Tuesday, May 19, 2009

Q&Q Leaf-Fit Automatik (Rare)

Q&Q merupakan jenama yang dikenali ramai. Hampir semua orang yang menggunakan jam mengetahui kewujudan jenama ni. Syarikat Japan CBM Corporation ditubuhkan pada tahun 1964 & melancarkan jenama jam Q&Q pada tahun 1976 ke pasaran dunia. Namun Japan CBM Corporation tidak menghasilkan jam mereka bersendirian, tapi subcontract dengan Citizen Group.

Model Q&Q automatik 1970'an



Q&Q bolehlah dikatakan jam yang low-end kerana mereka sendiri menggunakan movement yang berkos rendah samada quartz ataupun mekanikal. Namun movement quartz lebih banyak dihasilkan. Mereka juga menghasilkan jam automatik dimana mereka menggunakan enjin Miyota (quartz & mekanikal). Untuk mengurangkan kos pengeluaran & menjual dengan harga murah, ada model yang dibuat dimana komponen dalamannya adalah dari plastik seperti di atas & ada juga yang menggunakan movement Hamazawa seperti di bawah.


Pada tahun 1999, penjualan Q&Q telah mencecah 20 juta utas & mereka merupakan salah satu jenama terbesar di dunia pada ketika itu. Syarikat ini telah mendahului jualan jam yang cukup popular dari segi harga.


Mereka cukup terkenal dengan jam Analog Quartz yang dijual dengan harga yang sangat-sangat mampu milik & kini untuk meluaskan pasaran, mereka telah memulakan pengeluaran jam Digital Quartz pula dengan pelbagai model & bentuk.


Yang aku perasan Q&Q memang sedaya upaya menyaingi jenama Jepun yang lebih besar seperti Casio. Boleh tengok ada diantara model-model jam mereka yang hampir menyamai Casio dalam beberapa aspek. Dengan harga yang cukup murah & kompetetif, mungkin suatu hari nanti mereka boleh mencapai tahap seperti Casio sekarang.




--------------------------------------------------------------------------------



Aku buat artikel Q&Q ni sebenarnya ada sebab. Nanti orang rasa pelik pula aku buat artikel pasal Q&Q, pasal kawan aku pun ada yang rasa pelik aku buat artikel ni. Q&Q merupakan antara jam yang aku dah kenal sejak aku mula 'berkecimpung' ke dunia jam sejak kecil lagi. Tapi tak minat pun sebab masa tu hati telah diracuni Casio. Pi mana pun, Casio tetap di hati. Hehehe... Tapi aku pun ada jam Q&Q....

... inilah jam aku... Dah tak digunakan lagi. Sejak waktunya asyik 'gelong' bila tukar bateri baru, aku simpan untuk dibuat tukun. Hehehe... Tapi bukanlah jam ni yang menyebabkan kewujudan artikel ni... tapi jam di bawah ni.



Inilah jam Q&Q yang dimaksudkan tu. Q&Q Leaf-Fit Automatik. Seperti kisah aku yang lain, jam ni juga ada kisahnya sendiri. Minggu lepas aku ke Time Prosper untuk tukar tali jam Orient. Sebelum pi, aku dah SMS mamu yang aku nak ke kedai. Masuk kedai, mamu tengah layan customer. Lepas tu, dia mai kat aku terus suruh aku beli jam 'pekak'. Ish, jam apa pulak yang 'pekak' ni. Terkejut aku dibuatnya... Lepas tu dia bagitau dengan bangganya.... "Q&Q"... Q&Q!? Biaq betui mamu ni. Tak pernah-pernah lagi la dia suruh aku beli jam (bukan promote) sebelum ni. Bila suruh.... disuruhnya beli Q&Q pula... Pulak dah!... susah hati aku dibuatnya....

Dia ambil jam tu pun dari display yang paling bawah... Wah, memang 'pekak' sungguh jam ni. Jam ni cuma ada satu ja. Pada waktu tu perkataan 'pekak' aku telah terima dengan sepenuh hati. Mula-mula aku tak minat langsung, pasal jenamanya tu... Kalau tanya pengumpul jam, Q&Q bukanlah jenama pilihan hati. Betul tak? Bukanlah nak merendahkan pengguna jam ni, tapi.... hmm... susah juga aku nak terang... Minta maaf banyak-banyak ya. Ini hanya sekadar berkongsi...

Mamu cerita apa yang istimewanya jam ni. Baru aku perasan jam ni sebenarnya automatik. Wah! Tak pernah lagi la aku tahu Q&Q ada automatik sebelum ni. Yang aku tau Q&Q cuma ada quartz saja. Tersenyum & tergelak aku dibuatnya sebab tak sangka memang ada automatik. Disebabkan rasa kelakar tu lah, aku beli jam ni... Rasa special pula aku tengok jam ni. Mamu bagitau movement jam ni dari Miyota & katanya lagi Q&Q bermaksud Cute & Quality. Ekekeke... Ada-ada saja mamu ni...

Menurut mamu, dia perasan & terjumpa jam ni masa tengah bersihkan jam-jam yang ada di kedai. Dia sendiri tak tau kedai dia ada jam tu. Hahahaha... Jam tu dia sengaja letak kat display bawah tu semata-mata nak tunjuk kat aku & supaya orang lain tak jumpa. Hehehe... Pasal dia nak aku beli jam tu. Mamu memang simpan jam-jam special untuk aku, macam aku beli Levi's dulu. Jam tu pula letak bersama-sama jam Polo. Memang siapa pun takkan perasan jam ni sebab jam Polo tu pun bentuknya sama. Aku mula-mula tengok dalam display tu pun tak tau jam yang mana satu. Sama ja aku tengok. Pandai mamu ni. Hehehehe...

Menurut mamu lagi, jam ni rare pasal kebanyakan kedai di mana-mana pun hanya jual model quartz & dia claim jam ni hanya ada satu di Sungai Petani & di Penang pun memang tak jumpa. Aku rasa ada kebenarannya, pasal dari dulu sampai sekerang memang aku tak pernah jumpa Q&Q automatik di mana-mana & aku tak pernah tahu kewujudannya.

Minggu lepas, lepas beli jam ni aku ke Sunway Carnival Mall, Seberang Perai. Aku masuk semua kedai jam yang ada dalam tu. Satu kedai aku masuk ada jual Q&Q. Saja nak tengok kot-kot terjumpa model automatik. Ternyata memang tak ada. Tapi yang paling hampehnya, tak sorang pun salesman/girl yang mai entertain aku, mentang-mentang aku tengok Q&Q. Cis! Sengkek sangat ke aku ni? Aku kena cermin diri aku balik. Hmmm.... Lepas tu aku keluar terus dari kedai tu dengan perasaan yang merajuk sekali.

Ini model Leaf-Fit. 'Automatic' tertera dengan begitu jelas sekali. Mempunyai tarikh & hari (suatu yang jarang jumpa untuk jam macam ni). Adjustment adalah secara quick set. Mempunyai luminous marker pada dail & jarum.


Keadaan lume setelah 'dicas' dengan cahaya. Namun kadar pencahayaan tidak lama & tidak begitu terang.


Fully stainless steel case. Case-back jenis screw in. Terdapat stiker reflektif padanya.


Seperti yang dijangka, movement adalah dari Miyota.


Movement Miyota dengan 21 jewel. Gempak! Mamu bagitau lagi, masanya tidak lari & memang tepat... sama dengan jam Arbutus yang dia pakai (sebab dia adjust masa ikut jamnya). Dia buat eksperimen movement ini & tak berhenti sejak semalam dia 'kunci'. Yang bagus pasal movement ni, ianya bukan sahaja bergerak secara automatik (gerakan rotor), tapi boleh juga 'dikunci'. Hebat!



Clasp jenis klip & terdapat safety clasp lagi. Bracelet stainless steel bukan jenis solid.


Jam ni cukup selesa & ringan.


Bila tengok bentuk jam ni, aku akan terus teringat jam Rolex. Banyak betul jenama tiru bentuk klasik Rolex ni. Tak mampu beli Rolex, beli jam ni pun jadilah. Anggaplah ianya Rolex dalam hati. Herherher... Mamu juga sangat-sangat promote aku jam Doxa Noble. Tapi pasal bentuknya terlalu typical (jenama lain pun ada bentuk ni), aku jadi kurang minat. Pasal tak ramai orang kenal nama Doxa. Aku tanya ramai orang tak tau apa itu Doxa. Tapi peminat jam mesti tau jam Doxa. Tengok lama-lama rasa syok pula. Bentuk memang sudah lama tapi masih nampak fresh.


Finishing jam polish pada bezel, tepi casing jam & bahagian tegah bracelet. Brush finishing pula pada bahagian atas casing & tepi bracelet.


Clasp cukup kemas & tulisan Leaf-Fit tertera pada safety clasp.


Lepas pakai, aku rasa semakin suka dengan jam ni. Movement jam cukup bagus dengan harga yang cukup berbaloi. Keselesaan yang dapat adalah seperti jam-jam yang lebih mahal & aku rasa lain bila pakai jam ni. Rasa enjoy, happy & macam tak percaya pula. Setiap kali aku tengok jam ni, mesti aku tersenyum simpul. Hmm... Biar betul aku ni? Itulah penangan aura Q&Q Leaf-Fit Automatik.

2 KOMEN ANDA:

TEEarts said...

Hello abang Duniajam! Saya Lim dari KL. Amat susah dan belum dapat lagi saya mencari-cari akan Q&Q automatic watch. Kalau abang ada jumpa masa abang kat KL, sila bagitahu saya, OK? 012-2791328(Lim). Ribuan terima kasih!

zalizalu said...

haha.... saya ni baru ag dalam dunia jam ni... so memang cari jam2 jenis ni... stakat nie, da ad 3 jenis jam Q&Q...tp quartz laaa..yang bestnyer, batery dia dah 4tahun guna tp tak habes2 ag...huhu.. better than my seiko + orient kot..hahaha