Sunday, April 11, 2010

Pernah jumpa Tuk-tuk?

Dah banyak kali berhajat nak jumpa Abg Imad (kalau baca artikel dalam lebel VW World akan tahu siapa Abg Imad) nak tengok jam dia. Sambil-sambil tu nak tengok juga kenderaan yang paling rare di Malaysia..... tuk-tuk.

Tuk-tuk merupakan kenderaan yang banyak terdapat di India. Kebanyakannya dibuat teksi. Model ini merupakan model pick-up. Cukup menarik & ianya telah menarik ramai orang untuk berkunjung ke kedainya untuk melihatnya lebih dekat.


Abg Imad seorang hardcore dengan VW terutamanya Beetle. Ada 7 buah semuanya yang dijadikan koleksi. Tuk-tuk yang cukup unik ini termasuk dalam koleksinya.


Menurut abang, tuk-tuk ini merupakan satu-satunya di Malaysia yang masih berfungsi & sah digunakan atas jalan raya Malaysia. Maklumat ini dari JPJ.


Model pick-up ini sangat unik. Kalau balik kampung, bolehlah aku isi kelapa sawit kat belakang tu.


VW Combi biru itu pernah digunakan semasa majlis pertunangan aku. Konvoi ramai-ramai pi meminang. Wah....


Tuk-tuk ini telah dibaikpulih sepenuhnya dengan cukup cantik.


Kategori mana tul-tuk ini masuk? Motosikal.... Jenama? Vespa. Sebab tu ciri-ciri Vespa banyak ada padanya.


Vroom.... best betul. Kalau aku ada ni, mau pusing semenanjung lagi. Hehehe... VW Beetle merah tu merupakan model 1200cc automatik. Automatik beb. Nak jual katanya.

Tunggu kemunculan jam miliknya itu.... Abg Imad dah beritahu yang dia nak beli jam tu. Lepas beli, terus dia call aku & ajak aku jumpa dia.... Aku update sikit-sikit.... maklumlah tak berapa sihat hari ni...

4 KOMEN ANDA:

TIMEasitis said...

bro...mana jumpa nie...cool gila

duniajam said...

Aku jumpa ka dia jumpa? Ekekeke.... Kat kg aku je. Tapi dia jumpa kat mana ntah. Lupa plak aku.

Suka Jam said...

Lulus Puspakom tak Tuk-Tuk ni? Wakaka!! Untung betul la dpt sebijik ni. Dpt pusing2 kpg, x kena ujan.. Boleh bwk ramai budak2 kt belakang.. Balik kpg mesti lyn budak2..

duniajam said...

Ada rodtax tu bro. Best tul aku tengok. Mana ntah abang cari