Sunday, May 3, 2009

Pengalaman pembedahan gigi

Seperti yang aku cakap dalam ruangan chat dahulu, aku pergi menjalani pembedahan kecil membuang gigi geraham bongsu aku yang terimpak. Aku sengaja cerita apa yang aku alami ni walaupun tak berkaitan dengan jam tetapi sebagai panduan dalam penjagaan kesihatan mulut kita & untuk berkongsi pengalaman & sebagai panduan untuk mereka yang mungkin akan menjalani rawatan yang sama. Mungkin ada yang pernah menjalani rawatan ni, tahulah bagaimana ianya dijalankan. Namun terdapat beberapa gambar yang aku ambil sepanjang rawatan ni. Kalau ada yang takut darah atau tak sanggup tengok.... jangan tengoklah senang... tak pun buat-buat tak nampak. Ekekeke.... Aku saja ambil gambar buat kenangan. Hehehe... Doktor pun bagi kebenaran. Kena tanya doktor dulu sebelum ambil gambar, jangan ambil suka hati ja. Sebab ada yang tak bagi.


Jika kita mempunyai gigi terimpak yang bermasalah, antara simptomnya ialah:
  • Bengkak (swelling) gusi pada bahagian belakang.
  • Susah untuk membuka mulut.
  • Sakit ketika buka dan bukaan mulut yang terhad.
  • Sakit ketika menguyah & menggigit
  • Mulut berbau - selalunya akibat bengkak yang bernanah
  • Rasa kurang selesa di dalam mulut
Simptom-simptom ini mungkin akan di alami oleh sesiapa pun ketika gigi itu mula tumbuh, adakalanya sampai demam. Ada juga yang tidak mengalami simptom ini. Jika tidak mengalami simptom-simptom ini, anda tidak mempunyai masalah & tidak perlu menjalani rawatan ini.

Gigi geraham bongsu selalunya akan mula tumbuh apabila di antara umur 18 hingga 21 tahun. Bilangan gigi oarang dewasa kebiasaannya ialah 32 batang. Tetapi tidak semestinya semua orang mempunyai gigi geraham bongsu ini. Secara purata bilangan gigi dewasa adalah diantara 28 hingga 32 batang. Untuk aku, aku cuma ada sebatang saja gigi geraham bongsu. Jadi bilangan gigi aku hanya 29 batang. Walaupun hanya satu, ia cukup memeritkan aku. Memandangkan ruang mulut aku tidak besar, gigi ini sukar untuk tumbuh dengan keadaan biasa. Yang selalu memberi masalah ialah apabila gigi ini tumbuh ikut suka dia ja. Sebenarnya aku ingat gigi ni memang dah tak tumbuh sebab tak pernah sakit pun. Dalam 2 minggu lepas, gigi ni bagi masalah kat aku. Jika anda mempunyai gigi ini & tidak memberi apa-apa masalah kepada anda, tidak perlulah membuat rawatan ini sekiranya anda mampu menjaganya dengan baik.

Gambaran menunjukkan bagaimana gigi terimpak berlaku semasa pertumbuhannya.


Gigi geraham bongsu yang terimpak ini pula boleh terjadi pada rahang atas & bawah
(gambar di atas)



Gambar atas pula menunjukkan jenis-jenis keadaan gigi geraham yang terimpak (impacted). Disebabkan gigi yang tumbuh ini tidak dalam keadaan normal, gigi ini tak dapat dicabut dengan cara biasa, tetapi dengan membuat pembedahan kecil (minor oral surgery).



Sebelum Pembedahan

Digalakkan makan kenyang-kenyang sebelum buat kerana selepas pembedahan anda tidak dapat makan dengan sempurna & kurang nikmat makan kerana sakit selepas pembedahan tu. Selama seminggu gigi ini buat aku sakit. Di sebabkan tak tahan sangat, aku pun buatlah appoinment dengan Doktor Gigi. Detik bersejarah ni berlaku pada 28 April 2009. Radiograf diambil untuk gambaran yang lebih jelas samada jenis Orthopantomogram (OPG) ataupun Periapical Radiograph (PA). Tapi aku ambil OPG sebab lebih jelas.

OPG ni menunjukkan keadaan gigi di dalam mulut aku, Sekiranya terdapat apa-apa abnormality dalam mulut aku, OPG ni akan tunjuk. Anak panah tu menunjukkan gigi yang memberi masalah pada aku. Gigi tersebut terimpak secara vertikal.


Anak panah menunjukkan akar gigi tersebut berada dekat dengan saraf Inferior alveolar nerve/inferior dental nerve. Hmm... Risikonya ialah takut-takut saraf ini tercedera. Sekiranya tercedera, aku akan alami masalah kebas (paraesthesia) pada sebelah mulut aku. Inilah risiko yang perlu aku ambil. Tapi insyaallah takda masalah sebab doktor ni memang cekap. Hehehe...



Semasa Pembedahan

Keadaan gigi dalam mulut aku. Gigi aku cuma keluar sikit je. Nampak sikit korona gigi tu terkeluar. Makanan mudah terperangkap pada gigi terimpak. Kalau tak rajin buang/cungkil makanan yang terperangkap tu boleh menyebabkan gigi berlubang. Gigi yang berlubang boleh ditampal semula. Tetapi mencegah lebih baik dari merawat. Gigi yang ditampal tidak semestinya akan bertahan lama, karies boleh terbentuk dibawah tampalan sekiranya tampalan tidak dibuat dengan baik ataupun bahan tampalan tu sudah terlalu lama & microleakage akan berlaku. Microleakage ini akan membolehkan bakteria masuk & seterusnya menyebabkan karies (gigi berlubang).

Sebelum memulakan pembedahan, doktor akan menerangkan kaedah & cara dia akan buat. Risiko & kesan sebelum & selepas pembedahan juga diterangkan. 2 katrij local anaesthetic (LA) di beri secara Interdental block (ID block) & long buccal nerve block untuk memberi kesan kebas di seluruh mulut aku di sebelah kanan. Sekali cucuk dapat bertahan selama lebih kurang 2 jam.

Akan rasa sedikit kesan cucukan tersebut. Lepas kebas, tak rasa apa dah. Sekiranya sakit semasa proses pembedahan, anda jangan takut minta tambah ubat kebas kerana lain orang lain. Ada orang memerlukan lebih dari 2 katrij LA bergantung pada berat badan. Aku rasa kebas pada bibir kanan, separuh lidah kanan & kebas tu rasa seluruh pipi kanan. Bila senyum rasa macam senget.... Hehehe... Kena hati-hati bila menutup mulut kerana takut-takut terkunyah lidah sendiri sebab memang takkan rasa apa-apa.

Disebabkan gigi aku terbenam di bawah gusi, doktor perlu memotong gusi aku di kawasan tu untuk mendedahkan korona gigi. Flap tak dibuka terlalu besar, cukup untuk gigi itu keluar. Sebab kalau flap dibuka terlalu besar, waktu sembuh akan menjadi lebih lama & kita pula akan sakit berlebihan. Jadi unnessary flap opening perlu dielakkan. Tulang hanya dipotong jika perlu saja. Pada waktu ni (gambar atas), doktor tengah cuba menolak gigi keluar. Tapi disebabkan hanya sedikit korona aku terdedah & rupanya gigi aku masih terbenam sedikit di dalam tulang, tulang perlu dipotong sedikit.

Setelah 2 jam, gigi pun dapat dikeluarkan, aku ingatkan sekejap saja. Tapi disebabkan gigi yang terbenam dalam tulang, masa yang diambil menjadi lebih lama & ubat kebas terpaksa ditambah disebabkan aku mula rasa sakit semasa gigi cuba dikeluarkan.


Alhamdulillah... gigi dapat dikeluarkan. Flap hanya dibuka sedikit saja. Bagus betul doktor ni, cukup prihatin.


Itulah gigi aku. Hmm... Aku simpan... nak buat loket. Tak pun simpan dalam almari display. Hehehe....


Disebabkan tulang aku dipotong tadi, tulang tu menjadi kasar & tajam. Doktor akan smoothen tulang tersebut menggunakan 'bone file'. Kawasan cabutan dibersihkan dengan normal saline untuk membuang puing-puing, serpihan gigi & tulang yang terdapat di dalam soket gigi tersebut.


Lepas soket gigi aku bersih, doktor letakkan bahan yang merangsang pembekuan darah di dalam soket gigi tu. Jadi pendarahan berlebihan dapat dielakkan. Bahan tersebut akan larut sendiri & tak perlu dibuang. Flap ditutup & dijahit. Wah... Alhamdulillah, lega... Selesai juga akhirnya. Gauze, antibiotik, ubat kumur, ubat penahan sakit & ubat-ubat lain diberi... & MC dapat selama 3 hari.


Selepas Pembedahan

Selepas ubat kebas mulai hilang.... mulalah kesakitan bermula. Sakit sungguh kawasan yang dibuat pembedahan tu. Sakit ni melampau-lampau disebabkan tulang aku dibuang sedikit. Memang sakit sungguh. Telan ubat, terus tidur.

Kawasan tu mulai membengkak seperti gambar di atas, Sentuh pun sakit. Bukaan mulut aku terhad (trismus). Sakit cik oi... Kena makan makanan lembut saja. Bubur & sup adalah makanan harian aku. Air panas perlu dielakkan selepas pembedahan kerana ditakuti darah yang beku itu cair. Minuman sejuk memang boleh sangat. Tapi proses penelanan agak seksa sebab sakit semasa menelan.

Hari kedua, kesakitan aku kurang sedikit tetapi bengkak semakin besar. Gambar atas tu sebenarnya diambil semasa hari kedua. Masuk hari ke-3, kesaitan semakin kurang & bengkak mulai beransur surut. Tetapi rasa tak selesa tetap ada. Aku juga rasa kebas-kebas (paraesthesia) pada kawasan cabutan tu. Trismus (bukaan mulut terhad/susah) juga masih ada.

Jahitan selalunya akan dibuang selepas seminggu pembedahan dibuat. Kena jumpa doktor semula untuk buang benang tu. Tak boleh pakai benang yang boleh larut tu sebab benang jenis tu mudah terbuka. Bila flap terbuka, makanan boleh masuk & proses penyembuhan akan jadi lebih lama. Ia hanya sesuai digunakan untuk luka/belahan yang dalam. Untuk kes seperti ini yang superficial, benang jenis 'black silk' digunakan.

Waktu aku buat artikel ni (hari ke-6), trismus & paraesthesia masih ada. Aku boleh makan makanan biasa tetapi perlu dikecilkan sebab bukaan mulut terhad. Kesakitan dah takda, cuma rasa tak selesa di kawasan tu. Hmm... Barulah aku tahu macam mana orang lain rasa. Pengalaman ni cukup bermakna buat aku & rasa beruntung sebab dapat rasa apa yang orang lain tak rasa... walaupun perit untuk ditempuhi. Hehe...

84 KOMEN ANDA:

areen my blog said...

sy pulak ada impact gigi susu,gigi susu tu jauh ada dlm gusi sbb x ckup ruang nk keluar,jd kesanye mcm sy ni "ompong".br 3hr lepas bt xray tu pun sbb ade hati nk pasang braces.sbb gigi sy xteratur n d sebbkan mcm nmpk 'ompong' tu lah sy nk psg braces.doktor dh bt xray,alhasil nmpk ada impact gigi susu.dr ckp sblm pasang braces kna cabut 3 btg gigi.1geraham,2 gigi susu belah kanan atas bwh,n gigi yg impact tu buang,so kena buat pembedahan.2hr lepas dah cabut gigi geraham rasa sakit tak terungkapkan,dgn darah yg x berenti keluar,lg nk kena cabut 2bgt gigi susu,entah bila nk cabut pun x tahu,sakit ni pun x hilang lg,lepas tu br nk pasang braces,lepas tu pulak dr akan suruh bt pembedahan.alahai...rasa mcm x sanggup aku nk menahan sakit nk buat semua tu semata2 nk pasang braces....

duniajam said...

areen super mom...

Mmg itu yg terpaksa dihadapi untuk pasang braces. InsyaAllah lps ni cantik susunan gigi tu. Hehe.... Mujur gigi geraham bongsu sy cuma ada satu saja... Alhamdulillah...

xoniisa said...

Ya allah. Seramnya gambar!!!!!!!!!!!! gigi sya sakit sangat ni. Takut pulak nak g dentist

duniajam said...

Nessa....

Elok pergi check dulu dgn doltor gigi. Mungkin cuma masalah kecil atau gigi berlubang je. Kalau boleh diselamatkan lagi, tak perlu cabut gigi tu. hehe

Unknown said...

Sy pn baru lps bt minor surgery last week.. :-) dlm 30-40min bt operate ni..bius pn tahan 2jam jd tme operate mmg x rasa apa mata ja terkebil2 & telinga mndengar dktor tu ckp2 crita dgn nurse..npk dktor tu pgg pisau..benang..jarum n sgla mcm benda utk operate tu pn x risau sbb x rasa apa kn..hehe..gigi tu dah tcabut pn x rasa..lps slesai jahit pn xrasa..lps hlg bius tu bru ada rasa sikit sakit tp lg sakit semut gigit rasanya.. :-) yg sngsaranya seminggu tu asyik mkn bubur dgn mknan lmbut2 ja..mulut xblh buka luas.ckp n ketawa pn ssh.hehe..bkn sbb sakit tp risau klu2 benang tu ptus pla.:-) smpai rasa bosan mkn bubur ja perut asyik lpar ja mcm x knyang sbb xblh kunyah mknan.klu dr pnglaman sy mmg rasa sakit tu x..rasa x selesa ja tmpt tu.n sntiasa lpar.hehe..hri ni nk pgi jumpa dktor cek nk buka jahitan tu.. :-)

Unknown said...

Sy pn baru lps bt minor surgery last week.. :-) dlm 30-40min bt operate ni..bius pn tahan 2jam jd tme operate mmg x rasa apa mata ja terkebil2 & telinga mndengar dktor tu ckp2 crita dgn nurse..npk dktor tu pgg pisau..benang..jarum n sgla mcm benda utk operate tu pn x risau sbb x rasa apa kn..hehe..gigi tu dah tcabut pn x rasa..lps slesai jahit pn xrasa..lps hlg bius tu bru ada rasa sikit sakit tp lg sakit semut gigit rasanya.. :-) yg sngsaranya seminggu tu asyik mkn bubur dgn mknan lmbut2 ja..mulut xblh buka luas.ckp n ketawa pn ssh.hehe..bkn sbb sakit tp risau klu2 benang tu ptus pla.:-) smpai rasa bosan mkn bubur ja perut asyik lpar ja mcm x knyang sbb xblh kunyah mknan.klu dr pnglaman sy mmg rasa sakit tu x..rasa x selesa ja tmpt tu.n sntiasa lpar.hehe..hri ni nk pgi jumpa dktor cek nk buka jahitan tu.. :-)

duniajam said...

Bie Math

Satu pengalaman berharga sebenarnya... walau perit masa tu... tp bila ingat blk, benda tu suatu ujian utk kita & kita beruntung dpt pengalaman begitu berbanding org lain yg mungkin tak pernah merasainya....

Unknown said...

Saya baru hari kedua cabut gigi graham bongsu ni...rasanya pngalaman kita sama ja...masa operation tu xsakit...bila dah abis bius tu yang sakit...tambah lg saya ada ulcer kat gusi atas...lg la sakit..

Unknown said...

Sye bru masuk 3 hari cabut gigi grham ats bwh..ya Allah..skrang bngkak di pipi..brdnyut2 lg.

duniajam said...

Satu pengalaman berharga sebenarnya dpt melalui pembedahan ni. Mungkin ketika tu kita rasa perit.... tp itulah ujian utk kita lalui & berjaya mengatasinya...

Unknown said...

salam..sy nk tnye sesuatu..
sebenarnya sy bru lepas buat minor surgery ni dan sy perasan mulut saya kuat berbau smpi keluarga sy pon turut menegurnya..dakah saudara juga mengalami pengalaman yg sma?dan jika saudara mengalami pengalaman yg sma,ad ubat atau petua untk sy hilang kan bau ini?
ini membuat aktiviti harian sy amat trganggu dan sye mmg amat x selesa dgn pnglm ni..jika saudara dpt mnlong sy
pertolongan saudara itu amat sye hargai..

duniajam said...

saudara LuqmanulHakeem Abdul Nasir...

Mulut berbau tu mungkin disebabkan ada sisa makanan yg termasuk dlm soket gigi yg dicabut tu. Sy tak mengalami masalah tu sebab ada ubat yg dimasukkan dlm soket gigi. Ubat tu dpt kurangkan sakit & pada masa yg sama menghalang sisa makanan masuk

Nasihat sy, saudara cuba kumur dgn air garam ataupun ubat kumur. Lebihkan kumur di bahagian yg di bedah tu. Kalau tak berkesan, elok saudara pergi berjumpa doktor tersebut. Mungkin doktor boleh cuci & buang sisa makanan yg termasuk dlm soket gigi tu

Nadiaziz said...

Assalam..
Harini hari ke-5 saya cabut gigi geraham. Trismus & paraesthesia masih ada. Tetap rasa tak selesa. Pengalaman kita sama je. Dapat mc pun 3 hari. Hehehe. By the way, next week kena jumpa doc utk buka jahitan. Sakit tak masa dia buka jahitan tu? Or kita bole request ke untuk bius? Saya ada 8 jahitan nak kena buka :(

duniajam said...

Assalam Nadiaziz...

8 jahitan? Banyak tu! Masa buka jahitan tu ada kalanya sakit. Tapi biasanya tak sakit kalau jahitan dibuka dengan baik oleh doktor tu. Tapi kita boleh minta ubat bius kalau bimbang. Minta ubat bius jenis topical (sapu) pun boleh...

Rdimple said...

Assalam,

anak saya berumur 14thn juga ada masalah gigi kekal dlm gusi tumbuh horizontal gigi taring tak silap sy..dpt tahu pun sbb nak psg braces.doktor kata pun mgkn kena buang sikit tulang rahang.. seram saya mendengarnya..serba salah saya kalau tak buang takut ms hadapan penyakit lain pulak timbul.. kalau buat risau jugak saya keadaan lps pembedahan tu nanti.. anak saya buat di Hosp Selayang. apa pendapat adik?

Ruzana Ibs said...

Melihatkan gambar tu, menakutkan saya.
Baru ni rasa sakit di bahagian geraham bongsu atas. Ingatkan nak kena cabut buang. Alhamdulillah dentist kata bukan masalah gigi tapi masalah gusi.
Walau bagaimanapun, Dentist tu buang tampalan lama & buat semula. & dia cuci2 bahagian tu. Dentist suruh rajin2 floss.. kalau tidak, kena rajin jumpa dentist la. Kemudian dia suruh saya makan antibiotik tapi saya tak mau sebab selalunya saya akan cirit makan antibiotik.. so saya makan garlic complex je. Dentist tu kata boleh juga. Alhamdulillah tak sakit dah. Kena rajin floss, berkumur & makan garlic complex tu.

duniajam said...

Assalam Rdimple...

Saya rasa takda masalah nak buat rawatan buang tulang tu sedikit. Tujuan nak buang tulang tu untuk memberi ruang kepada gigi taring tu utk tumbuh utk pemakaian braces tu nanti.

Utk rawatan braces di hospital, biasanya akan dilakukan oleh doktor pakar. Jadi tak perlu bimbang kerana kebanyakan doktor pakar di Malaysia sangat bagus.

duniajam said...

Ruzana Ibs,

Alhamdulillah... Baguslah camtu kalau dah tak sakit. Rasanya anda alergik dengan antibiotik tu... mungkin boleh buat ujian lebih lanjut di hospital untuk mengetahui jenis antibiotik yg alergik itu...

Kadang-kala gigi bongsu tak dapat tumbuh sepenuhnya seperti gigi lain. Bila mana ianya mengganggu kita, maka terpaksalah ianya dibuang. Kebanyakan kes, gigi bongsu tak perlu pun dibuang walau ianya tak tumbuh sempurna. Kadang kala gusi yg ada di atasnya mengalami sedikit bengkak akibat jangkitan kuman. Jika dengan memakan ubat ianya masih bermasalah, gusi yang menutupinya perlu dibuang secara surgical.... tetapi tidaklah sampai perlu dicabut gigi itu...

Gigi bongsu kerap rosak bergantung kepada beberapa faktor. Selain tidak menjaganya dengan baik, ada kalanya posisi gigi itu sendiri menyukarkan pembersihan dilakukan & menyebabkannya rosak & berlubang. Kadang-kala cabutan adalah yg terbaik (jika bukan tampalan) utk gigi bongsu yg mana doktor gigi sendiri akan menilai apa yg terbaik untuk kita berdasarkan beberapa faktor lain...

wani said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam. Nk tnye. Hari keberapa bru trismus tu hilang? Sy dh hari ke4 tp mulut blh buka 1jari je. Risau lak

Unknown said...

slm..sy pun mengalami sakit yg sama cm artikel ni.smua sbb gigi bongsu tumbuh tapi dlm gusi.gusi bengkak,& mulut berbau sbb gusi da longgar sikit.tapi sy xjmpa doc ag.skang sy amk painkiller je untk tahan sakit & kumur ngan colgate plax herbal+salt untk elak infection n bau mulut.risau plak bila jumpa doc nt da kene xray tiba2 nak kene surgery cm duaniajam plak.adoyai..takut la.pas surgery brape lama proses pemulihan yg betul2? & duniajam buat surgery kt klinik mane & brape kos untk semua termasuk bius?.bleh share x? Sebab sy ade tnya gak 1 klinik ni klu buat minor surgery cmni,rm1700++

Unknown said...

Slm..sy pn sedang mengalami sakit gusi yg amt skang ni sbb gigi bongsu tumbuh dlm gusi.lbih kurang mcm duniajam ni la rupa gigi tu.sipi2 je kt celah gusi.xjmpa doc ag.skang sy amk painkiller je untk tahan sakit n ubat kumur untk elak infection n bau mulut.sbb gusi da bengkak.btw,duniajam buat surgery kt klinik mane? N bpe kos trmasuk bius smua?.sy ade tnye 1 klinik gigi berdekatan umh kt damansara ni klu minor surgery cmni kene rm1700++ .😣

Unknown said...

Bolej share dkt mne cabuy gigi & brape cost ? Cik takde masalah bleeding kan sbb ade letak bnd dlm
Gigi tu..

Unknown said...

Cik
Boleh share dkt mne cabut & brape cost ? Sbb cik
Kata ada letak bnd dlm gigi tu utk elak bleeding kan ?

duniajam said...

Salam anaismeiswani ....

Maaf lambat sgt balas. Sy dah tak aftif blogging...

Mmg normal jika ada kesakitan tu. Kemungkinan gigi sebelah tu tercedera masa doktor membuat pembedahan tu. Jika gigi tu sebelum ni kuat & sekarang ni goyang, boleh jd ianya mmg sudah tercedera. Jika gigi sudah bergoyang, kesakitan mmg akan timbul akibat trauma yg dialami.

Tetapi mungkin juga ianya sudah pun goyang sedikit sebelum pembedahan lg & sakit yg wujud tu mungkin kesan dr pembedahan tu..... wallahu'alam

Sy doakan anda sudah sembuh dr sakit tersebut....

duniajam said...

Salam Elly Nakhrowi,

Maaf kerana lambat balas.... Kesan trismus tak sama antara individu. Ada beberapa faktor yg menyumbang kepada kesan tersebut.... antaranya kecederaan semasa pembedahan, berapa byk tisu yg dipotong, berapa luas kawasan pembedahan itu & lain-lain....

Kesan tersebut adalah normal. InsyaAllah lama-kelamaan akan pulih seperti sedia kala...

duniajam said...

Salam Syazana Manaul....

Sy buat pembedahan ini di klinik pergigian kerajaan. Doktor yg buat adalah sgt berpengalaman. Alhamdulillah lepas seminggu, sy beransur pulih. Namun kesakitan sikit-sikit tu masih ada sebab ada sedikit bahagian tulang rahang sy dipotong untuk keluarkan gigi tersebut. Semakin byk & luas pembedahan itu, semakin lama lah masa pemulihan tersebut. Lbh kurang sebulan barulah sy rasa kesakitan hilang sepenuhnya....

Kos pembedahan di klinik swasta tak sama.... biasanya antara RM500-1000++... agak mahal juga jika dah lebih RM1700 tu.... mungkin anda boleh cuba kat klinik lain. Jika buat di klinik kerajaan, kos hanyalah RM50. Cuma mungkin terpaksa menunggu waktu appointment yg agak lama...

duniajam said...

Salam aina mardiah.....

Sy buat pembedahan ni di klinik kerajaan. Kos hanyalah RM50 saja. Kos di klinik swasta jauh lebih mahal namun tak perlu tunggu lama untuk buat pembedahan seperti mana di kebanyakan klinik kerajaan.

Bahan yg letak dlm soket gigi tu adalah sejenis antiseptik & ia juga mempunya kesan analgesik... yakni dpt mengurangkan kesakitan selepas cabutan. Biasanya akan digunakan selepas cabutan traumatik ataupun selepas pembedahan gigi. Bahan tu akan hilang dgn sendirinya.

Unknown said...

As salam. Saya baru lepas buat surgery ni tp bius penuh x sedar langsung. Admit hosp seminggu sbb sakit dan bengkak x surut2. Doktor kata gigi saya jenis susah nk di keluarkan. Surgery amek masa 3 jam. Tp selepas hari ke 8 ni mulut saya masih susah nak bukak. Hari2 buat senaman rahang mcm doktor suruh dengan perasaan dah bukak lebar dah tp hakikaktnye sikit je terbuka. Nk tanya masa saudara dulu berapa lama ambil masa tuk buka mulut normal balik ye.

duniajam said...

As salam Cinta Sakura,

Masa sy dulu, seingat sy dalam 2 minggu baru mulut boleh buka besar. Kemungkinan besar yg berlaku pada saudari, surgeri tersebut agak besar & byk bahagian gusi & tulang terpaksa dipotong/buang untuk membolehkan gigi dikeluarkan. Kebiasaannya kes yg sukar atau ada masalah yg sukar dibuat dalam bilik rawatan biasa akan dibuat di bilik pembedahan. Bila masuk ke bilik pembedahan, memang generalized anaesthesia (bius penuh) akan dibuat.

Jika kes yg berat sedemikian, memang proses penyembuhan adalah lebih lama disebabkan perkara yg sy nyatakan tadi. Harap saudari bersabar ye. Jika masalah berlarutan lebih kurang sebulan, dinasihatkan saudari berjumpa semula doktor yg membuat rawatan pada saudari untuk pemeriksaan lanjut. Semoga saudari cepat sembuh.... aminnn....

Unknown said...

Assalam, kes sy lbh kurang sama awak buat dekat hospital ampang jumaat lpas..fully bius xsedar buat operation 2jam lebih buang 4 bj gigi bongsu...mslh sy pulak lpas bukak jahitan gusi xberhenti berdenyut sampai ke kepala..utk kurangkan sakit sy hanya minum air shj sebb takot sisa makanan tertinggl dekat dlm lubang gigi yg masih terbuka.qema

Unknown said...

Ohh god..seramnyaaa..sya kene buang 4 gigi bongsu hari khamis ni..under GA (general anaesthesia..pray 4 me.

Unknown said...

Klu 1 dh siksa mcm tu...sy pulak nk kne buang 4 hari khamis ni...pray 4 me

usna said...

Salam Encik.. harapnya masih tengok2 blog utk bls komen. Saya dah hari ke 5 buat minor surgery buang geraham bongsu (belah, gusi, potong tulang skit, jahit gusi). Kat hosp kerajaan jgk. Hari ke 3 saya tgk jahitan mcm terbuka. Macam. Kotla saya salah tafsir. Tapi darah hari2 ada banyak dah tertelan, cuma skrg dah sikit. Naik mual asyik telan darah. Saya biar je tak usik apa. Cuma benang hitam tu mcm diselaputi putih putih. Rasa sakit takde cuma bila kumur ubat warna pink tu dia pedih pedih skitje. Normal ke? Itu nanah atau apa. Lagi, hari ke berapa Encik mula gosok gigi balik? terima kasih...

kak piah said...

Saya buat,skrg hri ke 11..still bengkak n sakit lg.mulut xblh buka..knp ye

Unknown said...

Salam, nak tanya, gigi bongsu saya ni dah setahun lebih tp tak keluar keluar. And bulan lepas rahang saya bengkak sbb gigi tu. Permukaannya baru muncul separuh. Agak agak kena cabut juga ke ? Sbb pergi dentist few months ago, dia kata tumbuh sakit mcm ni normal even dh 1 year 😢😅

Unknown said...

Salam, nak tanya, gigi bongsu saya ni dah setahun lebih tp tak keluar keluar. And bulan lepas rahang saya bengkak sbb gigi tu. Permukaannya baru muncul separuh. Agak agak kena cabut juga ke ? Sbb pergi dentist few months ago, dia kata tumbuh sakit mcm ni normal even dh 1 year 😢😅

Aida Farisha Hasnan said...

Assalam . Sy pun bedah tak sedar n masuk bilik bedah . Sebab ada tulang bawah gigi yang perlu dicabut untuk pakai braces . Dan tulang tu betul2 atas laluan saraf . Tp sekarang dah 2 minggu lepas pembedahan, mulut bahagian bedah still kebas lagi .

Unknown said...

Erm...sakit yg sama...kedudukan yg sama...jmpa doc swasta td dia suggest buat kt klinik krajaan sbb kos swasta 900keats...huuu..sakit wuuuu

Unknown said...

Assalam cinta sakura...awk buat kt swasta atau kerajaan yer yg bius penuh tu??

Unknown said...

Assalam cinta sakura...awk buat kt swasta atau kerajaan yer yg bius penuh tu??

Unknown said...

Saya alami mcm awak. Baru lepas jmpa doktor. Doktor ckp kli kedua skit lagi terus buat pembedahan. Tkut laa nak buat pembedahan blom buat lagi pon dh sakit belum lagi bila dh buat. YA Allah ���� hmm buat kt hospital mana? Saya Ade 4 Gigi yg kene buang doktor kata ������

Unknown said...

Saya pon akan buat pembedahan mcm tu . Seram pulak rasanyaa 😭 saya tknk buat. Blom buat lagi pon dh ckup trsiksa ape lagi kalau dh buat hmmm. Saya kena buang 4gigi pulak tu hmm. Nk tnya awk pergi hospital mana?

Duniajam said...

Sya nk bertanya.. kalau nk cabut semua gigi.. sb gigi saya rosak.. ada x klinik2 yg blh disyorkan?

Anonymous said...

Bukak jahitan tu sakit ke tak.?

Anonymous said...

Bukak jahitan tu sakit ke tak.?

Unknown said...

Sy xtahu nak kata ape. Gusi sy tgh bengkak sekarang ni. DR. Tu xcabut smua. Masih ade yg tnggal. Katanya tnggu sbulan dua baru gigi tu timbul dan boleh cabut. Napr x alang2 je cabut. Nak juga bagi tinggal serpihan.

Unknown said...

Sy bru buat..tp malangnya selepas 3 jam setengah buat pembedahan kecil...gigi bungso sy tetap susah mahu d keluarkan menyebabkan doktor terpaksa berhentikan pembedahan...potong crown sikit kemudian jahit gusi...tak dpt teruskan sbb kepala sy ketika itu mula pening..darah bnyk sgt keluar....

Unknown said...

ngeri plak nak cabut. tapi macam perlu sebab kedudukan gigi tak cantik..ihihi
https://www.tonikmerah.com/

Unknown said...

Hi

HannyHasril said...

Salam
Ada tak kes jahitan tak bercantum. Cam terngaga je jahitan. Cuak lak pulak

Unknown said...

Samala. Tpi gg sya horizontal. Rasa nak mati sebab sakit tu tetap rasa walaupun d bius. Huhuhuhu. Makan susa. Telan susah. Huhuhuhu

Unknown said...

Saya pun baru saja nak buat pembedahan..baru selesai ambik apointment..rsa resah plak bla dgr semua ni..takut sesangat.. :'(

Unknown said...

Bius 1 bdn kn , ada rse skit tekak x , mcm kne tonsel

Unknown said...

Bius 1 bdn kn , ada rse skit tekak x , mcm kne tonsel

Unknown said...

Salam, cinta sakura. Saya nak tanya, sepnjang tempoh 8 hari mulut x boleh dibuka. Macamne cara awak makan n pe jenis diet yang doktor cadangkan untuk dimakan, sepanjang proses penyembuhan. Berapa lama masa untuk awak betul2 sembuh? Sebab saya pon bakal alami perkara yang sama macam awak alami tak lama lg. Saya bakal cabut 6 batang gigi serentak & bius xsedar

Unknown said...

Salam, cinta sakura. Saya nak tanya, sepnjang tempoh 8 hari mulut x boleh dibuka. Macamne cara awak makan n pe jenis diet yang doktor cadangkan untuk dimakan, sepanjang proses penyembuhan. Berapa lama masa untuk awak betul2 sembuh? Sebab saya pon bakal alami perkara yang sama macam awak alami tak lama lg. Saya bakal cabut 6 batang gigi serentak & bius xsedar

Unknown said...

kalau klinik kerajaan free je...tapi klau swasta senang2 doc dapat rm6 700 hingga 2k.....bergantung kpd situasi pesakit

Unknown said...

saya baru selesai membuang gigi bongsu...azab betul rasa...2jam doc bertungkus lumus untuk keluarkan gigi tu..hari ni hari ke3..makin sakit...asyk merengek je menahan sakit....

Unknown said...

asslm duniajam.saya nk tnye klau first week mseh sakit2 lps pembedahan saye gune air kumur yg dijual dkt kedai2 selain air garam dan ubat kumur yg dbri dokto ade mndtgkn apa2 kesan ke?

Mohd asrul bin labin said...

Masa pembedahan tu sakit tak?

Cik Bunga Kekwa said...

Saya baru buat minor opt. Gigi bungsu bawah sebelah kiri...x lama pun,dlam 20min camtu,tapi sepanjang masa menggigil-gigil satu badan smpai dr dua tiga kali dr tegur suruh rileks je..tapi x boleh rileks wehh... Dr ckap biasa 3 jhitan da cukup tapi saya dia buat 4 jahitan sebab banyak sgat darah n darah saya pekat sangat...dah 12 jam lepas opt. Tapi darah x kering lagi...saya dari pagi tuam dengan ais yg dibalut kain so tak bengkak sangat muka. Mintak2 esok dah kering darahnya... Buat kat klinik gigi gov. Rm50 je..

Unknown said...

sy 2 kli buat pembedahan ni..yg ni kli ke 2...baru 2 hari lps sugery..mult rsa kebas xmcm yg sblm ni..

Unknown said...

gigi sya pun horizntl jgk..mmg kbs seblh rsa mlt ni..

duniajam said...

Salam kepada semua. Mohon maaf sbb sy tak balas komen2 yg lepas. Dah lama sy tak peduli blog ni. Tak sangka banyak komen masuk & ada yg dah bertahun. MOhon maaf ya sekali lg.

InsyaAllah jika ada pertanyaan lepas ni saya cuba balas. InsyaALlah

Anonymous said...

Sy harini br nk pi check-up gigi kat klinik ntuk dapatkn surat rujukan ke hospital... Sy kira2 8+ btg gigi bakal kena cabut.. sbb ada yg tumbuh dlm gusi... Ada yg tgl tunggul.. Hopefull dpt dpt buat pembedahan under GA(General Anasthesia)... Sblm ni kurang pengetahuan ttg bius tidur ni ntuk dental treatment... Sy mmg anti sikit cucuk2 jarum dlm mulut ni

Nleha said...

Debarnye saya bace komen2...sy pun akan buang gigi bongsu 16.1.19 ni..kat gov jer....rm50 cas...tp sy ade gl...so x perlu bayar...semoga Allah permudahkan urusan saya...😐😐😐

Nleha said...

16.1.19 ni sy akan buang gigi bongsu.Takutnye saya bile baca komen2....setakat ni sy masih think positif..tp x tahula klu dah nak sampai ms bedah nanti..semoga Allah permudahkan urusan sy nnti

Nleha said...

16.1.19 ni sy akan buang gigi bongsu.Takutnye saya bile baca komen2....setakat ni sy masih think positif..tp x tahula klu dah nak sampai ms bedah nanti..semoga Allah permudahkan urusan sy nnti

pija luv ones said...

Bestnya.Pengalaman sye terlalu teruk.cabut gigi mcm bertarung nyawa.bius tp terlalu sakit.pastu bleeding byk.sakit berlarutan.Jumpe dr, dr ckp biasa je.pastu..stil sakit berlanjutan.Jumpa dr, dia ckp kena jahit juge.bius tp sakitnya yg amat.skang still hari 1.tak larat sgt.mc 1 hari je.

Nleha said...

Alhamdulillah isnin baru ni baru buang gigi bongsu...syukurnye bile gigi dpt dikeluarkan...tp bile habis bius...sakitnye Allah sj yg tahu...Alhamdulillah hari 24.1.19 dah kurang sakit pd gusi...cume bengkak pd bibir sbb kene playa nak cabut gigi...luke bibir ni...isnin ni 28.1.19 nak cabut jahitan pulak..debanyela...semoga Allah permudahkan urusan saya.amin

Lieysa said...

Sye sekarang rasa gusi berdenyut2 tpi gigi x sakit pon...hmm takot laa nk cabut��

Shan Mohd said...

Saya berasa sangat takut dan bimbang,Tp sekarang,saya merasa sakit teramat sangat.Gusi dan gigi berdenyut denyut,sampai tidak dapat tidur kerna kesakitan. Adakah saya perlu buat pembedahan tersebut? Jika tidak,ada kah ia akan bagi kesan buruk pada kita?

Shan Mohd said...

Saya berasa sangat takut dan bimbang,Tp sekarang,saya merasa sakit teramat sangat.Gusi dan gigi berdenyut denyut,sampai tidak dapat tidur kerna kesakitan. Adakah saya perlu buat pembedahan tersebut? Jika tidak,ada kah ia akan bagi kesan buruk pada kita?

Unknown said...

Saya dah buang Gigi bongsu bawah sblh kiri dan second bongsu juga kena buang sebab berlubang kerana Gigi bongsu ni. Skg ni aku masih lagi dlm appointment doc sebab 3 lagi Gigi bongsu tumbuh senget juga. Bertabahlah...nk menahan sakit lepas pembedahan gusi lagi. Huwaaa

kamarul said...

Assalam, sy nak share pengalaman sy baru dua hari lepas buat pembedahan buang sebelah kiri geraham bungsu kerana kedudukannya horizontal. Dibuat secara GA di hospital swasta. Pada mulanya doctor minta sy buat kiri dan kanan sekaligus memandangkan dua-dua gigi geraham bongsu kedudukannya horizontal. Tetapi selepas sy review banyak blog dan berbincang dgn dentist klinik lain, kalau gigi tu tak sakit langsung buat apa nak usik dia biarkan, cukup dgn penjagaan gigi, tetapi kalau dah dua atau lebih sakit giler gigi tu baik cabut. So tindakan sy tepat, sy buat sebelah kiri je kerana masa pembedahan tak sakit tapi sekarang ni rasa berdenyut-denyut pada gusi yg dibelah tu..nak tengok gusi tu tak nampak,sebab sy tak dpt nganga luas mulut. Bayangkan jika sy buat kiri dan kanan sakit dia macam mana..sekarang ni sy masih boleh makan seperti biasa sebab masih ada gigi yg sebelah kanan. Lepas makan je terus kumur dgn normaseline

Zalila Zakaria said...

Assalamualaikum
Hari hari ke 4 selepas minor surgery buang gg geraham bongsu angular..gusi dibelah, tulang rahang dipotong sedikit, gg dibelah 2..baru berjaya keluarkan..masa doktor buat semua tu..rasa mcm gempa bumi..sbb kuat sgt doktor cuba tarik keluar..masa drill potong tulang dan pecahkan gg usah cakap la...lepas.berjaya keluarkan si angular kiri bawah tu..doktor cabut partner yg atas..kesian dia..xbersalah tapi kena jugak buang..hehehe..sakit tu ada tp masih boleh tahan..rajin2 la makan painkiller ye...bengkak belum surut walau dah tuam dgn ais..tadi telan ubat kurangkan bengkak..harap2 berkesan...mujur saya baca artikel awak selepas surgery..klau baca sebelum...mgkn sy lari dr appointment mcm 7tahun lepas..hehehe..tapi yg tu..pakar nak cabut 4belah kiri atas bawah dan 5belah kanan atas bawah..sekaligus..tu yg sy lari...kali ini sy buat di hosp banting dgn bayaran rm51 sahaja..

Wanita bisnes said...

Saya pun dh buat.. Tapi xjahit pun.. Biar je berlubang.. Dlam semingu okay dah

Nur lyana satin said...

Lps tu okay x ...sbb kwn saya kena buang 4 gigi juga

Nur lyana satin said...

Awk cabut brapa gigi tu..smpai 8 jahitan?

Iezy piezzy said...

Hyee saya tengh lalui fasa ni sekarang.. 1.10 nnti dh nak cabut benang. Asyik lapar je sekarang. Plus rasa tak selesa and rasa mulut mcm kurang bersih sbb tak dpt gosok gigi. Harapkan antiseptik yg dr bagi je.saya pun duk risau benang putus. Hhehehe

farasyamimie said...

kes samaaaa la kitaaaa 😭😭

farasyamimie said...

nak tahu jugak mcm mana
hari ni hari ketiga jahitan mcm dah terbuka
n ada putih2 kat benang. xpe keee

duniajam said...

farasyamimie

Benang terbuka tu takda masalah. Perkara biasa terjadi. Yang penting ia tidak mendatangkan gangguan sebab proses penyembuhan sedang berlaku dan insyaAllah akan sembuh dan tutup sepenuhnya kawasan gusi tersebut. Moga awak diberikan kesembuhan.

Mohon maaf kepada semua pembaca blog saya. Saya tak sangka masih ramai yang masuk blog saya yang sekian lama saya tak jenguk. Terima kasih semua. Saya sangat2 menghargainya ;)