Richard Mille merupakan jenama jam mewah. Hanya orang berkemampuan saja mampu memilikinya saya & bilangan pemilik jam ini juga tidak banyak. Richard Mille merupakan nama orang yang menciptakan jenama ni & beliau merupakan seorang watchmaker yang cukup disegani. Design jamnya berkonsepkan high performance & teknologi termaju (high tech) yang menampilkan bentuk yang cukup radikal dengan kesempurnaan (perfection) sebagai jam mewah & hasilnya lain dari yang lain.
Richard Mille memulakan kariernya pada tahun 1974 sebagai direktor di salah satu kompeni jam terbesar di dunia pada ketika itu, dimana beliau kekal di situ selama 20 tahun. Pada tahun 1994, beliau memasuki Mauboussin sebagai CEO & hanya kekal selama 4 tahun sebelum beliau meletak jawatan. Beliau keluar dari syarikat ini kerana ingin mengeluarkan jenama beliau sendiri. Sementara itu, beliau menjadi consultant kepada beberapa syarikat jam terkenal seperti Audemars Piguet, Repossi & Baccarat. Yang paling menarik, beliau mencipta & membangunkan jam Baccarat yang dilancarkan akhir tahun 2002.
Richard Mille memulakan jenama beliau sendiri yang diilhamkan dari kesempurnaan & ketepatan di dalam industri penerbangan & kenderaan. Disebabkan minat beliau yang mendalam dalam pergerakan berteknologi tinggi, beliau menciptakan jam yang juga berteknologi serta berkemampuan tinggi (high performance). Design beliau yang unik & penggunaan teknik yang begitu inovatif & sophisticated memerlukan ribuan jam waktu kerja & melebihi jangka masa setahun untuk penghasilannya.... Richard Mille membuat design & men-design semula ciptaannya sehingga beliau betul-betul puas hati & pasti kesempurnaan jam ciptaannya. Itulah Richard Mille (RM)... Tengok saja antara model-model ciptaannya seperti di bawah...









2 KOMEN ANDA:
Pembalap F1 nya Felipe Massa gan
terima kasih atas info anda
Post a Comment