Thursday, April 30, 2009

Vintage Citizen Automatik (Ladies)

Jam ni sebenarnya jam baru tapi stok lama (new old stock). Masa tengah dok survey, ternampak jam ni. Selepas diteliti, bini aku berkenan & terus beli. Jam masih cantik & beroperasi dengan cukup cemerlang mengalahkan Seiko 5 bini aku dulu. Jom kita tengok apa yang istimewanya jam ni.

Kotak Citizen kecil tapi menarik. Tapi masa nak buka kotak tu, punyalah ketat. Punya lama kotak tu tersimpan di kedai tu. Hehehe...


Jam berbentuk segi-empat. Fully stainless steel case. Diameter casing 26mm. Terdapat lambang crown pada dail yang di dalamnya terdapat nombor '7'. Aku tak pasti apa maksud nombor tu. Kalau Seiko 5 aku tau lah. Mempunyai tarikh & hari. Crown terletak pada pukul 4.



Mempunyai luminous marker pada jarum & dail.


Stainless steel bracelet (tak solid) dengan clasp (jenis klip). Terdapat lambang Citizen pada clasp.


Case back jenis screw-in. Jam hanya water resist.


Jam automatik (self-winding). 21 jewels. Apa yang menarik mengenai jam ni ialah power reserve-nya tahan lama. Lebih lama berbanding Seiko 5 (ladies). Entah kenapa model Seiko 5 masa tengah pakai pun boleh berhenti walaupun enjinnya jenis self-winding. Kena 'kunci' baru tahan lama sikit. Tapi Citizen ni, pergerakannya cukup cemerlang & tahan lama. Bini aku cukup suka jam ni.

Cara adjust tarikhnya juga agak menarik & berlainan dari kebanyakan jam. Aku tak pasti apa istilah untuk jam ni quick set @ non-quick set @ memang takda kategori. Video di bawah ni dapat menunjukkan dengan lebih jelas.

video



Crown ditarik ke posisi pertama (gambar atas). Posisi ini untuk adjust masa & hari. Untuk adjust hari, crown perlu dipusing cukup pusingan 24 jam. Bermaksud, crown perlu dipusing banyak kalilah untuk pergi ke hari yang kita nak set tu. Untuk adjust tarikh pula, crown perlu ditarik sekali lagi seperti jam quick-set (seolah-olah ke posisi kedua). Tarikh akan bertukar ke berikutnya. Tarikan crown ini pula seperti spring. Crown akan kembali dengan sendirinya ke posisi pertama selepas dilepaskan. Perlu tarik crown tu lagi hingga ke tarikh yang kita nak tu. Tak pasti orang boleh faham ke tak ni. Hehehe....

Citizen merupakan rival terdekat Seiko. Terdapat banyak model Citizen yang hampir menyamai Seiko, baik dari segi teknologi mahupun bentuk. Tak pasti siapa influence siapa. Yang pastinya ini merupakan persaingan yang sihat. Orient tidak begitu berminat dalam persaingan ni. Tetapi yang aku perasan, di Malaysia ni, orang lebih pandang Seiko. Tak tau kenapa. Mungkin merasakan Seiko lebih hebat & lebih gah. Pada aku, Seiko & Citizen mahupun Orient merupakan jam yang cukup bagus. Masing-masing ada kelebihan & kelemahan yang tersendiri.

Leia Mais…

Wednesday, April 29, 2009

Jam Volkswagen

Aku cukup minat dengan beberapa jam VW yang aku jumpa di internet. Sebagai peminat VW, aku cukup minat dengan barangan & aksesori yang berkaitan dengan VW. Tapi memandangkan aku ni peminat jam juga.... aku memang nak sangat memiliki jam-jam ni. Untuk yang berminat, boleh cari jam-jam ni kat eBay.


Jam ni ada beberapa pilihan warna dail (hitam, merah, biru & kuning).



Aku suka jam ni. Nampak unik.







Dari semua jam-jam di atas, jam di bawah ni paling aku suka. Jam-jam ni merupakan jam dari Bavarian Crono yang menciptakan jam berdasarkan panel meter VW (Beetle, Transporter & Karmann Ghia). Siapalah yang nak pakai jam-jam camni? Aku rasa orang yang minat VW macam aku ni sanggup. Memang nak sangat sebenarnya. Jam dibuat mengikut tahun model VW dikeluarkan. Tengok saja koleksi yang mereka ada. Nampak betul-betul berkualiti. Rupa dailnya serupa dengan meter VW. Peminat VW pasti akan menggilai jam-jam ni untuk dijadikan koleksi. Aku rasa macam nak beli semua ja. Harga di antara Euro$123-249.


Beetle 1946.
Euro$155


Beetle 1949.Euro$124 & Euro$136


Beetle 1952.
Euro$159


Beetle 1960.
Euro$133


Beetle 1968.
Euro$129


Beetle 1971.
Euro$135


The Mexico Beetle.
Euro$132


Kharmann Ghia 1966.
Euro$249


Bus.
Euro$158

Untuk yang berminat nak beli, anda boleh layari web mereka untuk maklumat lanjut:
http://www.bavarian-crono-technology.de/index.php?cat_id=01

Leia Mais…

Tuesday, April 28, 2009

Rasa diri hebat

Lepas baca balik artikel konvoi yang aku buat tu, aku teringat dengan beberapa peristiwa yang berlaku kat aku berkaitan dengan tajuk artikel ni. Sebagai peminat jam, berkunjung ke kedai jam adalah suatu kebiasaan. Banyak kedai jam yang aku pi selalunya aku bukan saja perhatikan harga serta diskaun yang diberikan, tapi cara layanan seller tu sendiri. Aku bahagikan 2 jenis kedai. Satu kedai jam berjenama biasa (Casio, Citizen, Seiko, Orient dan lain-lain) yang harganya tidaklah dalam kategori mahal. Satu lagi kedai yang berketegori mewah.

Ada beberapa kedai jam biasa yang aku pi tu, seller macam tak berapa nak layan. Ada yang layan pun macam nak tak nak je. Mungkin cara pemakaian aku yang tak berapa smart ni buat dia malas nak layan. Mungkin dia hanya layan orang yang dia nampak macam berduit saja kot. Ada juga kedai yang seller langsung tak greet customer. Cakap apa pun tidak. Kot la nak promote jam-jam baru yang dia ada.... tak juga. Aku masuk.... pusing... lepas tu keluar terus... Itulah kali terakhir aku ke kedai tu. Ada juga seller yang tengok jenis jam yang customer pakai, bila dia nampak jam yang dipakai tu dia nampak mahal, barulah nak layan. Hmmm.... Teringat pula aku masa aku pi kedai jam ni. Kedai ni, owner dia sendiri yang jadi seller & technician. Beberapa kali aku p kedai ni sebelum ni. Tak beli jam pun. Sekadar tengok saja. Sekali je aku beli taji jam dari dia. Kali ni aku pi nak tanya pasal jam-jam lama (vintage) yang mungkin dia ada. Kebetulan masa aku pi tu owner tu tengah repair jam. Bila tanya, langsung dia tak pandang aku. Bila tanya, cakap 'tarak'! Tegas tul. Amboi, ingat kita ni 'lekeh' sangat ke? Langsung tak hormat customer. Kalau ye pun, stop la kejap kerja tu. Kalau tak mau bangun pun, tengok customer pun jadilah. Hmm... Sorry kawan, itu last aku pi kedai hang. Kejadian camni kerap jadi kat kedai jam di luar. Maksud aku kedai jam di luar pasar raya @ kompleks beli-belah. Selalunya owner sendiri yang jadi seller & technician... mungkin owner dia dah banyak duit sangat kot. Sampai tak peduli kat orang. Hmmm....

Situasi ni berlainan kalau pi kedai jam dalam kompleks beli-belah. Selalunya seller akan greet & layan kita dengan elok walaupun kita hanya sekadar melihat. Mungkin disebabkan kerja mereka ni makan gaji & komisyen menyebabkan mereka layan customer dengan baik. Dari maklumat yang aku dapat, seller kedai jam ni ada gaji pokok & komisyen. Komisyen akan dapat bergantung kepada penjualan jam. Satu jam, mereka akan dapat beberapa percent (%). Sebab tu kalau pi kedai jam ni, seller akan sedaya upaya 'racun' kita sampai beli.

Sama juga bila aku ke kedai jam mahal (luxury). Seller akan layan customer yang masuk dengan baik tanpa mengira siapa. Mungkin mereka dilatih & menganggap semua customer adalah potential buyer. Pantang tengok jam & tanya, mesti nak dikeluarkan & tunjuk kat kita. Tapi aku rasa 'segan' nak tengok pasal harganya pun buat aku 'segan' juga. Tengok jam idaman aku, Omega Speedmaster (1st watch on the moon), harganya pun cecah RM30k. Gulp! Tengok jam lain pun kebanyakannya bukan mampu milik. Tapi seller tetap layan dengan elok & sanggup keluarkan jam yang berharga ribuan ringgit tu untuk tatapan aku. Aku rasa mereka diajar yang semua customer adalah potential buyer & menganggap mungkin sekarang tak mampu beli, tapi suatu hari nanti mungkin customer ni akan mampu beli... & mungkin customer ini juga akan datang beli dari kedainya. Dia mungkin tak jual jam masa tu, tapi mungkin dia jual masa akan datang. Sikap macam ni perlu ada pada setiap seller.

Itu cerita pasal kedai jam. Ini cerita pasal customer pula. Masa aku pi kedai jam masa beli tali jam tu (kedai yang tak pandang aku langsung tu)... lepas pasang tali, datang satu keluarga ke kedai tu. Macam-macam la sembang dengan owner kedai tu pasal diorang pernah beli jam dari dia. Owner pun layan dengan elok. Si isteri asyik tunjuk jam yang dia pakai, nak ingatkan owner kedai tu yang dia beli jam dari situ. Aku relax saja. Si suami pula asyik tanya pasal jam solar. Tak habis-habis pasal solar. Aku dah tak berapa selesa kat situ pasal setiap kali bercakap tentang 'kehebatan' diorang pasal jam kat situ, si isteri asyik pandang aku. Bukan pandang nak mengorat. Hahaha.... Tapi pandang macam nak tengok reaksi aku masa dia cakap camtu... kot-kot aku nak bagi respon. Aku buat tak tau je. Dari gerak geri, intonasi suara seseorang pun kita boleh tahu apa niat & tujuan dia. Owner kedai tunjuk la Citizen Eco-Drive pasal si suami asyik tanya dari tadi. Owner tunjuk la jam tu yang berharga Rm1k. Terus si isteri dengan kuatnya cakap, "RM1k!? Jam ni RM700 pun dah jenuh nak beli. Hahaha..." (sambil tunjuk jam dia & pandang-pandang aku lagi). Hmm... Aku terus keluar dari kedai tu sebab meluat. Dia tak tau jam orang lain lebih mahal dari dia.

Bukanlah aku nak buka aib sesiapa, agama kita pun melarang kita membuka aib sesiapa. Tapi niat aku cerita ni sekadar nak berkongsi & menyedarkan kita termasuk aku sendiri dari kejadian ni. Mungkin ada yang pernah mengalami perkara yang sama macam aku. Ini cerita pasal jam, pasal benda lain pun aku ada cerita juga. Lepas kejadian tu, aku terfikir... Tidakkah orang-orang macam ni sedar rezeki yang dia dapat tu siapa yang bagi? Sekejap saja kalau Dia nak tarik balik. Untuk apa dia buat macam tu? Untuk buat orang lain rasa mereka hebat? Kalau rasa diri hebat, tidakkah mereka tahu yang ramai lagi orang di luar sana yang low profile yang lebih hebat berkali ganda dari mereka? Dan mungkin juga masa dia cakap camtu, orang dengar tu lebih hebat & bagus darinya? Yang aku perasan, zaman sekarang kita perlu jadi 'seseorang' untuk dilayan macam 'seseorang' (you have to be somebody to be treat as somebody). Bagaimana kalau orang-orang susah yang berpakaian compang camping datang? Siapa yang nak layan orang-orang camni? Silap-silap kena halau lagi ada la. Kita janganlah pandang orang sebelah mata sebab kita tak tahu asal usul orang tu & untuk apa kita rasa diri hebat? Agama juga melarangnya. Segala rezeki yang kita dapat & yang kita ada semuanya datang dari-Nya. Renung-renungkanlah...

Leia Mais…

Sunday, April 26, 2009

Kesan cahaya UV kepada luminous jam

Mungkin ada yang tertanya apakah kesan cahaya UV kepada lume jam. Tapi bukanlah cahaya UV dari matahari, tapi dari pen. Aku nak tunjukkan kesannya apabila cahaya ni di suluh kepada dail jam. Aku guna jam Seiko sebagai contoh. Seiko lagi...? Takdak jam lain ka? Hahaha... Sebenarnya aku suka guna Seiko sebagai contoh sebab luminous marker kat jarum & dail besar berbanding jam aku yang lain. Jadi, calon terbaik ialah Seiko juga. Ekekeke...


Pen ni aku dapat sebagai hadiah beli jam Jeep. Boleh tengok artikel Jeep Chronograph.


Tulisan Chrysler LL 2008 tertera pada pen ini.


Yang menarik mengenai pen ini, ia bukan sahaja sebagai pen, ia juga boleh dijadikan penunjuk. Mata penanya boleh ditukar kepada mata penunjuk berwarna putih.


Mata pen.


Mata penunjuk. Tak la rosak screen apa-apa gadget yang touch screen dengan dakwat pen.


Cahaya LED putih


Cahaya biru UV


video
Video ini menunjukkan kesan suluhan cahaya LED putih dengan UV selama lebih kurang 20 saat. Ternyata cahaya UV dapat memberikan kesan cahaya yang terang dalam jangka masa yang singkat. Aku tengok dalam eBay ada jual lampu ni. Rasanya lampu LED biru yang ada kat lighter pun boleh agaknya. Aku takda lighter jenis tu untuk percubaan.



video
Video ini pula menunjukkan kesan cahaya UV tu jikalau disuluh dail dengan dekat. Boleh tengok betapa terangnya lume selepas itu.

Leia Mais…

Saturday, April 25, 2009

Citizen Eco-Drive Perpetual Calendar BL8050-56E

Aku jumpa iklan ni di kedai jam di Padang Besar, Perlis. Tak sangka pula di Padang Besar ada kedai jam yang jual jenama mewah.


Citizen Eco-Drive Perpetual Calendar BL8050-56E ni telah menarik minat aku sejak pertama kali aku membeleknya di kedai. Waktu tu aku berkenan dengan Seiko Kinetic Perpetual Calender yang aku tengok sebelum ni di kedai jam lain. Aku tanya tuan kedai pasal Seiko tu, tapi dia tak jual model tu, tapi dia jual model ni. Pada mulanya aku tak mau tengok, tapi tuan kedai dah keluarkan, aku pun tengoklah jam ni. Belek punya belek, terus berkenan. Tak sangka selain ada fungsi perpetual calender, jam ni ada fungsi lain. Aku tak beli masa tu pasal nak tengok Seiko Kinetic Perpetual Calender dulu. Lepas aku buat perbandingan antara dua jam ni, Citizen lebih berbaloi... harga pun murah sikit dari Seiko tu. Kebetulan pula kedai yang aku tengok Citizen tu bagi deal yang best. Sejak tu, aku asyik teringat ja Citizen ni... berminggu-minggu lamanya. Tak tahan punya pasal, aku pi balik kedai yang aku tengok Citizen ni & beli terus. Hehehe...


Very well polished, fully stainless steel case. Diameter casing 39.5mm (tidak termasuk crown), 43.5mm (termasuk crown). Menggunakan cermin sapphire crystal yang kalis calar. Jam kalis air sehingga 100m. Walaupun begitu, aku tak berani nak guna jam ni untuk berenang melainkan jam yang memang dibuat khas untuk berenang/diving seperti Seiko Orange Monster. Bukan hanya jam ni, jam lain pun aku rasa perkara yang sama. Sebab takut tertekan button yang ada pada jam ni semasa berenang. Air boleh memasuki ke dalam jam melalui button yang ditekan. Ini pendapat aku saja la...


Mempunyai luminous marker pada jarum. Maaf, gambar agak blur. Lume berwarna biru. Berlainan sedikit berbanding kebiasaan jam yang berwarna hijau.

Perpetual Calender bermaksud tarikh & hari jam ni tidak perlu adjust pada setiap hujung bulan. Contohnya jikalau bulan Februari 28 hari, pada tengah malam 28 Februari tu, tarikh tidak akan bertukar ke 29, tapi akan terus menjadi 1 Mac. Menarik bukan? Tarikh jam ini akan tepat sehingga tahun 2100. Hmm... umur kita pun tak akan sampai tahun tu. Maksudnya di sini, jam ini akan sentiasa tepat tarikhnya sepanjang masa. Bateri pun tak perlu tukar. Satu bonus lagi. Hehehe...


L.Y tu sebenarnya Leap Year.


Dail retrograde 'hari', L.Y & penunjuk alarm (on/off) terletak diantara pukul 2 & 3. Tarikh pada pukul 4. Format masa 24 jam terletak pada pukul 10.


Jam ini mempunyai fungsi perpetual calender, alarm, local time (boleh guna fungsi ini sekiranya kita merantau ke negara lain). Seperti jam lain, jam ini mempunyai 2 posisi untuk menarik crown. Posisi pertama ialah untuk menukar fungsi. Perlu putar crown untuk memilih fungsi yang dikehendaki. Posisi kedua pula ialah untuk adjust masa, alarm & tarikh.


Jarum saat akan berada pada pukul 6 setelah crown ditarik pada posisi pertama.



Penunjuk 'bulan' (kalender) terdapat disekeliling dail. Jarum saat akan menunjukkan bulan yang tepat sekiranya fungsi kalender dipilih.


video
Video ini menunjukkan bagaimana pergerakan jarum setelah fungsi kalender dipilih.

Artikel ini dibuat pada 25 April.


video
Video ini pula menunjukkan pergerakan jarum apabila fungsi alarm dipilih. Jarum akan bergerak sehingga ke masa yang telah di-setting. Apabila fungsi masa dipilih semula, jarum akan kembali ke waktu asalnya.


Case back jenis screw in. Lambang Eco-Drive boleh dilihat padanya.


Solid stainless steel bracelet with brush finishing & polished finishing pada bahagian tepi. Kualiti bracelet cukup bagus & amat selesa pada pergelangan tangan.


Push & release clasp.


Jam tampak cukup cantik & elegant.


Cukup kemas & bergaya untuk ke pejabat. Kurang sesuai untuk aktiviti luar (outdoor).


Seperti yang dah diceritakan sebelum ini mengenai tahap power reserve jam-jam Eco-Drive yang berbeza-beza, model ini mempunyai power reserve selama 210 hari setelah ianya dicas penuh (fully charged). Ini bermaksud jam ini dapat bergerak sehingga 210 hari sekiranya jam berada dalam keadaan gelap setelah ianya fully charged.

Terdapat pelbagai jenis Citizen Eco-Drive di pasaran sekarang. Setiap satunya adalah unik dengan fungsi yang tersendiri. Model Perpetual Calender sahaja pun mempunyai pelbagai model & juga bentuk yang berbeza. Mungkin ada di antara siri Eco-Drive yang boleh menawan hati anda. Untuk model ini BL8050-56E, harganya di antara RM1600-1800. Seperti biasa, pastikan anda survey dahulu kedai yang boleh menawarkan harga yang terbaik.





Citizen Eco-Drive Perpetual Calendar

Leia Mais…

Fah Shing

Kedai jam Fah Shing merupakan kedai yang selalu aku pi. Kedai ni terletak di Penang Road, berhadapan dengan Balai Polis (selepas Maidin). Berdekatan dengan kedai jam ni juga terdapat kedai yang menjual jeruk & buah pala. Kedai-kedai jeruk ni cukup terkenal di serata Malaysia. Yang paling best, sederet dengan kedai jam ini juga terdapat kedai nasi kandar yang cukup terkenal iaitu, Nasi Kandar Line Clear. Kedai nasi kandar inilah selalu bapak bawa masa aku kecik-kecik dulu. Hehehe...

Balai Polis terletak di seberang jalan sebelah kiri. Jalan terus, akan jumpalah kedai-kedai jeruk & Nasik Kandar Line Clear. Akan terjumpa satu lagi kedai jam semasa berjalan ke arah sana. Kalau tak salah aku, terdapat 3 kedai jam di Penang Road.


Nak ke kedai jam Fah Shing senang saja... Masuk jalan Penang dari Hotel Cititel. Terus macam nak ke Komtar.


Kedai tu berada dekat hujung Penang Road. Nama kedai terpapar di atasnya.... Fah Shing


Itulah kedainya. Bersebelahan kedainya terdapat juga kedai jam. Jangan tersilap.


Dari tempat aku berdiri ambil gambar ni, terdapat kawasan parking kereta. Kena pusing sikit & masuk dari sebelah belakang Balai Polis. Kawasan parking ni bersebelahan dengan Balai Polis. Ada orang jaga kat parking ni.


Apa yang menarik dengan kedai ni, harga yang ditawarkan amat berpatutan. Tuan kedai juga amat mesra & layanan yang diberikan cukup memuaskan. Kalau pi masa hari minggu, kedai ni memang cukup ramai pelanggan. Selalunya aku akan tunggu tuannya melayan orang lain dulu. Tak mau ganggu, pasal memang pasti paling kurang sejam aku akan berada di kedainya. Hehehe.... Antara jenama yang dijual di kedai ini ialah Seiko, Orient, Citizen, Casio, Alba, Chronoforce, Roscani dan lain-lain lagi. Jam dinding pelbagai jenis & jam poket juga turut dijual di kedai ni. Aku cukup recommend kawan-kawan yang nak beli jam cari di kedai ni. Pasti anda akan datang lagi. Hehehe...

Kepada yang berminat bolehlah kunjungi kedai ni di alamat:
FAH SHING
469, Penang Road,
10000 Penang

Waktu urusniaga:
Isnin-Sabtu ---> 10.10am-7.00pm
Ahad ---> 10.10am-4.00pm

Leia Mais…