Monday, May 18, 2009

Orient Automatik CETAC006B

Orient Watch Co. Ltd. merupakan sebuah syarikat jam Jepun yang sangat terkenal di seluruh dunia. Ia ditubuhkan pada Julai 1950 di Tokyo sebagai sebuah syarikat pembuat jam (watchmaker) di bawah nama Tama Instruments Co. Ltd.

Orient
menghasilkan movement mereka sendiri & tidak mengambil @ tiru dari mana-mana movement jam syarikat lain. Orient banyak mengeluarkan jam mekanikal berbanding quartz. Mereka telah mempolopori jam mekanikal lebih lama berbanding Seiko & Citizen. Ada salesman jam yang recommend Orient kalau nak beli jam automatik yang mungkin disebabkan mereka sudah vateren & lebih otai dari syarikat jam lain. Setelah 59 tahun, mereka merupakan sebuah pengeluar jam mekanikal terbesar di Jepun.

Berikut merupakan sejarah Orient Watch Co. Ltd. secara ringkas:
  • 1951 - Tama Instruments Co. Ltd. ditukar nama ke Orient Watch Co. Ltd.
  • 1960-70an - Rangkaian jualan & servis di luar negara telah berkembang ke lebih 70 negara di serata dunia.
  • 1997 - Movement automatik dengan penunjuk (indicator) power reserve dihasilkan
  • 2000 - Model automatik Power-reserve World Time, Millenium Edition dilancarkan

  • 2003 - Model 'Orient Star' (hand winding) solid silver telah dianugerahkan Gold Prize sebagai 'Watch Of The Year' di Jepun.

  • 2004 - Model terbaru slim automatik dengan movement yang cukup tepat (high accuracy), cal. 88700, dilancarkan di bawah label high-end collection, "Royal Orient".

  • 2005 - Koleksi 'Orient Star, Retro Future' dilancarkan dengan design yang inovatif & terkini.


----------------------------------------------------------------------------------------



Aku minat dengan jam bersegi empat & jam Orient ni telah menambat hati aku. Dalam banyak-banyak model ni, model CETAC006B yang paling menarik pada aku.


Jam didatangkan dengan kotak yang cukup cantik & menarik.



Stainless steel case dengan diameter 35mm (tidak termasuk crown). Water rerist 50M. Movement jam adalah jenis automatik (self winding) sahaja. Tidak ada fungsi 'kunci' untuk jam ini.


Warna dail 2 tona (tone) 'menaikkan' rupa jam ini. Terdapat dail kecil masa 24 jam & hari. Terdapat penunjuk tarikh pada pukul 6. Terdapat luminous marker hanya pada jarum jam & minit.


Stainless steel case-back.




Buckle jam cukup menarik. 'butterfly buckle'. Cukup senang nak dipakai & dibuka...


...tapi aku tak suka sebab 'butterfly buckle' tu 'menikam' tangan aku. Tak selesa semasa dipakai. Ini pada aku la, pasal kawan aku pakai jam yang guna 'butterfly buckle' ni tak ada masalah pun. Pendapat aku, tali jam yang guna 'butterfly buckle' akan lebih tahan lama berbanding tali buckle biasa sebab cara bukaan tali jam yang guna 'butterfly buckle' tidak akan 'traumakan' mana-mana bahagian tali. Macam pakai jam bracelet.

Di sebabkan rasa tak selesa tu, aku jarang sangat pakai jam ni. Jadi aku tukar tali jam ni kepada tali kulit yang guna buckle biasa. Aku cari tali yang lebih kurang sama dengan asal takda, jadi aku beli saja yang mana ada... hentam sajalah Labu...

Tali cukup berkualiti & tebal. Aku rasa mungkin tahan lama sikit kot.


Aku suka keunikan bentuk jam ni. Finishing polished yang cukup bagus pada bahagian tepi jam & brush finishing pada bahagian tengah jam membuatkan jam ni cukup cantik.



Keadaan jam dengan tali baru pada tangan. Tali agak keras.... biasalah tali baru...




Lambang Orient terdapat pada crown. Banyak kedai yang aku pi sebelum ni, rata-ratanya menjual Orient. Harga pasaran untuk jam ini sekitar RM580.

0 KOMEN ANDA: