Tuesday, April 20, 2010

Projek frame 'gambar'....

Sejak tengok frame yang bro Ijan buat dulu, dah bagi inspirasi kat aku masa tu. Rasa macam nak buat sendiri. Cuma belum dapat idea macam mana nak buat tanpa tempah frame di kedai.... Projek tergendala berbulan-bulan selepas tu...

Jam-jam untuk projek aku dah ada.... jam-jam lama yang tersimpan dalam kotak. Ada yang hampir 20 tahun tersimpan dalam kotak & ada yang lebih tua dari umur simpanannya dalam kotak. Dari dia dimamah usia dalam kotak gelap gelita... lebih baik aku tonjolkan dia supaya dapat ditonton dalam keadaan cerah sentiasa...


Rentetan cerita aku ke Ikea dulu.... Masa berjalan-jalan dalam tu, aku ternampak frame gambar ni.... Yang syoknya, wife aku yang bagi idea... "ni bolehlah boh jam abang".... Hah! Teng kiu sayang..... Bagi aku idea kembali.... projek aku yang tergendala dulu boleh dimulakan balik. Muahahaha....

Yang menarik pasal frame ni, ruang antara kad board dengan cermin jauh. Ruang tu muat untuk jam. Untuk projek terulung ni, aku beli satu ja. RM32 kalau tak salah aku. Ada macam-macam saiz, & aku rasa ini yang terbaik pasal jam pun tak banyak. Nak letak 2 ja. Itu pun jam Timex winding aku yang dah rosak.


Projek dimulakan dengan susunkan jam atas cermin. Dari hanya 2 jam, terus jadi banyak ni. Dari tersimpan, baik aku letak dalam frame. Boleh juga aku tengok. Kalau ikutkan, nak letak jam bersama talinya. Tapi tak lepas, sebab frame pendek. Perlu frame yang lebih besar untuk itu.


Kad board dalam tu tebal dengan kawasan tengah tu untuk diletakkan gambar saiz berapa R pun tak pastilah. Aku letak kertas warna peach sebagai gantian....


Dari sedikit..... bertambah la pula jam-jam tu. Dari tersimpan saja yang lain tu, aku letak sajalah kat sini. Macam-macam penggayaan aku cuba...


Lurus tegak camni... Warna kertas peach tu macam tak sesuai sebab tak 'bangkit'.


Berterabur camni & lebih berterabur pun ada..... tapi terhenti lagi projek sebab tiba-tiba terasa malas nak buat..... berminggu-minggu lamanya.....


.... episod baru bermula semalam bila tahap kerajinan kembali dalam diriku... Aku tukar kertas tengah tu kepada merah. Nampak garang & sesuai dengan kehendak projek ni.


Susun balik.... belakang jam aku letakkan double sided tape. Tapi masa ni belum lekat lagi.


Susun lagi. Nampaknya sususan ni paling aku suka & sesuai dengan latar belakang merah tu pada pandangan aku.


Selesai sudah... & aku gantung di ruang tamu. Best juga jeling-jeling kat frame tu. Cantik atau tidak pada pandangan orang itu bukannya satu persoalan lagi. Persoalannya adakah kita terasa kedamaian dengan melihatnya? Asalkan mata kita cantik sudah memadai jika orang lain menilai dari perspektif yang lain.


Nampaknya projek aku ini berjaya.... mungkin akan berambah lagi dengan projek frame jam pasar malam pula. Sedikit-sebanyak ingatan vintage aku dapat dikembalikan dengan melihat jam-jam itu. Memori setiapnya tidak sama & manis-manis belaka walau ada jam yang aku bawa bersama-sama dalam tragedi kemalangan.... Kisahnya cukup jelas dengan keadaan jam yang bercalar-balar....

Ruang tamu ku kini dihiasi dengan tayangan jam-jam. Walaupun jam dalam frame tidak lagi menunjukkan waktu.... tapi setiap satunya dapat menceritakan kisahnya yang tersendiri. Banyak cerita boleh dicoretkan dalam satu frame gambar itu....


12 KOMEN ANDA:

zuhaimie said...

ok gak wat frame tuh. Jam rosak berlambak dengan aku nih. Nak buang sayang, tak buang kang tak tau nak letak mana.

zuhaimie said...

ermm nak tanya ckit, tali jam banyak2 tu ko buang ker...klu x bagi la kat aku buat spare part...

fobs said...

dah lama dah saya ada dua frame,... satu jam laki, satu jam pompuan,...

fobs said...

nanti saya post gambar kat blog fobs76,... anyway, kalau pakai jam digital, tak syiok sangat, sebab tak nampak angka kat lcd,.. baik pakai jam analog

duniajam said...

mercymafia, tali yang ok aku simpan lagi. Tali yg rosak, aku buang ja. Yg elok tu boleh buat spare.

fobs, aku tak kisah jam tu analog ka digital. Psl bukan waktu yg aku nak tgk.

Lps ni nak buat lagi. Try buat jam jam pasar malam lak.

zuhaimie said...

Molek benor la tuh. Kalau nak stok jam pasar malam aku ada.hehhehe.Murah-murah kasik punya.

duniajam said...

Boleh kontek bro nanti. Kekeke

Suka Jam said...

Jam-jam replika yg dah x pakai pun bleh letak kat dlm frame.. hmm.. idea yg best..

fobs said...

these are mine http://fobs76.blogspot.com/2010/04/frame-gambar-with-watches.html

duniajam said...

Ok gak bro. Tempek kat atas cermin ka jam2 tu?

TIMEasitis said...

bro DJ nie kreatif orangnya....heheh...lawa la..tak nak jual ker...hehehhe

duniajam said...

Tq bro, inspirasi dari bro Jamlama. Lawa tengok dia buat.

Boleh buat hantaran... eh.... hadiah.... Aku free 3 lagi wooo.... hahaha...