Bila sampai masa nak stop chrono & reset, butang stop akan ditekan dahulu & barulah butangstop. Tapi pengalaman menekan butang chrono Seiko agak tidak enak kerana agak keras & kuat bunyinya. Rasa resistant bila nak tekan. Bila tekan, kena tekan kuat & ada kalanya boleh sakitkan jari jika butangnya terlalu keras. Bila dah tekan.... "nkak".... bunyi kuat keluar & risau je takut tercabut jarum ataupun jarumnya lari.... Bukan sahaja untuk jam aku, mana-manaSeiko 6139 pun sama juga.
Dari otai jam yang sama, aku dapat tahu cara untuk lembutkan butang stopnya. Butang 6139-nya sangat mudah ditekan tanpa menyakitkan jari. Terkejut juga. Lepas tu diajarnya aku caranya.... Alangkah baiknya jika beliau dapat dapat ikut perjumpaan nanti. Banyak ilmu tentang enjin boleh diceritakannya. Gerakan harmoni setiap komponen enjin, mengapa, bagaimana & mengapa boleh diceritakannya dengan terperinci kerana beliau dah kaji pelbagai jenis enjin jam & boleh baiki sendiri.
Komponen yang membenarkan fungsi chrono terletak dalam bulatan merah ini. Boleh tengok gerakan butang chrono apabila ianya ditekan. Apa yang bergerak, apa yang berlaku boleh dilihat. Sedikit sebanyak kita boleh faham bagaimana gerakan & fungsinya.
Apa yang dibulatkan itu adalah bahagian yang bertindak seperti spring. Itulah komponen yang menolak kembali butang stop setelah ditekan & itulah juga penentu samada keras atau tidak butang itu. Jadi nak buat macammana untuk lembutkan dia?....
... caranya ialah melembutkan spring itu sendiri. Gunalah skrudriver leper untuk menolak spring itu. Tolak spring itu ke atas mengikut arah anak panah (merah). Hujung spring (anak panah kuning) juga akan turut bergerak. Tekanlah beberapa kali... sekali-sekala cuba tekan butangstop. Tengok samada ada perubahan atau tidak. Tekanan butang itu sepatutnya akan semakin lebut & tidak sebaliknya.
PERINGATAN!!!!
Jangan tekan terlalu banyak kali, sebab akan hilang kekenyalan spring itu & takut ia tak mampu menolak kembali butang stop itu. Juga perlu berhati-hati ketika menekan spring, takut-takut 'terlepas' & terkena komponen lain pula.
Aku buat untuk jam aku ni pun ada gak rasa takut-takut. Maklumlah jam kesayangan ni ada satu ja. Kalau rosak, itu saja yang ada pun. Alhamdulillah menjadi tanpa sebarang perkara tak diingini...
Apa yang nak ditunjukkan di sini ialah tiang kecil itu berada dalam lekuk hujung spring. Gambar kecil menunjukkan keadaan lekuk itu (garisan kuning). Jika masih ketat, bahagian lekuk itu perlu dibulatkan sedikit supaya tiang kecil itu mudah bergerak & gelungsur ikut lekukan spring. Tapi caranya leceh sedikit sebab memerlukan spring itu dibuka.
Tapi setakat menolak spring itu sudah cukup untuk melembutkan spring & seterusnya melembutkan juga butang stop. Hasilnya... tekanan butang stop akan lembut & smooth tanpa tersekat-sekat seperti sebelum ini.
Selamat mencuba....
12 KOMEN ANDA:
Baca artikel Duniajam, terus saya belek jam chronograph Seiko yang saya ada, oh dah lembut dah, mungkin sebab Seiko dah buat perubahan terhadap kekenyalan spring pada jam chronograph Seiko yang baru...
Chrono auto vintage selalunya ketat skit. Kalau chrono bateri mmg tak ketat. Kalau ketat sangat, inilah caranya. Boleh cuba buat... ehehe...
baik punye info.helmet sejibik sama.siap ngan leather strap skali (bro hasan supply)day date ok tak.ada sket sangkut2 la.kengkadang tenggelam trus.apa nk kena ganti ek..
Aku punya ok. Takda masalah. Sangkut camna tu? Crown tu terlekat ke atau pertukaran tarikh dia yang sangkut?
crown sangkut,xtendang balik.letih nk picit sbb kengkdg date+day lari2 la(patut tekan dlm day+sparuh date)
Kemungkinan crown bengkok... bila takan, tergesel kat casing. Kemungkinan gak problem kat stem crown tu. Bila tekan, dia tak tendang balik. Mungkin juga spring yang tolak crown yg problem. Main agak je ni...
Yang saya cerita jam seiko automatik baru bukan bateri
Yang baru mungkin takda masalah ni. Model apa tu?
tq bro,nk bukak pandai2 sndri xreti.antar kdai jek.ada kdai yg ok rekemenkan la
Nak rekemen kedai pun tak tau bro dok mana... mungkin ada kawan2 yang tau & boleh rekemen kedai yang ok.
jam 6139 dengan 6138 pakai vertical clutch dengan column wheel, jam2 chrono mahal je pakai sistem ni (patek, LeCoultre, Frank Mulller, AP) sbb tu buleh on chrono 24 jam. Kat kl ade kedai jam yg boleh overhaul jam ni, servis 200++ je. Kat oversea servis jam ni dekat 2 riban
Tq for the info. Aku tak pandai bab enjin. Kena tanya pakar. Ehehe... Kat kg aku ada gak kedai boleh buat. Tapi jenuh tunggu la. Lama tak ingat baru siap. Dalam RM200++ gak.
Post a Comment