Sunday, April 12, 2009

Apakah Tachymeter?

Aku pernah tanya beberapa kedai jam maksud & kegunaan tachymeter. Ada yang tak tau, ada juga yang buat-buat tahu & ada juga bagi jawapan yang aku sendiri tak yakin. Sebab ada yang bagi jawapan ia diguna untuk belayar. Wah!




Banyak jam-jam chronograph mempunyai tachymeter pada bezel luarnya. Contohnya pada gambar-gambar ini. Kebiasaannya tachymeter diguna untuk mengira kelajuan yang diambil untuk bergerak ke sesuatu jarak yang tetap; contohnya 1 km @ 1 batu (mile). Kalau nak kira kelajuan jarak yang lebih dekat pun boleh (contohnya 200m), tapi kena buat sedikit pengiraanlah.


Bagaimana nak guna?

Aku ambil Oris William F1 ni sebagai contoh. Konon-konon kita sekarang nak kira kelajuan kereta drag dalam jarak 1 km. Sebaik saja kereta bergerak, kita pun tekanlah button start jam tu...


Jarum belum dihentikan lagi


Jarum telah dihentikan. Jarum menunjukkan pada 170.

Apabila jarum dihentikan, jarum menunjukkan pada 170. Ini bermaksud, kereta itu telah bergerak selaju 170km'j dalam jarak 1 km. Kalaulah Beetle aku boleh capai kelajuan tu dalam jarak tu... Hahaha...

Andaikan pula kita nak kira larian dalam jarak 200m. Lepas tekan button stop... jarum menunjukkan 180. Takkan la orang lari selaju tu. Uih! Kita kena bahagi 5 .

Maksudnya,
1km = 1000m = 1000/5 = 200m

200m x 5 = 1000m (1/5)


180km'j/5 = 36km'j

Jadi, kelajuan lariannya ialah 36km'j. Senangkan?


Video ni menunjukkan cara pengiraan tachymeter

How To Use Tachymeter From Your Chronograph Wristwatch - The funniest videos are a click away

Diharap sedikit sebanyak anda faham dengan penerangan ringkas ini bagaimana nak guna tachymeter pada jam anda.

6 KOMEN ANDA:

Jamkoleksi said...

Tahniah Duniajam kerana explain apa itu tachymeter, sebenarnya ini sebahagian dalam bidang kerja saya, tapi tak terlintas nak buat satu tulisan yang boleh dikongsi bersama. Hyperlink http://en.wikipedia.org/wiki/Tacheometer . TQ.

duniajam said...

Terima kaceh. Sebenarnya dah lama saya cari cara-cara nak guna tachymeter tu. Sekurang-kurangnya peminat jam dapat sedikit ilmu. Tak la kena gebang dengan kedai jam cakap untuk belayar. Hehehe....

Mohd Nazri said...

dah lama betul saya nak tahu apa guna tachymeter nie....

dulu ada orang cakap kat saya nie guna sebagai kompas la ...belayar la...then kira laju la...tapi tak pernah tahu sangat nak guna cam ner...heheheh

satu soalan...tachymeter nie accurate kalau nak kira km/h jer ker

duniajam said...

Ya. Untuk kelajuan saja. Lain kegunaan tak pasti plak. MPH pun boleh.

cak-oi said...

Salam...

just nak tanya..
siapa nak beli TISSOT T-Touch
Titanium Bracelet

RM 600 nak letgo.


019-2927641
Putrajaya

duniajam said...

cak-oi

Sy cdgkan iklankan kat mudah.my & bg link supaya boleh tengok gambar jam tu. Senang untuk org menilainya. Hehe

Murah harga tu.