Showing posts with label **Tahukah Anda?. Show all posts
Showing posts with label **Tahukah Anda?. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Tahukah anda? J-Springs?

Gambar pinjam


Pernah dengar nama J-Springs? Mungkin ramai yang tidak mengenali nama ini. Manakan tidak, jam ini tidak pernah dijumpai di sini. Mungkin tak masuk pasaran sini atau aku yang tak pernah jumpa... Haha...


Gambar pinjam

J-Springs bermaksud Japan Springs... Jenama ini merupakan produk keluaran Seiko Instruments Inc. Lebih kurang sama dengan Alba, Pulsar Lorus la... Mereka turut menggunakan movement yang sama dari Seiko. Dari segi harga, jenama ini dijual lebih murah dari Seiko sepertimana sub-brand yang lain. Dari segi kualitinya, tidak pasti kerana aku tidak pernah melihatnya secara live. Namun aku rasa sama standart dengan Alba. 

Mmereka mempunyai pelbagai variasi model dengan pelbagai design yang cukup menarik.. Mari sama-sama kita lihat antara model-model yang ada....


Gambar pinjam

Jam ini menggunakan movement automatik... Movement dari 7S.


Gambar pinjam


Gambar pinjam


J Springs BBH104 Mens Prestige Sports Orange Black Watch
Gambar pinjam

Model diver... Perhatikan tali getah yang berbentuk wave itu... DNA Seiko ada di situ...


Gambar pinjam

Model dress yang cukup menawan.


Gambar pinjam

Cukup sporty!


Gambar pinjam

Model kiri tu mengingatkan aku pada Seiko Ananta...


Gambar pinjam

Aku cukup tertarik jam sebelah kanan tu... boleh main dart beb!

Tidak banyak informasi yang aku dapat mengenai jenama ini. Jika ada yang berminat, aku hanya tahu boleh dapatkannya secara online sahaja. Boleh google nama JSPRINGS & akan keluar banyak web yang menjualnya....

Mereka juga turut mempunyai web rasmi yang boleh dilayari pada link di bawah ini.

Leia Mais…

Thursday, May 6, 2010

Penggunaan emas pada jam...

Dalam pembuatan jam, banyak bahan digunakan untuk menghasilkan ciptaan yang berkualiti & bermutu tinggi. Salah satunya ialah emas. Penggunaan emas adalah suatu bahan yang lazim digunakan tambah-tambah lagi jika ianya dari jenama terkenal & mewah. Penggunaan emas ini bukan saja cantik malah turut menaikkan lagi harganya.

Sebagai muslim, kita perlu mengikut lunas & hukum hakam yang telah ditetapkan oleh syarak. Janganlah terlalu obses & terlalu minat sampaikan membelakangi agama kita. Penggunaan emas sebagai plated, coating adalah suatu yang lazim. Yang menjadi masalahnya ialah jika emas itu emas tulen. Penggunaan emas tulen oleh muslimah tidak menjadi kesalahan.... yang salahnya jika muslim yang menggunakan emas tulen....

Penggunaan barang kemas hiasan daripada emas oleh lelaki.... hukumnya haram. Disebabkan ragu-ragu tentang penggunaan emas dalam jam tangan, aku telah mengemukakan persoalan ini kepada mereka yang arif termasuklah beberapa Pejabat Mufti negeri di Malaysia. Aku rasa wajib untuk aku sampaikan perkara ni setelah mendapat jawapan yang sahih.


----------------------------


Ini adalah email aku:

Assalamu'alaikum....

Saya seorang peminat jam tangan. Di sini saya ada sedikit kemushkilan mengenai bahan yang digunakan untuk jam tangan.

Pemakaian emas adalah haram bagi lelaki. Bagaimana pula jika jam tangan itu diperbuat keseluruhan dari emas? Contohnya jenama Rolex.

Ada pula jam yang hanya sebahagian saja diperbuat dari emas, contontohnya pada rim bahagian atas jam. Penggunaan emas jenis 14k. Bagaimana pula keadaan ini?

Akhir sekali... kawan saya mempunyai jam tangan Rolex untuk menyelam. Lepas beberapa lama beli, barulah dia tahu yang ada penggunaan emas dalam jam tu. Tapi untuk jam tu, emas putih hanya digunakan pada jarumnya saja & penunjuk bezel yang sedikit. Tujuan penggunaan emas ini ialah untuk mengelakkan bahan luminous (yang bercahaya waktu malam) akan menyebabkan jarum & penunjuk bezel tu mengalami 'kulat' dalam jangkamasa panjang. Disebabkan was-was, kawan saya dah tak berani lagi pakai jam tu.

Diharap tuan/puan/ustaz/ustazah dapat menyelesaikan belenggu saya ini. Terima kasih




Ini pula jawapan dari Pejabat Mufti Selangor:

Orang lelaki di haramkan memakai barang hiasan yang diperbuat daripada emas seluruh atau sebahagiannya termasuk jam tangan. Jikalau kita sudah beli jam yang kita tidak tahu komponennya diperbuat daripada emas, kemudian didapati jarumnya diperbuat daripada emas untuk lebih tahan adalah diharuskan.


------------------------------



Sekarang sudah jelas. Rasanya tak perlu lagi aku nak ulas lebih lanjut sebab aku bukanlah layak & arif nak meletakkan hukum terhadap sesuatu. Beli tapi tak pakai di tangan tak jadi masalah. Cuma kena fikirkan juga pasal zakat emas. Bukanlah niat aku nak menghampakan mereka yang mempunyai jam emas tulen. Niat aku cuma satu.... nak menyampaikan perkara yang benar & wajib untuk aku sampaikan perkara ini.

Leia Mais…

Thursday, February 25, 2010

Magnetik!!!!!! Jaga-jaga semua!!!!!!

Sebenarnya artikel lain yang aku nak posting.... tapi aku rasa patut bagi tau benda pasal benda ni dulu. Entah macam-mana cara tak sengaja kejadian ni buat aku terfikir.... yang selama ni tak pernah terfikir pun....

Apa yang akan aku sampaikan ini mungkin ada yang dah lama tahu... bagi yang tak tahu & baru tahu macam aku ni, aku rasa terpanggil untuk sampaikan kepada semua supaya dapat diambil langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan jam kesayangan kita. Segaja atau tak sengaja mungkin kita pernah buat.... & mungkin tak sedar sebenarnya kita mendedahkan gelombang magnet kepada jam kesayangan yang datangnya dari handphone! Jika dulu aku dah sampaikan gelombang magnet dari laptop, sekarang dari handphone pula...

Handphone mengeluarkan gelombang magnetik. Gelombang yang tak nampak ini sebenarnya bukan saja tidak bagus untuk jam, malah apa2 alat elektronik sekali pun. Dari segi kesihatan, ada kes gelombang magnetik boleh menyebabkan kanser. Namun aku tak sangka sebenarnya gelombang magnet handphone ni kuat apabila aku secara tak sengaja tersentuh handphone aku kepada klip kertas.


Jom kita buat eksperimen mudah. Bahan-bahan yang diperlukan.... benda yang kita dah ada & tak dapat lepas dari hidup kita.... handphone. Bahan kedua cuma klip kertas ataupun apa-apa besi seperti jarum...


Bahagian bawah handphone tidak akan memberi apa-apa kesan... tapi bila bahagian atas (belakang) handphone didekatkan dengan klip kertas, boleh tengok kesannya... Tu dia!.... klip kertas terlekat dengan jayanya di belakang handphone.


Magnetik yang dikeluarkan juga kuat. Cukup kuat untuk menarik 2 klip kertas secara serentak ataupun bersiri... Aku ingatkan handphone aku saja... ya lah, handphone murah... rupanya handphone lain pun memberikan kesan yang sama.


Tengok! Dua klip kertas pun mampu ditariknya. Punyalah kuat magnetiknya. Bayangkanlah jika handphone ini berada dekat dengan jam. Kadang-kala kita tak perasan, bila buat kerja kita buka jam & masukkan dalam poket. Dalam poket seluar yang sama ada juga handphone. Jadi? Fikir-fikirkanlah. Secara tak sedar kita telah mendedahkan gelombang magnetik kepada jam.



Video ini menceritakan semuanya...


Jika sebelum ni, letak atas TV, radio, laptop adalah jelas mengeluarkan gelombang magnetik... tak sangka handphone juga boleh memberikan kesan yang sama. Selama ni memang tahu handphone mengeluarkan gelombang magnetik, tapi tak sangka begitu kuat. Sejauh mana kesannya aku pun tak pasti. Tapi ambillah langkah sepatutnya.... Mungkin sebab tu jam-jam kita capat rosak, gelong, masa laju, masa lambat sangat... walaupun kita tak letak jam atas benda-benda yang disebutkan tu.... tapi secara tak sengaja handphone pula yang kita letak dekat jam....

Sekarang semua dah tahu.... letak handphone jauh-jauh....


Leia Mais…

Monday, December 21, 2009

Jangan tak pakai langsung jam mekanikal


Jam automatik dihasilkan untuk dipakai. Tidak seperti jam quartz yang dipacu tenaga bateri, jam automatik akan berhenti bergerak jika tidak digunakan. Jam automatik yang tidak digunakan dalam jangkamasa yang lama akan lebih mudah mengalami kerosakan berbanding dengan jam yang dipakai ataupun jam yang sentiasa dikunci.


Mengapa?


Jam automatik mempunyai banyak komponen yang kecil yang bergantung antara satu sama lain bagi menghasilkan pergerakan yang lancar & harmoni. Seperti kereta, komponen dalaman enjinnya memerlukan pelincir untuk melicinkan pergerakan & mengurangkan kehausan. Tanpa pelincir, komponen akan cepat rosak & boleh menyebabkannya 'jem'. Konsep ini adalah lebih kurang sama dengan enjin jam juga.

Komponen jam adalah sangat kecil & memerlukan pelincir khas untuknya. Jam yang tidak digunakan dalam jangkamasa lama akan menyebabkan minyak pelincirnya bergerak ke bahagian yang lain (migrate). Ini akan menyebabkan komponennya cepat haus & memberikan masa yang tidak tepat.


Bagaimana nak mengatasinya?
  • Sekali-sekala, pakailah jam-jam yang langsung tak pernah pakai tu.
  • Kalau tak pakai, ambil jam tu goncang-goncang ke, winding ke sampai jarumnya bergerak.
  • Kalau tak mahu juga pakai & buat yang lain-lain tu disebabkan degil (ketegaq), jalan terbaik ialah belilah winder jam. Letak jam kat winder tu, biarlah winder tu yang pakai & gerakkan jam tu.

Ini adalah contoh winder dalam pasaran. Ini adalah winder yang agak murah. Boleh beli dari eBay. Winder sampai RM100k pun ada gak kalau nak beli... Hehehe... Kat sini, saudara Detikduabelas pernah jumpa jenama Arbutus di KL. Harga dalam RM300+ kalau tak salah.


Apa yang dibuat ni sekurang-kurangnya dapat memanjangkan hayat jam kesayangan kita & mengurangkan kos dalam jangka masa panjang. Jam mekanikal bukanlah seperti jam quartz. Ia memerlukan penjagaan yang baik & kos untuk servis juga adalah lebih tinggi berbanding quartz.

Kesimpulannya biarlah jam automatik diservis akibat selalu dipakai daripada diservis akibat tidak dipakai.

Leia Mais…

Monday, October 12, 2009

US Submarine

US Submarine adalah satu jenama buatan Malaysia. Gambar atas adalah gambar hiasan. Sekarang boleh diperolehi model US Submarine yang berkualiti dengan design yang sangat menarik serta harganya juga berpatutan. Ada juga model yang dikeluarkan mempunyai fungsi chronograph. Movement yang digunakan pula adalah dari Jepun & ada di antaranya menggunakan movement Swiss. Kesemuanya adalah quartz. Namanya langsung tidak menunjukkan jam itu buatan Malaysia. Mungkin ada lagi jam buatan Malaysia, namun tak diketengahkan dalam media.

Info dari seller yang menjual US Submarine.

Leia Mais…

Tuesday, October 6, 2009

Jam Soviet

Pernah dengar nama Junkers, Moscow Classic, Sturmanskie, Buran, Nauticfish & Soyuz? Kepada yang belum tahu, semua tu adalah jenama dari Germany & Russia. Kepada yang tak pernah tengok rupa jam-jam ni, bolehlah layari website ni:



Ramai yang tak tahu kewujudan jenama-jenama ni. Kurang popular di Malaysia mungkin disebabkan tak banyak atau hampir tiada kedai jam yang berani bawa masuk jam-jam hebat ni. Tapi usah khuatir kerana kini sudah ada butik Red Army Watches di Malaysia. Satu-satunya terletak di Tropicana City Mall, Petaling Jaya. Setelah beberapa bulan beroperasi, kini cawangan kedua telah pun di buka di Pavilion, Kuala Lumpur.

Aku syorkan kepada sesiapa yang berpeluang ke sana untuk tidak lepaskan peluang ke butik mereka yang mempunyai pelbagai model & jenama dari negara Soviet ni. Jangan malu & segan untuk bertanyakan soalan kepada sales rep mereka yang cukup ramah & knowledgeable. Maklumat lanjut aku akan cerita di artikel akan datang mengenai butik pertama mereka di Tropicana City Mall.

Leia Mais…

Wednesday, September 23, 2009

The father of orange


Doxa adalah watchmaker pertama yang memperkenalkan dail yang berwarna oren. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1967 dengan model diver mereka sejak lebih dari 40 tahun yang lalu. Sebagai bapa kepada dail berwarna oren, mereka harus berbangga kerana ciptaan mereka ini telah menjadi ikutan sehingga kini oleh hampir semua watchmaker.


Doxa Sub 5000T Professional merupakan jam diver keluaran Swiss dengan movement automatik. Mempunyai kekuatan selaman sehingga 5000 kaki (1000m). Ia dibuat dari kepingan stainless steel, bukannya dengan kaedah casting. Bezel yang digunakan mereka juga unik & telah dipatenkan (US patent no. 350808). Sukar didapati & harganya juga tinggi.

Leia Mais…