Jam complicated merupakan jam yang mempunyai fungsi yang pelbagai. Yang aku maksudkan untuk jam analog... bukan digital. Fungsi yang terdapat padanya melebihi fungsi basic (masa & tarikh). Fungsi yang melebihi fungsi basic dipanggil complication. 2 complication yang popular pada mana-mana jam ialah chronograph & moonphase (indicator yang ada bulan & matahari untuk kitaran masa 24 jam).
Untuk jam yang lebih mahal, antara complication yang dibuat adalah seperti tourbillion, perpetual calender, minutes repeater (jam akan bunyi ikut masa seperti jam dinding yang berbunyi setiap jam. Cuma untuk jam ni, hanya akan berbunyi apabila ditekan button-nya) dan lain-lain lagi sampai tak terfikir watchmaker boleh hasilkan. Berikut antara jam complicated yang menarik minat aku.... harganya? Err....


Complication gyro-tourbillon jam ni cukup gempak!
Video ini menunjukkan pergerakkan gyro tourbillon.


Vacheron Constantin Patrimony traditionnelle skeleton perpetual calendar


Depan & belakang jam ni berfungsi.
Vacheron Constantin dikenali sebagai pembuat jam complicated yang hebat. Tengok saja model di atas. Harga mencecah US$1.5 juta & hanya ada 7 saja di dunia.
0 KOMEN ANDA:
Post a Comment