Sunday, April 11, 2010

Tag Heuer - Swiss Avant-Garde Since 1860


Suatu nama jam selain Rolex yang menjadi sebutan ramai adalah Tag Heuer. Hampir semua golongan tahu tak kira minat atau tidak, mahupun orang kampung pun tahu jenama ni. Mungkin disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan ia sangat dikenali. Mungkin disebabkan ia lebih dikenali dari jenama lain, tidak hairan terdapat banyak sekali model replika yang dikeluarkan mengikut siri originalnya.

Banyak faktor lagi yang memainkan peranan dalam menaikkan sesuatu nama. Faktor-faktor ini bukan saja memperkenalkan ia pada kaca mata dunia malah turut membantu penjualan produknya.

Seperti jenama Swiss lain, Tag Heuer turut mempunyai moto syarikat iaitu 'Swiss Avant-Garde Since 1860'. Avant-Garde merujuk kepada pekerja atau kerja yang inovatif dengan mengambilkira seni, budaya & politik.

Sejajar dengan moto mereka itu, banyak inovasi telah dihasilkan mereka lebih-lebih lagi untuk memperkembangkan enjin chronograph buatan mereka kini yang amat berlainan dari kebiasaan jam chronograph lain. Sejarah perkembangan mereka boleh dibaca di sini.


Tag Heuer Monaco V4 ini adalah jam konsep & merupakan bukti kesungguhan mereka selama ini yang mahukan kalainan & melampaui batasan kebiasaan jam. Ia telah diperkenalkan pada Beselworld 2004. Jam mekanikal ini telah diubah konsep kebiasaan jam mekanikal yang menggunakan rotor... ia menggunakan driving belt & ball bearing.


Sila layari website official mereka untuk maklumat lanjut. Tag Heuer

Banyak model telah diperkenalkan mereka yang mana sangat unik, sporty serta tersendiri. Berikut merupakan model-model keluaran mereka.
  • Aquaracer
  • Autavia
  • Carrera
  • Formula 1
  • Grand Carrera
  • Golf Watch
  • Link
  • Microtimer
  • Monaco
  • Monza
  • Silverstone
  • SLR

Dalam banyak-banyak model keluaran mereka, siri Monaco yang paling menarik minat aku. Jam ini merupakan edisi keluaran khas sempena ulang tahun mereka ke-40. Moga-moga aku dapat memiliknya suatu hari nanti...



-------------------------------


Tak sabar rasanya nak jumpa abang Imad. Nak tengok jam barunya. Selain kumpul VW, abang juga kumpul jam. Banyak jenala Swiss dia ada... Tag Heuer, Rolex, Omega, Rado & lain-lain. Yang paling dia minat dari jenama Tag Heuer. Wallet, tali pinggang cermin mata juga dimilikinya. Satu lagi impiannya ialah untuk memiliki handphone berjenama Tag Heuer..... RM19k je bang..... Ekekeke...


Tag Heuer Formula 1 dengan dail merah itu miliknya.... kiri tu semua orang dah kenal....


Aku tahu abang minat jam semasa kami berkonvoi ke Terengganu setahun lalu. Abang tunjuk gambar jam idamannya. Aku tak berapa perasan rupa sebenarnya. Dah berbulan-bulan kemudian abang maklumkan aku yang jam idamannya sudah ada di tangannya.

Hari yang dinantikan pun tiba......


Memperkenalkan

TAG Heuer Grand Carrera RS2 Caliber 17 Limited Edition


Panjang betul nama.... Namanya sudah cukup membuktikan kehebatannya itu. Jam edisi terhad ini hanya mempunyai 1000 unit saja. Saiznya tampak besar dengan diameter casing titanum (gred 2) 43mm.


Didatangkan dengan tali kulit buaya bersama deploy buckle yang dapat mendakap tangan dengan kemas.


Casing dihiasi dengan sandblasted finishing disekelilingnya. Crown dengan logo gagah Tag Heuer sepadan saiz crownnya.


Casing PVD ini menampakkan lagi rupanya yang cukup sporty & ganas. Jarum saat merah sangat kontra pada pandangan mata & memudahkan bacaan dilakukan dalam fungsi


Cermin sapphire kristal ini didatangkan juga dengan coating anti-reflektif. Marker & logonya yang timbul dengan polished finishing menambahkan kekemasannya. Hiasan begini bukan saja mencantikkan sesuatu jam malah enak dipandang mata.


Rotating disc ini kini sudah menjadi ikutan jenama lain seperti Casio, Bilano Polo Club (homage kepadanya).


Enjin Caliber 17 ini telah diiktiraf COSC & berfungsi dengan sangat cemerlang. Ia mempunyai power reserve 42 jam.


Pemakaian pada tangan aku menyaksikan jam tampak sangat besar berbanding tanganku...


... namun amat sesuai sekali pada tangan abang...


Gandingan dunia yang sama dari liga yang berbeza mahupun umurnya.... Pinjam bonet Beetle 1.6 fuel injection abang sebagai landas utama...


Ingatkan Helmet tu dah besar, Tag tu lagi besar rupanya.....


Namun saat ketika aku menulis artikel ini.... aku telah mushkil dengan status jam ni & telah melemahkan semangat aku untuk mencoret dengan lebih lanjut. Aku tak berani tanya abang sebab aku tidak suka melukakan hati seseorang yang telah keluarkan duit banyak untuk sesuatu barang, jika aku dapat pastikan ianya tidak tulen. Aku pun tak tanyalah sebab aku memang anggap abang beli jam original. Satu lagi, abang seorang yang kelakar. Gelak ja memanjang kalau bersembang dengannya. Tak kisah pun jika seseorang berstatus pakai jam replika sebab orang akan ingat original walaumacammana sekali pun. Ekekeke....

Setelah beberapa penelitian dilakukan dengan membandingkan jam original & replika..... aku dapat merasakan yang jam ni adalah jam replika yang menggunakan enjin Asian 7750 sebab sama betul dengan yang replika. Jika dibandingkan dengan enjin original, ianya amat berlainan sekali. Penomboran, font yang dibuat pada casebacknya juga terdapat persamaan dengan replika & berlainan dari original. Sekali imbas sama, tepi jika diperhatikan betul-betul... akan nampak kecacatannya..... Jika benar ianya replika, ianya sangat cantik & sangat kemas buatannya. Mungkin jam replika ini dari gred yang tinggi.

Ini hanyalah pendapat aku yang aku rasa perlu sampaikan supaya tidak ada yang terkena. Harga baru jam ini lebih kurang RM22k di pasaran (sila betulkan jika salah).


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cadangan aku kepada semua yang ingin beli jam-jam berjenama mahal:
  • Kaji setiap inci jam itu terlebih dahulu.
  • Perhatikan rupanya dari setiap penjuru.
  • Pastikan ciri-ciri yang sepatutnya ada.
  • Kalau boleh, bawa gambar jam original semasa membelek jam itu.... supaya tidak tercicir & terlepas pandang ciri-ciri yang sepatutnya ada. Sebab aku yakin, tidak semua kedai telus dalam penjualannya (berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang berusan di supermarket terkenal).
Ini hanya pendapat saja...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Kisah kawan aku beli jam...

Jenama: Swatch
Model: Skin
Harga: RM300+
Pembelian: Dari kedai jam

Lokasi kejadian: Rumah sewa aku
Tinjauan: Di tangannya & aku belek setiap inci.
Komen: Ok la & aku setuju dengan segala percakapannya
Keputusan aku dalam hati: Ni jam pasar malam ja bang.. RM10 ja.
Tindakan: Kesian kat dia.... & berdiam diri.
Tindakan susulan: Sampaikan kepada semua orang dalam blog.
Tindakan seterusnya: "Lu pikirlah sendiri"......



24 KOMEN ANDA:

amer|zhafran said...

skrg ni jam replika pun dah mcm ori..slagi xteliti betul2 n tgk setiap inci slagi tu kata xkn tahu jam tu ori atau replika..kalau tgk dari jauh mesti nmpk macam ori jer..kebanyakan org ramai hanya tgk sekali imbas jer..lainlah kalau org yg berpengalaman dan minat jam mesti gian nk tgk dekat2 n teliti dari segala aspek jam tuh...hehehe..

duniajam said...

Tag cukup banyak replikanya. Sampai susah nak kenal. Sama macam Rolex. Bila jam tu dah lama ditiru, semakin lama semakin baik, semakin teliti buatannya.... Susah betul nak kenal.

Aku pun tak tau sapa yang tertipu ni.... Tipah tertipu ke... tipu Tetipah....

TIMEasitis said...

aku rasa sekarang org tak tertipu la kalau nak beli...kalau jam tu replika...sure masa beli kau tahu...sure harga tahap ok gak....kan kan kan....heheheh
or kalau tak nak kena tipu gak...beli jam yg takder replika
mcm ball...insyallah selamat

duniajam said...

Abang tu memang minat Tag. Aku tak budget la jam tu replika. Dalam situasi aku masa tu memang ko akan agak 100% jam tu original. Bila buat artikel ni masa nak cari spec jam ni terjumpa yg replika. Hancur harapan....

Masa jumpa dia pun aku tak tanya status jam tu psl memang agak ori. Tak kisah pun kalau replika pasal memang cun pun. Ehehe... Kalau dia memang beli replika takpa.... yang aku takot dia yang tertipu beli replika dengan harga ori. Sebab replika pun ada yang siap ada certificate macam ori. Aku jumpa kat internet dulu. Gila apo....

Ball memang takda replika. Replika selalunya jenama yang famous & dikenali ramai. Apa2 pun Tag Monaco paling aku minat. Wakakaka....

Suka Jam said...

Betul tu, jam replika memang daripada jenama yang terkenal, termasuk la jam swatch, casio & Seiko pun pun orang replikakan. Jam yang tak kenal & orang tak replikakan jam tu. Takut replikakan pun orang tak beli..

duniajam said...

Yup. Replika buat jam yang terkenal Siapa sangka Casio harga Rm100+ pun direplikakan & ramai ja org beli replika tu.

Jam Swiss replika mesti la depa pilih jenama yg orang nak beli. Jam yg tak famous, depa tak buat la. Buat apa buat jam yg org takmau beli.

Seiko yg orang dok perlekeh & pandang rendah pun ada replika macam link bawah ni. Tapi sekurang2nya seller beritahu semua tu replika. Bukan semua orang telus.

Seiko sebijik camni aku pernah jumpa di kedai jam. Dia boh sekali dlm display jam Seiko ori lain. Nasib aku perasan jam ni. Terus aku tak konfiden nak berurusan dgn dia. Tu yg aku ckp jgn harap sgt jam beli di kedai semuanya ori. Bukan semua org telus dalam percakapan ataupun jualan.
http://www.lelong.com.my/Auc/List/2010-04DeSale58098951_AUCTION_-SEIKO-DIVER-S-200M-Series-Automatic-Watch-DAY-DATE-100-Water-Resist.htm

Kalau orang tak tau, mesti terbeli dari kedai tu. Nasib la kita dah ada maklumat & memang tahu pasal jam.
http://www.lelong.com.my/Auc/List/2010-04DeStd58139485_AUCTION_-Top-Grade-SEIKO-DIVER-S-200M-Series-Automatic-Watch-DAY-DATE.htm

Kawan aku pernah beli Seiko 5 yg lebih kurang mcm ni & enjin siap tulis Japan di Siam RM80 ja. Katanya jam ori. Tp aku belek, ada komponen dah karat kat dlm. Tp sebijik ori Siam boleh tiru.
http://www.lelong.com.my/Auc/List/2010-04DeStd57831229_AUCTION_-SEIKO-5-SPORTS-AUTOMATIC-BLACK-STAINLESS-STEEL-100-WATER-PROOF.htm

Ni sah nampak sgt tipunya... Seiko 5 quartz!
http://www.lelong.com.my/Auc/List/2005-01DxStdJ840610_AUCTION_-1-Pair-Silver-Fully-Stainless-Steel-Seiko-5-Watch-S-2.htm

Sekurang-kurangnya apa yang cuba aku sampaikan akan diterima orang & sangat mengharap orang dapat faham apa yang cuba aku sampaikan. Ramai penipu di luar sana yang nak sangat duit kita.

Biarlah kita berhati-hati dalam setiap pembelian kita. Sekurang-kurangnya juga artikel aku ni dapat buka mata pembaca.

Suka Jam said...

Tang jam Seiko 5 Quartz tu yang tahan.. Adoi la, ni dah mcm logo Halal Jakim Salah Ejaan je ni..

Suka Jam said...
This comment has been removed by the author.
TIMEasitis said...

join aku la...kita layan invicta ...confirm ori....hehehe.....lawa pun lawa...heheheh.....

duniajam said...

Aku la kurang minat skit Invicta. Design dia tu aku kurang minat skit. 1 ja minat yg macam Submariner tu. Salah satu pilihan aku masa nak beli dulu. Buat bandingan antara semua, Epos yang menang.

Design Invicta banyak tengok katalog dia. Banyak quartz, auto kurang. Mungkin salah satu sebab lagi kot aku kurang minat. Tp yg ko review kat blog ko tu garang. Macam Batman ja. Ekekeke...

Anonymous said...

Testing 1 2 3 testing 1 2 3...
baru nak daftar google account ni hahahahaha
gila mundur

duniajam said...

Haha... terpaksa bro buat komen hanya yg berdaftar. Asyik ada spam yg bukan2 ja. Menyampah I tau....

Anonymous said...

dah daftar 2007 dulu rupanya tapi lupa password. kena request balik hehehe

duniajam said...

Bila lama sgt tak pakai mmg kita lupa. Maybank2u punya password & ID pun lupa. Hampeh. Takleh pakai la

msuhaimi2007 said...

huhu... RS2 ni memang aku tengah pakai.. tapi cap ayam la.. pakai bateri ja... cuma suka design dia... smart...

geram lak tengok yang orinyer.. huhu... anyway, thanks 4 da pic...

duniajam said...

Yang ori mmg cun. Tp yg ni bukan ori gak. Aku yakin ianya replika gak. Mungkin replika gred tinggi. Tq bro...

thetick-thetick said...

'hanya jauhari mengenal manikam'. jam ori ada 'aura', tak payah pegang, tengok gambar pun boleh tau. jam TH nih memang nampak tak ori, tengok movement dah tau china made Valjoux 7750... lagipun steel dia berkilau sangatlah... besi tempa (cast metal) yang di salut (atau sadur) nickel...

cantik jam tuuuu...

duniajam said...

Bagi orang tak tau macam aku ni, kena kaji, belek sana sini dulu.... Sekarang bukan aku ja tau, semua orang dah tau la.

Kalau orang yang terer semua jam boleh kenal tanpa sentuh.

Tapi jam tu memang cun pun.

zalizalu said...

erkkk? kat supermarket pon ad jual yang koppi ker?
susah laa camtu... T_T

duniajam said...

Ada... kena pandai tengok juga.... Kalau authorized dealer kita tak bimbang la... andai kata dia jual gak replika kat kita & lepas beli baru tau... kita boleh saman & minta ganti rugi

malayadetime said...

Owh..betulla, mmg ada replica gred bagus dan sebijik mcm ori..sbb saya ni mmg penjual jam High Quality Replica ni hehe..
Contohnya bagi High Quality Casio Edifice siri F1 dan Redbull Edition untuk model EF550D, EF506D dan lain2, harga dijual dalam RM250-350 tetapi di kedai jam di jual sehingga RM600-800 dan claim sebagai ori. Maklumlah yang replica (Casio Edifice)ni bila di teliti memang halus buatannya, berat pula tu dan lengkap dgn Ori Casio box, manual dan warranty letter lagi.So nak kata apakan..
So, bila nak beli jam tu hati2 la hatta di kedai jam sekali pun sbb saya sendiri dulu pun pernah terbeli jam Seiko 5 kata ori rupanya replica..Tau pun sejak join bidang jual jam replica ni..
Sekadar berkongsi pengalaman..

duniajam said...

Terima kasih atas perkongsian cerita... Skrg ni plak, jam tiruan/replika ni bukan setakat jam baru ja... Jam vintage pun dah ada replika... Bahaya!

ScaniaZ said...

Assalam semua..
Sy cadang nak beli jam..boleh bg cadagan kedai yg jual btol2 jam ori. ..risau plak nak gi beli..kut kena yg replika...sy igt nak beli tissot. ..or ada cadagan jam lain yg lg bagus..sy budget rm3k ke bwh..tq yer..mohon tunjuk ajar..tq

duniajam said...

Assalam.... cara yg terbaik ialah beli jam dari authorise dealer atau kedai jam yg dah lama established. InsyaAllah terjamin originalitinya