Seperti yang aku cakap dalam ruangan chat dahulu, aku pergi menjalani pembedahan kecil membuang gigi geraham bongsu aku yang terimpak. Aku sengaja cerita apa yang aku alami ni walaupun tak berkaitan dengan jam tetapi sebagai panduan dalam penjagaan kesihatan mulut kita & untuk berkongsi pengalaman & sebagai panduan untuk mereka yang mungkin akan menjalani rawatan yang sama. Mungkin ada yang pernah menjalani rawatan ni, tahulah bagaimana ianya dijalankan. Namun terdapat beberapa gambar yang aku ambil sepanjang rawatan ni. Kalau ada yang takut darah atau tak sanggup tengok.... jangan tengoklah senang... tak pun buat-buat tak nampak. Ekekeke.... Aku saja ambil gambar buat kenangan. Hehehe... Doktor pun bagi kebenaran. Kena tanya doktor dulu sebelum ambil gambar, jangan ambil suka hati ja. Sebab ada yang tak bagi.
Jika kita mempunyai gigi terimpak yang bermasalah, antara simptomnya ialah:
- Bengkak (swelling) gusi pada bahagian belakang.
- Susah untuk membuka mulut.
- Sakit ketika buka dan bukaan mulut yang terhad.
- Sakit ketika menguyah & menggigit
- Mulut berbau - selalunya akibat bengkak yang bernanah
- Rasa kurang selesa di dalam mulut
Gigi geraham bongsu selalunya akan mula tumbuh apabila di antara umur 18 hingga 21 tahun. Bilangan gigi oarang dewasa kebiasaannya ialah 32 batang. Tetapi tidak semestinya semua orang mempunyai gigi geraham bongsu ini. Secara purata bilangan gigi dewasa adalah diantara 28 hingga 32 batang. Untuk aku, aku cuma ada sebatang saja gigi geraham bongsu. Jadi bilangan gigi aku hanya 29 batang. Walaupun hanya satu, ia cukup memeritkan aku. Memandangkan ruang mulut aku tidak besar, gigi ini sukar untuk tumbuh dengan keadaan biasa. Yang selalu memberi masalah ialah apabila gigi ini tumbuh ikut suka dia ja. Sebenarnya aku ingat gigi ni memang dah tak tumbuh sebab tak pernah sakit pun. Dalam 2 minggu lepas, gigi ni bagi masalah kat aku. Jika anda mempunyai gigi ini & tidak memberi apa-apa masalah kepada anda, tidak perlulah membuat rawatan ini sekiranya anda mampu menjaganya dengan baik.

Sebelum Pembedahan
Digalakkan makan kenyang-kenyang sebelum buat kerana selepas pembedahan anda tidak dapat makan dengan sempurna & kurang nikmat makan kerana sakit selepas pembedahan tu. Selama seminggu gigi ini buat aku sakit. Di sebabkan tak tahan sangat, aku pun buatlah appoinment dengan Doktor Gigi. Detik bersejarah ni berlaku pada 28 April 2009. Radiograf diambil untuk gambaran yang lebih jelas samada jenis Orthopantomogram (OPG) ataupun Periapical Radiograph (PA). Tapi aku ambil OPG sebab lebih jelas.


Semasa Pembedahan

Sebelum memulakan pembedahan, doktor akan menerangkan kaedah & cara dia akan buat. Risiko & kesan sebelum & selepas pembedahan juga diterangkan. 2 katrij local anaesthetic (LA) di beri secara Interdental block (ID block) & long buccal nerve block untuk memberi kesan kebas di seluruh mulut aku di sebelah kanan. Sekali cucuk dapat bertahan selama lebih kurang 2 jam.
Akan rasa sedikit kesan cucukan tersebut. Lepas kebas, tak rasa apa dah. Sekiranya sakit semasa proses pembedahan, anda jangan takut minta tambah ubat kebas kerana lain orang lain. Ada orang memerlukan lebih dari 2 katrij LA bergantung pada berat badan. Aku rasa kebas pada bibir kanan, separuh lidah kanan & kebas tu rasa seluruh pipi kanan. Bila senyum rasa macam senget.... Hehehe... Kena hati-hati bila menutup mulut kerana takut-takut terkunyah lidah sendiri sebab memang takkan rasa apa-apa.

Setelah 2 jam, gigi pun dapat dikeluarkan, aku ingatkan sekejap saja. Tapi disebabkan gigi yang terbenam dalam tulang, masa yang diambil menjadi lebih lama & ubat kebas terpaksa ditambah disebabkan aku mula rasa sakit semasa gigi cuba dikeluarkan.




Selepas Pembedahan
Selepas ubat kebas mulai hilang.... mulalah kesakitan bermula. Sakit sungguh kawasan yang dibuat pembedahan tu. Sakit ni melampau-lampau disebabkan tulang aku dibuang sedikit. Memang sakit sungguh. Telan ubat, terus tidur.

Hari kedua, kesakitan aku kurang sedikit tetapi bengkak semakin besar. Gambar atas tu sebenarnya diambil semasa hari kedua. Masuk hari ke-3, kesaitan semakin kurang & bengkak mulai beransur surut. Tetapi rasa tak selesa tetap ada. Aku juga rasa kebas-kebas (paraesthesia) pada kawasan cabutan tu. Trismus (bukaan mulut terhad/susah) juga masih ada.
Jahitan selalunya akan dibuang selepas seminggu pembedahan dibuat. Kena jumpa doktor semula untuk buang benang tu. Tak boleh pakai benang yang boleh larut tu sebab benang jenis tu mudah terbuka. Bila flap terbuka, makanan boleh masuk & proses penyembuhan akan jadi lebih lama. Ia hanya sesuai digunakan untuk luka/belahan yang dalam. Untuk kes seperti ini yang superficial, benang jenis 'black silk' digunakan.
Waktu aku buat artikel ni (hari ke-6), trismus & paraesthesia masih ada. Aku boleh makan makanan biasa tetapi perlu dikecilkan sebab bukaan mulut terhad. Kesakitan dah takda, cuma rasa tak selesa di kawasan tu. Hmm... Barulah aku tahu macam mana orang lain rasa. Pengalaman ni cukup bermakna buat aku & rasa beruntung sebab dapat rasa apa yang orang lain tak rasa... walaupun perit untuk ditempuhi. Hehe...