Sunday, April 25, 2010

Preview - Orient Star Professional Diver 300m

Minggu lepas aku ke kedai jam di Penang. Saja ke situ sambil makan angin. Singgah pun sebab nak tengok jam Orient Star Professional Diver lepas dapat tahu dari sahabat ex001 yang dah ke situ sebelum ni.

Payah nak jumpa Orient Star berbanding Orient Pro-Diver. Aku tak pasti mengapa ada perbezaan ni & adakah kemungkinan Orient Star Pro-Diver untuk pasaran Jepun? Mungkin juga & mungkin juga tidak. Sebab tidak seperti Seiko, setahu aku semua model Orient adalah Made In Japan. Sebenarnya Orient merupakan milik syarikat Seiko (kalau tak salah aku), namun kedua-duanya berasingan dalam menjalankan perniagaan mereka.... walaupun begitu, sedikit sebanyak teknologi mereka dikongsi bersama.

Jika dibandingkan antara Orient & Seiko, harga kedua-duanya amat berbeza. Orient dijual lebih murah dari Seiko. Jika dilihat model Orient yang complicated yang mempunyai pelbagai complication, harganya jauh lebih murah dari Seiko yang mempunyai kelebihan yang sama. Jangan pula menganggap movement mereka sama kerana mereka membangunkan movement mereka secara berasingan & mempunyai watchmaker yang berlainan.

Model diver 300m bolehlah di kategorikan sebagai model diver high-end. Kita ambil Seiko Marine Master 300m & Orient Star Pro-Diver 300m ini sebagai contoh. Marine Master dijual lebih kurang RM8k, manakala Pro-Diver ini pula dijual pada harga RM6.3k. Teknologi Pro-Diver sedikit sebanyak di ambil dari Seiko high-end itu. Dari segi movement, tidak dinafikan movement yang digunakan Seiko itu jauh lebih baik.

Kita bandingkan pula dengan Orient Star Pro-Diver ini dengan Orient Pro-Diver. Harga kedua-duanya juga jauh berbeza & sudah pasti nama Orient Star itu lebih melonjak nama & juga harganya. Orient Star dijual pada harga RM6.3k, manakala Orient dijual pada RM4.9k. Yang aku perasan, harga Orient di mana-mana kedai sama saja tak kira model.


Gambar diambil dengan kamera handphone. Overexposed la plak....

Kedua-dua jam didatangkan dengan kotak yang cukup eksklusif bersama-sama dengan tali getah & alat pembuka pin. Tiada apa yang berbeza sangat antara keduaduanya melainkan warna dail & logo Orient/Orient Star. Orient Star didatangkan dengan 3 pilihan warna dail, hitam, kuning & hitam dengan kekemasan gold seperti ini, manakala Orient dengan 2 pilihan warna iaitu hitam & oren. Caliber yang digunakan adalah sama, cal. 46N4A.


Pada aku, gabungan emas & hitam ini sangat kena & memikat. Lebih cantik berbanding oren. Mungkin sebab aku dah banyak sangat tengok jam oren kot. Bila tengok yang ni, nampak kelainan skit. Tapi yang membuatkan lebih teruja melihatnya tu adalah nama Orient Star itu. Terus terasa jam mahal & berstandart tinggi.

Jam dibina dengan cukup kukuh & sangat solid. Shapenya membuatkan aku teringatkan Sumo yang kebetulan aku pakai waktu tu. Bezel juga solid dengan insert bezel yang nombor & tandanya itu dibuat engraving dengan cukup kemas.

Binaannya cukup kukuh. Aku cari gambar potongan casing tak jumpa di internet. Dalam katalog boleh lihat binaan casingnya sangat tegap, tebal & sangat solid. Cerminnya cukup tebal & dipasang dengan cukup utuh. Cerminnya itu adalah jenis sapphire dengan coating anti-reflection. Perincian yang dilakukan pada casing membolehkannya menahan tekanan tinggi saturation diving pada 300m. Dengan melihat gambar potongan casing itu saja pun buat aku sangat tertarik untuk memilikinya suatu hari nanti.

Movement yang digunakan padanya tidak berkeupayaan hack ataupun winding seperti Seiko. Selain mempunyai tarikh pada dail, ia juga mempunyai penunjuk power reserve pada pukul 1. Yang menarik mengenai Orient, gerakan yang sedikit sudah cukup untuk membolehkan jarum saat memulakan gerakan. Goncangan yang sedikit sudah boleh menampakkan kenaikan pada jarum power reserve.


Clasp terasa sangat ringan & tegap. Aku yakin diperbuat dari titanum. Tag dengan tulisan Jepun tu menyakinkan aku jam memang datang dari Jepun. Tiada apa yang mampu aku cakap lagi memandangkan aku tak dapat belek jam dengan lebih lama & membuka plastik itu memandangkan jam ni dah ada orang booking.

Perbezaannya dengan Orient Pro-Diver boleh dilihat pada link di bawah:
http://duniajam.blogspot.com/search/label/Orient.

Kesimpulan, kalau sedang mencari-cari jam diver Jepun 300m , jangan terlepas pandang jam Orient/Orient Star ini. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding Seiko & menawarkan kemampuan & kelebihan yang juga hampir setaraf dengan Seiko. Jam diver Citizen didatangkan dengan teknologi terbaru mereka iaitu Eco-Drive. Citizen Ecozilla 300m adalah model yang pada aku Aku rasa ia tak termasuk dalam liga ini memandangkan movement yang digunakan bukanlah automatik. Jika anda tidak kisah apa jenis movement, Ecozilla menawarkan suatu lagi kelelebihan & kelainan yang tidak dipunyai oleh kedua yang lain itu & harganya juga jauh lebih murah. Boleh dijadikan pilihan jika anda sendang mencari-cari kelainan.

Citizen Ecozilla 300m titanum.

Selain casing titanum, ia juga mempunyai versi casing stainless steel. Namun, sangat sukar nak menjumpai model ini tambah-tambah lagi abangnya Autozilla yang berkemampuan selaman 1000m.



-----------------------------------

Suatu penghargaan....

Agak terkejut sebenarnya kerana kunjungan aku kali ni membuahkan rezeki yang aku tak sangka-sangka. Disebabkan aku selalu beli jam dari kedai ni & baik dengan taukehnya, aku dapat hadiah misteri.... Ini hadiah kerana selama ni support mereka. Alangkah seronok & bertuahnya rasa bila diri kita dihargai orang. Bukanlah aku meminta, tapi tak sangka bila terjadi...


Ish..... apa dia ni?



Wah.... dompet!


Dompet yang dibuat cukup kemas ini terasa lebih istimewanya apabila....


... ia adalah dompet dari Orient. Lagilah teruja.... bukan saja jam berjenama Orient.... dompet juga Orient.


Bahagian dalam juga terdapat nama Orient padanya.


Dulu aku pernah dapat katalog khas Orient darinya. Dia hanya ada 2 katalog tu & dia bagi kat aku satu sebagai pelanggan istimewa. Aduh.... bertuahnya rasa. Alhamdulillah... Persahabatan bersama taukehnya selama ini bukanlah hanya sebagai pelanggan, tetapi lebih dari itu. Tak semua orang/taukeh kedai mampu buat sepertimana taukeh ni & aku belum berjumpa dengan orang sepertinya....

Kedainya di mana?
Kedai Jam Fah Shing,
Penang Road,

Penang.


Boleh tengok dalam lebel Kedai Jam. Jika anda ke kedai itu.... beritahulah dari mana anda tahu kedainya & nama aku. Kemungkinan anda akan mendapat harga istimewa darinya.


11 KOMEN ANDA:

TIMEasitis said...

wah nie confirm dah beli lebih sepuluh jam dari kedai tue...hehehhe

orient nie menarik...dulu ada tengok video orient buat jam...kagum...maybe prestige bawah sikit dari seiko...tapi aku rasa berbaloi nak beli....

tapi ntah la...still tak sangkut lagi dgn mana mana seiko, orient , citizen...hehehe

anyway seiko, orient and citizen..semua sama company ..betul ker...ker aku salah

duniajam said...

Ada la skit. Hehehe....

Orient ya, tp Citizen tak kot kalau tak salah aku.

TIMEasitis said...

tapi styling semua mcm sama jer...anyway aku rasa aku dah jumpa jam nie kat pavillion dalam dua tiga bulan lepas...solar time...tapi tak berapa pasti la...

Anonymous said...

Orient watch maker jepun yang konsentrate buat jam mekanikal. Subsidiary seiko tapi bergerak sendiri. Target dia pengguna pertengahan dan kebawah. Alba satu lagi anak syarikat Seiko. Utk pengguna bawah lagi. Alba guna enjin2 seiko. Di US Alba dikenali sebagai Pulsar, di eropah sebagai Lorus. Orient guna caliber sendiri. Dikenali sebagai Orient di seluruh dunia. Sebab tu Orient dan Seiko dilihat sebagai pesaing walaupun duk bawah satu company (seiko epson).

Citizen pulak memang betul2 pesaing seiko dari zaman dulu-dulu sampai sekarang. Bukan satu bumbung. Enjin Citizen zaman2 dulu lebih complicated dari seiko. Tapi sekarang lebih menumpukan pengeluaran siri eco drive. Citizen high end dikenli sebagai campanola.

Jam Autozilla tu memang berbaloi kalau nak dijadikan koleksi. Ada harga.

Anonymous said...

hakupun beli dan pakai jam Orient, tapi apek kedai jam tuh x bagipun hadiah misteri, kehh

duniajam said...

Zhentan, styling jam diver mmg tak lari sebab diorang ada standart ISO yg perlu ikut untuk dapatkan title diver/scuba.

Ex001, suatu penerangan yang jelas. Citizen automatik sekarang ni dah dibangunkan movement dia dengan lebih baik. Lebih complicated berbanding dulu. Complication semakin bertambah macam Orient. Gempak dah. Harga pun sangat murah berbanding Swiss mahupun Seiko sendiri.

thunbergia, kena rajin beli jam dari dia kot baru bagi. Ekekeke...

TIMEasitis said...

hah..betul tue...aku silap, seiko orient and alba..dulu org kedai ada cakap...tertukar alba dgn citizen lak...hehehe

memang la jam diver semua sama, maksud aku nampak kebanyakkan kita nie fokus banyak pada jam diver..ramai yang minat style diver...heheh, tapi memang lawa pun, nak kata apa kan...

aku takder lagi jam diver dlm collection aku...ntah, aku pun tak tahu jam aku nie styling apa..free style gamaknya...heheh

sekarang nie, blog jam banyak, semua cerita jam yang sendiri minat, bagus la, tapi kalau la ada satu blog/platform yang semua bebas nak upload cerita masing masing, menarik gak kan...tapi kalau buat camtu, nanti last last blog kita takder org nak tengok lak kan...takpun satu landing page, preview dari semua bloggers...kalau nak, aku boleh buatkan satu..kira kat dalam tue semua link jer la..

contoh ada button/link duniajam, jamkaki5, time as it is(ceh nak gak sebut blog sendiri) pembaca klik mana dia rasa berkenan nak baca and baca la..and kalau nak baca bahan bahan lain, dia boleh klik yg lain...

amacam...(eh nie dah macam nak menjurus ke arah nak buat kelab nie...)

TIMEasitis said...

ni contoh website landing page..aku buat utk company aku, tapi tak jadi pakai yg nie...

http://www.wix.com/nazri_anna/MUZAMAL-GROUP

kalau click button THE COMPANY tue lah landing page utk semua company company dalam group

yang nie pulak website masa aku nak kahwin...heheh...kira cam kad jemputan virtual la....heheheh

bila dah kahwin, aku cuba sambung website letak gambar kahwin, tapi tak siap lagi..nie dah dapat anak pun ...hahahaha

http://www.wix.com/nazri_anna/nazanna_wedd

duniajam said...

Aku memang bercita-cita nak jadikan Dunia Jam hub maklumat jam. Nak '.com' kan juga.

Nak wujudkan juga forum jam. Kat situ semua boleh upload jam & buat review sendiri. Semua boleh kongsi maklumat. Jual beli & apa saja yang berkaitan boleh buat.

Tunggu skit masa lagi. Ehehehe... Tp keseronokan berblog tak rasa dah kalau buat camtu.

duniajam said...

Buat masa ni aku cuma review jam yg aku pernah tengok. Jam yg aku tak tengok, aku takda pengalaman & tak tau camno nak cerita kalau tak pengang sendiri.

Jam2 yg aku tak pernah tengok aku tak tau nak cerita apa & hanya mampu cerita apa yg nmpak berdasarkan gambar & spec saja. Nak review, mmg tak mampu aku nak buat sebab aku tak tengok live.

Jadi memandangkan jam yang aku ada & kawan2 pun kebanyakannya diver, jadi memang banyaklah aku review pasal diver. Jam-jam lain ada juga aku selitkan kalau ada. Ada saja jam butik yg aku review. Aku tak kisah jam apa asalkan jam tu aku tengok. Cerita benda yg kita tengok live dengan tengok gambar saja tak sama. Hehehe...

duniajam said...

Aku dah rangka review aku untuk jam2 luxury cam Hublot, Urwerk. Tapi rasa tak dpt nak mendalami penulisan aku tu.... rasa ada sesuatu yg kurang. Takat cerita sejarahnya, ciri2, spec jam dia mungkin boleh. Tapi sekadar ringkasan saja. Tapi aku cuba juga lah review takat yg mampu. Bukanlah pandai mana pun. Skit2 tu boleh lah....