Saturday, February 26, 2011

Bercahaya walau di dalam gelap....


Suatu ketika dulu, aku pernah dah buat artikel camni.. Kali ni sengaja aku buat sekali lagi... Gambaq dah ambil lama & dah lama juga upload gambaq-gambaq ni dalam MWF. Waktu tu baru dapat satu trick kegunaan fungsi kamera aku tu.. Baru nak pandai memanipulasi fungsi yang ada... Maklumlah masih amatur dalam bidang fotografi. Banyak teknik, kaedah & fungsi kamera yang belum tahu. Ni baru guna kamera kompak, kalau kamera DSLR memang lagi tak pandailah.... 

Aku suka tengok lume jam. Lagi terang lagi best. Jam-jam lama aku yang masih 'bercahaya' aku ambil gambar juga. Boleh la tengok keadaan luminous jam yang dah berpuluh tahun umurnya. Aku sertakan gambar kecil jam yang dijadikan 'model'... sekurang-kurangnya tahulah rupanya dalam cerah.... kuikuikui....

Bruno Banani
Agak terang pada mulanya.... namun semakin malap di pertengahan jalan...


 Citizen Eco-Drive chronograph
Cahaya biru Citizen agak leka dipandang..... mungkin kerana terlalu biasa dengan cahaya hijau...


 Citizen ladies
Model NOS. Tak berapa terang, namun masih bercahaya.


Orient ladies
Sepertimana model Mako sebelum ini, lume Orient agak mengecewakan... 


 Citizen Oxy
Lume Oxy memang tidak mengecewakan. Rupa militarynya masih kelihatan gah walau dalam gelap. Jelas pernomborannya. Kadar keterangan akan beransur kurang selepas seminit. Keterangan & ketahanannya tidaklah sebaik lumibrite Seiko.


 Darch military
Jam yang akan aku review tak lama lagi...


 Epos Sportive 3396
Sudah meninggalkan aku baru-baru ini... Lume dwi-warna memberikan rupa yang berlainan dari kebiasaan. Terang, namun tidak seterang & tahan lama sepertimana lumibrite Seiko. Ia jatuh di bawah Citizen.


 Helbros
Dial & jarumnya tidak diberi apa-apa sentuhan penambahbaikkan.... lume masih bercahaya walaupun tidak terang.


 Junkers JU52
Sepertimana Oxy, penomborannya jelas... namun tidak sebaik Oxy. Tidak terang begitu lama namun cahayanya agak tahan lama walaupun sudah pudar & masih kelihatan walau berjam-jam di dalam gelap.


 Oris automatik
Masih bercahaya.. namun cepat betul ia malap. Padanlah dengan umurnya.


 Seiko 5 ladies
Jam kecik, nampak cute bila bercahaya begini.


 Seiko 5 Sports


 Seiko 6105
Jam sudah direfurbished menggunakan jarum & dial aftermarket. Lume jarum lebih terang dari dial. Dial akan malap lebih awal dari jarum. Ketahanannya tidak sebaik yang original.


 Seiko Dilot
Suka betul tengok lume yang besar camni. Dengan penomboran yang jelas, ia nampak cantik sepertimana model military/pilot sebelum ini.


 Seiko 5 military
Jam yang dah review sebelum ini...


 Seiko Orange Monster
Favorite watch aku....


 Seiko Samurai
Terang beb!


 Seiko Sumo
Antara Monster, Samurai & Sumo.... lume Sumo paling terang. Mungkin sebab Sumo paling muda antara semua. Kadar keterangan lume akan semakin berkurang dengan peningkatan umurnya... tidak seperti Trigalight/gas tube yang akan kekal keterangannya sekurang-kurangnya 20 tahun!


 Seiko UFO
Bercahaya namun tidak seterang & tahan lama berbanding model Seiko lain.


Kali ni masuk jam berbateri plak. Kita sama-sama tengok bagaimana evolusi teknologi lampu jam quartz pula.


 Casio BP-100
Jam dulu-dulu kuning ja lampunya... Yang ni agak terang. Ada plak yang bercahaya tapi tak menyuluh pun...


 Casio DB-50
Kalau yang dulu warnanya kuning, kini menjadi hijau & lebih terang dengan penggunaan LED baru. Jam-jam terkini kalau tidak pasang lampu illuminator, lampu jenis ini akan dipasangkan. Tapi bukan semua model Casio  lah.


 Timex Ironman Triathlon Shock Resistant

Jam pertama dengan teknologi lampu begini adalah dari Timex yang menggunakan teknologi lampu electroluminescent dibawah nama Indiglo. Lampu ini merupakan teknologi dari syarikat Indiglo Corporation yang dipunyai oleh Timex sendiri. Jenama Guess juga pernah menggunakan teknologi Indiglo dalam pengeluaran jam mereka suatu ketika dahulu.


 Casio DW5600 Fox Fire

Dengan kehadiran lampu electroluminescent dalam dunia horologi, Casio tidak mahu kalah dalam persaingan ini. Mereka juga keluar & manjawab dengan nama Illuminator. Model pertama mereka yang menggunakan teknologi ini ialah Casio DEP-610.


 Casio... 
...aku tak tahu model apa....  tapi cantiklah lampunya....


Casio Riseman GW-9200
Jam yang bakal aku review tak lama lagi juga. Model G-Shock yang sudah tiada dipasaran & digantikan dengan model terbaru. Aku ruka lampu G-Shock lama yang kebanyakannya mempunyai logo di bahagian belakangnya.... nasibnya di hujung tanduk sebenarnya... tengah fikir samada nak jual ataupun tidak....


Timex Indiglo chronograph

Jam chronograph pertama aku. Masa tingkatan 2 tahun 1994, aku pakai jam berjenama Laterier. Dial putih dengan penomboran Roman. Dalam dewan gelap, pernah aku terfikir nak cipta jam analog dengan lampu. Masa tu jam berlampu kebanyakannya jam digital saja yang ada... Tak sangka memang akan wujud jam analog berlampu begini suatu hari nanti... Haha...

Jam dengan kebolehan bercahaya di dalam gelap memudahkan kita membaca waktu di dalam gelap. Bagi yang tidak peduli ataupun minat jam, tak dapat baca waktu pada jam tangan pun takpa sebab henfon pun ada jam juga... Walaupun kita pun ada henfon, bacaan waktu dengan jam tangan lebih memberi makna berbanding benda lain...


Leia Mais…

Sunday, February 20, 2011

Jom skodeng......

 Ada sesuatu di sebalik semak samun sana... suatu yang da bomb untuk dikongsi bersama... jom kita skodeng sama-sama.... 


 Apabila diserbu... inilah dia Seiko SNX427 yang merupakan model dalam siri military Seiko. Mempunyai design yang simple adalah suatu ciri-ciri jam military zaman berzaman. Tali asal jam ini sebenarnya berwarna hitam. Sengaja aku tukarkan untuk nampak kelainan... nampak ok juga....


 Model yang dipaparkan ini merupakan model yang sudah tidak dikeluarkan lagi. Model terkini Seiko military automatik mempunyai design yang sedikit berlainan dengan dua keluaran iaitu Seiko 5 & Seiko 5 Sports. Perbezaan antara kedua-duanya terletak pada design yang berbeza, saiz & movementSeiko 5 mempunyai saiz jam yang kecil & menggunakan movement 7S26, manakala Seiko 5 Sports bersaiz lebih besar & menggunakan movement 7S36.

Untuk model yang dipaparkan ini, ia adalah bersaiz kecil, boleh dikatakan kecil sedikit berbanding Seiko 5  & menggunakan movement 7S26. Sama seperti adik-beradiknya yang mempunyai beberapa versi warna dial iaitu hitam, biru, hijau & khaki.... model ini juga mempunyai variasi begitu. Namun sangat sukar untuk ditemui NOS kini....


Perbezaan saiz di antara model SNZG07 & SNX431 sangat ketara. Saiz casing SNZG07 ialah 42mm, manakala SNX431 ialah 35mm. Selain tali nylon. ada juga model yang menggunakan bracelet. Warna tali nylon ini debekalkan seiring dengan warna dial. Saiz casing SNZG07 


 Berbeza dengan Seiko 5 Sports, kedudukan crown berada di posisi lebih kurang pukul 4 sama seperti Seiko 5. Casing model military adalah blasted finishing & dibuat dengan cukup kemas & berkualiti. Cermin mineral dipasang sedikit timbul dari rim bezel.... hmm... ada sesuatu tertera pada cermin....


 Sebenarnya model ini juga adalah Seiko 5. Namun logo nombor '5' itu dicetak di atas cermin. Mujur juga kerana logo '5' itu tidak diletakkan di atas dial... kerana aku sebenarnya tidak berapa minat dengan adanya logo itu pada dial kerana pada aku ia akan 'mencacat'kan rupa jam... Aku ingatkan aku sorang saja yang tak minat logo tu, rupanya ramai lagi kawan-kawan termasuklah otai jam tidak menyukainya..... ekekeke... Bukan tujuan aku nak merendahkan model Seiko 5, ini hanyalah minat & pendapat peribadi aku saja.... 



Gandingan SNX427 dengan SNK809 (model yang sedang berada di pasaran kini). Perbezaannya begitu nyata baik dari segi bentuk casing, paparan dial mahupun jarumnya. Logo '5' juga tertera padanya.


 Seperti biasa lumibrite Seiko tidak menghampakan..... terang & jelas di dalam gelap.


 Salah satu sebab mengapa aku beli jam ini adalah kerana casebacknya... Aku terpaksa maafkan diri aku untuk memiliki satu lagi movement 7S26 hanya kerana caseback ini sahaja. Mengapa? Caseback jam ini adalah tertutup sepenuhnya tanpa cermin yang menampakkan movement sepertimana model kebiasaan Seiko 5. Beberapa model Seiko versi ini yang aku jumpai mempunyai caseback see-through. Aku terlupa untuk mengambil gambar dengan satu lagi model Seiko military yang casebacknya bercermin yang aku jumpai di kedai yang sama. Aku bandingkan kedua-duanya sebelum beli dulu...

Disebabkan model ini sudah tiada & menurut tuan kedai ia adalah model collector, harganya juga agak tinggi. Tuan kedai juga tidak meletakkan jam ini dalam display bersama-sama jam-jam Seiko lain, namun meletakkannya dalam display khas jam-jam untuk collector. Menurutnya lagi, model ini adalah model lama, manakala yang bercermin itu pula adalah model baru. Setelah aku teliti casebacknya, model ini dikeluarkan pada tahun 2000 manakala yang bercermin itu dikeluarkan pada tahun 2006. Hasilnya jam lebih nipis berbanding yang bercermin & lebih selesa serta tidak mudah berpeluh & melekit sepertimana pemakaian jam yang bercermin itu.  Disebabkan jam ini adalah baru, aku tidak buka casebacknya & semua orang sudah maklum dengan rupa movement 7S26.


3 jam military berbeza zaman..... Citizen telah meninggalkan aku.. hanya tinggal Timex yang sedang menanti untuk dipinang... Masing-masing mempunyai kelainan walau kesemuanya askar....


 Pemakaian jam ditangan terasa selesa, ringan & saiznya yang tak berapa besar sesuai dengan saiz tangan aku. Sesuai untuk kerja lasak kerana tidak rasa gangguan di tangan dek kerana ringan & keselesaan itu bukan saja disumbangkan oleh tali nylon baru ini, namun turut disumbangkan oleh caseback yang fully covered yang tidak akan menyebabkan cepat berpeluh & melekit sepertimana caseback yang bercermin...

Jam ini sebenarnya untuk disimpan untuk anak aku suatu hari nanti... Aku harap beberapa jam yang aku simpan untuknya nanti dapat menjadi kenangan abadi untuknya... sama-sama kita lihat bagaimana rupa jam-jam tersebut suatu hari nanti.... Insyaallah jika umur panjang....

Leia Mais…

Sunday, February 13, 2011

Alba digital - masih tampan walau sudah 18 tahun...

Pernah tengok jam Alba digital? Jam ini merupakan suatu model lama stok baru yang aku jumpai di sebuah kedai jam lama. 


Aku pernah jumpa model ni hanya dalam eBay & kalau tak salah aku terjual lebih kurang RM300+. 


Jam yang tidak pernah aku jumpa secara live ini telah menarik minat aku untuk melihatnya dengan lebih dekat. Paparan digital bahagian atas LCD bak meter dengan gerakan yang berubah-ubah sangat menarik untuk diperhatikan.


Keadaan casing simetri di kedua-dua bahagian. Keadaannya tidak terjejas. Talinya sudah menjadi 'bergetah' mungkin akibat terlalu lama tidak digunakan. Saiz casing agak besar... rasanya 40mm.


Bahagian LCD atas bak meter itu mempunyai LCD berwarna oren untuk memberi kelainan & membezakan antara paparan masa dengannya....


... Ia menjadikan paparan masa sangat jelas. Penomboran jelas betul & aku perhatikan ianya sangat dekat dengan cermin. Berbeza dengan Casio yang boleh nampak bayang nombor di bahagian belakang LCD...  Namun tidak bagi Alba ini.


Ia mempunya beberapa fungsi yang sesuai untuk kegunaan bersukan iaitu TIMER, STOPWATCH, RECALL & ALARM.


Di sebelahnya itu ialah Casio F-10 dengan tahun produksi 1980... Casio dengan siri model F masih dikeluarkan sehingga kini.


Caseback kenis skru. Tertera nombor siri 301698. Aku rasa cara bacaan tahun pengeluaran sama saja seperti abangnya Seiko... Jadi tahun pengeluaran jam ini ialah pada Oktober 1993. 


Pemakaiannya kemas di tangan & sesuai dipakai untuk bersukan. Gandingan bersama meter moto cari rezeki aku.... 

Jam digital keluaran Alba adalah model yang sukar ditemui samada baru apatah lagi kalau model lamanya. Agak bertuah jika anda menemuinya. Alba merupakan nama yang digunakan untuk pasaran Asia. Untuk pasaran luar, namanya telah bertukar kepada Pulsar & Lorus. Untuk melihat rupa model Lorus.... layari Dabu  Dabi.

Leia Mais…