Tuesday, March 31, 2009

Jam Tangan

Saiful menaiki kereta api Alor Setar ke KL. Penumpangnya agak sesak. Antara penumpang yangg ramai tu ada seorang tua yang duduk di sebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap Saiful berrtanya kepada orangg tua tersebut, "Pakcik, sekarang pukul berapa?"

Orang tua tersebut tidak menjawab. Saiful fikir, mungkin pakcik ni kurang pendengaran lalu dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun pakcik tu tetap berdiam diri tanpa sebarang kata. Saiful jadi agak geram mencuit pakcik tu & berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjwb pertanyaan saya. Salahkah saya bertanya?"

Pakcik menoleh sambil berkata, “Bukannya saya tak mau jawab, tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab tentang lain2 perkara pulak. Dan akhirnya kita akan bertambah mesra.”

Saiful termangu mendengar kata-kata pakcik itu. Terus dia bertanya lagi, "Apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Pakcik menyambung lagi, "Apabila kita bertambah mesra, nanti bila dah sampai ke stesen, nanti kita akan turun bersama2. Saya nantinya pasti akan memperkenalkan kamu kepada anak gadis dan isteri saya yang datang menjemput saya".

"Isteri saya orangnya baik sekali. Takut nanti dipelawanya kamu ke rumah. Nanti kamu akan mandi & berehat di rumah saya. Kami juga akan menjamu kamu di rumah saya. Setelah itu kamu jadi rapat dengan anak gadis saya & kamu akan jadi teman lelaki anak saya. Lama2 kamu akan menjadi menantu saya pulak," katanya lagi.

Saiful menjadi semakin bingung lalu dia terus bertanya, "Pakcik, apa hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama tadi? Saya cuma nak tahu sekarang ni pukul berapa ja?"

Sambil berdiri pakcik tersebut menjawab dengan lantang, "Masalahnya? Masalahnya AKU TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!"

Adddoooiii... jauh sungguh pemikiran pakcik ni. Sungguh futuristik!

5 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

Duniajam, mana dapat story ni.. rasanya source yang sama http://jamkoleksi.blogspot.com/2009/03/httpkucing-metalblogspotcom.html . TQ.

duniajam said...

Ya ka? Tak perasan lak. Cari dalam web. Banyak gak jumpa cerita ni. Cuma diolah semula. Hehehe...

xafee&polaris said...

salam bro...tumpang tya skit...macam mana kita nak tau G_SHOCK yang original dengan replika eh...?sbb kotak ngan manual mcm sama je..orang jual pn beratus2 gak...

duniajam said...

Aku tak le pandai sangat. Tapi yang aku tau, replika punya kurang fungsi. Rupa hampir sama, tapi fungsi kurang.

Button yg ada tu plak, tak semua boleh tekan. Kalau tekan takda kesan. Yg ori, semua button boleh tekan & beri efek.

Dari segi kualiti pun boleh nampak juga. REplika guna bahan tak berkualiti. Finishing pun kureng. Wallahu'alam...

xafee&polaris said...

tq bro...hehe