Jam quartz merupakan jam yang menggunakan bateri. Movement quartz bagus kerana ianya ringkas, masa yang tepat, murah & senang jaga. Sejarah ringkas quartz ada diceritakan pada artikel lepas.
Gambar atas menunjukkan movement quartz. Movement lebih ringkas berbanding mekanikal... bermaksud di sini mudah & murah untuk dijaga berbanding mekanikal. Ini kerana kurangnya komponen/gear movement. Cuma ada gear untuk gerakan jarum saja. Untuk digital pula langsung tidak ada komponen/gear yang bergerak langsung.
Disebabkan komponen/gear movement quartz yang sedikit ini, risiko untuk rosak juga kurang. Jadi penggunaannya ketika bersukan tidak menjadi masalah & kurang risiko untuk rosak. Jam mekanikal walaupun adalah anti-shock, perlu juga berhati-hati kerana hentakan yang kuat semasa bersukan dapat merosakkan komponen/gear yang bergerak itu, umpamanya tercabut skru, balencer ataupun rotor-nya. Walaupun jam quartz tidak begitu mempunyai masalah pada movement seperti mekanikal, namun bahagian lain pada jam boleh mengalami kerosakan seperti casing, tali/bracelet ataupun cermin. Jadi, anda perlu berhati-hati semasa melakukan aktiviti lasak seperti itu. Segala risiko anda perlu tanggung sendiri.
Jangka hayat bateri sesuatu jam pula bergantung pada jenis bateri yang digunakan & cara penggunaan jam. Ada jenama claim yang bateri jam meraka boleh tahan sehingga 10 tahun, tapi jika jam itu mempunyai complication yang lebih & anda pula selalu menggunakan fungsi tersebut, jangka hayat bateri mungkin tidak akan sampai seperti yang dikatakan itu. Jangan tertipu dengan dakyah seperti 'water resistant' jam. Bateri pun serupa juga konsepnya. Bateri Silver Oxide boleh bertahan di antara 2-3 tahun, manakala bateri Lithium boleh bertahan sehingga 10 tahun & harganya juga mahal.
Sekiranya bateri jam sudah habis/mati & anda pula sudah tidak mahu pakai jam tu lagi, dinasihatkan untuk ditanggalkan bateri dari jam tu. Kerana bateri yang tidak ditanggalkan dari jam akan merosakkan komponen movement jam itu. Bateri yang sudah kehabisan kuasa boleh mengeluarkan cecair & cecair ini boleh merosakkan komponen-komponen di dalam suati litar/movement itu. Ini perlu dipraktikkan bukan hanya pada jam, tetapi pada apa saja alat yang menggunakan bateri.

... episod terakhir bakal menyusul tidak lama lagi...
0 KOMEN ANDA:
Post a Comment