Saturday, May 23, 2009

Cara Penjagaan Jam (Bahagian 1)

Sudah lama agaknya aku tak update pasal tips berkaitan jam ni. Aku memang dah lama nak terang cara penjagaan jam. Sahabat lama aku pun bertanya pasal benda ni, tapi nak dapatkan maklumat yang lebih sikit pasal tidak ada kaedah yang khusus/tertentu untuk menjaga jam. Mungkin anda sudah tahu & praktikkan apa yang bakal diterangkan ni & mungkin anda secara tidak sedar sedang buat kesemuanya. Jadi sekiranya jam anda itu dipakai sudah cukup lama & masih bertahan, maksudnya di sini... anda berada di landasan yang betullah tu.

Jam ana-digi (analog + digital).

Mula-mula anda perlu tahu ciri-ciri yang ada pada jam anda, contohnya jenis casing (stainless steel, resin), jenis movement (meknikal @ quartz), analog @ digital @ ana-digi, jenis cermin (plastik, kaca), kalis air @ tidak, complication yang ada dan lain-lain lagi.



1. Untuk jam casing stainless steel, untuk memastikannya sentiasa kilat (bahagian polished finishing) disyorkan anda beli kain khas yang digunakan untuk lap cermin mata (seperti gambar bawah).


Kain ni jenis microfiber. Harganya RM15. Agak mahal untuk kain sekecil ni. Tapi hasilnya cukup memuaskan. Jam akan berkilat betul selepas dikilatkan. Tapi untuk jam yang sudah bercalar, sukar sikit nak hilangkan calar tu. Nanti aku akan cerita pula caranya pasal aku pun masih dalam kajian nak hilangkan calar pada jam. Selain dengan kain ini, jam juga boleh dibersihkan dengan menggunakan bedak. Guna kain biasa bersama bedak semasa polish jam anda. Ini tips dari mamu & otai jam lama. Gosokkan dengan perlahan-lahan & cara ini memerlukan kesabaran kerana memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya. Aku pernah cuba, kesannya nampak sedikit walaupun memakan masa yang lama.

Untuk jam bercasing resin (Casio banyak guna bahan ni sebagai casing), janganlah sekali-kali mencucinya dengan 'thinner' atau bahan yang menghakis. Casing jam akan rosak & cermin plastiknya akan jadi kelabu. Sekiranya cerminnya bercalar, anda boleh polish dengan 'autosol' ataupun ubat gigi. Gosok banyak kali sehingga calarnya hilang. Cara ini boleh diguna pakai untuk jam lama kerana kebanyakannya menggunakan cermin plastik. Janganlah pula guna kertas pasir (walaupun saiz yang paling halus) untuk menghilangkan calarannya. Tips ini diberi pada aku & aku cuba kat jam aku. Katanya jam akan licin balik, lepas aku buat kesan adalah sebaliknya. Calar memang hilang, tapi jam sudah tidak licin & berkilat. Ternyata tips tu langsung tak betul & salah. Nasib baik aku cuba sikit saja.

2. Untuk bracelet pula, sekiranya anda tengok bracelet sudah nampak pudar, kotor & kehitaman di celah-celahnya... anda perlu cucinya dengan sabun. Tapi kalau boleh, anda tanggalkan dahulu bracelet dari casing kerana dikhuatiri air akan masuk walaupun jam adalah kalis air (sebagai langkah berjaga-jaga) & ini wajib dibuat sekiranya jam tersebut adalah jam lama (vintage). Mungkin jam lama tu tertulis water resistant, tapi mengenangkan umurnya sudah lanjut, kemungkinan ciri kalis airnya sudah tidak ada kerana gasket, seal, getah yang ada di dalamnya sudah uzur. Ini memungkinkan air boleh menyusup masuk melaluinya & akan terus menamatkan riwayat jam selepas tu. Maka penyesalan akan terjadi pada saat itu. Isk!

Berus bracelet dengan berus gigi & gunalah berus gigi yang bristle paling lembut (soft @ super soft) + sabun . Kalau bristle berus gigi tu jenis medium @ hard, dikhuatiri bracelet anda akan bercalar lebih-lebih lagi untuk bahagian polished finishing.

Dua kelemahan yang aku dapati bracelet ni:
  1. Pin bracelet boleh menjadi longgar selepas pin sambungan dikeluarkan dari bracelet. Bila nak pasang semula, pin tu masuk dengan senang selang sekali tanpa sebarang sekatan & tidak ketat. Bila nak tolak pin, guna jarum pun sudah boleh keluarkan pin tu. Kena hati-hati skit kalau pin dah longgar ni. Takut pin terkeluar secara tidak sedar & jam terlucut dari tangan. Adoi!
  2. Pin menjadi karat. Lama-kelamaan sambungan bracelet akan terputus. Ini sudah berlaku pada jam sahabat aku. Jam Casio. Kebetulan pula masa dia hantar jam tu untuk repair bracelet, datang seorang lagi pelanggan mengadu perkara yang sama. Jam Casio juga, tapi Casio Gold Label. Mungkin mereka menggunakan pin yang berkualiti rendah. Sebab tu mudah berkarat & menyebabkan bracelet terputus. Memang nampak kesan karat pada bahagian yang putus tu. Kena hati-hati untuk pengguna Casio yang menggunakan bracelet.
Mungkin sebab tu, jam-jam mahal banyak guna tali kulit @ sebagainya. Mungkin untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Ada juga yang guna bracelet, tapi mestilah bahannya juga berkualiti tinggi.


Jam bertali getah.


Jam bertali kulit.

Jam yang menggunakan tali getah juga boleh guna cara cuci bracelet tu, tapi untuk tali kulit dinasihatkan tidak buat kerana tali kulit tu akan kembang & lama-kelamaan tali akan rosak jika selalu dicuci & benang jahitan & gam akan tertanggal. Cucilah dengan polisher khas yang dibuat untuk barangan kulit.


3. Untuk menarik crown perlu berhati-hati. Jangan tarik dengan terlalu kuat. Dikhuatiri 'tiang' crown akan rosak & tercabut.

Jangan tarik crown macam ni tanpa support bahagian yang satu lagi. Tiang crown boleh bengkok semasa ditarik kerana tekanan yang tidak stabil semasa menariknya

Tariklah crown dengan dua jari seperti gambar atas. Crown akan tertarik dengan lebih mudah & mengelakkan crown dari mengalami kerosakan.


Untuk jam diver, kebanyakannya menggunakan crown jenis screw-in. Perlu unlock crown dahulu sebelum menariknya. Untuk unlock crown, pusing crown ikut arah lawan pusingan jam. Untuk lock semula crown, putar crown ikut arah pusingan jam sambil menolaknya ke dalam. Pastikan alignment betul semasa menolaknya masuk & putar dengan perlahan-lahan supaya crown dapat masuk mengikut 'trip'nya yang betul. Putar sehingga crown betul-betul rapat seperti keadaan asal.


...akan bersambung...

16 KOMEN ANDA:

Mohd Farid said...

boleh cuba cerita pasal penjagaan jam wanita yang ada batu bling-bling dan ada braclet. saya nak tahu. pasal wife saya banyak jam yang begitu. ni e-mail saya farred5077@gmail.com

duniajam said...

Secara dasarnya, penjagaan jam berbatu ini lebih kurang sama dengan jam lain.

Cumanya, kena lebih berhati-hati bila memakainya. Jangan pakai jam jenis ini masa dok buat kerja berat ataupun bersukan. Gegaran yang terhasil itu jika terlalu kuat atau terhantuk boleh menyebabkan batunya terkeluar. Sebab babtu-batu tu cuma lekat dengan gam saja. Kalau dah terkeluar walaupun satu, dah tak nampak cantik. Kalau jumpa batu tu balik, takpa. Boleh gamkan semula.

Kalau batu terkeluar dari dalam dail, kena buka casing & keluarkan enjin dia.

Hamdan said...

salam, nak tanya, berkenaan ngan cam mana nak kilatkan bracelet stainless steel. dh pudar sbb dh lama. jenis jam casio sheen, esprit dn seiko. utk casing pulak sama cam gbr seio di atas. mana nak dapat kain lembut tu?

duniajam said...

Salam Hamdan,

Caranya sama juga macam yg beritau sebelum ni kat chat. Kalau bracelet dah nampak kekotoran, elok tanggalkan bracelet dari casing & cuci bracelet tu. Cara nak cuci bracelet ada diceritakan juga kat artikel lain.

Lepas cuci, boleh cuba polish dengan autosol juga. Kain tu beli kat kedai cermin mata. Kalau tak salah RM15.

*~Miss Lisa~* said...

Assalamualaikum..maaf,saya nak tanya..encik tau tak batu utk jam jual kat mana?batu bling2 jam esprit saya dah tanggal..dulu masa ada warranty 2 tahun,pnah juga 2 kali hantar kedai sebab tercabut..tp skrg jam tu da 2thn 6bulan saya beli, so bkn dlm tempoh warranty lg..tq

duniajam said...

Waalaikummussalam Miss Liza...

Kebiasaannya kedai yg jual jam tu sendiri mesti boleh buat. Tak pun mana2 kedai yg jual jenama tu. Diorg mesti ada bekalan atau tukang jam yg boleh repair jam diorg.

adeydabomb said...

assalamualaikum.... ada tak cara-cara utk memutihkan kembali tali jam getah yg berwarna putih. Tali jam saya telah berwarna kekuningan kerana telah lama. Terima kasih..

duniajam said...

Waalaikummussalam....

Kalau tali kehitaman boleh cuci dengan sabun saja & polish. Kalau dah jadi kekuningan susah skit pasal perubahan warna tu disebabkan perubahan warna material itu sendiri. Tapi boleh cuba polish tgk. Try pakai leather polish atau pun polish kereta.

suhaimi zamil said...

salam saya amir,nak tanye cm mane nak cuci jam stainless steel saya..sbb sudah ade daki kat celah2 jam tuh...ade kedai yang boleh buat x..jam saya omega seamaster profesionl planet ocean(chronometer)
ade kawan suruh basuh ngan sabun pencuci pinggn??boleh ker email sy suhaimi9192@gmail.com

duniajam said...

Salam Amir,

Dari cerita tuan, mungkin yg dimaksudkan daki tu wujud kat celahan link bracelet & kawasan lug. Kawasan-kawasan ni lama kelamaan akan wujud daki.

Guna sabun cuci pinggan pun boleh juga. Boleh guna berus gigi (soft atau extra soft) untuk gosokkan celahan link bracelet tu. Utk kawasan lug pula, perlu buka bracelet/tali untuk cuci dengan lebih mudah.

Kalau tak berani nak buat sendiri boleh juga hantar kat mana2 kedai yg sediakan perkhidmatan tu atau hantar ke butik Omega sendiri. Tapi kosnya tinggilah sebab perkhidmatan profesional

belak burry said...

assalam tuan.
sya afiq dan guna jam jenis g shock brwarna putih.nk tanya ada x cara khusus utk elakkn warna putih tu jadu kekuningan.terima kasih

Nur Sahirah AY said...

Mane nak beli batu utk jam ? Sebab da hilang banyak.

Nur Sahirah AY said...

Kalau batu kat jam,, da tanggal.. mane nak beli batu tu yee ?

duniajam said...

As-salam belak burry

Mungkin boleh cuba gosok dgn polish kereta... boleh cuba. Sy pun tak pasti keberkesanannya sebab tak pernah cuba untuk jam. Tetapi pernah cuba kat benda lain... Kekotoran seperti gam, minyak & sebangainya, mudah keluar dgn spirit... tetapi dibimbangi akan merosakkan resin body jam tu pula...

duniajam said...

As-salam belak burry

Mungkin boleh cuba gosok dgn polish kereta... boleh cuba. Sy pun tak pasti keberkesanannya sebab tak pernah cuba untuk jam. Tetapi pernah cuba kat benda lain... Kekotoran seperti gam, minyak & sebangainya, mudah keluar dgn spirit... tetapi dibimbangi akan merosakkan resin body jam tu pula...

duniajam said...

Nur Sahirah AY

Sy rasa mungkin boleh cuba cari kat kedai emas... nama batu 'zirkonia'... tp mahal juga la kalau beli kat ke dai emas... sumber lain sy tak pasti pula...