Tuesday, April 21, 2009

Jam Fesyen vs Watchmaker

Mungkin ada di antara kita keliru antara jenama fesyen dengan watchmaker. Kalau pi kedai jam, tengok kat display semua rasa sama ja. Macam-macam bentuk, design boleh kita tengok.



Antara jam berjenama fesyen ialah Elle, Esprit, Crocodile, Gucci, Guess, Alain Delon, Pierre Cardin, Levi's dan lain-lain lagi. Jenama-jenama ni mengeluarkan produk lain seperti pakaian, tali pinggang, wallet, perfume dan barangan lain. Jam merupakan antara produk yang dikeluarkan mereka untuk meluaskan pasaran dimana sasaran mereka ialah mereka-mereka yang mengikut @ meminati barangan mereka. Untuk melengkapkan aksesori yang ada serta memenuhi permintaan, mereka mengeluarkan jam sebagai produk pilihan. Design mereka juga lebih trendy mengikut trend semasa. Namun begitu, mereka bukanlah membuat jam mereka sendiri, tetapi mereka memberi lesen & mengupah syarikat lain untuk membuat jam mengikut fesyen, tema, design yang tidak lari & bersesuaian dengan jenama mereka. Walaupun mereka tidak membuat jam sendiri, tapi kualitinya boleh dikatakan memuaskan & ada yang setanding dengan jenama watchmaker. Ada diantaranya berharga setanding, malah lebih mahal dari jenama watchmaker, contohnya jenama mewah seperti Louise Vuitton & Versace. Harganya cukup mahal. Jenama ini cukup gah di persada dunia fesyen.



Watchmaker pula merupakan pembuat jam. Mereka menghasilkan jam mereka sendiri tanpa memerlukan bantuan dari syarikat/badan lain untuk menghasilkan jam berjenama mereka. Contohnya Seiko, Orient, Citizen, Titan, Oris, Omega, Mido, Rado, Audemars Piguet, Corum dan lain-lain lagi. Mereka mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan jam mereka. Ada diantaranya membuat enjin/movement mereka sendiri & ada pula diantaranya menggunakan enjin dari syarikat lain. Syarikat yang mengeluarkan enjin untuk jenama jam Swiss ialah ETA. Jenama mewah contohnya Greubel Forsey membuat movement mereka sendiri. Harga jam mereka cukup mahal, setanding dengan kualiti yang begitu dijaga rapi, design yang mengagumkan serta pengeluaran yang terhad setiap bulan.


ETA Movement
ETA merupakan sebuah syarikat gergasi Swiss yang mengeluarkan movement jam terbesar di dunia samada quartz @ mekanikal. Swatch Group merupakan pemilik yang menyumbang & memberi subsidi kepada syarikat ini. Banyak jenama Swiss menggunakan movement dari ETA contohnya Omega. Sekiranya Omega membuat movement mereka sendiri, harganya akan menjadi lebih mahal... yang memang sedia ada sudah mahal sekarang. Sebab tu, ada beberapa jenama memiliki fungsi movement & rupa bentuk dail yang serupa dengan jenama lain..... sebab movement datang dari syarikat yang sama.

Pada aku, aku lebih suka jam dari watchmaker. Sebab apa? Susah juga aku nak cerita. Soalan ni sama kalau orang tanya aku kenapa aku suka Beetle. Susah aku nak jawab pasal takda jawapan yang tepat untuk soalan tu. Bagi peminat jam, terpulang kepada anda jenama apa yang anda minat. Tidak salah beli jam dari jenama apa sekali pun sebab itu pilihan & minat anda. Buatlah pilihan yang bijak.

0 KOMEN ANDA: