Sunday, April 12, 2009

Time Prosper Mrkt

Time Prosper Mrkt adalah kedai jam yang aku selalu kunjungi. Mereka mempunyai 4 cawangan & di Central Square, Sungai Petani merupakan kedai yang paling terkenal. Di sinilah aku selalu hantar jam kalau ada masalah. Mereka mempunyai technician yang amat friendly & berpengalaman. Di sinilah Sales Rep yang aku cerita dulu (very knowledgeable, friendly, otai) tu bekerja. Aku panggil dia Mamu. Selalu sangat pi kedai ni sampai boleh tau model apa yang baru masuk kedai tu.















Levi's Strauss & Co.


Alba


Doxa. Swiss made. Harga amat berpatutan.


Aku tak sangka Jeep pun keluarkan jam. Tak pernah aku jumpa lagi jam ni kat mana-mana kedai. Aku amat tertarik ciri-ciri yang ada kat jam ni... maka aku pun 'terbeli' seketul. Ekekeke... Aku orang pertama beli rupanya, pasal jam ni baru sangat masuk masa aku pi tu.


Mondaine... jenama yang jarang jual kat kedai jam.

Gambar-gambar di atas ini menunjukkan antara jam-jam yang dijual di kedai ini. Mamu dok 'racun' aku ambil Doxa tu. Setiap kali pi, mesti jam ni yang akan di promote kat aku. Hahaha...

Apa yang menarik mengenai kedai ni berbanding kedai lain ialah mereka juga menjual jam-jam vintage. Samada jam tangan ataupun jam poket. Ada juga beberapa jam 2nd hand yang dijual. Antara yang pernah dijual & dijual di sini ialah Omega Speedmaster, Rolex, Corum, Fortis, Brietling, Versace, Tag Heuer dan lain-lain lagi. Di bawah ni adalah antara jam-jam vintage yang ada (gambar latest aku ambil).





Untuk sesiapa yang berminat atau nak tahu maklumat lanjut, bolehlah berkunjung ke kedai ni di alamat:

Time Prosper Mrkt
Ground Floor, Central Square,
23, Jln Kampung Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah

Tel: 04-4206099

19 KOMEN ANDA:

Unknown said...

jam tissot dari kedai ini jam palsu atau ori?

duniajam said...

Kedai jam ni adalah authorized dealer bg jam Tissot. Kat display brand tu ada plate yg mengesahkan diorg adalah dealer Tissot yg sah

Unknown said...

Jam gshock model dw 5600 ada x..??

duniajam said...

Ada. Boleh pergi tengok kat kedai ni. Ada byk model sebenarnya utk DW5600

Unknown said...

Kalau jam jenama fossil ori mn leh dpt area sg.petani?kt kdai ni ada dak?

duniajam said...

Afifah Saidin...

Sy tak pasti pula ada ke tak Fossil kat kedai ni sebab dah lama sgt tak pergi kedai tu. Ada satu lg cawangan TIme Prosper kat Village Mall sebelah Tesco. Cuba tgk kat kedai jam Boston. Ada juga cawangan kat Sg Petani. Sy tak pasti Central Square ada ke tak, tapi kat Giant dgn Parkson Taman Sejati ada cawangan mereka.... tapi saya pun dah lama sgt tak ke sana juga. Mungkin masih ada kedai mereka kat situ....

Unknown said...

G Shock model Gx 56 1A ada x?

Unknown said...

Boleh trade in tak ?

Unknown said...

Boleh ka trade in jam kat situ ?

barirah said...

Sekarang ada lagi ke kedai jam ni?

duniajam said...

Habib Ceaser

Hampir semua range model g-shock ada di kedai ni

Terima kasih

duniajam said...

Shahanad Shamshul

Ya. Boleh. Technician berpengalaman. Otai. Beliau yg akan menilai jam yang kita nak trade in. Tapi tak semua jam yang diterima.

Terima kasih

duniajam said...

barirah

Saya dah lama betul tak ke kedai tu. Saya tak pasti masih ada ke tak. Tapi saya yakin masih ada sebab mereka kedai jam yang dah cukup lama bertapak.

Terima kasih

Unknown said...

Rado second ada jual juga ka?

my said...

dekat sini boleh print design dekat tali jam tak? atau customized design dekat jam yang kosong?

duniajam said...

Unknown said...
Rado second ada jual juga ka?

Jawapan: Saya tak pasti sebab jam terpakai sentiasa bertukar ganti di kedai jam ini. Mungkin boleh pergi tengok sendiri atau hubungi kedai jam ini untuk pertanyaan jam tersebut.

duniajam said...

my,

Saya rasa tak boleh

Unknown said...

jam casio ada waktu sembahyang ada tak

duniajam said...

Ada

Cari model CPA-100. Jam ni akan alert bila masuk waktu solat