Saturday, April 3, 2010

Tertangkap berkhalwat!!!

Satu pasangan berjaya ditangkap berkhalwat pagi tadi.....


Hah! Tu dia.... Sumo & Dilot bercengkerama dalam suasana yang basah.... persekitarannya basah & lembab. Mentang-mentanglah dua-dua diver.... susah juga nak tangkap mereka ni...


Sebenarnya aku ambil kesempatan guna kamera SLR adik aku. Sementara dia masih ada di kampung, sempatlah aku pinjam ambil gambar & bermain-main dengan kamera tu. Ini kali kedua aku guna kamera dia secara serius ambil gambar jam.


Tak pandai sangat ambil gambar. Main hentam ja. Tapi hasilnya memuaskan hati aku yang tak pandai ni...


Citizen Eco-Drive abah...


Memang cantik kalau ambil gambar dengan kemera SLR. Dapat kita menatapi keindahan dunia horologi dengan perasaan yang cukup bahagia...


Kawasan taman pokok mak jadi sasaran....



Sumo turut serta menjadi model.


Keindahan Sumo lebih terserlah dengan kecanggihan teknologi dunia lensa...


Indah ditatap & lebih indah jika ada di tangan...


Keselesaan memakai & kepuasan memilikinya...


Seiko Dilot yang kini milik isteriku tidak ketinggalan menjadi sasaran lensa...


Jam diver dengan tema pilot ini cukup cantik & garang. Agak sukar didapati di kedai-kedai jam. Ia mampu menarik minat sesiapa saja yang memandang.



Gandingan mantap dari kedua-duanya yang menampakkan keserasian.


Saat-saat indah begini hadir di waktu yang kita memang perlukan. Jadi gunakan kesempatan ini sebaiknya...


Berpelukan la pula....


Citizen yang diapit oleh dua Seiko memberikan kontra yang sangat jelas di antara jam diver & jam dress.


Nampak gayanya aku perlu beli satu kamera SLR. Gambar yang terhasil darinya sangat cantik, jelas serta memberikan panorama yang berbeza dari kamera biasa. Sekarang dah jadi igauan pula untuk aku mendapatkannya satu... aduh.... jam ka kamera?... Tak dapatku fikirkan lagi....


14 KOMEN ANDA:

Narong said...

SLR ?? aku pernah nak terbeli dulu...sebab dok jakun tgk member2 aku dok sibuk berbual pasal kamera diorang....last2 aku beli Canon S90 jek....sebab aku mmg jenis pemalas nak usung camera besar kesana n kemari..

duniajam said...

Memang besar. Berat lak tu. Lens boleh bertukar2. Lawa la plak ambik gambo... Ehehehe...

timur said...

Dah tuh... lepas aksesori tangan nak aksesori leher pulak? jam diver dilengan kamera diver kat leher pulak

duniajam said...

Hahaha... apa boleh buat bro. Lumrah.... apa yang lumrah aku pun tak tau... ekekeke....

amer|zhafran said...

kena beli bro..slr mmg terbaik n paling sesuai utk tgkp gambar jam2 kesayangan kita nih..gmbar lebih detail n cun..puasa laa beli jam tuh..beli slr canon jer..murah2 jer..2k jer..hehehe..beli jgn xbeli..

duniajam said...

Aku pun dah teracun sebenarnya. Kamera dia tu.... aku rasa kena jual Beetle aku tu baru boleh beli kamera dia. Hahaha...

Dia pun rekemen Canon. Dalam RM1.5k boleh dapat seketul. Boleh aku tukar2 lens dengan dia. Hehehe...

TIMUR said...

Akupun gila kamera, tapi lebih suka kompak. Komen kawan aku tentang ilmu senifoto ni 'bukan kamera, tapi mahluk yang dibelakang kamera tu'.

TIMUR said...

Akupun gila kamera, tapi lebih suka kompak. Komen kawan aku tentang ilmu senifoto ni 'bukan kamera, tapi mahluk yang dibelakang kamera tu'.

TIMUR said...

Akupun gila kamera, tapi lebih suka kompak. Komen kawan aku tentang ilmu senifoto ni 'bukan kamera, tapi mahluk yang dibelakang kamera tu'.

mrLoose said...

Haa.. bestkan tangkap pasangan khalwat guna camera slr?? hehh..heh

dabudabi said...

DJ..jaga2 skit dok ambik gambar tu..kang x pasal2 jam ko kena denggi berdarah plak..mcm2 skarang ni..hehehe..

duniajam said...

Timur, ilmu seni foto kena belajar. Pencahayaan, objek, fokus & lain2 tu kena belajar. Tok guru plak dok jauh. Masalah problem gak. Main hentam je la asal mata aku nampak cantik. Hehehe... Dari segi convinience kamera kompak aku lebih suka. Tapi untuk kecantikan suatu gambar, kamera SLR tak dapat ditandingi. Ekekeke...


mrLoose, memang best. Aku baru dapat rasa ke-best-an guna kamera tu. Tapi harga dia sendiri mau ingat la. Ekeke... Aku target yang paling murah ja.

dabudabi, kena panggil Jabatan Kesihatan sembuq ubat nyamuk tu. Ehehe...

ex001 said...

Kalau takat nak ambik gambaq jam dan tak serius sgt nak shoot saya cadangkan amik canon G11 atau Olympus Pen, atau Nikon P9000. Semuanya model High end compact. Gambar kualiti DSLR tapi penggunaan mcm compact. hehehe

http://kenrockwell.com/canon/compacts/g11.htm

duniajam said...

Ok gak no. Harga pun tak la mahai sgt. Bukan apa. Kamera yg dok guna la ni mak upnya. Bila nak beli tu, nak cari la yg ok skit. Bila try kamera SLR adik, teracun la plak. Hahaha...