Penerai.... suatu nama yang cukup eksklusif di persada dunia jam & merupakan salah satu jam yang digilai ramai. Nama yang cukup eksklusif ini didatangkan juga dengan rupa yang cukup eksklusif & mahal yang telah menyebabkannya tersohor & menjadi sebutan peminat jam sedunia.
Saiz lug 24mm itu dipadankan dengan tali kulit yang cukup cantik serta tebal. Keserasian ini telah mewujudkan ikatan mesra dalam menonjolkan kecantikannya itu. Model ini adalah siri Pam 111 yang sangatku minati & tergolong dalam keluarga Luminor Marina.
Populariti Pam yang sentiasa disebut peminat dengan jualan yang memberangsangkan telah mewujudkan fenomena Pam di kalangan penggemar & pengumpul jam. Walaupun tidak mampu untuk memilikinya... ramai yang admire, serta menjadi jam impian di kalangan ramai orang. Sukanya seseorang terhadap sesuatu tidak semestinya perlu memilikinya. Contohnya ramai yang sukakan kereta Ferrari. Sejarah Ferrari, setiap model keluarannya, spec, HP, harganya sampailah handling... ada yang boleh cerita dengan terperinci walaupun tak pernah pandu apatah lagi memilikinya.... Itulah yang dikatakan admire. Perasaan ini akan sentiasa menghidupkan kita untuk menyukai sesuatu...
Jam tampak ringkas & kemas. Sekali tengok tiada apa yang istimewanya berbanding jam lain, namun pandangan mata tidak akan sampai ke hati sekiranya kita tidak mengenalinya dengan lebih dekat. Tak kenal maka tak cinta..... Namun masa aku mula-mula tengok jam ni aku dah cukup berkenan dengan rupanya itu walaupun aku tak kenal akan namanya (Panerai) lagi pada waktu itu.
Kekemasan casing stainless steel Pam 111 diperhalusi lagi dengan brush finishing pada keseluruhan casing. Peminat Pam pasti sudah 'masak' dengan identiti Pam & mengetahui setiap modelnya. Design setiap siri tidak begitu 'lari' antara satu sama lain. Jika dail kosong tanpa tulisan pun pasti akan dapat mengenalinya.
Dail cukup ringkas. Tiada apa apa yang dipaparkan melainkan masa sahaja. Subsecond yang terletak di pukul 9 itu turut menyumbang kepada rupa ringkasnya itu. Dail hitam itu sebenarnya merupakan sandwich dial. Bermaksud dailnya mempunyai 2 layer. Bahagian atas berwarna hitam itu mempunyai marker yang kosong ditengahnya & bahagian bawah mempunyai luminous. Bila kedua-dua bahagian disatukan... jadilah ia seperti sandwich. Ia telah menambahkan keunikannya serta tersendiri.
Jarum jam & minit berwarna hitam juga ringkas & sepadan dengan warna dail sendiri. Hanya luminous padanya itu membantu dalam pembacaan waktu. Jarum subsecond memberi sedikit kontra dengan warna putih keseluruhannya. Ringkas tapi sangatlah menarik. Designer Panerai cukup bijak mencetuskan idea menghasilkan hasil seni yang ringkas namun cukup mengagumkan. Hasilnya... suatu jam yang mampu memberikan cinta pandang pertama kepada sesiapa yang melihatnya.
Dengan diameter casing 44mm, ia antara jam besar saiznya. Paparan mukanya cukup besar serta jelas memberi bacaan waktu. Cermin berbentuk dome sesuai dengan bentuk casing yang unik.
Keistimewaan yang tiada pada mana-mana jam di dunia sebelum ini adalah juga terletak pada design crown guard yang cukup unik. Banyak juga yang unik pada jam ni.... itulah Pam. Crown tirus itu dilindungi oleh crown guard yang dibina cukup utuh & memberi perlindungan yang lebih dari cukup kepada crown.
Ia dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti kunci yang boleh dibuka tutup seperti klip pada crown. Ia dapat melindungi crown dari tertarik dengan tidak sengaja namun membenarkan kita wind (kunci) crown tanpa perlu membuka klip keselamatan itu (aku tak pasti apa istilah yang betul untuknya.. tapi anda faham kot apa yang aku maksudkan tu?). Crown guard itu 'ditambat' pada casing menggunakan dua skru di setiap penjurunya.
Kemas... cukup kemas.... Indah dipandang & sentuhan dapat memberikan aura yang tersendiri. Design cukup kemas & cermin yang dipasang pada caseback memberikan gambaran yang sangat jelas kecantikan movementnya (istilah pasar...... enjin).
Dekorasi Geneva pada movement jelas & cantik jika difokuskan dengan lebih dekat. Warna biru skru serta warna merah jewels menambahkan keseriannya.
Cantik dipandang... apatah lagi jika ada di tangan. Alangkah baiknya lagi jika ianya adalah Pam 111 yang original. Aik! Hmmm.... Sebenarnya segala nukilan yang cantik-cantik belaka itu sebenarnya mengaburi yang sebenarnya jam ini adalah replika. Cantik betul buatan Pam replika ini. Sampai tahap begini mereka mampu buat hampir menyerupai Pam yang sebenar dalam segala segi.
Alternatif lain jika tak sanggup membeli replika adalah jenama homage seperti Parnis. Parnis mengeluarkan banyak homage & kebanyakkan adalah homage Panerai. Ada pelbagai pilihan boleh dibuat & kita boleh buat jam custom ikut kesukaan kita. Aku sudah lupa link ke website itu. Akanku sampaikan jika berjumpa.
Tipah tertipu? Tidak...... tapi jika tuannya tak beritahu aku..... Tipah akan tertipu jua... Hehe.. Aura yang dikeluarkan oleh replika Pam ini sudah cukup untuk membuatkan tuannya ini terngiang-ngiang & garu kepala.... memikirkan yang original....
12 KOMEN ANDA:
hehehe tipah tertipu lagi. replika rupanya...
Tu wa.... Tipah tertipu akhirnya.... sekali lagi.... wakakakaka....
swan neck pun diaorang tiru tu... gila betoi la Chinaman ni.
Tu la. Sampai tahap tu depa boleh tiru. Hebat la ni.
Aku pernah ada satu genuine PAM00111 4 tawwun dulu. Beli second hand kat negara Temasek. Pakai bawak balik Key El. Sampai Key El jual balik... he he he, aku buat untung RM1500 jeh. Rasa pakai ori cukup lah. Jam aku punya selama 3 - 4 hari jeh. Okey apa.
lupa nak bagitau... nengok kat leather strap tu punya alligator texture dah boleh tahu jam tu fake/replica. Lagipun crystal jam tu takde reflective coating.... kongsi ilmu.
Betul. Memang beza. Sebab tu artikel ni buat. Supaya takda orang tertipu kalau kononnya ada yang nak jual original.
Tunggu kemunculan artikel lebih lanjut pasal jam ni... Hehehe...
ala...kalau org kata original tapi nak jual murah..sure tipu..huhuhuh...nak pasti beli dikedai kedai yang dah kenal jer...huhuhu
Aku jumpa Longines replika kat Johor. Dok dalam display tu ada replika ada yg ori. Bila tanya seller, dia teragak-agak nak jawab bila tanya ori. Takot2 je nak jawab. Tp jual mahal betul. Tak patut jual harga tu.
Ada jawapan yang aku dapat pasal replika... tapi nak mengandai juga supaya aku terasa jam tu ori.... "jam ni jam reject.... tu yg murah..." Wakakaka....
kongsi opini,
wacana menarik perihal replika PAM 111. firstly, saya juga bingung identify berbagai macam jenis replika. Ternyata paling mudah adalah tandai pada kode H0035/2000. Seperti sampel item yang anda posting ini. Mestinya kode itu bermakna PAM ini limited sebanyak 2000 dan '0035' adalah serial urut cetak produk ke-35 dari 2000 units.
Jadi, so strange if we found some-same spesies with similiar code. H0035/2000.????? easy right!
wassalam, TG
Salam gala-aksi,
Betul juga. Kebiasaannya replika menggunakan penomboran yang sama. Memang pasti PAM 111 itu replika.
Terima kasih bro...
Sy ada byk collection jam original rare utk d jual. Anda bole LIHAT keaslian nya sendiri. Hublot, Frank Muller dan byk lg.. Nk kawin nk jual semua murah2.. Anda bole email sy utk detail n boleh dtg jmpa sy sendiri.. #akunkkawin
Post a Comment