Casio Edifice merupakan ciptaan yang cukup inovatif & merupakan model yang boleh dikatakan baru diperkenalkan dalam tahun 2000an (aku tak pasti tahun pelancaran model pertamanya). Edifice merupakan model jam analog, mempunyai ciri-ciri yang sporty & casual. Namun ada juga Casio Edifice yang mempunyai analog digital. Ia juga dikenali sebagai ana-digi.
Penampilannya yang nampak lebih segak & casual berbanding model-model lain Casio merupakan bonus kepadanya kerana ia sesuai dalam pelbagai situasi. Model ini didatangkan dengan pelbagai bentuk, warna & fungsi mengikut kehendak & citarasa individu.
Ini merupakan model terbaru Casio Edifice EF535SP yang dilancarkan pada tahun ini. Macam pernah tengok ja dail macam ni kat mana-mana.... tapi di mana ya? Hehehe...
Iklan Casio Edifice
Casio Edifice: David Coulthard TVC
Iklan Edifice David Coulthard
Baru-baru ni aku beli Casio Edifice ni. Model EF524SP. Model ni merupakan salah satu model David Coulthard (duta mereka). Aku cukup suka model ni. Nampak cukup sporty. Sebenarnya aku beli jam ni untuk sahabat aku. Dia ni peminat jam juga. Tapi memandangkan di tempatnya jam ni dijual agak mahal, aku tolong belikan untuk dia. Sebelum jam ni sampai ke tangannya, aku serikanlah dulu dalam blog aku. Ekekeke...
Kotak covered dengan gambar David Coulthard disekelilingnya.
Model ini didatangkan dengan 3 pilihan warna dail.
Salah satu pilihan warna dail yang lain.
Perbezaan antara luminous Casio (kiri) & Seiko 5 (kanan).
Dari kiri Casio, Seiko 5 & Seiko Orange Monster.
Solid stainless steel bracelet.
Model ini didatangkan dengan 3 pilihan warna dail.
Salah satu pilihan warna dail yang lain.
Mempunyai stainless steel case yang berdiameter 41mm (tidak termasuk crown). Mempunyai fungsi chronograph. Dail carbon. Jarum saat terletak pada pukul 6. Mempunyai luminous marker (Neobrite luminous coating) pada jarum & dail. Pada aku, ia tidak seterang Seiko selepas beberapa eksperimen aku lakukan & ia memerlukan serapan cahaya yang terang serta lebih lama sedikit berbanding Seiko.
Perbezaan antara luminous Casio (kiri) & Seiko 5 (kanan).
Dari kiri Casio, Seiko 5 & Seiko Orange Monster.
Solid stainless steel bracelet.
Dail carbon itu memberi kesan 3D apabila dilihat. Cukup cantik, berinovatif & memberi imej yang cukup garang.
Dail stopwatch (minit & saat) dibuat berdasarkan pergerakan enjin kenderaan berkuasa tinggi (high performance engine). Aku nampak macam belting enjin yang bersambung antara pully. Mempunyai cermin tough mineral glass yang kalis calar. Ia juga adalah kalis air sehingga 100 meter.
Jam ini cukup selesa atas tangan. Nampak dalam gambar macam besar dengan tangan aku, tapi sebenarnya sesuai. Untuk peminat yang mempunyai saiz tangan yang tak berapa besar (macam aku), jangan takut untuk mencuba jam yang anda 'rasakan' besar. Cuba dulu. Bila letak atas tangan baru nampak keadaan yang sebenar.
Fungsi chronograph model ini agak berbeza dari model jam jenama lain. Kebiasaan model chronograph mempunyai 2 button, iaitu button A (atas) & button B (bawah). Button A adalah untuk start/stop, manakala button B adalah button split time/reset. Ini adalah kebiasaan pada mana-mana jam. Tetapi untuk model Casio Edifice, button A untuk start/stop & manakala button B pula hanya untuk reset. Tiada fungsi split time untuk model ini. Aku dah cuba fungsi ni dengan beberapa model Edifice lain. Semuanya sama saja. Video di bawah menunjukkan perbezaannya.
Untuk model ini harganya tidak sama antara kedai. Sebelum beli, pastikan dulu anda survey di banyak tempat mahupun di internet. Belilah di tempat yang boleh bagi deal yang terbaik. Ini bukan saja dapat mengurangkan duit anda keluar lebih banyak, malah dapat mengurangkan rasa sakit hati anda sekiranya anda terjumpa jam yang sama dijual lebih murah dari yang anda beli. Harga pasaran untuk model ini (EF524SP) ialah di antara RM650-780. Nampakkan perbezaannya? Jam yang sama, tapi harga cukup berlainan. Selamat mencari...
21 KOMEN ANDA:
salam.saya baru terjumpa blog ni.menarik. erm sbnrya saya baru beli jam..casio edifice WR 100M.. tp bl blk rmh, search dlm internet, tak jumpa pun model sebiji mcm model casio saya.mungkin model jam saya tu model lama. ada jgn terjumpa model yg sama tp ciri fizikalnya lain. saya dah mula panik sbb saya baru beli jam tu dgn harga RM327 setelah diskaun (bg saya agk mahal sbb saya seorang student :p) soalannya, mcm mana saya nak pastikan jam yg saya beli tu original ka tak..?? dan kalau tak original..apa patut saya buat??
Salam. Jawapan telah diemail kepada saudara.
Tq.
Halo,
Blog anda sangat menarik. Saya baru saja membeli Casio Edifice seri EF-524SP ini. Di Jakarta, harganya sekitar Rp 1.300.000. Paketnya berisi jam tangan, kotak edifice, hartu garansi Casio serta buku petunjuknya.
Sesuai yang anda sudah ulas, jam ini memang memiliki kesan sporty. Hal ini yang menyebabkan saya membelinya.
Water resistance 100M, carbon fiber dial, dan chronographnya menjadikan jam ini menarik.
Maju terus dan sukses untuk blog anda.
Salam.
Salam AJ,
Terima kasih atas kunjungan anda. Ya. Casio EF-524SP ni salah satu siri yang saya minat. Designnya menarik, sangat sporty & harganya juga sangat berpatutan. Sangat berbaloi untuk memilikinya.
Terima kasih atas sokongan anda AJ. Terima kasih kepada rakan-rakan di Indonesia atas kunjungan anda selama ini.
hello tuan,
macamne nak tau yg jam casio ni ori ke x?
Tuan Zack Muska,
Setakat ni sy belum berpengalaman tgk secara live model tiruan Edifice yg dikatakan sama dgn model ori.
Yg sy pernah tgk model Edifice tiruan yg mmg nampak sgt berkualiti rendah. Harga murah sgt. Register yg ada pun tak berfungsi. Hanya boneka semata2...
Tapi yg seakan ori tu, kwn sy pernah tgk. Kedai jam sendiri tunjuk kat dia. Mmg serupa.... kena hati2...
salam,
saya pakai jam casio edifice ef550. dan saya pernah tgk yg tiruan kat uptown..
harga mmg murah. semua jarum berfungsi tak kesah la kecik ke besar. cuma logo edifice je yg buruk..
better kalau nak beli buat research dulu dan beli di kedai jam yg bertauliah..
salam...
terima kasih atas info bro. Kena hati2 skrg beli Edifice. Mudah ditiru... tambah lak quartz. Seiko Velatura chrono quartz pun byk fake skrg ni
Salam.mcm mne sy nk thu jam casio EF524SP ori ke tak.
..
Salam tuan..saya ada beli edifice..tp search internet xda pon..xjumpa lngsung..mcm mna nk tau ori ke x?
Brother Roniey & Hafify Fahime....
Ada model tiruan yg mudah kita kenal dgn kekurangan yg ada padanya. Contohnya, subdial yg ada padanya itu tak berfungsi & jarumnya 'mati'.
Namun ada juga yg berfungsi. Ini susah skit nak bezakan. Nak terangkan beza antara ori & fake, susah gak nak terangkan... sbb sy sendiri tak study perbezaannya. Utk elakkan kita terbeli yg fake, adalah lebih baik kita beli dari kedai yg menjadi dealer Casio. InsyaAllah terjamin ori... tq
Boleh email kan kpd sy tak mcm mana nak detect casio edifice ori dan palsu?
Bro ewan yusof....
Sy tak pernah tgk Edifice palsu yg cantik buatannya... sebagaimana yg kwn sy pernah tgk. Katanya serupa betul cam ori. Sy tak pernah tgk, jadi sy tak tau camno nak jawab...
Tapi model palsu yg kurang kualitinya sy pernah tgk beberapa jamnya. Ada yg kantoi betul. Subdial semua takleh jalan. Jarum melekat terus kat dial... ada juga yg semua fungsinya ok... tp masih dpt tau yg ia palsu....
Salam Bro,
boleh share tak area mana yang boleh dapat edifice original ni yang harga boleh berkira murah sikit.
Bro kan selalu singgah2 tengok jam, mesti dapat agak kedai2 yang rasa agak murah.
terima kasih.
Salam Myn ♥ Zugha....
Kalau kedai jam sebelah utara boleh lah rekemen... lain2 negeri minta maaf byk... mmg tak tau melainkan satu kedai di Johor... kat Parit Raja...
kalau kat utara ni.... kedai di Penang Road, Penang... sy rekemen FAH SHING....
salam tuan. jika tahu dimana jual tali jam edifice redbull nie?tq
Awang Arshad
Salam tuan. Tuan boleh cuba dapatkan dari authorize dealer Casio. Namun kemungkinan mereka tak simpan stok. Tapi mungkin boleh order
Berapa harga Casio edifice 5165 stainless steel
Salam bro Sy nak tanya harga jam Casio edifice 5165 stainless steel
Salam,sy baru j beli jam Casio adefice masaalah nya jarum dlm bulatan kecil tu x berfunsi,Ada kah jam tangan sy ni copy,jam ni sy beli ngan kawan..blh x bg percerahan
Salam. Sepatutnya kalau model yang original jarum kecil tu bergerak. Tambah-tambah model yang ada banyak button. Bila tekan button, ia akan bertindak balas mengikut fungsi. Kalau tak bergerak, kemungkinan jarum/button itu rosak ataupun mungkin jam copy
Post a Comment