...sambungan dari Bahagian 2
6. Cermin jam mempunyai pelbagai jenis. Contohnya plexiglass, mineral glass & sapphire. Jenis cermin yang ada pada sesuatu jam tu selalunya akan tercatat samada pada spec jam tu di dalam manual @ pada jam itu sendiri (untuk cermin sapphire).
Plexiglass adalah cermin yang diperbuat dari plastik (gambar atas). Kebanyakan jam lama (vintage) menggunakan cermin jenis ini. Untuk jam lama, cermin ini adalah melengkung seperti gambar di atas. Cermin jenis ini mempunyai pelbagai bentuk & mengikut bentuk jam itu sendiri. Selain itu, jam-jam moden seperti Casio juga masih menggunakan plexiglass pada jam mereka. Cermin jenis ini adalah ringan, murah & sukar pecah. Tapi ianya mudah bercalar pula. Untuk hilangkan calar pada cermin jenis ini juga tidak susah.
Ada 2 tips untuk menghilangkan calaran padanya:

- Autosol - bahan ni digunakan untuk menggosok & mengilatkan bahan logam. Jika besi berkarat pun boleh dihilangkan karatnya. Walaupun ianya digunakan untuk bahan logam, disebabkan agen abrasifnya yang halus itu, ianya juga boleh digunakan untuk mengilatkan plastik serta menghilangkan calarannya. Plastik yang bertukar warna kekuningan pun boleh jadi jernih seperti asal semula.
- Ubat gigi - ia juga mempunyai agen abrasif. Perlu ada sedikit bahan ni di dalam ubat gigi supaya gigi mudah dibersihkan & senang untuk menanggalkan plak & stain pada gigi. Agen abrasif di dalamnya juga amat halus & bersesuaian juga untuk digunakan pada plexiglass. Gunalah bahan-bahan ini seperti nak mengilatkan kereta.
Mineral glass boleh dijumpai pada hampir semua jam. Ia cukup popular kerana harga yang berpatutan, keras & mempunyai ketahanan yang mencukupi. Selain itu, ia boleh dibuat dengan pelbagai bentuk & ketebalan. Tetapi ia mempunyai kelemahan di mana ia boleh pecah & tercalar.... & calaran ini tidak boleh dihilangkan pula, contohnya seperti Seiko 5 di atas (bulatan merah). Namun begitu, ia tidaklah mudah bercalar seperti plexiglass. Kena betul-betul kuat geseran tersebut untuk mencalarkannya. Ianya amat sesuai sekali digunakan untuk jam diver kerana boleh dibuat dengan bentuk dome & tebal untuk menahan tekanan yang tinggi semasa menyelam.
Terdapat juga mineral glass yang kalis calar, dimana ia disaluti dengan hard coating padanya untuk memberikan sifat tahan calar itu. Casio menggunakan cermin ini pada kebanyakan model Edifice mereka.
Cermin sapphire pula merupakan cermin yang kalis calar. Untuk mengetahuinya, terdapat perkataan sapphire samada pada manual/spec jam tu, di case-back ataupun pada dail jam tu sendiri (seperti gambar atas). Cermin ini pula lebih mahal dari plexiglass mahupun mineral glass. Ia mempunyai tahap kekerasan sehingga 10 (paling tinggi). Semakin tinggi nilai ini, semakin keras cermin tu. Namun begitu, seperti cermin lain yang mempunyai kelemahan, cermin sapphire ini adalah lebih rapuh & mudah pecah berbanding cermin lain. Jadi, ia sangatlah tidak sesuai digunakan untuk jam diving.

- Plexiglass - murah, ringan & sukar pecah.... TAPI sangat mudah tercalar
- Mineral glass - keras, tahan, tebal.... TAPI mudah pecah & tercalar
- Sapphire - kalis calar.... TAPI sangat mudah pecah & rapuh
Setiap cermin mempunyai kelemahan & kelebihan. Namun, walau apa pun jenis cermin pada jam anda... jangka hayatnya bergantung pada bagaimana anda memakai & menjaganya.
.... episod seterusnya akan diterangkan mengenai jam quartz...
0 KOMEN ANDA:
Post a Comment