Setelah sekian lama tak update, kali ni aku nak ajar cara-cara nak adjust jarum jam chronograph yang 'lari' dari tempat asalnya. Tapi ini untuk jam chronograph pakai bateri la. Jenis automatik aku tak tau cara & aku tak pasti benda ni boleh terjadi atau tak pada jam auto ni. Untuk yang tak tau, jam chronograph ni jam yang boleh kira waktu (stopwatch) ataupun bahasa mudah.. jam randik.
Masa jadi kat jam Timex, aku ingat jam ni dah rosak. Pasal jam ni aku pakai lasak jugak. Mungkin gegaran yang menyebabkan jarumnya 'lari', pasal aku jarang pakai fungsi stopwatch-nya. Aku pi kedai Time Prosper jumpa Mamu. Dia bagi technician buat. Tengah sembang dengan Mamu..... "Siap!". Wah.... baru mula sembang dah siap. Lepas tu Mamu ajar aku. Senang rupanya. Cis! Tipah tertipu. Ingatkan jam dah rosak. Hahaha.... Selamat RM aku. Wakakaka...
Benda ni memang tak di ajar dalam buku manual. Malah di internet pun aku tak pernah jumpa mana-mana web yang ajar (mungkin juga aku tak jumpa lagi kot. Hehehe...). Jadi, aku rasa terpanggil nak cerita kepada semua pembaca setia blog aku.
Setiap jam chronograph, mempunyai gerakan jarum serta dail yang berbeza. Tapi matlamatnya sama... untuk mencatat masa. Walaupun fungsinya sama, tapi sekiranya jarumnya 'lari'.... cara nak adjust semula jarumnya juga berbeza. Setiap jam tak sama, jadi aku tunjukkan 3 jenis jam chronograph & 3 cara yang berbeza. Mungkin anda boleh guna beberapa cara ni pada jam anda. Kalau tak boleh juga, kena pi kedai jugalah. Hehehe... Aku ada 1 jam replika Oris chronograph William F1, tapi langsung tak dapat caranya ataupun memang tak boleh adjust. Entahlah, pasal jam pun replika. Aku ada juga mencuba jam BPC chronograph kawan aku, tapi tak jadi. Tak jumpa cara yang betul.
Casio Edifice


Video ni menunjukkan cara-caranya.
Timex Chronograph Indiglo
Video ni menunjukkan caranya. Senang juga nak adjust jarum-jarumnya walaupun ke semua jarum dail-nya 'lari'.
Jeep Chronograph
Jam ni agak mencabar skit. Pasal aku nak dapatkan caranya pun agak berlainan skit dari yang lain. Banyak kali juga cuba sampai frust pun ada. Hahaha... Suatu hari tu aku cuba lagi.... akhirnya dapat juga. Hehehe...




Video ini akan menerangkan segalanya. Lagu pun dah lain. Har har har... Setiap video aku, aku takkan bercakap pasal segan dengan suara aku yang cukup commercial ni. Hehehe...
Moga-moga anda dapat sedikit ilmu dengan penerangan ni & boleh dipraktikkan pada jam anda @ kawan anda (tapi pastikan anda confident). Tak payahlah nak ke kedai. Jimat wang skit... Heheheh...
6 KOMEN ANDA:
baru nie masa pergi china
pergi ke pusat jualan jam replika
then nampak satu jam , tapi jarum stopwatch nie lari...
lepas tue tengok cina tue betulkan macam sekelip mata
senang jer
lepas tue balik malaysia
ada satu jam pun lari
pikir pikir balik
nampak cina tue tak buka jam pun
aku pun try
mcm yang kau try yang first tue
jadi elok
suka la
now terbaca kau punya blog nie
aku baru terperasan
jam kawan aku guess lari gak dial stop watch dia
hmm
aku nak cuba la jap lagi kat jam dia
heheheheh
Bro
check this website out
some free manual available
http://www.pdfoo.com/resultpage2~diy-watch-repair.html
Wah! Tq bro. Web yg sangat berguna.
Aku pun terkejut masa jarum Times tu lari. Tengoh dok sembang dengan seller, tetiba je tukang jam bagi balik jam tu kat aku. Uik! Cepatnya. Tak sampai seminit pun.
Pastu seller tu ajar aku cara nak buat. Cis! Senang je rupanya. Tapi kalau jam auto jadi camni, kena buka enjin terus. Waduh....
Broh.... Mw tanya. Utk edifice (mgkn jam lain jg sama), apabila jarum stopwatch macet/dipencet start tidak jalan, mesti digimanain? Makasih
Surya Samudra
Adakah button stopwatch itu ketat (stuck)? Jika tidak ketat (stuck) mungkin connector (metal) yang menghubungkan button dgn movement lari kedudukannya ataupun patah. Kemungkinan lain movement/modulnya rosak untuk stopwatch. Saya bukan pakar. Ini sekadar pendapat saya sahaja.
Terima kasih
Dulu2 saya tak pandai guna jam chronograph. Ingatkan sama mcm jamtangan lain. Hanya sekarang baru tahu cara2 dan tetapannya. Saya ada 2 jam chronograph - tissot 1853 dan seiko. Pernah jarum tissot 'lari' dan cadang nak bawa ke kedai. Tapi bila cuba saranan2 dari internet, alhamdulillah... seperti kata saudara td, selamat duit....
Post a Comment