Sebenarnya, selain minat aku ke arah jam... aku juga seorang peminat kereta Volkswagen. Buat masa sekarang aku pakai model Beetle. Apa saja model VW ni memang aku suka, terutamanya model-model yang rare sekarang ni.
Ini merupakan konvoi pertama aku ikut dengan pandu kereta sendiri. Selama ni, aku langsung tak pernah ikut apa-apa konvoi VW ke mana-mana melainkan sekali ke Ipoh. Itu pun konvoi sekejap sangat sempena karnival apa ntah. Itu ja yang aku ikut.... hanya dengan jadi penumpang. Lepas tu, lain-lain konvoi aku tak pernah ikut. Geng abah kerap berkonvoi ke Kelantan-Terengganu. Hubungan depa dengan geng sana sangat akrab. Depa ni juga pernah konvoi pusing satu Semenanjung Malaysia. Adoi la.... Aku tak boleh ikut waktu tu. Waaaa..... Kali ni, aku rasa bersyukur & bertuah kerana buat julung-julung kalinya aku dapat ikut.... walaupun konvoi pi kenduri adik sendiri. Wakakaka....
Konvoi ni dibuat sempena perkahwinan adinda aku yang tersayang. Kenduri akan diadakan pada 4 April 2009 & akan mula bertolak ke sana 3 April 2009. Sebelum pergi, aku telah servis Beetle aku dulu. Condition tak la perfect, tapi boleh la nak jalan. Hehehe.... Sebanyak 6 Beetle yang akan pergi ke sana. Sebuah datang dari Perlis (Beetle biru) & beliau orang pertama sampai. Dia pun tak sangka yang dia orang pertama sampai, maklumlah orang paling jauh. Hehehe....

Yang kuning ni model paling cantik & paling tua dari yang lain. Model tahun 1967. Yang lain semuanya model 1969 ke atas. Condition memang perfect. Tuan Beetle ni ada 7 VW. Huh! 4 Beetle & 3 van (Combi & Transporter) & banyak lagi kereta lain.


Konvoi berhenti kat Baling untuk mengisi minyak. Hanya Beetle biru yang isi. Yang lain sudah isi penuh sebelum bertolak. Perjalanan diteruskan lagi menghala ke Gerik. Jalannya sungguh cantik. Kereta pun kurang. Masing-masing bawa ikut kelajuan biasa.





Kemudian konvoi berhenti rehat di Hentian Perah, hentian sebelah jalan Gerik-Kuala Rai. Berhenti rehat semata-mata. Tak makan pun sebab cadang nak makan kat Jeli, kedai makan tepi jalan betul-betul selepas turun dari bukit dari Tasik Banding.



Selepas cool balik, aku tengok cermin Beetle kuning abang laju semacam ja. Dia paling last tadi. Tiba-tiba laju nak potong semua orang. Rupa-rupanya dia bengang dengan Camry (full bodykit) yang dok cucuk angin dia. Maklumlah kereta buruk kat depan. Orang tu pakai kereta baru. Yang aku perasan la, ramai orang pandang rendah dengan orang lain bila di jalan raya... pandang sebelah mata ja. Tambah-tambah kalau orang tu jumpa kereta buruk cam aku ni. Rasa tercabar kot kalau kereta buruk nak/cuba potong depa ni. Aku selalu jumpa orang-orang camni, baik laki atau pompuan. Sama ja. Camry tu tak tau yang abang (Beetle kuning) tu ada Skyline, Harrier, BMW dan lain-lain kereta lagi. VW saja pun ada 7 buah. Supra pun dia pernah pakai. Camry sudah salah cucuk orang...
Camry tu seolah-olah tak mau kalah. Masa koner Camry tak boleh potong, masa laluan lurus boleh tapi kejar Beetle kuning tu tak dapat. Beetle kuning cari Super Beetle tak jumpa. Punya lah jauh tinggal yang lain. Kalau sesiapa yang pernah bawa Beetle akan tahu camno handling keta ni. Tak perlu tekan brek pun masa koner. Tekan minak lagi ada. Ish, susah nak terang kat sini. Kat indonesia, Beetle dibuat kereta racing, drag, drift & di oversea pun sama. Kereta memang stabil & tak buang. Inilah pertama kali aku bawa kereta laju camni masa koner. Kalau bawa kereta aku yang satu lagi tu, sorry la nak bawa laju camni. Kalau aku ikut geng Beetle ni konvoi guna kereta tu, konfirm aku kena tinggal. Serius!
Sambung cerita Camry balik. Masa ni, Camry dah berjaya potong Beetle kuning. Dia cuba tak tekan brek masa koner gak pasal tengok Beetle kuning langsung tak tekan brek... Camry tu hampir terbabas & melelong lepas tu. Kejadian Camry nak terbabas ni berlaku depan Beetle kuning tu. Lepas tu Camry langsung tak berani challenge Beetle tu, terus slow & Beetle terus tinggalkan Camry. Bukanlah nak berlumba @ nak tunjuk siapa hebat. Tapi jangan pandang rendah dengan orang & rasa diri hebat pula. Pasal aku pun dok kena cucuk gak dengan Persona. Hampeh! Agaknya dia tengok orang muda bawa & nak test. Dari segi power memang Beetle kalah. Tapi koner aku memang tinggalkan dia. Har har har. Yang sakit hati tu, masa jalan lurus tak potong plak. Bila dekat koner dia laju. Hmmm... Orang camni buang masa ja layan. Last-last aku sengaja slow, biar dia potong. Tapi Beetle biru kat belakang aku masa tu plak kejar & cucuk angin dia. Biar dia rasa lak apa camno rasa kalau orang buat kat dia plak. Eh.... Ini sudah emotional. Kembali kepada cerita... Abang (Beetle kuning) sampai dulu di kedai makan Rasa Utara tu. Camry bawa slow sambil tengok abang dengan muka tak puas hati. Hahaha... Susah nak jawab kalau orang tanya kenapa aku suka Beetle. Takda jawapan yang tepat untuk soalan ni.
Perjalanan kami sepanjang Tasik Banding langsung tidak berhenti. Kat hentian Titi Wangsa pun kami tak berhenti sebab dah bercadang nak makan nasi kat kedai makan Rasa Utara selepas turun bukit tu. Kami sampai sekitar pukul 1.10 tengah hari. Lenjan perut plak lepas lenjan Beetle. Harga makanan agak mahal skit kat kedai ni. Agaknya jauh kot bawa makanan dari utara ke pantai timur.

Perjalanan diteruskan lagi. Cuaca nampak macam ok ja. Trafik pun tak sibuk sangat. Tak sibuk pasal Kelantan cuti hari jumaat tu. Namun ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan turun di tengah hari....

...tapi belum hujan la. Mendung berarak lalu saja.... tapi tanda-tanda hujan akan turun bila-bila masa tu dah ada. Kami berhenti isi minyak di Petronas Bukit Bunga. Masing-masing buat perbandingan petrol sesama sendiri. Ternyata Beetle aku paling kuat...RM38. Abah lebih kurang RM28 & Beetle Biru RM32. Kedua-dua Beetle Kuning pulak hanya RM20! Jimatnya! Lepas isi minyak..... masalah pertama bermula.....






Kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui Besut. Laluan tepi laut. Hujan cuma gerimis ja. Kami berhenti minum di salah satu kedai di tepi laut ni. Ramai juga orang kat kedai tu. Mula-mula sampai di Terengganu dulu, aku agak terkejut bila tengok makanan yang di dalam tudung saji tu adalah ikan goreng, sotong goreng, udang goreng & apa saja makanan laut semuanya bergoreng. Ingatkan kueh, cucur ke apa bawah tudung tu. Semua kedai jual benda yang sama. Makan begitu ja. Cicah la dengan sos... sedap! Memang sedap pasal makanan laut adalah segar-segar (frest).

Konvoi diteruskan lagi. Tempat pertama nak tuju ialah depan Institut Perguruan di Batu Rakit sebab adik ipar aku akan datang jemput. Dia nak bawa kami ke rumahnya untuk makan. Makan? Wah!


Banyak juga gambar Beetle aku ambil di sini, lebih-lebih lagi yang kuning tu (gambar atas). Bukan abang punya, yang satu lagi tu. Sebenarnya tuan Beetle ni tak ikut. Banyak konvoi sebelum ni dia tak dapat ikut juga. Tapi dia nak sangat bagi Beetle dia ikut mana-mana konvoi, jadi dia suruh bawa Beetle dia & dia nak gambar Beetle dia kat sana sebagai bukti sampai di sana. Jadi, aku ambil sebanyak mungkin samada stand still ataupun tengah bergerak. Eheheheheh...
Lepas adik aku sampai & dia bawa kami semua ke rumahnya. Wah! Tak sangka banyak sungguh makanan. Sedap plak tu. Terima kasih banyak... Kami semua makan melainkan abang. Sebab dia terlalu kenyang makan makanan laut masa kami berhenti minum di tepi laut tadi. Punya la hangin dia. Wakakaka....
Kemudian kami di bawa ke rumah rehat. Tak jauh sangat dari rumah pengantin. Dekat dengan stadium baru & dekat dengan lapangan terbang. Rumah rehat ni terletak betul-betul di sebelah restoran Sri Aman. Rumah Rehat Hasram Sri Duyung. Selesa betul. Rumah ada 5 bilik termasuk 1 dorm yang ada 6 katil. Setiap bilik ada bilik air. Sewa RM500/hari.
Malam tu beberapa orang geng Beetle Terengganu datang, termasuklah bekas Presiden Kelab VW Terengganu, Tuan Haji Razali Mohd. Beliau merupakan sahabat lama abah. Hubungan akrab yang sudah lama terjalin dengan geng Terengganu menjadi makin rapat bila abah berbesan dengan orang sana. Hehehe... Malam tu juga kawan aku datang jumpa aku, (saudara Eris) walaupun cuaca tengah hujan. Dulu kami berkerja di satu tempat. Tapi dia dapat bertukar balik ke kampung halamannya di Kuala Terengganu. Kebetulan aku sampai di situ, dia datanglah jumpa walaupun sekejap. Pasal malam tu aku nak pi rumah sewa adik aku. Nak hantar barang-barang dia yang penuh dalam Beetle aku. Lepas balik ke rumah rehat, kami rehat dengan sesungguhnya. Perut pun dah kenyang, mata pun dah makin kuyu.... lepas tu.... Zzzzzzzz.....
Keesokkannya...(4 April 2009)



Keesokkan pagi... sarapan dah tersedia. Rupanya adik ipar aku hantar makanan awal pagi tu. Terima kasih dik... Program konvoi dari rumah ni dicadangkan dalam pukul 11.30 pagi selepas adik aku balik dari rumah mak andam. Selepas adik aku sampai, kami tunggu geng Terengganu sampai pula. Nak konvoi sama-sama. Sebelum tu mak & aku pasang riben pada setiap Beetle. Baru meriah skit. Nampaklah macam 'kereta kahwin'...


Rupa dah macam Porsche 911.
Konvoi pun mula apabila masing-masing dah bersedia. Pengantin naik dengan abah. Beetle dia yang paling sesuai bawa pengantin sebab kusyen sebelah pemandu telah dibuang. Abah memang sengaja buang kusyen tu. Jadi penumpang kena duduk kusyen belakang. Kusyen belakang pula dah tukar. Kalau tak salah aku dari Honda Jazz. Kusyen Jazz pun muat dalam Beetle. Hmmm... Tapi... gambar masa konvoi ke rumah pengantin & di rumah pengantin aku tak dapat ambil.... sebab.... Adoi la.... Isk.... Aku lupa cas bateri kamera malam tu. Ish ish ish... Takpa jurukamera profesional ada.
(gambar diambil jurukamera profesional)
Sebaik sampai di rumah kenduri, kami disambut dengan cukup meriah sekali. Kami pakat-pakat tekan hon kereta masing-masing kasi bising skit. Heheheh... Pengantin terus masuk ke dalam rumah. Terus menuju ke pelamin. Pengantin perempuan akan melayan saudara-saudara perempuan, manakala pengantin lelaki melayan saudara lelaki. Selepas itu, kami mulakan santapan di meja VIP. Tengok makanan cantik-cantik belaka. Sampai rasa sayang nak makan. Hehehehe...

Lebih kurang pukul 2.30 petang, kami nak beransur balik. Sebelum balik, aku bersalam-salaman dengan adik aku & suaminya. Dia dah mula sedih & menitiskan air mata, maklumlah lepas ni susah skit nak jumpa. Dia akan tinggal terus di Terengganu. Masa tu aku sedih juga... tapi control macho la... nanti adik aku lagi la sedih. Bila dah bertolak balik, barulah kesedihan aku keluar. Huhuhu....
Masa berkonvoi balik ke rumah rehat, aku berselisih dengan kawan aku (saudara Eris). Dia nak menuju ke kenduri adik aku juga. Aku berhenti jumpa dia sekejap. Tapi apa boleh buat, sekejap sangat jumpa. Sorry bro, kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Aku dah tertinggal dengan konvoi di depan. Aku kejar tapi tak jumpa. Aku tak ingat jalan sangat, main redah je. Ikut sign-board ja ke lapangan terbang. Tengok-tengok, konvoi baru saja nak masuk ke rumah rehat. Wah. Aku ikut jalan mana tadi? Macam lebih dekat ja.
Sebaik sampai, kami mula berkemas & rehat sementara tunggu Tuan Haji sampai. Dia tak dapat ikut konvoi, sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Selepas sampai, dia nak bawa kami pusing town. Dia bawa kami ke Pasar Payang.


Aunty: "Ini kereta manyak kacau la"
Kami: "Memang. Ini kereta memang suka kacau orang"
Perut aku rasa nak pecah ja dengar perbualan tu. Kesian ada, lawak pun ada. Hahaha... Mau dia tak marah. Kawan tengah happy kumpul kotak kat situ, tiba-tiba kena ubah. Kesian gak. Takpa lah aunty, jangan marah. Moga rezeki aunty bertambah-tambah hari tu.

Pasar 2 tingkat. Bahagian bawah jual makanan. Penuh dengan keropok. Jenuh pilih. Telur penyu pun ada. Mula-mula nak beli. Lepas dengar harga (RM10 untuk 3 bijik), terus tak jadi. Mahal rupanya. Tingkat atas pasar ni pula jual pakaian. Semestinya batik. Jenuh pilih.

Gambar sebelum mula bertolak semula. Lepas ni kami akan dibawa ke kedai jual keropok. Kedai yang paling sedap. Masa nak bertolak ke sana, kami bertembung dengan ratusan mat rempit kat jalan. Uuu mak ai! Terkejut beruk aku. Tak pernah jumpa mat rempit penuh jalan macam tu. Tapi lupa la plak nak ambil gambar. Dok jaga jalan ja, takot langgar diorang. Bukan boleh diorang ni, diorang langgar orang pun, orang lain yang salah. Budak-budak...
Alhamdulillah kami selamat sampai ke kedai keropok yang nak dituju tu. Orang memang ramai di kedai ni. Tuan Haji Razali pun recommend kedai ni. Yang peliknya sebelah kedai ni pun jual keropok juga. Tapi takda orang pi pun.

Lepas puas beli koropok, konvoi diteruskan lagi. Kali ni Tuan Haji Razali cuma nak bawa kami keluar dari bandar KT pula. Takut ada yang tersesat. Alhamdulillah, tak jumpa mat rempit lagi.



Kami teruskan perjalanan hingga ke Batu Rakit. Hujan lebat tapi tak lama. Kami berhenti isi minyak di Petronas Batu Rakit. Masalah kedua.... Beetle kuning ada masalah susah nak masuk gear.


Konvoi diteruskan lagi tapi aliran trafik agak sibuk. Kami pandu perlahan saja pasal masing-masing dah letih. Abang (Beetle kuning) jadi marshal. Tapi terpisah dengan dia apabila yang lain pun slow akibat ikut belakang Beetle kuning yang satu lagi pasal dia bawa agak slow. Kemudian Super Beetle pun tinggalkan yang lain menuju ke Petronas Bukit Bunga. Kami yang slow ni pandu perlahan & tiba di Petronas sebelum Bukit Bunga (nama apa ntah tempat tu).... berhenti akibat tak tahan nak buang air kecil. Heheheh.... Mula-mula tu nak isi petrol kat Petronas Bukit Bunga, tapi masa pun dah lewat & risau stesen minyak sana tutup, kami pun terus isi di sini.

Lepas tu kami teruskan perjalanan & jumpa geng yang terpisah tadi di Bukit Bunga. Kami cari kedai makan berdekatan yang masih buka untuk rehat & minum. Aku telan kopi... tak mau bagi mengantuk. Letih sungguh masa ni.
Masa naik bukit Tasik Banding, konvoi terbahagi kepada dua. Super Beetle, Beetle abang dengan Beetle biru depan. Aku, Beetle kuning & bapak aku di belakang. Aku tak berani laju, kalau jadi apa-apa... otai ada di belakang aku. Dalam liku-liku jalan tu, tiba-tiba aku tengok kenderaan di depan aku berhenti. Lama juga. Kereta di laluan bertentangan pula asyik bagi high beam ja, pastu dengar bunyi siren. Aku ingatkan orang tengah buat jalan. Rupa-rupanya.....

Cuak juga pasal takut gajah tu menghala ke arah kami. Aku risau gila takut enjin Beetle aku mati, pastu overflow plak. Worse case scenario! Aku terfikir gak nak lari masuk kereta bapak aku kat belakang kalau enjin aku mati time tu. Hahaha... Bapak aku tak tutup lampu pasal dia ingat orang cuma buat jalan kat depan tu. Aku cuma berdoa agar kami selamat. Maklumlah, ini pertama kali aku jumpa gajah liar camni. Lepas tu lori depan tu bergerak macam mengelak. Pastu barulah nampak gajah tu. Besar beb. Lagi besar dari lori tu. Tak sangka depan lori tu gajah rupanya. Ingatkan depan dia ada kenderaan lagi. Lepas Beetle kuning bergerak, aku pun bergerak dalam keadaan bergelap.

Bapak aku langsung tak perasan gajah tu hingga dia sendiri lalu sebelah gajah tu. Aku lalu betul-betul tepi gajah tu. Memang besar. Gading dia pun panjang. Seekor ja. Aku rasa dalam 2 meter ja jarak antara Beetle aku dengan gajah tu. Gajah cuma tengok Beetle aku.... terkejut kot tengok kumbang besar sangat lalu depan dia. 3 ekor lak tu. Hahaha... Aku cuba snap gambar tanpa flash. Gelap ja yang dapat. Sepatutnya gajah tu berada pada anak panah tu. Risau juga ambil guna flash. Takut gajah naik minyak. Nanti aku yang lepas, orang belakang pula tak lepas. Huhuhu... Aku bersyukur kami semua selamat.
Perjalanan diteruskan lagi hingga ke hentian rehat Titi Wangsa yang terletak di tengah-tengah puncak bukit tu. Banyak lori berhenti rehat. Tidur agaknya. Kami jumpa geng kami yang laju tadi kat depan. Depa rugi sebab tak jumpa gajah. Memang rezeki kami tadi. Keadaan di hentian pada mulanya cerah, tetepi menjadi gelap tiba-tiba apabila generator di situ ditutup.

Selepas beberapa minit berehat, kami teruskan perjalanan. Aku jadi orang ketiga ketika berkonvoi. Seperti biasa abang & beetle biru bergerak dulu. Aku ikut kemudian. Mula-mula laju. Maklumlah turun bukit. Selepas tengok member belakang tak jumpa (pasal tak nampak lampu), aku kembali perlahan. Bawa sekitar 50-60kmj saja. Pasal keadaan terlalu berkabus. Lepas nampak lampu, aku laju sikit. Tapi tengok lampunya lain macam skit. Bila dekat, barulah perasan, kenderaan besar rupanya. Ingatkan bas, rupanya lori. Memang laju betul lori tu. Lori ni sebenarnya dah potong konvoi kami dengan laju sebelum naik bukit tadi.
Walaupun aku bawa slow, tapi aku langsung tak nampak kelibat Beetle kat belakang. Aku maintain 50-60kmj ja. Nak laju aku tak berani sebab tak nampak jalan dengan jelas. Juga takut dengan kereta yang berselisih dari depan.. terutamanya bas. Tak sangka bas-bas kat sini memang laju. Nampak datang dengan laju & melulu. Aku takut depa 'termakan' jalan aku ja. Banyak kali juga 'seriap' darah. Huh! Agaknya driver bas tu dah terlalu biasa ikut jalan ni. Agaknya gajah pun dah jadi perkara biasa untuk depa ni. Kemudian ada satu lori dok bagi high beam kat aku banyak kali. Aku syak ada sesuatu di depan. Lepas beberapa minit, aku terjumpa sekumpulan gajah. Nampak ada anak lagi. Besar Beetle aku lak tu Pergh! Tapi tak sempat ambil gambar pasal gajah-gajah tu baru lepas lintas jalan & tengah panjat devider tepi tu. Tak sempat. Nampaknya rezeki aku lagi jumpa gajah ni. Alhamdulillah....





Moga lepas ni aku akan menjelajah lebih jauh dengan Beetle ni. Insyaallah kereta ni akan di'naik' taraf menjadi lebih baik lepas ni. Moga bertemu di episod konvoi akan datang.
Sekian....
----------------------------------------------------------------------------------------
maksud:
depa = mereka
5 KOMEN ANDA:
good report.. vw not dead..
Terima kasih... Lepas ni kalau ada lagi trip ke mana-mana aku akan cerita di sini... long live VW...
Salam sdr, thnia sbb kekalkan prkara klasik,
Sya nak tye ni sdr, saya sbnarnya dr Sabah, sya ada VW tp model sya ni yg takde atap . Atapnya yg gn knvas sj tu, jd blh tdk sdr tlng inform d mn sya nak cr atap tu, Hp sya : 013-8837217
Salam sdr, thnia sbb kekalkan prkara klasik,
Sya nak tye ni sdr, saya sbnarnya dr Sabah, sya ada VW tp model sya ni yg takde atap . Atapnya yg gn knvas sj tu, jd blh tdk sdr tlng inform d mn sya nak cr atap tu, Hp sya : 013-8837217
Salam tuan Samsuri
Sy tak pasti mana nak cari atapnya sebab sy tak pasti adakah wujud di sini model takda atap tu. Sebab setahu sy Beetle yg tiada atap itu dipotong sendiri atapnya oleh tuan sebelumnya. Itu yg sy tahu lah... mungkin juga sy silap....
Post a Comment