

Ikutkan hatiku, masih lama lagi perjalanan 'penyu' ini ingin ku susuri.... nampaknya terhenti & sampai di penghujung jalan dengan kunjungan aku ke rumah bro Hassan tempoh hari. Macam tahu-tahu saja, bro Hassan keluarkan koleksi 'penyu' miliknya di saat-saat akhir kunjungan.... Undian di buat antara semua yang ada dari segala segi, maka terbitlah pemenangnya pada kaca mataku.... Sebelum tu sedikit cerita mengenai sejarah Seiko diver....
---------------------------------
Sejarah permulaan suatu ciptaan terulung....

(gambar diambil dari http://mollewatch.webgain.se)
Cerita mengenai Seiko diver bermula pada tahun 1965 dengan keluarnya model pertama yakni moyang segala Seiko diver iaitu 6217. Sebagai pencetus dalam siri diver pertama keluaran mereka, ia menampilkan caliber 6217 dengan 17 jewels. Daya ketahanan selamannya adalah sehingga 150 meter. Setakat ini belum pernah aku bertemu mata dengannya & rasanya harganya kini dah cecah RM3k.
Mereka memperbaharui design serta menampilkan ciri-ciri baru dalam keluaran diver mereka selepas itu dengan memperkenalkan siri 6105 pada tahun 1968. Mereka memperkemaskan design casing dengan bentuk cushion case yang pada ketika itu Doxa telah pun hadir dengan sinaran yang cukup terang..... the world first orange dial watch....
Ia masih mempunyai kekuatan daya selaman 150 meter seperti sebelumnya namun menampilkan movement terbaru iaitu 6105 yang mempunyai kelebihan hack. Ia juga sangatlah sukar dijumpai kini & mahal harganya. Rata-rata orang menjualnya lebih RM1.2k di internet malah ada yang capai lebih RM2k bergantung kepada kondisinya. Model atas merupakan salah satu milik bro Hasan yang sangatlah cantik. Jam yang refurbished sebegini cantik sangat sukar didapati dengan hasil yang sebegitu rupa.

(gambar diambil dari http://www.network54.com)
Hampir 10 tahun selepas itu, iaitu pada tahun 1976, Seiko mengejutkan dunia lagi dengan kehadiran dua model terbaru iaitu 6306 & 6309. Bentuknya kini nampak lebih mantap serta lebih menawan. Jarumnya juga telah diberikan nafas baru.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan model Seiko 6136 yang juga merupakan model yang sangat-sangat rare di pasaran dunia. Janganlah terlalu mengharap untuk mendapatkannya kerana ia merupakan model JDM. Sekali pandang tiada bezanya kerana bentuk keseluruhannya sama seperti 6309. Perbezaannya terletak kepada jantungnya. Ia menggunakan cal. 6306 dengan 21 jewels (6309 mempunyai 17 jewels) yang boleh hack & penunjuk hari Kanji/English. Namun ia hanya dijual sehingga tahun 1981 sahaja. Manakala 6309 terus dijual sehingga 1988. Hmm... Sejak dulu lagi Jepun telah memberikan yang lebih baik kepada rakyatnya berbanding orang luar. Sepatutnya kita pun kena buat begitu, ini tidak..... malas aku nak membebel....
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan model Seiko 6136 yang juga merupakan model yang sangat-sangat rare di pasaran dunia. Janganlah terlalu mengharap untuk mendapatkannya kerana ia merupakan model JDM. Sekali pandang tiada bezanya kerana bentuk keseluruhannya sama seperti 6309. Perbezaannya terletak kepada jantungnya. Ia menggunakan cal. 6306 dengan 21 jewels (6309 mempunyai 17 jewels) yang boleh hack & penunjuk hari Kanji/English. Namun ia hanya dijual sehingga tahun 1981 sahaja. Manakala 6309 terus dijual sehingga 1988. Hmm... Sejak dulu lagi Jepun telah memberikan yang lebih baik kepada rakyatnya berbanding orang luar. Sepatutnya kita pun kena buat begitu, ini tidak..... malas aku nak membebel....
Model 6309 mempunyai model lain juga yang mempunyai bentuk yang berlainan & lebih slim iaitu 6309-729x (x mewakili 0, A & B). Dalam kes ini, 6309 yang aku maksudkan adalah 7040.
Seiko sangat aktif dalam memberikan pembaharuan serta mereka tidak jemu serta tidak lokek memberikan yang terbaik kepada pembelinya. Setiap model mereka didatangkan dengan movement yang berbeza. Kepelbagaian yang ditampilkan pada setiap model mereka telah menaikkan nama mereka sebagai pengeluar jam berinovasi & telah mencorak dunia horologi. Pembeli, peminat & pengikut mereka yang semakin bertambah juga telah menaikkan semangat mereka lagi untuk terus berjuang memberikan yang terbaik.

Hadirnya Seiko 7002 telah memberikan suatu lagi peluang untuk peminatnya merasai suatu lagi hidangan terbaru Seiko. Perbezaan antara model sebelumnya sangat ketara baik dari segi bentuk apatah lagi movementnya. Pembaharuan yang diberikan mereka membuatkan peminat tidak jemu untuk memiliki satu lagi keluaran tarbaru Seiko yang menampilkan ciri serta ketidaksamaan dari yang sebelumnya.
Movement 7002 memberikan sedikit kelainan di mana ia hanya mempunyai tarikh & tidak mempunyai penunjuk hari seperti sebelumnya. Design casing nampak lebih terkini seiring dengan trend pada zaman keluarannya iaitu pada tahun 1988. Namun jika dilihat jarum serta bezelnya adalah dari 6309. Dari segi ketepatan menunjukkan waktu, tidak dapat dinafikan kerana sejak dari datuknya 6105 lariannya berada pada 21600bph. Iaitu berada pada tahap Hi-Beat.
Untuk tidak menghampakan kaum wanita, Seiko turut mengeluarkan model 4205 yang bersaiz kecil 33mm & 37mm. Model ini sedikit berbeza dari keluaran lain kerana saiznya yang kecil serta hanya mempunyai penunjuk tarikh seperti 7002. Yang menarik mengenai movement jam Seiko wanita, jika tak salah aku... ke semua jam Seiko wanita boleh kunci (wind). Kenapa begitu ya?
Seiko 7S26 (SKX007J)
Bond.... James Bond....
Movement 7002 memberikan sedikit kelainan di mana ia hanya mempunyai tarikh & tidak mempunyai penunjuk hari seperti sebelumnya. Design casing nampak lebih terkini seiring dengan trend pada zaman keluarannya iaitu pada tahun 1988. Namun jika dilihat jarum serta bezelnya adalah dari 6309. Dari segi ketepatan menunjukkan waktu, tidak dapat dinafikan kerana sejak dari datuknya 6105 lariannya berada pada 21600bph. Iaitu berada pada tahap Hi-Beat.
Untuk tidak menghampakan kaum wanita, Seiko turut mengeluarkan model 4205 yang bersaiz kecil 33mm & 37mm. Model ini sedikit berbeza dari keluaran lain kerana saiznya yang kecil serta hanya mempunyai penunjuk tarikh seperti 7002. Yang menarik mengenai movement jam Seiko wanita, jika tak salah aku... ke semua jam Seiko wanita boleh kunci (wind). Kenapa begitu ya?

Bond.... James Bond....
Tahun 1996, Seiko 7002 digantikan dengan Seiko 7S26. Keluaran terbarunya tidak banyak berubah. Model di atas merupakan model SKX007J atau turut dikenali sebagai SKX Bond yang mana huruf 'J' itu mewakili keluaran dari Jepun dengan tanda 'Made In Japan' pada dail & SKX007K pula merupakan siri untuk pasaran antarabangsa. Tak perlu bimbang kerana sehingga kini ia masih dikeluarkan.
Perubahan tidak begitu ketara dari segi bentuknya. Ia tampil dengan casing yang nampak lebih angular berbanding casing 7002 yang membulat di semua bahagian. Untuk tidak menghampakan peminat, ia didatangkan dengan movement terbaru iaitu 7S26 yang kini banyak digunakan pada model Seiko 5. Kini peminat tidak akan terlupa hari lagi kerana model terbaru ini mempunyai penunjuk hari. Ia juga kini lebih gagah dengan tahap selaman sehingga 200 meter. Suatu pencapaian yang membanggakan. Sebab itu model vintage Seiko lebih mengujakan pada aku sebab model-modelnya menggunakan movement yang berbeza. Model terbaru Seiko, terutama Seiko 5 menggunakan enjin yang sama saja. Hanya casing saja yang berbeza. Aku hanya mencari jam Seiko dengan movement yang berbeza.
Kini Seiko telah menampilkan pelbagai lagi keluaran terbaru mereka & setiap tahun pasti ada model terbaru Seiko diver. Pada aku, model vintage diver Seiko mempunyai aura tersendiri untuk menarik peminat memburunya berbanding keluaran terbaru. Sejarah & 'nilai' yang dibawa oleh model-model ini lebih kuat & menarik jalan penceritaannya.....
Perubahan tidak begitu ketara dari segi bentuknya. Ia tampil dengan casing yang nampak lebih angular berbanding casing 7002 yang membulat di semua bahagian. Untuk tidak menghampakan peminat, ia didatangkan dengan movement terbaru iaitu 7S26 yang kini banyak digunakan pada model Seiko 5. Kini peminat tidak akan terlupa hari lagi kerana model terbaru ini mempunyai penunjuk hari. Ia juga kini lebih gagah dengan tahap selaman sehingga 200 meter. Suatu pencapaian yang membanggakan. Sebab itu model vintage Seiko lebih mengujakan pada aku sebab model-modelnya menggunakan movement yang berbeza. Model terbaru Seiko, terutama Seiko 5 menggunakan enjin yang sama saja. Hanya casing saja yang berbeza. Aku hanya mencari jam Seiko dengan movement yang berbeza.
Kini Seiko telah menampilkan pelbagai lagi keluaran terbaru mereka & setiap tahun pasti ada model terbaru Seiko diver. Pada aku, model vintage diver Seiko mempunyai aura tersendiri untuk menarik peminat memburunya berbanding keluaran terbaru. Sejarah & 'nilai' yang dibawa oleh model-model ini lebih kuat & menarik jalan penceritaannya.....
--------------------------------
Seiko 6309-7040 kembali....
Model Seiko diver ini tergolong dalam keluarga 6309 yang mula dikeluarkan pada tahun 1976 & model terakhirnya dikeluarkan pada 1988. Ia dikeluarkan untuk menggantikan bapanya iaitu model 6105-8110. Seiko 6309-7040 merupakan suatu model yang mendapat rating tinggi untuk model Seiko diver vintage. Ramai yang sukakannya terutama design cushion case casingnya itu yang sangat selesa di tangan & mantap bentuknya. Talinya aku dah gantikan dengan tali getah ala Oris William F1 yang lembut & selesa.
Maklumat tambahan... Selain namanya Turtle, ia juga dikenali sebagai Suwa.




Movement 6309 diperbaharui dengan penambahan penunjuk hari yang mana tidak wujud pada ayahnya 6105. Namun masih mengekalkan bilangan jewels 17 dengan kekuatan 21600bph. Dengan tahap selaman 150 meter, sudah cukup membanggakan kemampuannya itu pada zamannya. Memandangkan dah tua, aku tak berani nak selamkannya secara sengaja. Bila dah tua, banyak bahagian dah sakit & longgar. Aku tak ada masa lagi nak membuka & melihat bahagian dalamannya itu.

Jarum sudah menunjukkan usianya yang lama. Dengan pemerhatian yang teliti, sebenarnya jarum jam itu bukanlah miliknya. Mungkin samada ia telah ditukar ataupun telah di lume-kan semula sebelum ini. Salah satu ciri pengenalan originalnya ialah pada warna lume marker & warna lume jarumnya. Model 6309 ini sepatutnya mempunyai warna lume yang putih dalam keadaan cerah. Dalam gelap akan kelihatan hijau. Jika warnanya hijau dalam keadaan cerah, ia bukanlah miliknya tapi model yang lain. Untuk jam aku ni, lume jarum jam berwarna hijau. Jarum saat & minit berwarna putih. Ada juga dail original yang lumenya dari putih dah bertukar kekuningan.

Ramai penjual & pemilik telah menukar dail aftermarket di mana terdapat pelbagai warna dail & ada yang tiada pula perkataan JAPAN pada dail. Aku lebih sukakan dail dengan perkataan begini. Sekurang-kurangnya aku tahu ianya original & keekslusifan Made In Japan terasa apabila melihatnya.
Ini suatu lagi ciri pengenalan originalnya. Dail sepatutnya berwarna hitam termasuklah apa yang dah dicatatkan tadi. Dengar cerita ada juga dail original berwarna biru & merah namun aku tak pernah jumpa yang original begitu di sini ataupun di internet. Warna-warna lain yang wujud itu merupakan dail aftermarket yang dicipta oleh mereka yang kreatif untuk mempelbagaikan rupanya. Ada di antaranya cukup cantik dipandang & nampak unik pula.
Kepelbagaian dail Turtle...





Adakah bukan dipasang di Jepun?

Suatu pendekatan yang berbeza tapi menarik.
Perhatikan jarumnya itu.... berwarna keemasan.
-----------------------------
......bersambung lagi ceritanya.....
Seperti yang dikatakan tadi, bezel jam ni agak ketat. Masa tengah 'main-main' bezel... tiba-tiba "ting" (aku bunyi sendiri sebab tak tau bunyi camno...)..... bezel tercabut!!! Alamak! Bila pasang balik, bezel loosed terus. Tiada bunyi "tik" lagi.... Alamak sekali lagi!!!



Jam dengan bentuk begini tidak akan hadir lagi walau 10 tahun lagi. Jika anda berkenan & terjumpanya di mana-mana, teruskan niat untuk memilikinya. Jika terasa sukar nak cari, bro Hassan Detikduabelas masih memiliki beberapa lagi Turtle untuk dijual. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya satu sementara stok masih ada.
------------------------------------
Seiko Turtle vs Seiko Sumo
Sekiranya anda belum pernah tengok secara live, cubalah dulu. Mungkin anda akan terpegun & terasa keunikan yang dibawa oleh Turtle. Walaupun jam ini telah lama, tapi ia merupakan lagenda yang tidak dapat dilupakan. Ramai pemilik jam ini sangat berpuas hati sehinggakan ada yang memilikinya lebih dari dua.
Pendapat aku..... tiada apa yang mampu diungkapkan lagi selain dari perkataan.... PUAS HATI.... tempat 6309 telahpun terisi.... 6105 masih kosong.... Adakah itu yang bakal dimiliki? Segalanya mungkin....
33 KOMEN ANDA:
Aku suka tgk turtle 6309-7040 ni ditukar dial dengan dial 6105. Nampak mcm mahal beb.. Aku penah tgk kat blog Maximus.. Pergh! Terliur aku..
Tu la. Memang lawa pun. Aku pun berkenan gak. Tapi kalau 6105 ori lagi la aku berkenan. Hehehe...
Yang ori memang masyuk la... 2 bln aku cari jam tu.. haha!! Angau masa tu.. Masa ni dah kureng pakai, sbb si Murai Hitam tuh.. Tu yg terfikir nak let go nih.. haha!!
Ish2... baik jangan bro. Seboleh2 aku nak cukupkan koleksi Seiko diver vintage. Tapi nak dpatkan tu la susah plak. Hehehe... Sumo bro pasni. Wakakaka...
Ni ha Seiko 6217 http://cgi.ebay.com.my/SEIKO-6217-vintage-diver-150m_W0QQitemZ260588626427QQcmdZViewItemQQptZWristwatches?hash=item3cac4ae1fb#ht_650wt_1165
Betul! jangan jual suzuka, bukan senang nak tangkap...
DJ...ni kali rasa penat tul baca artikel ko ni... 5km panjang! Tapi best!
Tu la. Bila siap baru nampak panjang sangat rupanya. Rasa tak puas kalau artikel pendek. Rasa tak cukup maklumat nak sampaikan. Wakakaka.... Lain kali buat pendek2 je la...
Klu tukar 6105 ngan sumo best gak. Tp mesti nyesal pastu.. haha!!
Yang masalahnya.... kita dua yang nyesal nanti... Muahahaha.....
Haha!! Aku target sumo kat seiya japan ni.. tu yg tgh berkira2 nak jual 6105 ni.. Adui!! nak rasa sumo lak lepas pakai burung Murai hitam ni.. Adussssssssss!! Klu nak tggu duit, thn depan la jwb nya, nak rasa cepat Sumo, kena jual 6105.. adoi la..
Sabo... jgn jual bro. Jual 6105 nak dpt balik payah dah. Sumo bila2 pun ada & dah tau kat mana cari. 6105 takda kedai jual bro.
sedih baca post bro DJ kali nih..alangkah baiknya kalau sy ni berduit berjuta2..hik3..dah lama pasang angan2 nk pakai turtle tp makin lama makin pupus..nk tunggu sy berkerja lambat lagi..blaja pun xsambung2 lagi..10thn lagi agak2 brapa ribu ek turtle nih??sedih2..tgk otai2 pakai pun dah puas hati..huhuhu
Untuk mengupas sejarah sesuatu jam sbegini rupa memerlukan dedikasi dan minat yang mendalam, yang mana saya amat menghormati kemampuan DJ...sudah pasti, inilah blog jam tempatan terbaik pernah saya baca...jauh berbeza dari yg lain...berbanding blos saya,,,yang cuma karya picisan..memang tak terlawan...tahniah DJ...the best and i hope it would last...memang yg terbaik sekali...
Aiseh... terasa bersalah plak buat artikel ni. Huhuhu... Dah la panjang berjela... ending sedih plak. Huhuhu...
Usah bimbang bro, jam ini insyaalah ada lagi walau 10 tahun lagi pun. Sekarang masih byk seller jual terutamanya dari filipina. Agaknya memang banyak sungguh jam ni kat sana. Suatu hari nanti, tak mustahil member2 blogger kita terasa nak jual miliknya bila mana dah puas/jemu dengan jam tu.... silap2 aku yg jual. Wakakaka... Tp mungkin waktu tu harga dia melambung tinggi macam 6217.
Kalau minat sangat, try pujuk bro Detikduabelas.... buat kira2 dgn dia
mintak2 ada lagi laa 10thn lagi..jam wajib dimiliki tuh..haha..sy dah kena slow2 dah main jam ni..duit kena simpan utk wat smbg belajar plak..lau jam murah2 tu bleh laa beli kot tp lau yg ribu2 tu susah sket laa..tp oneday mmg sy akan sambar jugak satu..lau ada rezeki laa..hehehe
Bro Naz, sungguh tinggi pujian mu. Terima kasih banyak. Aku bukannya nak berlawan dengan sapa2. Hanya nak menyampaikan maklumat yang aku dapat dengan pengetahuan yg terhad & berkongsi minat dengan semua.
Tanpa kawan2 semua masakan aku masih buat blog ni. Buat takat yang aku mampu je. Masih banyak yg kurang & masih perlukan tunjuk ajar otai2 sekalian.
Aku nak cuba cukupkan koleksi ikut sejarahnya. Model diver baru skrg tak begitu menarik minat aku la. Terutama yg mcm dress tu. Model Superior. Dilot pun bini aku pakai skrg. Tu dalam dok kata taknak jual tu. Hehehe...
Amer, insyaallah suatu hari nanti akan dapat gak apa yg diinginkan tu. Yang penting bersabar, usaha, doa & tawakal.
Aku pun bila start keje dekat setahun baru terasa nak mula balik minat jam aku yg dah lama terpendam.
Masa belajar dulu, punyalah berkenan jam chrono. Tgk kawan pakai Swatch chrono waktu tu punyalah suka tak ingat. Masa tu tak kira jam apa pun minat. Jam auto, tak pernah terfikir pun apatah lagi tahu cara gerakannya. Dlm fikiran dok ingat jam auto tu memang pakai nadi. Wakakaka... Jahilnya waktu tu.... Huhuhu.. Minat tu ada, tapi pengetahuan tiada... Isk...
hik3...nasib baik laa dah ada diver 4205 wat peneman utk g study nnt..walaupun jam tu khas utk pempuan tp sy xkisah sbb tu jam diver pertama sy n lagipun bro jamkampung jual murah2 utk sy..trus sy sambar sbb dlm kepala nih duk nk kt diver jer...hik3..ada laa ubt utk ganti turtle nih..tp dlm diam2 pun duit ttp kena kumpul n kalau bleh nk cari 7002 plak nnt..hehehe..diver2..mmg menusuk kalbu btul..
Ok sangat la jam tu. Payah nak dapat jam tu. Bentuk dia tu aku suka. Saiz dia kecik sangat sesuai dengan tangan yang kecik. Aku nak beli gak satu dulu. Tapi pending dulu. Cari satu2. Kumpul duit dulu.
At least walaupun ko masih student, boleh gak pakai jam yang hebat2. Masa aku student, takda jam melainkan Casio Maidin saja. Tu pun pakai sampai lingkup. Ekekeke... Skrg ni jam2 tu dok dalam frame. Wakakaka...
alhamdulilah laa dah rezeki sy walaupun muda2 dah ada jam pelik2..hik3..tp sbb blog bro DJ ni laa sy start jd gila kt jam ni..dulu tu minat slow2 n x agresif sgt tp lps duk follow blog bro nih trus jd gila..hahaha...tp puas hati main jam drpd habis duit kt benda lain kecuali VW..haha..kumpul duit tu mmg tabiat sy dari kecil lagi..lau nk kt sesuatu sy akan kumpul duit smpai dpt brg yg sy nk tuh..sbb tu gak laa sy jd penabung skrg..slagi tabung xpenuh slagi tu laa xg simpan masuk bank..heheheh
Terima kasih. Bagus sangat tu. Teruskan usaha tu. Insyaallah suatu hari nanti akan dapat apa yang dikecapi...
tq bro..hehehe...out dulu..esok ada ujian medsi la..hehehe..mintak2 lulus la..hik3..roger bro..
Insyallah... aku doakan semoga berjaya... Amin....
Ni bukan review bro. Ni tesis ni. Boleh print dan jilidkan hehehe. Memang betul mcm yg bro2 atas cakap tu, review ni memerlukan komitmen yg tinggi dan minat yang mendalam utk dihasilkan. Bukan utk menunjuk-nunjuk pandai atau bermegah diri tapi utk dijadikan rujukan kepada pengumpul jam yang mungkin sedang mencari jam yg kita review.
Semua sedia maklum, jam yang rare dan susah nak jumpa selalunya akan dijual dgn harga yang tinggi. Harga yg tinggi utk jam vintage (6309 bolehlah dikira vintage) yg perfect condition semua original dikira berbaloi utk dibeli. Tapi bayangkanlah kalau ada kawan2 kita yang terbeli jam ni dgn harga yang tinggi, tetapi jam yg direfurbished. Part dah tak ori. Kan kesian kat kawan kita tu. Tu lah perlunya review2 mcm ni. Sebagai rujukan dan panduan. Memang byk rujukan dlm dunia internet ni. Kalau rajin mencari. Tapi tak semua kita ada masa mencari atau kalau jumpa pun dalam bahasa yang kita tak paham.
Pencarian saya utk Diver 6309-704X bermula lebih kurang 2 tahun lepas. Banyak website2 serta forum2 yang saya selongkar utk cari maklumat berkaitan model ni. Saya nak senaraikan sikit benda yang perlu diberi perhatian kalau ada yg berhajat nak cari model ni. Hasil dari pembacaan.
Saya tumpukan pada dial saja sebab ni bahagian yg paling obvious.
1- Original lume adalah flat, berwarna putih. Kalau tebal/hijau maknanya refurbish.(Tritium berwarna putih, luminova kehijauan)
2-Jam-jam dari tahun 1976-1980 (model tahun ni dibuat di Jepun), kat bawah dial (pukul 6) ada printed “JAPAN 6309-704L T”. Logo suwa (SUWA SEIKOSHA) terletak di atas hour marker 6. - yg bro DJ punya model ni.
3-Bila pemasangan jam seiko berpindah ke Singapore, kat bawah dial ada printed “6309-704X T (suwa logo) MOVT AND DIAL JAPAN CASED HONG KONG”. (Tulisan kecil susah nak baca ni start dari hour marker pukul 7 sehingga ke hour marker pukul 5, ngam-ngam).- ni utk pasaran Amerika.
-Saya punya model ni hehehe
Dial tak ori untuk variasi ni, tulisan tak memenuhi ruang marker pukul 7 ke pukul 5. sesetangah perkataan diringkaskan (HONG KONG jadi HONG KO). -mcm gambar Bro DJ letak tu.
4-Satu lagi variasi tulisan printed “6309-704M T & logo suwa yag teramat kecik kat sebelah kiri”. - ni utk pasaran selain Amerika.
Dial aftermarket variasi ni biasanya mempunyai logo suwa yang besar dari ori.
5-Tulisan “150m” berwarna silver. dial yg dah seasoned mungkin kekuningan tulisan ni.
6-”WATER RESIST” berwarna merah. dial yang seasoned mungkin merah ni faded ke oren, kuning atau biru muda.
7-Window hari & tarikh dipotong pada sudut 45darjah. Aftermarket pada sudut 90darjah.
8- Jarum utk 6309 original semuanya jenis yang flat. Kalau jarum2nya bersegi maknanya jarum dah tukar guna model SKX.
Tu utk dial. Ni yang biasanya kita tengok kalau nak beli dari ebay atau web lain. Nak tgk enjin memang tak boleh la kan. so konsider berdasarkan dial ja. Kalau takda ciri2 original di atas jangan la beli kalau harga yang dimintak agak tinggi. nego lagi sampai jadi sebab byk part tak ori hehehe...
Alamak panjang la pulak... jgn marah aaaa tuan blog...
Tq bro. Satu maklumat yang cukup baik.
Aku banyak belajar pasal Turtle ni dari bro ex001. Banyak info & tunjuk ajar aku dapat darinya. Tq bro...
no problem bro... ilmu kena kongsi baru afdhol kata ustaz.
Hahaha.... ok sgt tu. Pahala pun dpt
wah, sungguh panjang entri,
salamm,
Salam.... tak sangka lak panjang camni. Ehehe..
Terasa juga nak komen walau entry dah lama :p Salam ukhwah dari saya :) Baru juga dapat 6309 7040 ni dari Uncle Luv. Alhamdulillah, semua masih ori kecuali hands saja dari ori 7s26. Yang lebih menarik, turtle saya ini keluaran tahun 81, bulan Julai...bulan dan tahun kelahiran saya! Mula2 nak tengok2 aje untuk meracun diri sendiri...lps tgk SN dia 177581 terus saja menyerahkan sejumlah not RM50 kepada Uncle Luv :) Koleksi yang sangat2 berbaloi untuk dimiliki. Sudah beberapa bulan saya memburu model ini di Ebay, especially penjual Filipina. Apapun, banyak sekali parts yang dah tak ori. Sesetangah orang mungkin tak kisah. Apapun, ori atau tak, janji 6309 7040 :) Next target, 6105 InsyaALLAH
walikard,
Tahniah atas pembelian jam tu. Kira jam tu sebaya dgn bro lah. Hehe... Walaupun jam ni dah lama, tp suatu jam yg cukup solid & cantik untuk dimiliki.
Kebanyakan aftermarket part yg jual mmg bukanlah original made in Japan lg. Biasanya keluaran semula & dibuat dengan ciri2 original. Walaupun begitu, cukup baik dah asalkan bukan dari model lain. Rojak jadinya nnt. Hehe...
Insyaallah boleh dpt 6105 tu. Mmg puas hati betul dgn jam tu. Hehe
As salam....nak tnya skit pasai seiko diver crown tcabut....xleh nk adjust timing dah...cmna nk bwat aaa
chani foo
As salam. Mohon maaf sangat2 sebab dah lama tak peduli blog ni.
Crown terabut boleh dibetulkan semula. InsyaAllah.... Tapi elok dibuat oleh technician yang berpengalaman.
Terima kasih
Post a Comment