Setahun lalu.... aku pernah bertanyakan kawan-kawan apakah bendanya ini.... Macam-macam jawapan yang aku dapat yang semuanya tak betul. Ehehehe... Aku pula hampir terlupa nak beritahu jawapannya.....
Ini link mengenainya dulu.... Preview - apakah bendanya ini?
Ini link mengenainya dulu.... Preview - apakah bendanya ini?
Masa mula pakcik keluarkan benda ni.... aku, abah & kawannya pelik. Dia suruh kami teka. Macam-macam juga yang keluar sampai teka 'jek' kereta pun ada sebab masa tu kami tengah 'jek' kereta. Manalah tahu, kot-kot benda ni boleh senangkan kami 'jek' kereta tu. Muahaha....
Benda ni sudah masuk dalam kategori barang antik kerana ia sudah wujud sejak zaman British menjajah Malaya lagi. Pening juga memikir apa benda ni....
Everest.... serta lain-lain itu pun tak mampu bagi clue apa bendanya ini.... Ada pemegang pula. Boleh pusing & besi kon dalam tu akan turun terpusing. Kalau 'jek' kereta, tak naik-naik pun besi tu bila pusing....
Sebenarnya ini adalah ice cream mixer..... Mixer zaman dulu ini berfungsi dengan baik. Menurutnya, besi kon ditengah tu akan dimasukkan ais. Campuran ais krim akan diletakkan di sekeluling barrel itu. Kon ditengah yang sejuk itu diputar secara manual dengan pemegang itu. Aku agaklah begitu kaedahnya....
Tidakku sangka dapat juga tengok ice cream mixer zaman dahulu kala. Munurut pakcik, kawannya pernah menawar untuk membelinya. Namun harga tidak memuaskan hati. Alat ini akan dijual kepada yang berminat sekiranya harga 'kena' dengan tuannya.
5 KOMEN ANDA:
haha..pelik bin ajaib ni bro..hahaha
Memang pelik... dari antik camni berkembang sampai semua robot yang buat... Amazing...
haha...ingat mesin kisar kacang soya bro.....
Salam,
Rasanya campuran eskrem akan dibubuh dalam metal drum tu, sekeliling baru bubuh ais. Pernah dipaparkan dalam Majalah3 kalau tak silap.
Salam Alam,
Maklumat aku salah rupanya. Salah pemahaman rupanya. Ekekeke.... Tq bro.
Aku ada ambil gambar mesin ni beraksi. Tapi tak letak sebab saiz beso.
Post a Comment