiran model-model baru ini. 
Ia didatangkan dengan 3 versi warna yang berbeza. 
Dari kiri SRP233K, SRP234K & SRP236K.


Gambar dari Watch U Seek.
Melihat pada rupanya itu, mengingatkan kita kepada abangnya Tuna. Seiko White Dolphin Tuna di atas ini juga merupakan edisi terhad sempena meraikan ulangtahun ke-45 keluaran model diver mereka. Shroud (casing luar) yang digunakan pada model Tuna menggunakan seramik.


Gambar dari Watch U Seek.
SRP236K
Model terbaru ini menampilkan ciri-ciri yang hampir sama dengan Tuna itu. 
Setiap versi hanya terhad sebanyak 1300 unit sahaja.


Gambar dari Watch U Seek.
SRP234K
Jam ini telah dipasangkan bracelet aftermarket baru oleh tuannya. Nampak cantik. 


SRP233K
Versi merah ini agak popular di kalangan peminat berbanding versi lain. Ia tampak sangat sporty, santai & garang. Ada peminat beberapa forum telah memberi gelaran kepada jam ini seperti Tuna Monster & Baby Monster.... aku memanggilnya Frenken Tuna kerana ia menampilkan ciri-ciri & DNA beberapa model Seiko lain yang digabungkan ke dalam jam ini. 


Keluaran terbaru ini agak sensasi kerana casing luarannya (shroud) yang berwarna (merah, hitam & coklat) itu bukanlah diperbuat dari stainless steel. Ada yang memberitahu ianya plastik. Setelah aku teliti ianya bukanlah plastik namun seperti bahan getah keras seperti casing/bezel Casio G-Shock. Aku tak pasti bahan apa yang digunakan dalam pembuatannya. Pertanyaan aku kepada Thong Sia juga belum berbalas lagi.... Spec jam ini juga tidak didapati dalam web mahupun buku panduannya.

Tidak banyak kedai yang mempunyai jam ini dalam jualan mereka. Ada taukeh kedai yang agak bengang kerana tidak mengetahui adanya jam ini. Setelah beliau selidiki, jam ini sudah tiada stok untuk beliau tempah. Jadi kepada rakan-rakan yang ingin memilikinya, cepatlah dapatkannya sebelum kehabisan kerana hanya ada 1300 unit saja untuk setiap versi.


--------------------------------------------------


Walaupun begitu, dari maklumat yang aku dapati dari forum & web, Seiko telah mengeluarkan versi biasa seperti gambar bawah....

Gambar dari Yeoman Orient - regular edition 4r36 shrouded divers

Mungkin benar ini adalah strategi pemasaran mereka... atau mereka keluarkan versi biasa (regular) ini kerana permintaan yang tinggi terhadap model edisi terhad sebelum ini... Namun aku tak pasti adakah ianya akan memasuki pasaran Malaysia kerana tiada maklumat yang aku dapat mengenai perkara itu...


Leia Mais…

Thursday, March 18, 2010

Berita Terkini

Maklumat terbaru dari bro ex001.

Rolex Submariner date stainless steel sekarang akan dihentikan pengeluarannya. Ia akan digantikan dengan model yang diperbuat dari ceramik. Seperti Omega Seamaster yg keluar dengan casing liquid-metal, Rolex juga turut serta mengeluarkan model yang lain dari kebiasaannya. Pembaharuan ini bukan saja suatu yang baru malah juga akan turut menaikkan lagi harganya yang sudah sedia mahal.

Nampaknya, Submariner turut menerima nasib yang sama dengan model Sea-Dweller yang sudah pun dihentikan pengeluarannya & digantikan dengan model Deep Sea. Barangsiapa yang berkemampuan, eloklah sambar 1 Submariner sekarang sebelum harganya melambung jauh lebih tinggi.

Kalau sudah dihentikan perngeluarannya nanti & tetap berkenan dengan model stainless steel, alternatif samada stok lama ataupun jam terpakai. Rasanya harga 2nd hand pun akan turut naik kalau permintaan tinggi.

Leia Mais…