Zaman kemunculan TV di dunia merupakan suatu pencapaian terbaik manusia yang kini merupakan suatu elemen penting dalam kehidupan masyarakat maju. Bermula dengan serba hitam putih, ianya semakin berkembang dengan pelbagai teknologi yang berkembang saban tahun.
Dulu keluarga aku pernah guna TV yang ada pintu sliding. Alangkah klasiknya jika TV tu masih disimpan. TV warna paling lama yang pernah digunakan keluarga, adalah dari jenama National. Sempat jugalah gunanya sampai umur aku 21 tahun. Sekarang TV tu pun dah tinggal kenangan....
Dulu keluarga aku pernah guna TV yang ada pintu sliding. Alangkah klasiknya jika TV tu masih disimpan. TV warna paling lama yang pernah digunakan keluarga, adalah dari jenama National. Sempat jugalah gunanya sampai umur aku 21 tahun. Sekarang TV tu pun dah tinggal kenangan....
Seiko TV lahir sekitar tahun 1970an pada zaman TV sedang mula mendapat tempat dalam alam manusia sejagat. Mengapa dipanggil 'TV'? Sebab rupanya yang segiempat tu menyamai bentuk TV. Mudah saja jawapannya. Bukan saja Seiko, malah banyak lagi jenama dunia mempunyai siri TV dalam koleksi mereka.
Jam bersegiempat sangat aku minati. Suatu ketika dulu, aku dah terlepas peluang untuk memilikinya bila jam ini dah terjual di Detikduabelas. Rupa-rupanya ada lagi stok jam ni. Dengan harga yang sangat berpatutan, sangat molek untuk aku tidak melepaskannya lagi. Hanya ada dua warna iaitu biru & coklat dalam stok bro Timur, nampaknya warna coklat ini yang menawan hatiku...
Keadaan jam sangat memuaskan dengan komponen keseluruhannya masih original. Cermin akrilik cembung TV ini senget semasa aku dapatkannya & aku telah pun betulkannya. Cuma belum diletakkan gam. Hanya adjust di kedudukan yang betul saja. Air boleh susup masuk melalui cerminnya. Sebab tu jam vintage walaupun water resistant, tidak digalakkan untuk terkena air. Nampak langit gelap, simpanlah dalam poket....
Rupa segiempat jam ni sangat klasik. Sekali-sekala jamuan mata begini dapat menyejukkan hati yang dirundung perasaan gelisah. Enak dipandang mata & amat terasa keunikannya di tangan. Saiz casing yang berdiameter 36mm itu mempunyai 'skrin' TV yang agak kecil di tengahnya... itu yang menambahkan keunikan bentuk ini. Peredaran zaman dengan teknologi yang semakin berkembang menyaksikan TV dengan skrin yang cukup lebar & besar hampir menyamai saiz bodynya. Itulah yang turut berlaku kepada jam berbentuk segiempat sekarang. Dengan jam Seiko TV ini, pasti kelaziman itu sangat kontra padanya. Veteran perang ini masih ligat menyusun waktu kepada pemakainya...
Rupa segiempat jam ni sangat klasik. Sekali-sekala jamuan mata begini dapat menyejukkan hati yang dirundung perasaan gelisah. Enak dipandang mata & amat terasa keunikannya di tangan. Saiz casing yang berdiameter 36mm itu mempunyai 'skrin' TV yang agak kecil di tengahnya... itu yang menambahkan keunikan bentuk ini. Peredaran zaman dengan teknologi yang semakin berkembang menyaksikan TV dengan skrin yang cukup lebar & besar hampir menyamai saiz bodynya. Itulah yang turut berlaku kepada jam berbentuk segiempat sekarang. Dengan jam Seiko TV ini, pasti kelaziman itu sangat kontra padanya. Veteran perang ini masih ligat menyusun waktu kepada pemakainya...
Perhatian yang lebih jitu pada casing akan menyaksikan unjuran-unjuran halus seperti brushed finishing. Namun ianya tidak lagi menampakkan begitu, ianya nampak licin seperti ianya telah dikilatkan. Namun unjuran-unjuran itu sudah cukup membuktikan ianya adalah brushed finishing sebelum ini. Terasa nak mengembalikan rupa lamanya. Cuma risau nampak tidak secantik ini lagi.
Seiko 5? Ya. Ia tergolong dalam keluarga Seiko 5. Dail berwarna coklat sangat bersih walaupun marker & jarum telah menunjukkan kesan penuaan. Jarum bersegi itu bukanlah flat, ia mempunyai bahagian bevel di sisinya yang memberikan rupa yang menarik.
Bahagian sisi casing masih berkeadaan baik dengan crown yang terselit 'di dalam' casing. Cermin akrilik cembung itu nampak seperti air di atas permukaan lantai.
Link bracelet dengan rupa melengkung itu membantu dalam mendakap tangan dengan baik. Pening juga cara nak 'potong' linknya. Amat berlainan dari kebiasaan bracelet. Tersiat juga kulit jari aku terkena claspnya yang nipis itu. Bahaya juga rupanya... boleh cedera parah... begitulah veteran perang... tetap berbisa walaupun dah berumur...
Jika dilihat, bracelet dengan saiz lug 20mm itu sendiri adalah lain dari yang lain yang mana design sebegitu walaupun sudah ketinggalan zaman, ia memberi suatu keunikan untuk dipandang berkali-kali. Dengan finishing brushed & disambung dengan link polished finishing di tengahnya menunjukkan seni persembahan yang bagus ditonjolkan Seiko pada zaman itu. Aku belum lagi mencubanya dengan tali kulit. Rasanya tali kulit coklat amat sesuai padanya. Tunggu cerita berikutnya setelah aku menaik taraf jam ini...
Caseback jenis skru adalah lebih baik dari vakum.... pada aku la.... kerana dapat dibuka dengan baik walaupun perlu menggunakan alat khas. Jenis vakum/klip memerlukan pisau yang kedang-kala boleh melukakan casing & boleh juga melukakan jari jika tidak berhati-hati.
Dipacu oleh enjin 6119 yang masih bertenaga menyusuri waktu. Enjin ini turut digunakan dalam model Diamatic. Untuk menukar tarikh, crown hanya perlu ditekan ke dalam. Boleh nampak terdapat sedikit ruang di antara crown & casing untuk memberi ruang crown ditekan ke dalam. Untuk menukar hari, jarum perlu dipusing 24 jam untuk menukarkan harinya. Begitulah jam vintage, kena bersabar setting masa & hari. Orang muda semua nak cepat saja, sebab itulah wujudnya enjin quick setting.... nasik tambah lah pulak.....
Jam tampak teguh & mantap di tangan serta masih nampak jitu & sharp. Rupanya itu sudah cukup menceritakan pengalaman yang ditempuhinya. Banyak cerita boleh diselongkarkan & pasti setiap zaman dapat diceritakannya. Seiko TV sudah menjadi antara rare item di pasaran kita mahupun dunia. Jika sudah berkenan di hati, carilah satu untuk dijadikan antara koleksi unik anda.
ps: Masih terdapat satu lagi Seiko TV seperti ini di Detikduabelas. Warna biru lagi.... dapatkannya sebelum terlepas....
12 KOMEN ANDA:
Gambo pertama tu sangat kreatif! Elok ko letak kat skrin gambo ultraman lawan raksasa...best!
sangat menarik jam nie...sangat vintage...dan terasa zaman 70 an kejepunan jam nie...(eh ke aku sorang jer rasa)
tanya sikit bro...latest berapa banyak jam DJ ada ???
terasa nak pakai seluar bell bottom, baju kemeja butang sekerat angkat kolar dan menyanyi lagu "pilihlah akuuuu, jadi temanmuuuu.... lalala". tak ingat lirik lagu hail amer ni. hehehehe
ex001...terbaik tue...
Abg Timur, Terlupa la plak nak boh kartun. Boh cerita Mickey Mouse, lg klasik rasanya. Ekekeke...
Bro Zhentan, dulu jam aku dalam 60+ketul. Sekarang dah tak banyak. Cuma tingal separuh. Lain semua jual. Terasa syg lak jam2 yg jual tu. Cari balik dah tak jumpa. Huhuhu... Banyak pun jam biasa je. Tak gempak pun.
Bro ex001, Haha.. terasa betul keklasikkan camtu. Masa zaman sekolah dulu, ntah camno ramai kawan2 pakat pakai seluar sapu lantai (bell bottom)... Syok kot... Rugi tak buat time tu. Hahaha...
Bagus tul ko mengarang cerita yer DJ..Nie dah boleh buat buku ttg jam nie..Ulasan yg menarik bro..keep it up..
Tq bro. Buat takat yg mampu je. Apa yg aku tau, aku story.... Hehehe..
DJ punya karangan memang terbaik...so far blog dia paling best...
DJ punya karangan memang terbaik...so far blog dia paling best...
Aiseh bro... jgn puji sgt. Malu I sebab hidung kembang... Ekekeke... Tq bro... insyaallah akan diteruskan lagi artikel camni
Sebenarnya, ramai kawan2 kita yang pandai buat artikel. Cuma tak tunjuk ja. Hebat2 diorang ni sebenarnya.
jam ni mmg klasik bentuknya.lau x kberatan leh bg tau brapa rm hantarannya
Din Rambong, boleh risik dengan bro Timur. Beli dari dia.... Hehehe...
Post a Comment