Friday, May 29, 2009

Penjagaan Jam Mekanikal

Patek Philippe automatik (self-winding)


Seperti yang diterangkan pada artikel lepas, terdapat dua jenis jam mekanikal iaitu automatik (self-winding) & kunci (manual winding). Untuk jam automatik, untuk menggerakkannya jam perlu digoncangkan sedikit sahaja. Janganlah pula goncang jam macam gempa bumi. Rosak jam tu nanti. Goncang sehingga rotor-nya berpusing sudah memadai. Ada juga jam automatik yang boleh dikunci. Untuk jam ini, berapa kali putar pun tak apa.

Ini adalah jam manual winding Lutolf Philip.
Rupa komponen movement-nya seperti komponen enjin kereta.


Movement jam kunci Audemars Piguet.


Untuk jam kunci, kena berhati-hati sedikit. Disebabkan pergerakan jam hanya bergantung kepada putaran crown, crown hanya diputar tidak lebih dari 10 kali. Ini maklumat dari otai jam. Kalau jam kunci tu ada indicator power reserve adalah lebih baik kerana sudah pasti crown tidak akan terputar lebih dari yang sepatutnya. Disebabkan aku terlebih rajin putar, aku telah berjaya menamatkan riwayat jam kunci aku. Adoi! Main spring di dalamnya sudah patah. Hmmm.. Aku dah hantar repair. Lupa pula nak pi tanya kedai dah siap ke belum.


PAUL PICOT Atelier Squelette.
Jam ni ada indicator power reserve.


Jam automatik & kunci mempunyai power reserve tertentu. Kebanyakannya di antara 24-40 jam bergantung kepada spec jam tu. Ada juga yang boleh sampai sehingga 8 hari contohnya model Panerai di bawah ni. Sekiranya jam tidak dipakai dalam waktu yang lama @ sudah habis power reserve-nya, jarum jam tidak akan bergerak. Kena kunci @ goncangkan sedikit jam untuk menggerakkan komponennya semula. Kalau anda tidak suka keadaan ni, jam mekanikal bukanlah untuk anda. Anda lebih sesuai dengan jam quartz.

Officine Panerai ferrari GMT 8days SE


Tidak seperti jam quartz, jam mekanikal memerlukan penjagaan & perlu di hantar servis. Pihak pengeluar jam mencadangkan jam mekanikal di hantar servis setiap 3-5 tahun. Apa yang dibuat kebiasaannya semasa servis ialah menukar minyak pada komponen yang bergerak @ jewels. Sekiranya jam yang anda pakai itu menunjukkan masa yang tidak tepat, contohnya terlebih laju @ lambat dari waktu yang sepatutnya, ianya perlu dihantar untuk kalibrasi semula. Jam yang sentiasa terkena air @ selalu guna untuk aktiviti air, ianya perlu juga dihantar untuk diperiksa seal & gasket padanya untuk memastikan ianya masih kalis air.


Video menunjukkan bagaimana jewel diminyakkan.

Walau jenis apa jam yang anda guna sekali pun, ianya bergantung kepada bagaimana cara anda menggunakannya & menjaganya. Ketahanan & riwayatnya bergantung kepada anda sendiri.

0 KOMEN ANDA: