Wednesday, April 15, 2009

Queens Bay Mall

Sabtu lepas aku pi Penang. Saja singgah Queens Bay Mall, pasal selama ni dok lalu je. Besar gak kompleks ni. Aku tak pasti berapa tingkat pasal aku tak sempat jalan semua, sebab masa dah suntuk. Dok dengar cerita dari kawan aku yang kat sini banyak kedai jam. Tu yang buat tertarik sangat nak pi.

Tumpuan utama aku kat sini ialah ke kedai-kedai jam yang ada. Memang banyak betul. Kalau tak salah aku, lebih banyak dari kedai di Mid Valley Megamall, KL. Ada beberapa kedai yang jual satu jenama je. Yang aku pi, kedai Casio & Swatch. Tapi Swatch takda diskaun langsung. Harga tetap semua. Mula-mula nak beli seketul. Tapi designnya begitu fancy. Tak minat plak aku tengok. Hmmm...

Aku tak ingat nama-nama kedai jam dalam kompleks ni. Tapi jenama yang dijual di sini, antaranya Seiko, jenama fesyen, Cerruti, Oris, Doxa, Tissot, Timex, Arbutus, Chronoforce dan lain-lain lagi. Ada kedai yang offer diskaun sampi 30% untuk Seiko. Jarang ada kedai yang offer sampai 30%. Selalunya 20% ja. Paling tinggi 25%. Satu kedai yang aku pi, jual jenama mewah.. nama kedai After Hours. Ada satu cawangan lagi kedai ni kat Lot 10 Shopping Centre, KL. Aku ingat nama kedai ni pun pasal aku ambil pamphlet kedai ni. Hehehe... Kedai ni jual Certina, Tissot, Cartier, Omega, Longines, Rado, Mido. Yang buat aku terkejut, Mido Commander yang aku ada tu masih dikeluarkan lagi rupanya. Rega dekat RM3k.

Lepas tu nak ke kedai Tag Heuer. Mula-mula nak masuk. Tapi segan pasal tengok terlalu eksklusif. Siap ada penyambut tetamu berpakaian kot di depan kedai. Kedai plak ada pintu. Penyambut tetamu tu yang akan buka. Aiseh, segan nak masuk la plak. Muahaha... Tengok harga Tag Heuer Carrera yang display kat cermin depan kedai tu semuanya harga no mercy. Berbelas ribu semua. Agaknya dia saja display harga jam tu habuan orang kat luar tengok... nak menunjukkan hanya orang yang mampu saja yang beli jam ni (errr.. aku rasa la). Dia tak display jam-jam yang harga RM3k+ kat cermin tu. Aku nampak jam-jam tu ada dalam kedai. Saja display yang mahal-mahal kat luar untuk bagi orang takut nak masuk. Wakakaka... Tapi suatu hari aku nak masuk jugak. Pakai smart skit, baru dia layan kot. Ehehehe...

4 KOMEN ANDA:

Jamkoleksi said...

Kedai jam kat Queens Bay Mall semua aku dah masuk kecuali Rolex... segan sebab pintu tutup rapat yang lain tutup rapat juga tapi layanan ok. Aku pakai selekeh juga tapi siap boleh tengok Montblanc, Omega, Corum... sales ni makan diskaun kalau ada jualan. Mana dia tahu orang selekeh tak dak duit... TQ.

duniajam said...

O. Ada kedai Rolex rupanya. Hari tu saya pi pakai Orange Monster. Nak pi plak nanti nak pakai Mido @ Oris. Mungkin layan ok kot. Hahaha...

Irhomdeys Vintage Watches said...

aku pakai selekeh masuk Rolex Centre dia orang layan baik aje... salesman sekarang pegang prinsip 'every person enter to the shop is a potential buyer'

duniajam said...

Seller camtu yang bagus. Dia layan semua orang sama rata. Mungkin kedai jual jam luxury camtu. Tapi tak semua yang camtu. Mungkin nasib tak baik kot jumpa orang layan ikut status.