Sekali imbas model Seiko 5 Sport menyamai model Seiko 5 (biasa). Perbezaan tak begitu banyak antara kedua-duanya. Ia mempunyai enjin yang hampir sama dengan Seiko 5 biasa. Cuma ia mempunyai 23 jewels berbanding 21 jewels pada Seiko 5 biasa. Bentuknya nampak lebih sporty. Casing 41mm (tidak termasuk crown). Water resistant 100m. Kegunaannya lebih pelbagai & lebih lasak. Mungkin ini yang menyebabkannya dipanggil Sport.
Buckle clip bukan push & release.
Bracelet stainless steel jam ini bukan jenis solid. Terdapat juga model Seiko 5 Sport bracelet stainless steel solid & ada juga yang menggunakan tali nylon. Model Seiko 5 Sport Military adalah sebagai contoh. Model Military mungkin masih belum meluas pasarannya di Malaysia kerana tak banyak kedai yang menjual model ini. Tapi sebenarnya model ni dah lama keluar. Bentuknya yang ringkas, dengan dail khaki berserta tali nylon menampakkannya cukup menarik. Range harga untuk Seiko 5 Sport pelbagai model RM500-600.
0 KOMEN ANDA:
Post a Comment