Monday, May 11, 2009

Cara Adjust Jarum Jam Chronograph

Setelah sekian lama tak update, kali ni aku nak ajar cara-cara nak adjust jarum jam chronograph yang 'lari' dari tempat asalnya. Tapi ini untuk jam chronograph pakai bateri la. Jenis automatik aku tak tau cara & aku tak pasti benda ni boleh terjadi atau tak pada jam auto ni. Untuk yang tak tau, jam chronograph ni jam yang boleh kira waktu (stopwatch) ataupun bahasa mudah.. jam randik.

Masa jadi kat jam Timex, aku ingat jam ni dah rosak. Pasal jam ni aku pakai lasak jugak. Mungkin gegaran yang menyebabkan jarumnya 'lari', pasal aku jarang pakai fungsi stopwatch-nya. Aku pi kedai Time Prosper jumpa Mamu. Dia bagi technician buat. Tengah sembang dengan Mamu..... "Siap!". Wah.... baru mula sembang dah siap. Lepas tu Mamu ajar aku. Senang rupanya. Cis! Tipah tertipu. Ingatkan jam dah rosak. Hahaha.... Selamat RM aku. Wakakaka...

Benda ni memang tak di ajar dalam buku manual. Malah di internet pun aku tak pernah jumpa mana-mana web yang ajar (mungkin juga aku tak jumpa lagi kot. Hehehe...). Jadi, aku rasa terpanggil nak cerita kepada semua pembaca setia blog aku.

Setiap jam chronograph, mempunyai gerakan jarum serta dail yang berbeza. Tapi matlamatnya sama... untuk mencatat masa. Walaupun fungsinya sama, tapi sekiranya jarumnya 'lari'.... cara nak adjust semula jarumnya juga berbeza. Setiap jam tak sama, jadi aku tunjukkan 3 jenis jam chronograph & 3 cara yang berbeza. Mungkin anda boleh guna beberapa cara ni pada jam anda. Kalau tak boleh juga, kena pi kedai jugalah. Hehehe... Aku ada 1 jam replika Oris chronograph William F1, tapi langsung tak dapat caranya ataupun memang tak boleh adjust. Entahlah, pasal jam pun replika. Aku ada juga mencuba jam BPC chronograph kawan aku, tapi tak jadi. Tak jumpa cara yang betul.


Casio Edifice

Casio Edifice mempunyai cara yang cukup senang & aku rasa semua model Edifice caranya macam ni pasal aku dah adjust 3 jam Edifice yang berbeza dengan cara yang sama. Baru tadi kawan aku tanya jam Edifice dia rosak ke tak pasal jarum saat dia 'lari' macam gambar atas ni.



Tarik crown ke posisi 2. Tekan button A sehingga jarum saat ke posisi pukul 12. Button B tak beri apa-apa kesan bila tekan. Aku tak pasti camna nak adjust jarum yang lain. Macam-macam cara aku cuba, hanya jarum saatnya saja yang boleh. Mungkin jarum lain takkan 'lari' kot. Hehehe...



Video ni menunjukkan cara-caranya.




Timex Chronograph Indiglo

Pernah tak jarum jam anda 'lari' camni? Jarum jam ni berkeadaan camni walaupun stopwatch tak digunakan. Dail kat pukul 6 tu dail jarum saat.


Untuk jam Timex, ada 3 jarum stopwatch. Tarik crown ke posisi 1, tekan button B untuk gerakkan jarum minit (bulatan kuning). Tekan sehingga jarumnya bergerak ke tampat asalnya. Tapi gambar ni dah selepas adjust la.


Untuk adjust jarum 0.1 saat ini pula (bulatan kuning), tarik crown ke posisi 2. Tekan button B untuk gerakkan jarum. Tekanlah sehingga ke posisi 0.


Untuk jarum saat pula (bulatan kuning), tekan button A pula. Jarum akan bergerak berdetik-detik mengikut tekanan button tu. Tekanlah sehingga jarum saat sampai ke posisi pukul 12. Untuk model ni agak senang.



Video ni menunjukkan caranya. Senang juga nak adjust jarum-jarumnya walaupun ke semua jarum dail-nya 'lari'.




Jeep Chronograph

Jam ni agak mencabar skit. Pasal aku nak dapatkan caranya pun agak berlainan skit dari yang lain. Banyak kali juga cuba sampai frust pun ada. Hahaha... Suatu hari tu aku cuba lagi.... akhirnya dapat juga. Hehehe...

Crown ditarik ke posisi 2. Kemudian tekan button A & B serentak selama beberapa saat.... kemudian, jarum saat (stopwatch) akan membuat 1 pusingan lengkap. Seolah-olah ianya 'masuk' ke mode 'adjust jarum'. Hahaha... Bagi istilah sendiri... Ekekeke...


Lepas tu, lepas kedua-dua button & kemudian tekan button A. Jarum saat (stopwatch) akan bergerak. Tekan sehingga jarumnya ke keadaan asal.


Untuk adjust jarum yang berikutnya pula, tekan button B pula.



Tekan button A & akan dilihat jarum jam (stopwatch) (bulatan kuning) akan bergerak. Tekanlah sehingga ke posisi asal.


Untuk adjust jarum minit (stopwatch) pula, tekan button B skali lagi untuk ke mode berikutnya.


Tekan button A & jarum minit (stopwatch) akan bergerak pula. Tekanlah dengan semahu-mahunya sehingga ke posisi asal. Setelah ke semua jarum berada dalam keadaan ideal, janganlah pula lupa untuk tekan semula crown ke posisi asal.



Video ini akan menerangkan segalanya. Lagu pun dah lain. Har har har... Setiap video aku, aku takkan bercakap pasal segan dengan suara aku yang cukup commercial ni. Hehehe...

Moga-moga anda dapat sedikit ilmu dengan penerangan ni & boleh dipraktikkan pada jam anda @ kawan anda (tapi pastikan anda confident). Tak payahlah nak ke kedai. Jimat wang skit... Heheheh...

6 KOMEN ANDA:

TIMEasitis said...

baru nie masa pergi china
pergi ke pusat jualan jam replika
then nampak satu jam , tapi jarum stopwatch nie lari...
lepas tue tengok cina tue betulkan macam sekelip mata
senang jer

lepas tue balik malaysia
ada satu jam pun lari
pikir pikir balik
nampak cina tue tak buka jam pun
aku pun try
mcm yang kau try yang first tue
jadi elok
suka la

now terbaca kau punya blog nie
aku baru terperasan
jam kawan aku guess lari gak dial stop watch dia
hmm
aku nak cuba la jap lagi kat jam dia
heheheheh

TIMEasitis said...

Bro

check this website out
some free manual available

http://www.pdfoo.com/resultpage2~diy-watch-repair.html

duniajam said...

Wah! Tq bro. Web yg sangat berguna.

Aku pun terkejut masa jarum Times tu lari. Tengoh dok sembang dengan seller, tetiba je tukang jam bagi balik jam tu kat aku. Uik! Cepatnya. Tak sampai seminit pun.

Pastu seller tu ajar aku cara nak buat. Cis! Senang je rupanya. Tapi kalau jam auto jadi camni, kena buka enjin terus. Waduh....

Unknown said...

Broh.... Mw tanya. Utk edifice (mgkn jam lain jg sama), apabila jarum stopwatch macet/dipencet start tidak jalan, mesti digimanain? Makasih

duniajam said...

Surya Samudra

Adakah button stopwatch itu ketat (stuck)? Jika tidak ketat (stuck) mungkin connector (metal) yang menghubungkan button dgn movement lari kedudukannya ataupun patah. Kemungkinan lain movement/modulnya rosak untuk stopwatch. Saya bukan pakar. Ini sekadar pendapat saya sahaja.

Terima kasih

Salim Hj.Sedek said...

Dulu2 saya tak pandai guna jam chronograph. Ingatkan sama mcm jamtangan lain. Hanya sekarang baru tahu cara2 dan tetapannya. Saya ada 2 jam chronograph - tissot 1853 dan seiko. Pernah jarum tissot 'lari' dan cadang nak bawa ke kedai. Tapi bila cuba saranan2 dari internet, alhamdulillah... seperti kata saudara td, selamat duit....